Friday, December 31, 2010

Rogol Amah: Jerung juga wajib dipukat!

Pemerhati dan aktivis politik Malaysia seminggu dua ini sedang memperkatakan tentang kes rogol seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang menteri kabinet Malaysia. Kes ini menjadi gempar setelah Wikileaks telah mendedahkan dokumen laporan siasatan kes tersebut yang dibuat oleh Migrant Care iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pekerja Indonesia di luar negara. Memang benar kredibiliti Wikileaks juga boleh dipertikaikan namun dalam soal menjaga imej negara, sekiranya tuduhan ini satu fitnah maka tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka. Dalam masa yang sama sisatan juga harus dilakukan di atas dakwaan ini, sekiranya benar menteri tersebut bersalah dan terdapat bukti kukuh untuk mendakwa beliau maka ambillah tindakan yang sewajarnya. Janganlah kita hanya berani memukat anak bilis tapi sebaliknya jerung dibiar bebas.

Dalam sesetengah blog atau web, nama menteri ni dah terang-terang disebut. Tapi aku tak naklah sebut sebab ianya masih bersifat dakwaan. Khabarnya laporan kejadian yang berlaku sekitar tahun 2007 ini pernah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri ketika itu namun tindakan belum ada respon yang jelas sehingga kini. Kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri pun boleh dipecat apalah sangat seorang menteri kabinet.  Itupun kalau dia betul-betul bersalah la.Kalau nak bagi hukuman ringan sebab dia ni banyak jasa ke ape, gugurkanlah dia dari kabinet dan berilah jawatan lain ( tapi aku rasa pasti ramai tak setuju dengan langkah ini). Rakyat Malaysia tentunya tak mahu seorang perogol  menjadi seorang menteri kabinet Malaysia. Sesungguhnya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Maruah seorang manusia adalah sama tidak kira dia menteri atau rakyat biasa.Fikir-fikirkan.. 

p/s: Di bawah ini aku lampiran salinan dokumen yang aku ambil daripada blog bigdogdotcom :





Wahai Politikus, Please Stay Away From Our Harimau Malaya!

Kalau orang politik tu, politik jugak. Semua benda nak dipolitikkan. Kejayaan Harimau Malaya merangkul gelaran Juara Piala Suzuki AFF telah mencetuskan satu fenomena di kalangan rakyat Malaysia seluruhnya. Alhamdulillah, pimpinan negara dan negeri juga turut memberi hadiah kepada rakyat dengan mengisytiharkan cuti umum. Dato Najib mengisytiharkan cuti umum pada hari jumaat (31 Disember) diikuti oleh Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan yang mengumumkan cuti pada Isnin ( 2 Januari ). Keputusan ini diambil oleh kerajaan negeri Kelantan dan Kedah kerana hari jumaat sememangnya merupakan hari cuti bagi kedua-dua negeri berkenaan. Sebagai rakyat tentunya kami berterima kasih kepada mereka.

Please stay away from my boys! We did it for Malaysia not politics!

Malangnya ada ura-ura arahan 'pihak atasan' yang mahu memanipulasikan kejayaan skuad negara untuk kempen PRK Dun Tenang tidak lama lagi. Khabarnya satu majlis sambutan khas melibatkan skuad negara dirancang untuk diadakan di sebuah kawasan Felda dalam DUN tersebut. Namun ketua jurulatih negara, K.Rajagopal telah bertindak tegas melindungi anak-anak buahnya daripada permainan politik. Dengan tegas beliau berkata, 

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." ( berita penuh di sini )

Rajagopal juga dikatakan tidak teragak-teragak untuk meletak jawatan sekiranya anak buahnya dipaksa berbuat demikian. Tahniah diucapkan kepada Rajagopal atas sikap professional beliau. Harimau Malaya adalah untuk semua rakyat Malaysia. Ia bukan hakmilik UMNO mahupun PAS dan tidak juga kepunyaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Hari ini juga aku terbaca laporan akhbar tentang permintaan seorang ahli politik Sabah yang ingin menukarkan gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Kononnya ramai belia di Sabah yang tersinggung dengan penggunaan perkataan 'Malaya' kerana ianya tidak melambangkan Sabah dan Sarawak. Sorry to say la.. ini seorang lagi ahli politik yang bangang (sorry lah aku rasa inilah perkataan yang paling sesuai untuk digunakan walaupun kasar). Aku rasa dia tak pernah pun ambik 'port' pasal bolasepak Malaysia sebelum ini. Bila skuad bolasepak negara jadi bualan rakyat maka dia cuba tunjuk pandai.

Hai takkan nama saya pun nak ditukar kot

Untuk pengetahuan YB yang bijak, term "Harimau Malaya" adalah nama khusus yang merujuk kepada spesis harimau yang wujud di Semenanjung Malaysia dan bukanlah satu nama rekaan. Spesis harimau ini dijadikan macam maskot atau lambang kepada skuad negara sejak puluhan tahun. Ketangkasan dan kegagahan "Harimau Malaya" menjadi inspirasi kepada skuad negara beraksi di padang sekaligus skuad bolasepak negara juga digelar "Harimau Malaya". Dah nama harimau tu macam tu, nak tukar macam mana? Sebelum ni pemain-pemain bolasepak dari Sabah macam James Wong, Hassan Sani atau Matlan Marjan sekalipun tak pernah mempertikaikan gelaran "Harimau Malaya" kepada pasukan Malaysia yang diwakili mereka. Aku rasa  penyokong dari Malaysia Timur pun tak kisah.Aku tertenya-tanya agaknya siapa la belia Sabah  yang kecik hati tu seperti didakwa. Tolonglah YB-YB sekalian don't drag our heroes into your games! This is football not politics!

p/s: Teringat pula kata-kata seorang budayawan tempatan terkenal, "Saya tidak percaya kepada ahli politik. Mereka tidak pernah ikhlas"

Thursday, December 30, 2010

Piala AFF: Harimau Malaya Raja Baru Bolasepak Asia Tenggara!

Jutaan tahniah dan terima kasih aku ucapkan kepada skuad Harimau Malaya yang telah menghadiahkan Piala AFF Suzuki kepada pencinta bolasepak tanah air yang telah lama dahagakan kejayaan di kejohanan kompetitif. Sebaik sahaja perlawanan tamat seluruh negara bagaikan berpesta meraikan kejayaan ini. Baik di Dataran Merdeka, I-City Shah Alam mahupun di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Jitra  atau di mana saja, semuanya bersorak gembira. Antara yang paling happening selain di Dataran Merdeka ialah di Restoran Hakim Sek 7 Shah Alam. Hakim memang sejak sekian lama jadi port geng ultras malaya menonton aksi pasukan negara dalam banyak kejohanan.



Keterujaan peminat bolasepak Malaysia

Disebalik provokasi melampau media dan penyokong Indonesia, Alhamdulillah pemain negara tetap berjaya bermain dengan baik walaupun mungkin sedikit tertekan. Skuad Malaysia bukan saja tidak dapat menjalani latihan di Jakarta sebagaimana dirancang sebelum perlawanan malah 'bertuah' kerana buat pertama kalinya dibawa ke stadium menggunakan kereta perisai milik pasukan keselamatan Indonesia. Kita tidak hanya bertahan sebagaimana di Hanoi malah kita juga melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan. Walaupun Mat Yo dikunci kemas oleh pemain pertahanan Indonesia, Ashari Shamsudin dan S Kunalan berjaya mengambil tugas Mat Yo bagi membuka ruang untuk Safee Sali menjaringkan gol.  Buktinya, lorongan cantik Ashari membolehkan Safee merembat kencang menewaskan Markus Harison untuk gol tunggal Malaysia. Apapun, syabas juga buat Indonesia yang tidak mudah mengaku kalah dan bangkit membalas dengan 2 gol. Sekurang-kurangnya mereka tidak tewas di gelanggang sendiri.



Imbas kembali aksi Harimau Malaya

Kejayaan pasukan Malaysia juga mencetus fenomena baru yang membangkitkan kembali minat rakyat Malaysia terhadap bolasepak tempatan. Pemain-pemain kita juga mula menjadi pujaan orang ramai. Safee, Mat Yo (Nursharul Idlan Talaha) dan Apek (Khairul Fahmi Che Mat) kini menjadi ikon baru rakyat Malaysia khususnya di kalangan remaja. Sampai isteri, kekasih dan keluarga diorang pun terkena tempias dunia glamour yang mula menyelimuti hidup mereka. Paling mencuri tumpuan ialah awek si Apek. Aku tengok follower blog dia meningkat hampir seribu orang dalam masa sehari saja. Sampai Fafau pun sebut kat konti Hot.FM. Dahsyat dahsyat! Silap-silap nanti ramai orang yang cari dia kat kampus UiTM Machang tu..hehehe..  Cuma janganlah sampai pujian melangit dan ke'glamour'an ini akan menghancurkan prestasi pemain kita. Perjalanan kita bukan saja masih jauh malah baru saja bermula.

Khairul Fahmi: Ikon baru bolasepak Malaysia

Momentum kecemerlangan kita harapnya dapat diteruskan. Tahun depan kita ada sukan SEA, kelayakan Olimpik 2012 dan kelayakan Piala Dunia 2014. Kita perlu mempertahankan pingat emas sukan SEA dan bagi kelayakan olimpik dan Piala Dunia aku rasa sasaran realistik ialah untuk layak ke pusingan akhir kelayakan benua Asia. Demi mencapai sasaran itu FAM harus mula mengatur siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang kompetitif di luar negara. Kalaupun Jepun, Korea atau Iran tak mahu melayan kita, kita boleh aturkan perlawanan  dengan pasukan yang tidak kurang hebatnya seperti Uzbekistan, Arab Saudi, New Zealand atau negara-negara Eropah Timur macam Bosnia, Bulgaria, Slovakia ataupun Romania. Aku juga mintak sangat FAM hidupkan kembali Pestabola Merdeka sebagai persediaan skuad senior dan Inter-Continental Cup untuk skuad Olimpik nanti. Tapi janganlah pulak jemput team yang bukan-bukan macam Afghanistan, Taiwan atau Maldives. Carilah pasukan yang berkualiti sikit. Janganlah sebab nak menang, kita jemput pasukan yang confirm kita boleh kalahkan. Pasukan macam Indonesia, Vietnam, Thailand, Singapura atau Myanmar boleh terus dijemput demi memastikan kehadiran penonton tapi yang selebihnya tu carilah pasukan yang lebih berkualiti. Akhir kata buatTahniah Harimau Malaya!

