Friday, May 8, 2015

Lirik Kun Anta versi Melayu

Oleh kerana ramai yang search di blog saya terjemahan lirik Kun Anta, maka saya kongsikan di sini terjemahan yang dibuat oleh kawan-kawan yang mahir bahasa arab. Mungkinlah ianya tidaklah seratus peratus tepat sebab ada istilah-istilah arab ini yang tiada perkataan bahasa Melayu yang tepat untuk menterjemahkannya.Namun secara asasnya inilah maksud lagu Kun Anta yang korang suka sangat tu..



لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Namun aku dapati yg aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yg nyata.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Tidak..Tidak...Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yg bersinar-sinar

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...kita bukan dierima orang lain dgn apa yg tidak ada. Kita diterima adlh kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yg aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka


#KunAntaVersiMelayu #KunAnta #HumoodAlKhuder #Nasyid

Thursday, May 7, 2015

Nasyid@Persada: Kun Anta by Humood AlKhudher

Sebenarnya saya baru perasan kewujudan lagu ini apabila terpandang status fb Syazman yang berkongsi video lagu ini tetapi versi yang dinyanyikan oleh Wani seorang youtube talent yang sedang meningkat naik. Wani satu ketika dulu pernah juga buat cover song lagu Layar Keinsafan yang dinyanyikan Mestica. Memang sekarang ni dah jadi trend, budak-budak perempuan bertudung yang pandai main gitar suka cover lagu artis lain dan share di media sosial. Yang berbakat dan punya kemahuan yang tinggi mungkin mereka akan bernasib baik dan disunting syarikat rakaman dan menjadi artis mainstream seperti Najwa, Ainan Tasneem, Tasha Masahar dll. Saya tengok FMC suka scout dan ambil talent-talent youtube ini menjadi artis mereka.

Kun Anta by Wani

Selepas mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Wani tadi saya buat sedikit research. Lagu ini rupanya adalah lagu artis Awakening Records iaitu Humood AlKhuder yang berasal dari Kuwait. Lagu ini memang menarik minat saya.Bukan hanya jerana melodinya yang catchy dan menarik, sesuai dengan telinga anak muda tetapi juga mesej yang melalui liriknya. Ianya boleh dikatakan simple tetapi kuat pengaruhnya. Kun Anta atau Be Yourself mengingatkan saya dengan lagu  " Stay the Same" nyanyian Joey Mcintyre kerana mesejnya hampir sama iaitu kita tak perlu menjadi orang lain untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Mesej Kun Anta mungkin lebih dekat dengan wanita muda dan remaja. Liriknya menjelaskan anda kekayaan, apatah lagi menjadi orang lain untuk menjadi cantik kerana kecantikan itu ada dalam diri anda sendiri. Dan apabila anda menjadi diri anda sendiri maka kecantikan itu akan timbul dan terpancar dengan sendirinya. Maka ramaila budak perempuan menyanyi kat youtube lagu ni..hahaha

Original Version by Humod AlKhuder

Saya dah banyak mengikuti lagu-lagu arab baik nasyid mahupun bukan nasyid. Mereka mempunyai gaya penulisan lirik yang sangat indah walaupun kedengaran simple. Adakalanya metafora yang digunakan adalah sesuatu yang mungkin kita takkan terfikir dalam bahasa Melayu. Sebab itulah Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Secantik dan seindah manapun bahasa arab, kalam Allah itu lebih indah.Selain lagu Kun Anta saya sempat juga google lagu-lagu yang lain dinyanyikan Humood AlKhuder ni dan boleh dikatakan hampir semuanya best.Sebuah lagu lagi yang menangkap minda dan jiwa saya adalah lagu "Keep Me True" yang menceritakan tentang solat..Memang best.. saya dapat hasilkan lagu-lagu yang best macam ni.. :)

#KunAnta #HumoodAlKhuder #nasheed #awakeningrecords #wani6697 #KeepMeTrue

Wednesday, May 6, 2015

Nasyid Berbahasa Melayu Low Class?

Kali ini saya ingin menyentuh sedikit tentang persepsi sesetengah peminat nasyid, pengamal media dan mungkin rakyat Malaysia secara umunya yang seolah-olah meletakkan bahasa kebangsaan yakni bahasa melayu sebagai bahasa kelas dua. Kita melihat ibubapa berlumba-lumba memastikan anak mereka mahir berbahasa Inggeris malah mereka juga bertutur dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian walaupun hakikatnya mereka adalah berbangsa Melayu. Sehinggakan ada kalanya amalan sebegini menyebabkan ana-anak mereka tidak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu. Ini satu perkara yang sungguh mendukacitakan.