Tuesday, December 28, 2010

AFF Suzuki Cup: Oh Garuda Terimalah Hakikat!

Aku sebenarnya frust juga sebab tidak dapat saksikan sepenuhnya siaran langsung perlawanan pusingan pertama Final Piala AFF baru-baru ini. Masa tu aku dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang setelah menghadiri walimatul arus Cupie, salah seorang wargakerja NC. Aku bertolak dalam pukul 3 petang  dari Kepala Batas  dan menjangka akan tiba di Shah Alam sekitar pukul 7.30 malam. Jadi sempat la tengok kat rumah atau mana-mana maple berdekatan. Namun jangkaan aku meleset, jalan punyalah sesak dengan kereta yang berbondong-bondong pulang ke ibukota selepas bercuti. Aku hanya sampai di Shah Alam sekitar pukul 10 malam. Nasib baiklah ade handphone yang boleh tengok TV kat dalam kereta. Jadi sempatlah aku menjeling ke arah TV sambil memandu walaupun siarannya kejap clear kejap hilang.



Aksi Malaysia di Pestabola Merdeka 2007

Perlawanan malam itu merupakan persembahan yang paling menghiburkan disajikan oleh skuad negara sejak aksi final Pestabola Merdeka 2007. Pemain rajin berlari dan merebut bola, ball posession dan passing juga baik malah yang lebih penting mereka mempamerkan semangat juang yang tinggi. Mereka juga berdisiplin dan tidak melakukan kesilapan mudah.Indonesia juga bermain cemerlang namun rangkaian penyerangnya hilang idea untuk memecah benteng Malaysia yang dikawal rapi. Malaysia bernasib baik kerana punya Mat Yo yang memang bijak memanipulasi kesilapan pertahanan Indonesia sekaligus memberi ruang kepada Safee Sali dan Ashaari Shamsudin mencipta jaringan. Mahali Jasuli juga bijak melakukan hantaran lintang sekaligus memberi ruang kepada Safee Sali menjaringkan gol bertaraf dunia. Kesilapan pertahanan Indonesia Maman Abdul Rachman ketika gol pertama Malaysia juga mengingatkan aku kepada kesilapan yang hampir sama dilakukan oleh Rosdi Talib ketika aksi kedua-dua pasukan pada Piala AFF 2005 yang menyaksikan Malaysia tumpas 1-4 di stadium yang sama. Kesilapan mudah kedua-dua pemain terbabit menjadi titik tolak kepada kekalahan pasukan mereka.



Laser oh Laser

Namun setelah Harimau garang membaham Garuda di padang, segelintir penyokong dan media Indonesia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat kekalahan besar pasukan mereka. Sinar laser dari penonton Malaysia dijadikan alasan kekalahan mereka. Isu yang dimulakan oleh pengurusan timnas Indonesia sejak sebelum perlawanan ini pada pandangan aku merupakan langkah awal Indonesia untuk mengkambing hitamkan isu laser jika sekiranya kalah di Bukit Jalil. Mungkin mereka telah menghidu bahawa mereka bakal kalah. Pemain Malaysia juga menghadapi situasi yang sama ketika menentang Indonesia dalam aksi peringkat kumpulan di Jakarta tempohari. Tapi kita tidak menyalahkan laser tapi sebaliknya mengakui kelemahan pertahanan yang menjadi punca kekalahan 1-5. Soal laser ni bagi kita bukanlah perkara besar sampai boleh menjejaskan permainan sebab tu pemain kita tak ambik kisah pun. Hari ni aku terbaca satu lagi tuduhan penyokong Indonesia yang mendakwa Malaysia pasang 'bomoh' untuk menang. Alamak bang! Tolonglah! Grow up la sikit! Tak payah nak buat alasan bodoh-bodoh macam tu. Bikin malu negara anda saja. Ada juga penyokong Indonesia yang lebih rasional yang mendakwa keletihan pemain yang 'diusung' ke sana ke mari sebelum perlawanan demi kepentingan politik pihak tertentu menjadi penyebab kekalahan mereka.

Cukuplah tu. Indonesia masih punya 90 minit untuk melakukan sesuatu, tak perlulah menyalahkan orang lain di atas kelemahan sendiri. Anda tidak akan dipandang hin apabila anda mengakui kelemahan diri malah anda akan lebih disanjungi. Jika benar Sang Garuda berbisa, tunjukkan saja di tengah padang. Usah ribut-ribut dengan kisah dongeng yang bukan-bukan. Buat Harimau Malaya, buktikan kepada dunia kita memang jaguh bolasepak Asia Tenggara. Malaysia Boleh!

Wednesday, December 22, 2010

Kesultanan Sulu: Retak Menanti Belah?

Benarlah kata-kata pujangga, "mengisi kemerdekaan itu lebih sukar daripada memperjuangkannya"...Aku mendapat perkhabaran yang kurang enak dari teman-teman pendukung United Tausug Citizen yang menjadi tunjang utama dalam pengembalian kedaulatan Kesultanan Sulu yang disytiharkan pada  17 November lalu. Belum pun sampai 2 bulan, bibit perpecahan dan pertelingkahan nampaknya telah mula timbul.Mungkin korang boleh baca artikel-artikel berikut untuk rujukan:

Aku khuatir UTC akan melalui peristiwa yang sama seperti mujahidin Afghanistan selepas berjaya menghalau Russia dari bumi mereka. Sebelum merdeka mereka bersatu padu atas nama jihad melawan penjajah namun malangnya selepas Russia ditumpaskan, mereka pula yang berbunuhan sesama sendiri untuk merebut kuasa. Dalam sirah nabawi, peristiwa perang Uhud jelas memberi pengajaran kepada kita agar tidak alpa walaupun di ambang kejayaan. Kealpaan sebahagian sahabat Rasulullah yang tergoda dengan harta rampasan dan meninggalkan tanggungjawab mereka sebagai pemanah di bukit menyebabkan tentera Islam kalah dalam peperangan tersebut.

Panji ini seharusnya terus berkibar megah
Dalam kes UTC/ UTP ni aku tidak menyebelahi mana-mana pihak sebab aku takde sebarang kepentingan pun kalau mana-mana pihak ditabal jadi sultan ke, perdana menteri ke atau sebagainya.Malah aku sendiri bukanlah seorang tausug. Aku hanyalah seorang teman yang ingin melihat tanah air umat Islam di mana-mana tempat di dunia ini bebas dan merdeka. Apapun UTC / UTP dan "Institusi" Kesultanan Sulu harus bergerak sebagai satu jemaah yang bukan sahaja menaungi umat Islam Sulu tetapi juga bergerak dan bertindak berlandaskan syarak dan bukannya atas kepentingan individu. 

Pimpinan Sulu juga harus berhati-hati dengan kemungkinan berlaku penyusupan agen-agen musuh dalam organisasi untuk melakukan huru-hara dari dalam. Lebih malang lagi andai tanpa disedari agen-agen tersebut  dilantik oleh UTC/UTP sendiri membarisi tanzim haraki. Penyusupan agen musuh dalam perjuangan umat Islam acapkali berlaku dalam sejarah. Kita tidak mahu muncul lagi watak-watak seperti Lawrence of Arabia dan Snouck Hurronje dalam perjuangan kemerdekaan Sulu. 

Dimanakah Sultan Sulu?
Pada pendapat aku, 'krisis' ini terjadi kerana ketiadaan "Amir" yakni ketua dalam memimpin 'jemaah' ini. Dalam konteks ini, walaupun hampir 2 bulan berlalu Sultan Sulu masih belum ditabalkan biarpun 'Kesultanan Sulu' didakwa wujud. Tanpa Sultan, hakikatnya Sulu hari ini hanyalah sebuah republik. Secara jujurnya aku sendiri pelik apabila Sultan Sulu 'tiada' semasa pengisytiharan kemerdekaan 'daulah' baginda. Bagi aku 'Sultan' sebagai ketua negara seharusnya wujud terlebih dahulu sebelum merdeka diisytiharkan. Mana mungkin anak boleh dilahirkan sekiranya si bapa masih tidak wujud? Alangkah bagusnya andai pengistiharan kemerdekaan tempohari disempurnakan sendiri oleh baginda.Takpelah, yang lepas biarlah lepas. Sekarang ni pimpinan Sulu harus mencari penyelesaian total sebelum krisis ini menjadi lebih parah. Sesungguhnya iangatlah  "Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan"

Tuesday, December 21, 2010

Smart Tarannum 2

Setelah mendapat sambutan menggalakkan melalui album Smart Tarannum 1, kini Nasyeed.Com menerbitkan album Smart Tarannum 2 yang diterajui oleh Ustaz Mohd Afandi Hussain sebagaimana dalam album sebelum ini. Album ini mengandungi modul pembelajaran lagu-lagu tarannum Al-Quran yang sangat sesuai untuk dipelajari oleh hampir semua lapisan masyarakat. Modul yang disusun oleh Ustaz Afandi ini sangat mudah untuk dipelajari dengan menggunakan surah-surah kunci terpilih.Jika dalam Smart Tarannum 1 para pendengar berpeluang belajar tarannum  Baiyati, Soba', Nahawand dan Sikah, dalam Smart Tarannum 2 pula para pendengar akan mempelajari tarannum Jiharkah, Rast dan Hijjaz


Untuk rekod, Ustaz Affandi merupakan salah seorang penceramah jemputan dalam rancangan Kursus Membaca Al-Quran di Klasik Nasional sejak 1999. Beliau juga adalah bekas johan Tilawah Al-Quran gabungan Syarikat Insuran dan Perbankan Islam seluruh Malaysia 1998 dan merupakan Ketua Hakim Ujian Tilawah Peringkat  Takaful dan Perbankan Islam sejak 2001. Terkini, beliau menjadi juri jemputan Kalam Suci terbitan Astro Oasis, Tetamu jemputan Semanis Kurma terbitan TV9, Tetamu Jemputan Al Kuliyyah TV3, Tenaga pengajar rancangan Kursus Membaca Al-Quran terbitan JAKIM yang disiarkan secara langsung setiap Jumaat jam 6.30 petang hingga 7.00 malam sejak 1999. Oleh itu jangan lupa untuk mendapat album terbitan dan edaran Nasyeed.Com serta edaran bersama Sony Music ini di pasaran sekarang!

Berakhirnya Penantian 14 Tahun Harimau Malaya

Sejak edisi pertama Piala AFF pada 1996, penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final berakhir setelah menumpaskan Vietnam dengan aggregat 2-0 walaupun sekadar seri 0-0  dalam aksi kedua. Bekalan 2 jaringan Safee Salee di Bukit Jalil sebelum ini sudah cukup untuk membenam cabaran Vietnam. Namun dari sudut corak permainan aku rasa Malaysia masih kurang bagus berbanding mereka. Kawalan bola, passing, dribble kita masih ketinggalan cuma kita bernasib baik kerana menjaringkan gol. Dalam erti kata lain, mereka menguasai permainan tetapi kita yang menang. Nak buat macam mana, winning the game is about scoring the goal not about controlling the game.




Kita bakal bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir nanti. Harapnye harimau malaya tidak akan lagi dimalukan sang garuda sebagaimana perlawanan peringkat kumpulan. Ini adalah peluang terbaik kita untuk muncul juara buat kali pertama. Buktikan kepada semua bahawa kita benar-benar raja baru bolasepak Asia Tenggara.

Friday, December 17, 2010

Perangi Penyebaran Syiah di Malaysia Habis-Habisan

Sudah lama aku menantikan keperihatinan dan tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu penyebaran ajaran syiah di Malaysia. Alhamdulillah nampaknya penantian aku dah mula berakhir apabila 200 orang pengikut Syiah ditahan oleh pihak berkuasa kelmarin.Cuma aku harap tindakan sebegini akan berterusan demi menjaga kesucian agama Islam  dan keharmonian hidup di Malaysia.


Ritual Syiah di Malaysia

Sudah lama aku mendengar tentang kegiatan syiah yang berpusat di Gombak, KL namun inilah kali pertama aku mendengar pihak berkuasa bertindak ke atas mereka. Malaysia adalah negara Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang majoritinya bermazhab shafie. Dalam undang-undang tubuh atau perlembagaan kebanyakan negeri beraja juga jelas menyatakan tentang perkara ini. Malah pihak majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa dan penjelasan tentang penyelewengan ajaran syiah ini. Membiarkan syiah tersebar di Malaysia adalah satu tindakan yang bakal membawa kepada perpecahan yang teruk khusunya di kalangan umat Islam. Ya memang benar, sekarang pun umat islam di Malaysia pun berpecah kerana fahaman politik yang berbeza. Namun ia bukanlah perpecahan dalam erti kata sebenar kerana masing-masing masih boleh duduk semeja dan minum teh tarik bersama di luar gelanggang politik. Kita masih hidup aman damai biarpun berbeza pandangan.




Ulasan Dr Yusuf Qaradhawi tentang Syiah

Bagi pengikut syiah, darah ahli sunnah halal untuk ditumpahkan. Dalam erti kata lain, Ahli Sunnah halal untuk mereka bunuh. Ini adalah fahaman yang cukup merbahaya. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan kepada Ahli Sunnah di Iraq setelah mereka berkuasa. Berapa ribu orang yang mereka bunuh dan seksa hanya kerana bernama Abu Bakar, Umar, Usman dan Aisyah? Di Pakistan yang mana mereka bukan majoriti pun, pengikut syiah berbunuhan dengan ahli sunnah sejak sekian lama.Adakah kita mahu Malaysia menjadi seperti itu? Tentu sekali tidak.



Kisah penganiyaan Syiah ke atas ASWJ di Iraq

Aku ada juga buat research sikit tentang pergerakan mereka ni. Di Malaysia ni antara pemimpin mereka yang agak menonjol bernama Hasan Askari. Seorang penulis muda yang terkenal dipercayai turut menyebarkan idea-idea fahaman syiah melalui karya-karya beliau.Tak perlulah aku sebut siapa dia lagipun memang dia tak mengaku pun. Tapi bagi yang biasa dengan bidang penulisan tentu tahu siapa yang aku maksudkan. Apa yang aku perhatikan pendakwah syiah 'mencucuk jarum' secara halus dengan beberapa fasa:
      • Fasa pertama: Pendakwah Syiah akan menceritakan tentang kepentingan mengasihi keluarga Rasulullah (ahlul bait)  lebih daripada orang lain. Secara dasarnya perkara ini memang tiada masalah malah memang diajar oleh ASWJ. 
      • Fasa kedua : Setelah mendapat kepercayaan mad'u (orang yang didakwahkan) mereka dalam soal mengasihi ahlul bait, mereka akan menceritakan pula tentang Rasulullah mengutuk dan mencela para sahabat yang ingkar dengan arahan baginda dalam peristiwa perang uhud yang membawa kepada kekalahan tentera Islam. Pada masa yang sama mereka akan menceritakan 'kehebatan' sahabat-sahabat yang dicela oleh baginda itu, dalam erti kata lain orang-orang yang dicela oleh Rasulullah itu bukanlah 'orang biasa'.Aku tak pasti dari mana sumber cerita ini diperolehi. Secara logiknya, mad'u mereka akan bersetuju dengan cerita ini sebab orang yang ingkar arahan memang wajar dikutuk. Sebenarnya tanpa disedari, cerita ini diketengahkan untuk menghalalkan tindakan mereka mencela para sahabat Rasulullah khususnya Sayyidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Sayyidatina Aisyah (Radhiallahu Anhum) yang dituduh menghalang Sayyidina Ali daripada menjadi khalifah dan menganiayai ahlul bait.
      • Fasa ketiga: Selepas mad'u percaya tentang 'kehalalan' mengutuk sahabat besar ini barulah mereka menyebarkan perkara-perkara lain yang menjadi pegangan syiah termasuklah nikah mutaah serta kewajipan untuk mencela dan memerangi ahli sunnah yang dituduh sebagai pengkhianat kepada ahlul bait kerana menyokong Sayyidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Sayyidatina Aisyah (Radhiallahu Anhum) dalam isu Khalifah dan pelbagai cerita bohong mereka. Ini sekaligus akan menyebabkan mad'u mula meragui akidah ASWJ yang dipegang selama ini dan berdendam dengan ahli sunnah kerana dituduh bertindak zalim kepada ahlul bait.



Kita sama sekali tidak boleh berpeluk tubuh lagi dan membiarkan fahaman Syiah menular di Malaysia. Kerajaan harus bertindak tegas kepada penganut mahupun yang mendokong ajaran Syiah ini. Hentikan penghantaran pelajar oleh mana-mana pihak ke Iran atau ke universiti-universiti yang berfahaman Syiah kerana kelak dikhuatiri bukan sahaja mereka akan menganut Syiah tetapi mereka akan turut menjadi ejen penyebaran Syiah di Malaysia. Begitu juga dengan pelajar-pelajar berfahaman syiah yang datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran juga harus dikurangkan atau ditiadakan terus. Kempen kesedaran juga harus dibuat oleh pihak berkuasa agama tentang bahaya syiah ini kerana aku yakin masih terlalu ramai orang kita yang mengganggap syiah adalah hanya salah satu mazhab dalam Islam sedangkan ianya bukan sebahagian daripada Islam sebagaimana yang difatwakan oleh ulamak-ulamk muktabar. Ayuh kita lindungi diri, keluarga, rakan dan negara kita daripada ancaman Syiah!

AFF Suzuki Cup: Kita di Ambang Final Namun Perjuangan Belum Selesai

Semalam aku sempat ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam. Aku  ngan Dakmie bertolak dari office selepas maghrib. Jalan ke sana agak sesak dan parking pun penuh. Sampai ramai yang terpaksa pariking atas devider dan tepi jalan. Aku terpaksa parking kat bahagian belakang stadium hoki. Jauh la jugak terpaksa menapak. Ternyata masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan bolasepak negara. Menurut laporan sebuah akhbar, lebih 50 ribu penonton yang membanjiri stadium. Bila aku masuk stadium pun, aku nampak penonton memang sangat ramai. Cuma yang spoilnye, aku sampai tu dah halftime. Silap tengok jadual. Rupanya diorang start pukul 8.



Dari segi permainan aku rasa Malaysia masih banyak kelemahan. Tabiat tunggu dan lihat masih membelenggu selain tiadanya "sense of urgency". Mereka banyak melihat saja bola di kaki pemain Vietnam dan itu menyebabkan lawan sangat selesa mengatur gerakan. Walau bagaimanapun Malaysia bijak memanfaatkan peluang dan mengatur gerakan khususnya daripada bahagian sayap sekaligus menghasilkan 2 gol melalui Safee Sali. Sebaik perlawanan tamat para pemain Malaysia dan K.Rajagopal selaku jurulatih melakukan tunduk hormat kepada para penonton dari atas padang sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diterima. Tahniah buat Harimau Malaya namun ingat masih ada 90 minit untuk kita beraksi sebelum melangkah ke final buat kali kedua dalam sejarah Piala AFF.