Ramai juga anggota masyarakat khususnya di bandar-bandar besar berlumba-lumba untuk mengikuti kuliah-kuliah agama yang dibuat dalam bahasa Inggeris yang disampaikan oleh tokoh-tokoh agama luar negara mahupun tempatan. Mungkin mereka hadir dalam kuliah sebegini untuk dilihat istimewa dan berbeza daripada khalayak umum biarpun adakalanya mereka sendiri tidaklah begitu fasih dalam bahasa Inggeris. Ada juga menganggap penyertaan dalam acara berbhasa Inggeris ini secara tidak langsung meningkatkan taraf mereka pada kaca mata masyarakat.


Saya tidaklah menafikan kepentingan kita umat Islam untuk mengusai bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain seperti Arab dan Mandarin. Namun penguasaan dalam bahasa tersebut sehingga menjejaskan keupayaan atau keinginan untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Harus kita ingat suatau ketika dahulu di era kegemilangan empayar Melaka, bahasa Melayu merupakan bahasa yang menjadi lingua franca bukan sahaja di kalangan penduduk asia tenggara tetapi juga pedagang-pedagang yang datang dari timur dan barat.


Fenomena yang berlaku ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada industri nasyid itu sendiri di Malaysia. Saya perhatikan album-album nasyid berbahasa Inggeris lebih mendapat perhatian media dan khalayak umum berbanding album bahasa Melayu. Album dan artis yang menyanyikan lagu Inggeris dilihat lebih “high class” berbanding lagu-lagu Melayu walaupun dari segi jualan album berbahasa Melayu lebih mendapat sambutan. Malah album yang memegang rekod jualan tertinggi dan membawa nama Malaysia ke seluruh dunia adalah album berbahasa Melayu yang dinyanyikan kumpulan Raihan berjudul Puji-Pujian.


Saya bukanlah anti bahasa Inggeris malah saya juga bertutur dalam bahasa Inggeris apabila diperlukan.Cuma saya kira sebagai anak Malaysia kita harus cekal dengan jatidiri kita dan terus mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.


Post Moterm Jejak Menara 2015

Saya rasa bla bala bla....
Semalam saya berkesempatan hadir dalam sesi post morterm untuk program Jejak Menara 2015. Antara ikon dakwah YADIM lain yang dapat hadir adalah Fadzli Aziz, Kojem NowSeeHeart, Heliza Helmi, Diana Amir, Dzul Renova dan Bro Zam selaku pengerusi mesyuarat. Setiap ikon dakwah berkongsi pengalaman masing-masing mengikuti program Jejak Menara kali ini. Saya sendiri tahun ini terlibat di 2 lokasi iaitu di Pahang dan Selangor.

The Girls
Program Jejak Menara anjuran YADIM ini adalah satu program khusus untuk lepasan SPM/STPM bagi mendedahkan mereka tentang perkara-perkara yang harus diketahui mereka sebelum melangkah ke alam universiti. Secara umumnya, para ikon berkongsi pengalaman dan tips umum kehidupan di universiti manakala kounselor universiti yang menjadi tuan rumah pula kan memberi taklimat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di universiti pada sesi yang berbeza. Pada masa yang sama para peserta juga dibantu oleh para fasilitator yang terdiri daripada ahli Sahabat YADIM di universiti dalam sesi LDK dan sebagainya. 

The Guys
Saya kira program ini sangat baik dan perlu diteruskan.Sebab itulah juga kami kembali ke meja mesyuarat selepas tamat program Jejak Menara 2015 untuk cuba menambah baik Jejak Menara untuk sesi akan datang.Antara yang kami cadangkan termasuklah persediaan teknikal serta cadangan untuk sesi khusus bagi membimbing para peserta mengenali potensi diri mereka dan memilih kursus yang betul berdasarkan potensi dan minat mereka. Insya Allah, dengan adanya panambah baikan yang berterusan maka Jejak Menara akan datang akan lebih menarik dan berkesan bukan untuk kami tapi untuk adik-adik peserta.Syabas diucapkan buat YADIM!