Wednesday, December 15, 2010

Video Penjelasan Tan Sri Annuar Tentang Isu Perpindahan Pemain The Red Warriors

Isu tentang perpindahan 3 bintang Kelantan musim lalu Indraputra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose masih menjadi bualan hangat di kalangan para peminat bolasepak khususnya penyokong the red warriors. Antara perkara yang terjawab menerusi video ini ialah:

      • Urutan peristiwa berhubung perpindahan Indra, Azizi dan Farhan ke T-Team
      • Gaji sebenar yang ditawarkan kepada bintang-bintang bolasepak Kelantan
      • Pemain-pemain yang menawarkan diri untuk menyarung jersi Kelantan musim depan
      • Tindakan yang bakal dibuat oleh KAFA dalam isu perpindahan tersebut.

 Video ni dalam dialek Kelate tapi aku rasa kawan-kawan yang bukan kelate pun boleh faham kot.Video ini juga bagi aku memang menunjukkan ketokohan TSAM selaku bapa pembangunan bolasepak di Kelantan dan insya Allah akan datang di Malaysia. Enjoy the video!


Part 1



Part 2

Tuesday, December 14, 2010

Gadis Maghribi Ancaman Baru Wanita Tempatan?

Metro Ahad keluaran 12 Disember telah menyiarkan satu artikel yang agak sensasi. Biasalah akhbar berkonsep tabloid memang macam tu. Ceritanya tentang trend baru lelaki Melayu yang kini menyunting gadis-gadis dari Maghribi untuk dijadikan suri dalam hidup mereka.Jika sebelum ini wanita tempatan berbangsa Cina tidak lena tidur dengan kehadiran gadis-gadis dari 'tanah besar' dan vietnam yang 'menggoda' suami, tunang atau kekasih mereka, kini wanita Melayu juga mungkin bakal menerima cabaran yang sama. Cuma yang berbeza 'ancaman' itu datangnya dari nun jauh di utara benua Afrika. Dalam dunia globalisasi, bumi yang luas ni pun dah jadi macam perkampungan je.  20 atau 30 tahun dulu mungkin kita jarang mendengar orang kita bekerja di luar negara tapi sekarang ni 'bersepah' di mana-mana. Jururawat kita ramai di Arab Saudi dan Dubai, Engineer kita pun ade di Ghana dan Sudan malah Doktor kita juga ada di Eropah dan US. Dengan itu secara tak langsung, perkahwinan orang kita dengan warganegara asing juga menjadi suatu fenomena biasa. Datang pulak "pakej Maghribi" ni aku rasa lagi ramailah yang kawin foreigner. My second cousin pun ade yang kawin ngan orang Saudi. Skang ni dah menetap di Jeddah.Tapi raya selalunya dia balik Machang.

Enta mahu kawin sama ana?
Opps.. melalut pulak. Sorry...Berbalik kita kepada cerita gadis Maghribi tadi. Dalam artikel yang ditulis dalam Metro Ahad tempohari berdasarkan pengalaman individu-individu yang terlibat, kelebihan mereka berbanding gadis tempatan adalah seperti berikut:

    1. Cantik & Berkulit Gebu 
      • Benda ni agak betul la sebab wanita arab ni secara relatifnya memang good looking dan berkulit cerah.Tang gebu tu aku no comment la sebab takde 'experience'.. huhu. Senang citer korang boleh tengok sendiri la gambar-gambar gadis maghribi ni. Kalau takde Metro Ahad tempohari, tanya je kat En.Google.
    2. Subur 
      • Yang ni pun aku no comment sebab aku takde rujukan. Mungkin kita boleh search kadar kelahiran di negara mereka.
    3. Belum "Tercemar"
      • Gadis Morocco yang dirujuk dalam artikel ini sebenarnya bukanlah gadis Morocco secara umum tetapi ianya tertumpu kepada gadis pinggir bandar atau luar bandar. Istilah 'tercemar' ini pula merujuk kepada mereka tidak atau kurang terdedah kepada budaya negatif atau liar yang dibawa oleh Barat. Apatah lagi dalam budaya mereka, ibubapa sangat prihatin dan mengawal tingkah laku anak-anak gadis mereka. Jadi jika benar begitu memang betullah kenyataan ini. Apapun bagi aku ianya masih subjektif.
    4. Taat 
      • Soal taat ni agak sukar untuk dibuktikan tanpa pengalaman melaluinya. Namun boleh tanya kengkawan yang dah kawin dengan orang sana.Kita juga mungkin boleh check tengok kadar penceraian di sana sebab bagi aku kadar penceraian yang rendah sedikit sebanyak boleh mencerminkan sejauh mana 'ketaatan' seorang isteri walaupun ia bukanlah faktor tunggal dalam isu penceraian
              5.  Pembersih
      • Usahkan orang Maghribi, orang Malaysia pun secara umumnya sukakan kebersihan.Hanya orang 'bangang' je yang pengotor. So bagi aku perkara ini tidaklah menjadi satu faktor tarikan
               6. Pandai Menjaga Makan
      • Sebagaimana pentingnya skill menjadi "Imam" bagi seorang lelaki sebagai ketua keluarga, begitu jugalah penting skill memasak untuk seorang isteri. Kalau tak sepandai Chef Wan pun takpe janji suami dan anak-anak boleh makan dengan gembiranya. Itu sudah cukup. Lagipun kalau dilihat dari sudut ekonomi, masak sendiri kat rumah sangat menjimatkan berbanding makan kat luar. Apatah lagi kalau isteri tercinta yang masak tentu kenyang dan menyelerakan. So dalam kes gadis Maghribi ni, kalau betul  diorang pandai menjaga makan minum suami tentunya it will be a plus mark for them. Lelaki yang suka perempuan yang pandai memasak tentunya akan memilih mereka di saat ramai wanita sekarang yang dah tak ambik kisah pasal skill di dapur. Tapi kalau asyik makan roti Arab, kari kambing ngan nasi mandy, pening jugak kan? huhu
               7.  Bukan Jenis Pengikis
      • Wanita tempatan pun rasanya ramai yang bukan dari spesis pisau cukur ni. Aku rasa sebilangan kecil (sangat kecil) saja wanita tempatan yang berperangai hodoh begitu.Lagipun ramai wanita kita yang bekerjaya so wang ni walaupun kengkadang tu tak cukup tidaklah menjadi masalah besar sampai nak mengikis harta pasangan.
               8. Tidak Perlu Dating
      • Perkataan 'tidak perlu' tu sangat menarik. Dating ni pulak subjektif definisinya. Kalau dimaksudkan berjumpa memang tak praktikal pun nak selalu jumpa dengan calon isteri di Maghribi. Jauh tu.. kalau dekat lain la citer. Tapi aku rasanya aku faham maksud Bro Fairudz yang menceritakan kisahnya dalam artikel ni. Dia maksudkan memang parents depa tak bagi "dating" (still subjektif definisinya). Kalau nak, terus datang jumpa ibubapa dan lamarlah anak mereka. Hmm.. susah juga tu kan?..maklumlah orang sekarang sering bercakap tentang keserasian. Oghe kelate panggey "sekung". Kalau tak pernah jumpa atau sekadar melihat gambar, macam mana kita nak mengukur tahap ke'sekung'an kita tu? Nak bercakap memang gagal la. Dia cakap Arab (diorang ni kebanyakannya takleh cakap Inggeris) kita cakap Melayu, dah jadi macam ayam itik.
                 9. Kos Perkahwinan Yang Murah
      • Aku rasa ini adalah perkara yang paling menarik antara semua 9 faktor yang disenaraikan.Terutamanya mereka yang dah mencapai tahap "wajib kawin" (kalau korang tak faham istilah ni, tanyalah ustaz-ustaz yang berdekatan) tapi duit tak berapa ada. Mengikut Bro Fairudz dengan hanya serendah RM 14 200.00, jejaka Malaysia dah boleh terbang ke Maghribi dan menyempurnakan majlis perkahwinan di sana. Kira "all in" termasuk tiket kapal terbang. Salah satu faktor kos rendah ni sebab nilai duit diorang memang lebih rendah daripada kita. Taraf hidup kat sana pun mungkin rendah kot so belanja pun tak besar. Kalau kat Malaysia aku rasa secara umumnya dengan kos sebegitu, duit hantaran pun belum tentu lepas. Duit catering lagi, barang hantaran dan lain-lain mungkin secara totalnya mencecah 40 hingga 50k.Yang cecah 100k pun ada, tengok la "nafsu" masing-masing macam mana. Maka agak mustahil untuk seorang fresh graduate yang baru bekerja makan gaji 2-3 tahun boleh kawin dengan duit sendiri. Kecualilah starting gaji dia dah 5k ke atas mungkin takde masalah (berapa kerat je yang macam tu pun). Yang lain terpaksalah buat loan atau pinjam sana sini. Lebih menyedihkan andai loan tu masih tak abis bayar walaupun dah anak tiga. Hmm..
BERSAMBUNG..

p/s: Ini link artikel Metro Ahad untuk rujukan korang..

Saturday, December 11, 2010

Nasyid@Persada: Muhasabah Cinta

Aku rasa aku sangat ketinggalan dalam meminati lagu ini. Aku baru sedar 'kesedapannya' beberapa hari yang lepas. Memang dah lama aku dengar lagu ni menjadi sebutan di kalangan peminat nasyid tapi aku tak tergerak hati pun untuk mendengar lagu ini. Tajuk "Muhasabah Cinta" menyebabkan aku kurang berminat untuk mendengarnya kerana aku menganggap lagu itu tentunya satu lagi lagu cinta versi nasyid. Namun beberapa hari lepas aku tergerak hati nak tengok video lagu ni kat youtube dan sangkaan aku selama ini ternyata meleset. Ianya bukan lagu 'cinta' namun  ianya mempunyai mesej yang cukup mendalam dan 'subjek matter' yang aku rasa tak pernah disentuh oleh penulis lirik nasyid di Malaysia. Secara umumnya, aku boleh simpulkan lagu ini berkisar tentang seseorang yang sedang menderita akibat sesuatu penyakit serta mungkin menemui ajal pada bila-bila masa. Dalam saat ini dia hanya bermuhasabah diri dan mengharapkan cinta "Pemilik Nyawanya". Baru kini dia sedar betapa besarnya nikmat sihat dan dia menyesali sikapnya selama ini yang kurang bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Apa yang dia harap hanyalah keampunan daripada Allah sebelum dia "melelapkan mata". Perggghhh! Memang feeling habis lagu ni. Tahniah buat Edcoustic atas lagu yang cukup indah ini... sob.. sob..


Penyakit Rasuah dah Berakar Umbi

Minggu ini kita dikejutkan dengan isu penangkapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohd Khir Toyo kerana kes rasuah melibatkan pembelian tanah banglo mewahnya. Turut ditahan adalah seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Shamsudddin Haryoni . Blog perisik rakyat menyenaraikan lebih 30 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Khir tapi aku tak pasti sama ada Peguam Negara yang mengetuai pendakwaan ke atas beliau memfailkan pertuduhan yang sama. Pihak pembangkang menganggap semua ini hanya wayang politik untuk mengukuhkan imej BN sebelum pilihanraya ke-13 namun dinafikan sekeras-sekerasnya oleh pimpinan BN dan peguam negara sendiri. Kita tengok saja nanti apa yang bakal berlaku.



Jom layan sketsa 'rasuah' ni

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pemberi dan penerima rasuah, kedua-duanya akan masuk neraka". Kita sebagai rakyat tentunya dah bosan dengan penyakit rasuah yang melanda negara kita. Dari peringkat pemimpin sampailah kerani biasa semuanya tak terlepas daripada unsur rasuah. Tapi aku tidaklah kata semuanya begitu tetapi ada segelintir yang berkelakuan sedemikian. Cuma mungkin istilah saja ditukar; ada yang panggil duit kopi la, duit pelincir dan macam-macam lagi. Rasuah merupakan satu penyakit sosial yang memberi kesan yang amat besar kepada rakyat dan negara. Kerana rasuah bangunan boleh runtuh malah orang pun boleh terbunuh. Yang miskin akan bertambah miskin dan yang kaya akan bertambah kaya. Itulah bahana rasuah. Kita berharap agar masih ada pemimpin atau pihak berkuasa yang bukan saja jujur tapi mempunyai keberanian untuk memerangi rasuah di semua peringkat. Semoga Allah melindungi kita daripada penyakit rasuah ini.Amin..

Indra, Farhan, Azizi bakal Digantung?

Penyokong-penyokong The Red Warriors masih menantikan penyelesaian kemelut perpindahan yang disifatkan 'haram' tiga tonggak utama Kelantan ke T-Team. Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden KAFA mendakwa ketiga-tiga pemain tersebut masih mempunyai kontrak bersama pasukan The Red Warriors. Ini berdasarkan hujah bahawa mereka tidak menjawab surat tawaran sambungan kontrak yang dibuat KAFA dalam tempoh 14 hari sekaligus menyebabkan mereka dikira bersetuju untuk menyambung kontrak. Ini adalah prosedur 'standard' yang ditetapkan oleh FAM dan perkara ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM iaitu Datuk Takiyuddin Hassan. Jika ketiga-tiga pemain tersebut berkeras berhijrah tanpa restu KAFA mereka berkemungkinan digantung selama semusim oleh FAM.

Farhan, Azizi dan Indra
Para penyokong TRW masih tertanya-tanya apakah punca sebenar penghijrahan mereka disebalik kejayaan mereka beraksi cemerlang memabantu Kelantan menjulang Piala Malaysia musim ini. Pelbagai spekulasi timbul. Ada yang mengatakan mereka mengejar gaji yang lebih lumayan dan tidak kurang juga yang mendakwa mereka tidak dilayan adil kerana mereka 'orang luar'. Bagi aku tidak guna KAFA 'memaksa' mereka untuk bermain untuk Kelantan musim depan kerana aku yakin hati mereka tidak lagi bersama TRW. Namun KAFA harus menuntut pampasan yang sewajarnya  daripada T-Team. Jika mereka enggan dan pemain-pemain tersebut berkeras untuk berhijrah biarkan sahaja FAM mengambil tindakan terhadap mereka. Paling tidak ia menjadi pengajaran yang berguna buat pemain-pemain lain agar lebih 'cerdik' dan jangan mengambil mudah dalam soal kontrak. 

Khalid kembali ke Kelantan
Walaupun tanpa mereka pada musim depan, aku yakin Kelantan masih mampu beraksi baik musim depan. Kehilangan beberapa bintang  diganti dengan kehadiran pemain-pemain baru seperti K.Soley, Wan Rohaimi, Abd Aziz Ismail, Nurul Azwan Roya serta kembalinya pemain seperti Khalid Jamlus, Ramzul Zahini dan Shahrizan Ismail.

Friday, December 10, 2010

Follower ke 100

Alhamdulillah.. blog ni dah punya seratus orang follower. Walaupun mungkin jumlah yang dikira kecil bagi blogger-blogger otai tapi bagi aku yang part time ni dah kira satu jumlah yang agak membanggakan. Lagipun aku tidak berminat untuk menulis sesuatu yang sensasi semata-mata untuk menaikkan rating blog ini. Aku hanya berkongsi sedikit ilmu dan pandangan serta idea tentang sesuatu isu atau berita yang berlaku di sekeliling kita. Aku anggap blog ini satu medan untuk berinteraksi dengan teman-teman di alam siber malah mungkin juga salah satu medan dakwah dengan cara tersendiri. Blog aku ini tidak hanya fokus kepada satu isu atau bidang sebagaimana strategi yang digunakan oleh kebanyakan blog macam blog khusus untuk politik, fashion, gossip artis, sukan dan sebagainya. Malah aku juga tidak mempunyai jadual tetap untuk menulis. Aku hanya menulis bila ada masa lapang dan ada isu yang mahu diulas.

Muzik dan nyanyian memang menjadi minat aku sejak kecil
Penulisan blog memang dah jadi satu perkara yang popular sekarang ini. Malah ada penulis blog sepenuh masa yang mampu menjana pendapatan hingga 5 angka sebulan melalui penjualan iklan dan tajaan pihak tertentu. Ada juga penulis blog politik khususnya yang 'dibela' dan dibayar dengan harga yang tinggi oleh individu atau pihak tertentu untuk melakukan 'psy war' demi menjayakan misi politik masing-masing. Namun aku tidaklah tergolong daripada golongan blogger yang aku sebutkan tadi. Aku hanya menulis untuk kepuasan diri tapi andai dapat jana pendapatan tambahan, itu aku kira sebagai bonus. Aku lebih senang untuk berperanan sebagai blogger bebas yang menulis hampir apa saja yang menarik perhatian aku dari kosmetik sampailah politik. Apapun jika diperhalusi, fokus aku lebih tertumpu kepada 4 bidang iaitu politik dan kepimpinan yakni as siasah wal qiadah, sukan (mostly bolasepak la), muzik dan hiburan, serta isu keagamaan. Penulisan aku tentang sesuatu perkara  juga selalunya dikupas dari 'angle' bidang-bidang tersebut.

Aku berdoa agar aku terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk menulis di sini andai ianya turut membawa manfaat kepada orang lain. Kepada teman-teman yang sering menjenguk aku kat sini, aku ucapkan banyak-banyak terima kasih atas sokongan yang diberikan. Semoga Allah merahmati segala usaha yang kita lakukan demi membawa manfaat kepada semua kerana sesungguhnya " The best man are those who are useful to others".

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah dan Hidup Mati Harimau Malaya

Alhamdulillah hari ini umat Islam memasuki tahun baru 1432 hijriah. Tentunya masing-masing mempunyai azam dan sasaran tertentu untuk dicapai pada tahun ini. Aku sendiri pun punya sasaran besar untuk dicapai dan aku mohon kepada Allah SWT agar ianya berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekaligus membawa dimensi baru dalam hidup. Secara umumnya sebagai seorang muslim, kita tidak mahu hari esok atau hari-hari mendatang lebih buruk daripada hari-hari sebelumnya kerana jika ianya berlaku sedemikian maka bermakna kita tergolong dalam orang-orang yang rugi. 

Ini gambar pintu masuk pusat tuisyen di machang yang pernah aku belajar masa form 4 dulu. Takde kaitan pun ngan artikel ni.saje nak kongsi.hehehe..
Malam ni juga, Malaysia akan berdepan dengan Laos dalam Piala AFF. Menang sekalipun tidak bermakna Malaysia akan layak ke separuh akhir secara automatik. Malaysia perlu mendapat 'ehsan' Indonesia untuk menundukkan Thailand namun berita daripada kem Indonesia agak membimbangkan apabila coach mereka Alfred Riddle ingin merehatkan sebahagian besar pemain utamanya. Secara taktikalnya ia satu langkah yang bijak  demi mengelakkan kecederaan pemain-pemain utamanya. Cuma kita harap ia bukanlah satu yang dirancang demi memastikan Malaysia gagal ke semi final. Aku pun frust jugak sebab tak dapat tengok siaran langsung game Malaysia malam ni. Aku ada show di Pesta Pualu Pinang. Khabarnya RTM1 dan ESPN akan buat live telecast.Apapun sempena dengan sambutan Maal Hijrah hari ini kita doakan saja Malaysia mampu melangkah jauh dalam Piala AFF kali ini

Thursday, December 2, 2010

Harimau Tersungkur diCengkam Garuda

Kebimbangan segelintir penyokong Malaysia yang mempersoalkan tindakan K.Rajagopal menyenaraikan majoriti pemain muda dalam skuad Malaysia ke Piala AFF tahun ini nampaknya berasas apabila Malaysia tumpas di tangan Indonesia dalam aksi pertama peringkat kumpulan semalam. Rajagopal dikritik hebat oleh segelintir penyokong dalam forum Harimaumalaya.Com kerana tidak menyenaraikan pemain-pemain senior yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam liga Malaysia dan sebaliknya menyenaraikan majoriti pemain bawah 23 tahun yang baru beraksi dalam Sukan Asia baru-baru ini. Walaupun mereka beraksi agak baik dalam Sukan Asia dan berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA lepas tidak bermakna mereka mampu bersaing dalam Piala AFF yang disertai oleh pasukan-pasukan utama kebangsaan negara masing-masing dan bukannya pasukan peringkat umur.