Jejak Menara Selangor

#jejakmenara #yadim #sahabatyadim #fazliaziz #razinmestica #salimahabibi #helizahelmi #nowseeheart #dzulrenova

Monday, May 4, 2015

Polemik Zikir dan Selawat Menari

Baru-baru ini umat Islam di Malaysia sedang dilanda polemik perbahasan di laman-laman social. Ianya sangat hangat sehingga adakalanya keluar daripada batasan adab berbeza pendapat yang dianjurkan oleh Islam. Ianya sesuatu yang menyedihkan bagi saya. Nampaknya masyarakat kita masih punya masalah besar dalam menangani perbezaan pendapat.

Dalam group wassap Munsyid Malaysia juga hangat diperdebatkan isu ini. Isu ini sangat dekat di hati kami kerana sebilangan daripada kami turut terlibat dalam persembahan dan penganjuran majlis-majlis Mawlid yang adakalanya turut mengandungi zikir menari di dalamnya. Saya secara peribadi tidak begitu selesa dengan zikir atau selawat yg dialunkan secara menari.Saya pernah suarakan keresahan saya kepada rakan2 yg terlibat dlm majlis Mawlid ketika hadir dlm satu majlis mawlid di shah alam apabila melihat penonton lelaki dan wanita menari walaupun tmptnya diasingkan.

Sebenarnya di youtube terdpt video zikir atau qasidah menari yg lebih ekstrim membabitkan penggunakan full band.Jika dilihat perlakuannya tidak jauh beza dengan geng head banging di konsert-konsert metal dan punk.Namun saya akui keresahan dan ketidak selesaan saya bukanlah hujah utk mengatakan perlakuan ini menyesatkan.Malah saya amat menghormati pandangan Dato Haron Din yg membolehkan zikir menari namun saya percaya pandangan beliau itu turut disulami dengan syarat yang ketat.

Pandangan Ustaz Zaharudin

Dalam usaha meredakan isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan  Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah mengeluarkan kenyataan dan penjelasan khusus berkenaan isu ini. Pandangan yang turut disiarkan di laman fb beliau jelas menyatakan bahawa zikir menari tidak dibolehkan selepas beliau meneliti segala hujah dan dalil baik yang membolehkan mahupun yang mengharamkan.Kenyataan beliau turut disokong oleh Sohibus Samahah Dato Dr Asri Zainal Abidin yang juga mufti Perlis.

Saya melihat amalan zikir menari ini dipopularkan di Malaysia oleh pengikut Tarikat Naqshabandi Haqqani yang dipimpin oleh Syeikh Nazim Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani. .Jika kita semak di e-fatwa Jakim, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 3 April 2000 telah memutuskan bahawa Tarikat Naqshabandi Haqqani atau turut dikenali Tarikat Naqshabandi Al Aliyyah adalah bertentangan dengan akidah ahlussunnah wal jamaah serta menyeleweng daripada ajaran Islam. Ini disebabkan oleh iktikad dan pegangan mereka termasuklah isu seperti Yaqazah. .Untuk rekod tariqat naqshabandi ni merupakan tarikat yg diamalkan raja-raja melayu sejak dahulu kala namun ia punya banyak aliran.Salah seorang pengamal tarikat naqshabandi ialah Tokku Paloh iaitu ulama besar Terengganu.


Pendapat Dato Haron Din
Sejak fenomena qasidah dan selawat melanda negara kita yang diterajui golongan habaib, pengamal tarikat naqshabandi haqqani ini telah mengambil kesempatan untuk menyerap masuk ke dalam majlis-majlis Mawlid dan menzahirkan keberadaan mereka di bumi Malaysia dengan lebih jelas. Sebelum ini boleh dikatakan mereka tidak begitu menzahirkan diri. Keadaan ini menyebabkan golongan habib yang disebut juga sebagai “ba’lawi” turut terkena tempiasnya.Kita harus membezakan antara pergerakan/perlakuan yang salah dan iktikad yang sesat. Naqshabandi Haqqani atau Al Aliyah difatwakan sesat bukan kerana qasidah dan selawatnya tetapi iktikadnya seperti isu wahdatul wujud, martabat tujuh dll. Ia lebih kurang sama dengan kes Al-Arqam satu ketika dulu. Al Arqam difatwakan sesat kerana iktikad mereka termasuk isu yaqazah dll namun tiada orang yang menyatakan alunan nasyid kumpulan nadamurni itu menyesatkan. Namun Allahyarham Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin mantan Pengerusi Munsyid Malaysia beberapa kali menyebut kepada saya dan rakan-rakan supaya mengelak daripada menyanyikan semula lagu-lagu di era Al Arqam. Ianya bukan kerana ianya sesat tetapi untuk mengelak nostalgia Al Arqam dikembalikan. Ia juga adalah permintaan daripada pihak Bukit Aman sendiri.