Diperingkat ini, bukan sahaja kekuatan fizikal dan kecergasan penting tetapi pengalaman dan kemampuan menyerap tekanan turut diambil kira. Indonesia semalam ternyata memanfaatkan kegugupan dan kecetekan pengalaman pemain pertahanan Malaysia. Dua orang bek tengah Malaysia iaitu Muslim Ahmad dan Fadhli Shas baru berusia 21 dan 19 tahun. Mereka juga diapit oleh Asrarudin Putra Omar yang berusia 22 tahun dan Razman Roslan yang baru dipanggil lebih kurang seminggu sebelum kejohanan bermula. Dalam liga Malaysia masih ramai pemain pertahanan yang dikira layak diberi peluang berdasarkan pengalaman dan prestasi mereka seperti Shukor Adan, Azizi Mat Ros, Khairul Anuar Bahrom, P.Gunalan, Daudsu Jamaludin mahupun Marzuki Yusuf setelah pemain tonggak seperti Zamani Misbah dan Aidil Zafuan ditimpa kerajaan.Agak mengejutkan juga apabila Rajagopal menyenaraikan Sharbinee Alawee dalam aksi semalam walaupun prestasi Khairul Fahmi Che Mat lebih meyakinkan buat masa ini. Dari sudut pemain tengah dan jentera serangan, kekuatan Malaysia boleh dikatakan agak seimbang dengan Indonesia. Cuma mereka kelihatan cuba bermain 'cantik' berbanding simple football. Indonesia pula sebaliknya bermain cara mudah dan terus menerus  menghantar bola ke dalam kawasan penalti Malaysia sambil menunggu pemain Malaysia membuat kesilapan sebelum memanfaatkan kesilapan tersebut sepenuhnya. Apapun Malaysia masih punya peluang dan mereka harus membuktikan sesuatu agar setidak-tidaknya bolasepak Malaysia tidak terus dipandang sebelah mata oleh peminat sukan tanah air.

Album Terbaru Itqan Imbau Nostalgia Al Anwar

Tajuk                           :           Rindu
Artis                             :           ITQAN
Terbitan                        :           Kelab Nasyid Itqan
Edaran                         :           Sony Music Entertainment
Edaran Bersama           :           Nasyeed.Com



Setelah kemunculan album pertama pada tahun 2008 berjudul Kasih, Itqan kini tampil dengan album kedua mereka berjudul Rindu. Dengan dibarisi sebahagian ahli baru yang menggantikan ahli-ahlinya yang menyambung pelajaran ke luar negara, album kali ini dilihat lebih matang dan bertenaga. Mereka turut berduet dengan Rabbani melalui lagu Zikir Rindu manakala lagu Rindu Akhirat pula turut menampilkan penyanyi asal lagu tersebut iaitu kumpulan Al Anwar. Antara lagu yang turut dijangka hits ialah lagu Senandung Kesyukuran, Kasihmu Ibu dan Bisikan Rindu Buatmu Guru. Album ini turut mendapat sentuhan tenaga produksi professional seperti Dakmie, Amin Nordin, Along Exist, Fauzi Marzuki, Mohar, Ramli Rebana dan ramai lagi.Bagi peminat lagu-lagu Al Anwar yang pernah popular dengan lagu Rindu Akhirat dan Senandung Kesyukuran tentunya akan mengimbau nostalgia masing-masing. Apatah lagi bekas anggota Al Anwar turut sama menyumbangkan suara meraka dalam album ini. Jadi ayuh! Usah tunggu lagi..dapatkan di pasaran sekarang!

Friday, November 26, 2010

Menjelang AFF: Malaysia Perlukan Pasukan Kebangsaan Sebenar!

Malaysia perlu mewujudkan dua team yang berbeza dengan jurulatih yang berbeza supaya insiden Sukan Asia dan Piala AFF kali ini tak berulang. Tindakan menggunakan pasukan yang sama  untuk dua kejohanan yang diadakan secara berturutan ternyata mengundang padah. Malaysia yang mendaftarkan pemain yang hampir sama untuk kedua-dua kejohanan akhirnya terpaksa membuat rayuan untuk menyenaraikan pemain baru selepas sebahagian besar tonggak skuad Sukan Asia mengalami kecederaan panjang. Perkara ini mungkin dapat dielakkan sekiranya FAM membentuk dua skuad yang berbeza untuk Piala AFF dengan menggunakan pemain-pemain senior.
Skuad Sukan Asia aka Piala AFF
Team peringkat umur sama ada bawah 19, 21 atau 23 harus punya jurulatih dan pasukan masing-masing. Begitu juga dengan pasukan utama atau pasukan kebangsaan. Namun ia tidak bermakna pemain-pemain peringkat umur tidak boleh diserapkan ke pasukan kebangsaan jika prestasi mereka memang bagus. Contoh yang mudah, Khairul Fahmi ( Apek). Walaupun umur dia baru 21 tahun, namun dia adalah keeper terbaik Malaysia ada pada masa ini oleh itu dia layak untuk mewakili pasukan utama kebangsaan. Begitu juga pemain muda seperti Aidil Zaquan, Zaquan Adaha atau Muslim Ahmad, mereka memang layak secara merit untuk mewakili pasukan kebangsaan.

Apek memang keeper terbaik Malaysia walaupun masih muda
Cuma yang aku hairan kenapa kita sering menganggap pemain-pemain berusia 25 tahun dan ke atas sebagai kuda tua padahal di kebanyakan negara luar, pemain yang berusia antara 25 hingga 30 adalah pemain yang berada di puncak prestasi masing-masing walaupun tidaklah semua begitu. Jadi untuk menidakkan peluang pemain-pemain 'senior' ini mewakili pasukan kebangsaan hanya kerana mereka dianggap tua tanpa melihat prestasi mereka dalam liga adalah sesuatu yang merugikan.
Piya tak pernah dipanggil walaupun bagus dalam liga
Aku rasa ramai pemain-pemain senior yang layak mewakili negara berdasarkan prestasi masing-masing dalam liga. Pemain seperti Indraputra, Safee Salee, Idris Karim, Badri Radzi ( Piya), Akmal Rizal, Amri Yahyah, Eddie Helmi, Shukor Adan, Nor Farhan, Acong, Azizi Mat Rose, Halim Zainal dan ramai lagi aku rasa masih relevan untuk menyumbangkan sesuatu kepada skuad negara. Mereka adalah antara pemain-pemain yang perform dalm liga kita. Mengapa mereka kita pinggirkan?Piya contohnya tidak pernah dipanggil mewakili skuad kebangsaan walaupun menunjukkan mutu permainan yang baik 3 tahun kebelakangan ini.Mungkin sebab dia mencapai puncak prestasi selepas umur dia 24 atau 25 tahun kot sebab tulah dia tak dapat call .Jika pengalaman dan kematangan mereka dicampur dengan kekuatan dan kecergasan fizikal pemain muda, aku rasa kita boleh mencapai sesuatu yang lebih baik. Namun suka aku tegaskan pemilihan ke atas pemain senior sebegini mestilah dibuat berdasarkan merit dan bukan umur semata-mata. Pasal ade yang kata pemain senior ni suka buat kepala dan merosakkan game pemain muda aku tak nak campurlah sebab benda-benda macam tu coach dan management yang kena settlekan.

 Skuad Harimau Malaysia ( Pelapis ) 1983: Yang aku cam cuma Dollah Saleh, Lim Teong Kim dan Shebby
Dengan mempunyai dua set pemain dan jurulatih serta pengurusan yang berbeza aku yakin kita akan jadi lebih fokus dan mampu membuat persediaan yang lebih baik. Pemain pun akan dapat rehat yang secukupnya. Takdelah asyik muka sama je yang kena main. Pasukan Kebangsaan akan menumpukan kepada kejohanan seperti Piala AFF, Kelayakan Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia manakala team bawah 23 pula lebih fokus kepada Sukan SEA, Sukan Asia Kelayakan Olimpik dan kejohanan-kejohanan peringkat umur yang lain. FAM pun kenalah ligat susun perlawanan persahabatan dengan team-team yang bermutu untuk kedua-dua team ni. Program yang kat Slovakia tu aku rasa tak perlu diteruskan.
Pestabola Merdeka 1986: Malaysia vs Chechoslovakia
Lebih baik kita buat balik Pestabola Merdeka untuk team senior dan Inter Continental Cup untuk skuad bawah 23. Untuk seimbangkan soal commercial dan mutu mungkin kita boleh jemput team-team yang bagus tetapi pada yang sama mempunyai ramai warga negara mereka di sini. Pestabola mungkin kita boleh jemput Myanmar, Vietnam, Indonesia dan India untuk meramaikan penonton dan kita jemput jugak team yang berkualiti macam Nigeria (aku rasa rakyat diorang pun ramai kat sini), New Zealand, Slovakia ( FAM kan baik ngan geng Slovak), UAE, Uzbekistan atau sebagainya. Nak jemput team-team yang hebat macam Jepun, Korea atau England ke dah confirm diorang tak nak datang. Takpe, tak salah kalau kita bermula dari bawah
Indraputra masih relevan untuk Malaysia
FAM selalu menggunakan alasan pemabangunan jangka panjang untuk merasionalkan pemain bawah 23 tahun sebagai skuad utama kebangsaan.Aku faham soal perancangan jangka panjang tu.. cuma janganlah nanti bila pemain muda sekarang ni berumur sikit nanti mereka pun akan dipinggirkan. Ala sama yang jadi pada batch Akmal dulu yang kita anggap generasi emas. Kalau Rajagopal gagal dengan team yang ada sekarang, maka akan ada jurulatih baru yang ganti dia guna pemain muda. Maka episod dan skrip "pendedahan" akan berulang kembali. Asyik dedah-dedah je, ape benda pun tak dapat.
Tercapaikah misi kali ini?
Cuba kita tengok team-team negara lain. Takyah pegi jauh la, tengok Singapore dan Indonesia. Ramai pemain timnas (pinjam istilah Indonesia) mereka bermain dengan pasukan kebangsaan dalam jangka masa yang agak lama walaupun mereka mungkin pernah gagal. Lihat saja bagaimana lamanya pemain seperti Ponaryo Astaman, Bambang Pamungkas dan Boaz Salosa ddi Indonesia. Begitu juga dengan Daniel Bennet, Noh Alam Shah, Indra Shahdan atau Lionel Lewis di Singapura. Thailand lagi best, masih memanfaatkan kudrat Therdsak Chaiman walaupun dah berusia 37 tahun selain bintang mereka Sutee Suksomkit yang berusia 32 tahun.Coach Singapore pun tak tukar aku rasa sejak 2003. Ini baru dinamakan pembangunan jangka panjang.



Kan bagus kalau mamat ni dipanggil main untuk Malaysia?

Kita kat Malaysia ni asyik tukar orang. Datang batch baru, tinggal batch lama. Gagal sekali pun terus tukar. Cikgu Jan dan Bisckei adalah antara mangsa polisi FAM sebegini. Dah la FAM macam takberminat nak neutralise rakyat kita yang main kat luar negara walaupun dah letih geng HMC dok scout. Dulu coach FAM kata Titus James tak cukup bagus, ok fine la. Tapi macam mana dengan pemain lain macam Brendan Gan yang perform baik dalam Liga Aussie, Tam Sheang Tsung di Jepun mahupun Nick Chan di UK dan ntah sesapa lagi yang aku pun dah tak ingat. Kita pernah terlepas Shaun Maloney, jadi janganlah terjadi lagi selepas ini. Tim negara jiran kita seperti Indonesia dan Philipine pun dah start scout dan panggil rakyat diorang yang main kat luar. Even Timor Leste pun buat benda yang sama.. Kita? Hmm.. nak berjaya kenalah buat keje lebih sikit ye Encik FAM.. :)

Fenomena Maher Zain

Sejak kebelakangan ini para peminat dan aktivis nasyid mula bercakap memberi perhatian mereka kepada seorang ikon baru dalam industri nasyid antarabangsa yang turut sama menarik minat penggiat industri muzik secara umumnya. Aku masih ingat ketika menghadiri majlis kesyukuran anjuran Inteam Records tidak lama dulu,  seorang penggiat muzik terkenal tanah air berkata, “ Hmm.. tak sangka ya album nasyid pun boleh macam ni..”. Beliau sebenarnya merujuk kepada album Maher Zain yang menjadi buah mulut di kalangan peminat muzik nasyid ketika ini. Memang benar, apa yang dibawa oleh Maher Zain sangat segar dan menepati citarasa peminat muzik dewasa ini. Malah aku rasa tidak salah jika aku katakan bahawa Maher Zain telah membawa nasyid ke satu tahap baru yang mencetuskan satu fenomena dalam dunia nasyid khususnya.



Ni la video klip Maher Zain yang pertama aku tengok

            Kali pertama aku mendengar tentang Maher Zain adalah ketika saya menonton videoklip persembahan beliau dalam satu persembahan pentas yang disebarkan secara meluas melalui youtube dan facebook. Melodi lagu berjudul Barakallah yang dinyanyikannya terus ”melekat” di telinga aku. Sejak itu aku mula mengikuti perkembangan dan album dia melalui internet. Jika para peminat melihat dari sudut keenakan melodi dan lirik lagunya, penggiat nasyid seperti aku lebih berminat untuk mengkaji kualiti bunyi, intrumentasi, elemen muzik, pengisian lirik serta proses produksi secara keseluruhannya. Setelah aku teliti aspek-aspek ini, ternyata Maher Zain jauh kehadapan berbanding kami di Malaysia. Maka tidak hairanlah peminat Maher Zain di Malaysia sahaja pun dikatakan mencapai angka ratusan ribu.

Aksi Maher Zain di Shah Alam

            Namun untuk menghasilkan album atau karya yang mendapat mendapat sambutan hangat di peringkat antarabangsa sebagaimana yang dilakukan Maher Zain memerlukan kos yang bukan sedikit. Bakat semata-mata tidak mampu membawa kita ketahap itu. Sebaliknya usaha gigih yang disokong oleh pelaburan yang besar serta strategi pemasaran yang berkesan diperlukan dalam merealisasikannya. Mungkin kos penghasilan sebuah videoklip Maher Zain sahaja pun boleh menampung kos produksi 2 atau 3 album nasyid di Malaysia. Mungkin begitulah boleh aku gambarkan betapa tingginya pelaburan wang ringgit untuk menghasilkan karya sebegitu. Soal modal dan sumber kewangan sememangnya menjadi kekangan bukan sahaja kepada penggiat nasyid tetapi penggiat seni di Malaysia secara umumnya. Namun segalanya itu tidak sama sekali akan mematahkan semangat kami untuk terus berkarya dan  memberikan yang terbaik kepada para pencinta irama nasyid agar ianya tidak akan hilang di telan masa.


p/s: Khabarnya Maher Zain akan datang lagi ke Malaysia Febuari depan

AFBOTB : Mencari Pasaran Baru Dakwah

        Baru-baru ini aku dan teman-teman di Nasyeed.Com telah menganjurkan satu program bercorak pertandingan kugiran atau battle of the bands. Di kalangan anak-anak muda dan remaja dewasa ini, pertandingan sebegini sentiasa dinanti-nantikan. Muzik dan nyanyian memang agak dekat dengan remaja. Cuma masing-masing akan memilih genre muzik yang diminati. Aku tertarik dengan kata-kata Bro.  Ayie dari Alfarabi Band, ” Kita yang control muzik bukan muzik yang control hidup kita. Kalau kita main rock sekalipun, tak bermakna kita wajib pakai seluar koyak, rantai atau berambut panjang. Kita masih mampu beragama dengan sempurna walalaupun kita seorang rockers ”



Mesej inilah sebenarnya ingin kami sampaikan melalui penganjuran aktiviti sebegini. Kami cuba membetulkan tanggapan segelintir pihak sekaligus membuktikan bahawa mat rock pun boleh jadi mat surau pada masa yang sama. Begitulah bahasa mudahnya. Islam itu sebenarnya mudah dan merupakan cara hidup yang lengkap. Kami mempunyai strategi dan pengisian tersendiri dalam menyampaikan keindahan Islam kepada ’market’ yang jarang dicapai oleh golongan agama dan ustaz-ustaz kita. Mungkin bukanlah mereka berniat tidak mahu menangani ’market’ ini tetapi ’tools’  atau ’peralatan’ yang dimiliki mereka tidak sesuai. Maka dengan sedikit ’senjata’ yang ada, kami berhasrat untuk mengisi kekurangan itu.



        Malangnya terdapat segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan apa yang kami lakukan. Mereka menganggap cara kami ini tidak menepati sunnah dan menggadaikan agama. Apapun hakikatnya kami melakukan semua ini bukannya secara sembrono. Kami sudah mendapatkan nasihat daripada mereka yang arif dalam bidang agama. Hmm.. biasalah. Perkara yang tidak ’qatie’ ni memang banyak pandangan berbeza. Ulama pun mengeluarkan ijtihad yang berbeza berdasarkan ilmu mereka.

p/s: Al Farabi Battle of the Band siri kedua akan diadakan pada 4 Disember 2010 di Dewan Orang Ramai, MPK, Sungai Pinang, Klang bermula pukul 12 tengahari hingga 9 malam. Semua dijemput hadir..Siapa nak masuk jadi contestant pun rasanya masih boleh.. boleh terus call pejabat Nasyeed.Com di talian 03-55121352