Penjelasan Habib Syech
Habib Syech yang popular dengan lagu-lagu qasidah beliau turut tampil memberi penjelasan apabila tuduhan-tuduhan tertentu yang mengaitkan beliau dengan tarikat Naqshabandi Haqqani. Beliau menafikan mengikut tarekat tersebut apatah lagi berbaiah kepada ketuanya. Cuma mungkin sikap beliau yang terlalu terbuka dan meraikan tetamu yang menyebabkan timbul tanggapan sebegini apabila sanggup berkongsi pentas bersama kelompok Naqshabandi Al Aliyyah ini. Maka sebab itulah saya menyeru semua muslimin dan muslimat untuk berlepas diri daripada kelompok tarekat ini. Pada masa yang sama janganlah pula kita sewenang-wenangnya mencaci dan mengeji mereka.Nasihatilah mereka agar tidak terus terkeliru dengan amalan dan ajaran yang menyeleweng.

Sebagai orang awam, kita hendaklah akur dengan keputusan dan pandangan yang telah dikeluarkan oleh para mufti dan ulama kita. Agama bukan sesuatu yang boleh ditafsir dan diterjemah oleh sesiapa sahaja. Ini amat penting demi menjaga kesucian agama kita.


#zikirmenari #tarikat #naqshabandi #qasidah #habibsyech

Friday, May 1, 2015

Nasyid Patriotik

Ketika tersebarnya gambar Syeikh Mishary Rashed Alafasy lengkap berpakaian Tentera Udara DiRaja Arab Saudi ramai yang menyangka beliau turut mengambil bahagian secara langsung dalam operasi ketenteraan pakatan negara arab dan Islam ke atas pemberontak Houthi di Yaman. Namun sebenarnya ia adalah sebahagian gambar pengambaran videoklip terbaru beliau berjudul Nida'ul Wathan ( Panggilan Negara ). Ia adalah sebuah lagu yang dedikasikan khas kepada pemimpin dan tentera yang terlibat dalam Operasi Badai Tegas ( Decisive Storm) dalam usaha menghancurkan pemberontakan kelompak Syiah Houthi di Yaman. Jarang sekali kita mendengar nasyid berunsur patriotik sebegini sejak Muhammad Al Husayyan menerbitkan lagu Habat Riyahul Asifa ketika era perang teluk..

Nida'ul Wathan

Kedua-dua lagu ini dialunkan secara accapella atau dengan instument yang sangat minima. Ia tidaklah pelik kerana keduanya baik Syeikh Mishary atau Husayyan datang dari negara yang kuat dengan fahaman salafi iaitu Arab Saudi dan Kuwait. Saya dan Mestica sendiri pernah terlibat dalam konsert accapella bersama Inteam, Muhibbain dan Fitri Harris di Thailand.Kami tidak dibenarkan membuat persembahan dengan minus one kerana ianya disiarkan di sebuah stesen TV yang "berfahaman salafi".Ianya memang mencabar kerana tanpa muzik kami terpaksa mengolah susunan vokal supaya lebih menarik untuk hidangan penonton.

Habat Riyahul Asifa
Antara lagu Nida'ul Wathan dan Habat Riyahul Asifa, saya kira lagu Riyahul Asifa lebih "umph" dari sudut susunan vokal tanpa menafikan kelunakan dan kemerduan Syeikh Mishary dalam lagu Nida'ul Wathan. Saya mula mendengar lagu Riyahul Asifa ini dalam satu pertandingan nasyid intervarsiti yang saya sertai lebih kurang 13 atau 14 tahun dulu. Ketika itu, kumpulan nasyid Aspirasi dari UIA telah mengambil petikan lagu tersebut sebagai intro persembahan mereka. Walaupun dinyanyikan dalam bahasa melayu ianya tetap membuatkan saya ternganga kekaguman dek kerana susunan vokal mereka. "Dari arah barat daya..telah muncul sang suria..." macam tulah lirik yang saya ingat. Tak lama selepas itu baru saya tahu yang lagu itu adalah saduran daripada lagu Muhammad Al Husayyan.Ianya "dibawa" ke UIA oleh kumpulan Al Masaar yang sebelumnya memang belajar di Kuwait sebelum pulang ke Malaysia. Mereka juga dikatakan pernah mengiringi persembahan Muhammad Al Husayyan di Kuwait.