Tuesday, November 16, 2010

Sulu Merdeka: Antara Reaksi dan Implikasi

Hari ini genap 2 hari sebelum Kesultanan Sulu mengisytiharkan  kemerdekaannya atau lebih tepat lagi kembalinya kedaulatan sebuah kesultanan muslim di rantau Asia Tenggara. Setelah sekian lama ia hilang kedaulatannya, kini selepas lebih 70 tahun kadaulatannya ingin dikembalikan oleh rakyat dan pewarisnya. Pengisytiharan ini tentunya menimbulkan pelbagai implikasi baik dari segi politik, ekonomi mahupun keselamatan serantau. Berikut sedikit analisis tentang persoalan atau isu yang mungkin timbul setelah pengisytiharan ini:
  • Mampukah Sulu Menguatkuasakan Kemerdekaannya?
    • Ini adalah persoalan pokok yang perlu dijawab. Secara umumnya aku sendiri masih gusar sama ada  pemerintah Sulu yakni Kesultanan dan Kerajaan Sulu mampu untuk menguatkuasakan kemerdekaan negara kepulauan ini. Jentera kerajaan Sulu perlu mengambil alih segala instrumen pemerintahan daripada kerajaan Filipina. Soalnya adakah Filipina akan menyerahkan segala aset dan fasiliti yang dibangunkan mereka selama ini dengan begitu saja? Begitu juga dengan kakitangan kerajaan yang sedia ada, adakah mereka dengan rela hati untuk menerima 'tuan' baru?
  • Filipina hanya Berdiam Diri?
    • Adalah agak mustahil untuk menyatakan bahawa Filipina akan berdiam diri begitu sahaja dan melihat wilayah yang mereka perintah selama ini terlepas kepada orang lain walaupun pihak UTC yang menjadi tunjang kerajaan Sulu yang bakal wujud mendakwa pengisystiharan mereka sah dari sudut undang-undang berdasarkan perjanjian terdahulu. (bab ni korang kena rujuk dalam blog asreesulu). Apabila melibatkan perhitungan kuasa, harta dan kedaulatan selalunya manusia akan terdorong untuk bertindak di luar garis undang-undang. Apatah lagi sememangnya kerajaan Filipina sejak dari dulu mempunyai dasar yang 'keras' terhadap umat Islam di selatan. Masih terdapat kemungkinan Filipina akan tanpa segan silu menggunakan kuasa tentera mereka untuk menjaga 'kedaulatannya'.
  • Reaksi Negara Serantau dan Masyarakat Dunia
    • Negara muslim di rantau ini seperti Malaysia, Brunei mahupun Indonesia tentunya secara dasarnya gembira dengan kelahiran negara muslim baru ini. Apatah lagi keluarga Diraja Brunei mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kesultanan Sulu. Malaysia pula dikatakan sejak sekian lama memberi sokongan dalam bentuk tertentu kepada gerakan pembebasan di selatan Filipina walaupun dinafikan pemerintah Malaysia. Dan kemerdekaan ini adalah salah satu kejayaan atas usaha yang dilakukan selama ini. Cuma Malaysia mungkin masih gusar dengan isu tuntutan terhadap Sabah serta kebanjiran rakyat Sulu di Sabah. Masyarakat umum dunia atau PBB mungkin mengambil masa untuk mengiktiraf kemerdekaan Sulu atau ada juga kemungkinan besar ianya tidak akan diiktiraf secara rasmi oleh PBB atas sebab tertentu yang mungkin melibatkan kepentingan US. Negara Islam terutamanya negara Arab pula selalunya akan mengambil sikap tunggu dan lihat.Jika kemerdekaan ini mendapat 'restu' US maka mereka tidak akan teragak-agak untuk memberi pengiktirafan. Jika tidak Sulu mungkin akan menerima nasib yang sama seperti Somaliland yang tidak diiktiraf sebagai entiti negara sehingga ke hari ini walaupun kerajaan wujud benar-benar berkuasa dan berkemampuan untuk mentadbir.
  • Isu Malaysia dan Sabah
    • Malaysia tentunya bimbang sekiranya Sabah akan dituntut untuk dikembalikan kepada Kesultanan Sulu setelah ianya kembali berdaulat. Sampai hari ini kerajaan Malaysia didakwa masih membayar wang pajakan kepada waris kesultanan Sulu walaupun mereka yang menerima itu dikatakan waris palsu oleh sesetengah pihak. Namun kebimbangan itu mungkin sedikit kendur apabila pihak UTC menegaskan bahawa mereka tidak akan sama sekali menuntut Sabah daripada Malaysia. Namun ada satu lagi isu yang mungkin turut memberi kesan kepada sosiopolitik Malaysia khususnya di negeri Sabah. Ianya melibatkan pendaftaran sebahagian penduduk Sabah dan sebahagian kecil di Semenanjung terutamanya keturunan Tausug atau Sulu sebagai ahli UTC sekaligus mengakui mereka rakyat kepada Sultan dan negara Sulu. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan sama sekali mana-mana rakyatnya memiliki 2 kewarganegaraan. Mereka ini harus memilih sama ada ingin menjadi rakyat Malaysia atau Sulu. Isu ini pernah dibangkitkan di Parlimen Malaysia satu ketika dahulu apabila pendaftaran ahli UTC mula dibuat secara besar-besaran. Malah pihak UTC juga telah membuat penjelasan tentang isu ini.
  • Campurtangan US dan Vatican
    • Apa kes pulak US ngan Vatican nak campur tangan? Mungkin itulah yang korang akan tanya pada aku.Kisahnya panjang. Selain daripada US adalah bekas penjajah Filipina, agen-agen US dan Filipina turut didakwa terlibat dengan misteri 'kehilangan' harta Kesultanan Sulu yang amat tinggi nilainya selepas kemangkatan Sultan Sulu yang terakhir memerintah sebelum ini pada sekitar tahun 1920-an. Harta itu kini didakwa sesetengah pihak berada dibawah kekuasaan pihak Vatican. Jadi sekiranya Kesultanan Sulu kembali wujud maka semestinya mereka akan menuntut kembali perbendaharaan mereka yang hilang itu. Tuntutan ini tentunya tidak boleh dibiarkan berlaku oleh US mahupun Vatican sendiri. Sekiranya keadaan memerlukan, aku rasa mereka takkan segan-segan menggunakan kuasa ketenteraan dan politik mereka.
  • Perang Baru Yang Lebih Besar akan Meletus?
    • Ini adalah perkara yang paling aku mintak dijauhkan oleh Allah SWT. Takde sesiapa yang waras mahukan peperangan. Bak kata Dato Raja Abdul Rashid Raja Badiozzaman yang juga Bekas Pengarah Perisikan Tentera Malaysia ( kalau tak silap aku la), "Hanya orang gila sahaja yang suka berperang.." Namun sejarah telah membuktikan bahawa orang yang waras pun boleh jadi gila bila berebut harta kekayaan dan kuasa. Dalam kes Sulu, selain daripada mempunyai perbendaharaan dalam bentuk jongkong emas yang bernilai sangat tinggi, Sulu juga dikatakan menyimpan khazanah petroleum yang sangat besar jumlahnya. Faktor ini mungkin boleh mendorong banyak kuasa besar dunia jadi 'gila' untuk menguasainya. Apa? mana aku dapat fakta ni? Korang bacalah kat sini.

Sebagai seorang Muslim, aku doakan Kesultanan Sulu akan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya. Aku tak nak lagi tengok terdapat lagi umat Islam di mana-mana saja di dunia ini ditindas dan dinafikan hak mereka. Selepas Sulu aku ingin sekali melihat Patani juga kembali merdeka dan berdaulat. Semoga pengisytiharan kemerdekaan Sulu pada hari raya Iduladha tahun ini akan membawa satu era baru yang lebih baik kepada dunia di sebelah sini. Amin..

p/s: Aku dah ngantuk. Nak tidur. Tomorrow will be a long day for me. Jauh tu nak drive balik Kelate..Oh ya, tahniah juga buat Harimau Malaya kerana menunjukkan tentangan yang baik walaupun kita kalah..Kita cuba di AFF pulak..Selamat malam!

Sunday, November 14, 2010

Level Playing Field?

Hmm.. aku malas nak ulas panjang.. Siapa yang tengok game malam tadi tentunya dapat menilai sendiri apa yang berlaku. Malaysia dipaksa bermain dengan 8 orang vs 11 orang pemain China dan seorang pengadil yang sangat tidak professional. Nampak sangat nak bagi China menang.Secara detailnya mungkin korang boleh baca artikel yang ditulis oleh otai wartawan sukan Malaysia, Rizal Hashim kat sini; An Open Letter to Ben Williams, Aussie Refree Apapun disebalik kekalahan 0-3, kita tetap layak ke pusingan kalah mati sekaligus menamatkan penantian panjang selama 32 tahun. Dengan pilihan pemain yang sangat terhad atas sebab kecederaan dan penggantungan, kita akan menghadapi Iran esok sekitar 4.00 petang. Kesimpulan yang boleh dibuat tentang perlawanan semalam bolehlah digambarkan sebagaimana gambar dibawah. Terima kasih buat singamalaya di atas gambar yang makan dalam ni..huhu

Saturday, November 13, 2010

Mampukah Harimau Malaya merobohkan Tembok Besar?

Pukul 7.00 petang ini kita akan dapat menyaksikan pertembungan misi hidup mati skuad bolasepak Malaysia dengan pasukan tuan rumah China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Kemenangan akan menjamin kemaraan mana-mana pasukan ke pusingan kalah mati. Andai kalah, kedua-dua pasukan masih mampu mengintai aksi pusingan seterusnya dengan bekalan 3 mata setelah masing-masing mengalahkan Kyrgyzstan sebelum ini. Andai seri, Malaysia akan layak secara automatik kerana Malaysia mempunyai kelebihan dari sudut jaringan dan bolos namun China masih punya peluang untuk layak kerana 4 pasukan terbaik yang meduduki tempat ke-3 kumpulan akan turut dibawa ke pusingan kalah mati. 

Di atas kertas, China tentunya punya kelebihan. Selain daripada sokongan peminat tempatan, pemain China punya kelebihan dari sudut fizikal dan mungkin juga taktikal. Secara faktanya China juga mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia. Dari sudut kemahiran individu, mungkin kemampuan pemain negara tidak jauh bezanya cuma saiz fizikal yang sedikit sebanyak akan memberi halangan kepada mereka untuk bersaing dengan lebih selesa. Ditambah dengan kecederaan beberapa pemain utama seperti Zamani Misbah dan Fakri Shaarani serta ketiadaan pemain tonggak yang cedera dan tidak dibawa dalam kempen kali ini memang sedikit merencatkan percaturan jurulatih.


Apapun Rajagopal harus bijak menggunakan semua pemain yang ada. Susunan pemain dan taktikal harus tepat bagi menyaingi China. Kita masih punya Shahrul Idlan, Safiq Rahim, Muslim Ahmad, Chanturu, Izzaq Faris dan lain-lain untuk mengatasi China. Kita tidak perlu terlalu menghormati lawan sehingga kita hanya asyik mengejar dan melihat sahaja mereka memegang bola sebagaimana yang kita buat ketika menentang Jepun tempohari. Striker pun janganlah segan-segan untuk merembat apabila berada pada jarak yang bersesuaian. Lagipun tekanan psikologi lebih memihak kepada China kerana mereka ingin membuktikan sesuatu kepada peminat mereka selepas tumpas 0-3 ditangan Jepun dan nyaris dimalukan Kyrgyzstan dalam aksi kedua. Dengan kesungguhan yang tinggi dan kerjasama berpasukan, insya Allah kita mampu mencipta sejarah layak ke pusingan kedua selepas kali terakhir kita berjaya melakukannya pada 1978. Selamat berjuang Harimau Malaya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...