Seingat saya ketika era Nadamurni juga, nasyid berunsur patriotik juga pernah diterbitkan melalui album Malaysiaku Indah.Selepas itu saya rasa lagu nasyid berunsur patriotik hampir tidak ada atau kalau ada pun tidak begitu meninggalkan impak. Saya ada juga terfikir untuk menerbitkan lagu berunsur patriotik bersama rakan-rakan Munsyid Malaysia pada tahun ini sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Sebelum ini selalunya Munsyid Malaysia hanya menerbitkan videoklip khas sempena Maulidur Rasul, jadi tahun ini saya merancang untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza. Semoga ianya menjadi kenyataan..insya allah..
#nasyid #nasheed #nasyeed #patriotik #munsyidmalaysia #syeikhmisharyalafasy #muhammadalhusayyan #almasaar

Saturday, January 3, 2015

PEMULIHAN SEGERA BEKALAN UTILI DI KAWASAN BENCANA BANJIR

Dalam fasa awal pasca banjir ini, adalah penting untuk pihak berkuasa memulihkan bekalan utiliti yakni bekalan elektrik dan air di kawasan-kawasan terlibat seberapa segera bagi mempercepat dan memudahkan proses pembersihan dan pemulihan infrastruktur. Saya difahamkan ketika ini selain daripada kawasan krisis, kawasan yang tidak dilanda banjir seperti bandar Machang juga terputus bekalan air sejak beberapa hari yang lalu.

Bekalan air sangat kritikal untuk dipulihkan segera
Ini dipercayai berlaku ekoran berlakunya kerosakan pada rumah-rumah pam yang berfungsi untuk membekalkan air ke bandar ini. Buat masa ini, hanya penduduk yang punya kemudahan pam air dari telaga persendirian saja yang punya bekalan air bersih. Terdapat juga usaha daripada pihak ATM dengan dibantu Angkatan Bersenjata Singapura untuk cuba memanfaatkan air sungai berdekatan sebagai sumber bekalan air namun malangnya terdapat pencemaran pada sumber air tersebut.
Kerajaan negeri selaku pihak yang bertanggungjawab mengendalikan bekalan air melalui Air Kelantan Sdn Bhd perlu bertindak segera untuk memulihkan bekalan air supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk. Harus diingat, tanpa bekalan air bersih maka penyakit-penyakit bawaan air akan mudah tersebar di kalangan penduduk malah mungkin boleh menjadi wabak.
Rejimen Pakar Pengendaian Air ke-60 RAJD
Jika pihak AKSB kekurangan tenaga manusia dan logistik, mungkin bantuan daripada Rejimen Pakar Pengendalian Air ke-60 RAJD ( Askar Wataniah ) boleh diminta. Lagipun Rejimen ini kebanyakannya terdiri daripada kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor ( Syabas ) yang memang punya kemahiran dan pengalaman dalam soal ini. Malah jika bekalan air di Machang dapat dipulihkan sepenuhnya, ia akan mampu menjadi supply base yang lebih effisien kerana faktor lokasinya di tengah-tengah negeri kelantan dan lebih dekat dengan kawasan krisis di Tanah Merah, Kuala Krai mahupun Gua Musang berbanding bandar-bandar lain di Kelantan.


Pihak TNB juga perlu segera memulihkan bekalan elektrik ke kawasan krisis serta bandar-bandar berhampiran yang menjadi pengkalan hadapan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.Pada masa yang sama JKR dan PBT juga diharap dapat memulihkan jalan-jalan yang terputus untuk sekurang-sekurangnya boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan ke kawasan krisis. Ini kerana masih terdapat kawasan-kawasan di pendalaman yang sukar mendapat bantuan daripada luar ekoran masalah ini.
Saya mohon mencadang.
Muhamad Razin Che Mud
- anok mache di perantauan-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...