Friday, October 21, 2011

Nasyid @Persada: Selamatkan Akidah Umat

Hanya dalam masa 3 hari, akhirnya MUNSYID Malaysia berjaya merakamkan lagu tema yang dicipta khas bersempena dengan Himpunan Sejuta Umat yang akan berlangsung esok hari. Keputusan untuk merakamkan lagu ini dibuat ketika majlis sidang media MUNSYID Malaysia bersama HIMPUN di Restoran Puteri, Sungai Penchala, KL pada 18 Okt lepas. Rakaman terus dibuat pada malam tersebut di studio Nasyeed.Com. Aku mulanya memang tak dapat join sebab pada malam yang sama aku ada pre-wedding photoshoot di Serindit Photo Studio ( Hehehe.. akhirnya aku samapai juga studio milik senior aku kat SMSD dul Sirol). Dalam perjalanan balik dari Sri Rampai bersama Mass dan 2 lagi teman, aku mendapat panggilan daripada Bro Rahim Inteam yang minta aku datang juga datang ke studio untuk rakamkan suara.Jadi aku bergegas pulang ke office.Sampai di studio, aku tengok Abg Isman Hijjaz selaku penerbit mengendalikan sessi rakaman dibantu Eddie Cherita. Teman-teman lain seperti Dakmie, Izzat Mahadi, Hazamin & Rahim Inteam, Bazli & Fakhrul UNIC, Zul Rabbani dan One Deen turut berada di studio. Bro Hazamin turut jadi cameraman untuk rekod video menggunakan DSLR beliau yang canggih itu.




Esoknya rakaman disambung lagi di Studio Inteam Records sebab ada lagi teman-teman yang perlu dimasukkan suara mereka macam Abg Munif Hijjaz, Pyan Saujana dan Azwan Far East. Rakaman tambahan untuk backup vokal juga dibuat. Selepas selesai rakaman, proses mixing dijalankan di studio Nasyeed.Com. Kemudian, hasil mixing di hantar kembali ke studio Inteam Records utuk proses editing klip video. Klip video ini khabarnya dibuat dengan gigih oleh Bro Fairus Zainal. Saksikanlah kerja gotong royong MUNSYID Malaysia sempena Himpunan Sejuta Umat sebagai hadiah untuk anda semua. Jangan lupa untuk bersam akami di HIMPUN esok.. Zahirkan keprihatinan anda!


p/s: Dalam lagu ni suara aku ada nyanyi part solo tapi muka orang lain.Sebabnya panjang untuk aku ceritakan..hehehe.. Siapa yang cam suara aku, cuba teka suara aku keluar time muka siapa yang terpapar di video kat atas tu.. huhu


Wednesday, October 19, 2011

MUNSYID Malaysia sertai HIMPUN!




EDARAN MEDIA

MUNSYID MALAYSIA SERTAI HIMPUN

Gabungan Penasyid Malaysia atau lebih dikenali dengan MUNSYID Malaysia yang menaungi lebih 60 artis nasyid dari seluruh Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk menyokong sepenuhnya sekaligus menyertai Himpunan Sejuta Umat  yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 pukul 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di Stadium Shah Alam.

Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan “Selamatkan Akidah Umat” dianjurkan secara bersama oleh pelbagai NGO dan orang perseorangan yang mewakili umat Islam di Malaysia. Ia bertujuan untuk menzahirkan keperihatinan dan kesatuan umat Islam  dalam mendepani usaha-usaha pihak tertentu yang berniat jahat untuk memurtadkan umat Islam secara terancang.

MUNSYID Malaysia melihat isu ini melangkaui sempadan latar belakang, umur, taraf sosial mahupun fahaman politik. Namun semua pihak diseru supaya menangani isu ini secara rasional dan tidak terpengaruh dengan sentimen dan emosi. Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan keamanan dan keharmonian hubungan sesama manusia sebagaimana yang dicerminkan oleh akhlak Rasulullah SAW.


Promo Himpun oleh MUNSYID Malaysia

Himpunan Sejuta Umat akan diisi dengan ucapan daripada tokoh-tokoh umat Islam tempatan yang akan mengupas dan memberi gambaran yang jelas tentang isu ini. Selain itu, tokoh dari luar negara turut dijemput menyampaikan ucapan sekaligus berkongsi pengalaman umat Islam negara mereka dalam menangani isu murtad. Himpunan ini juga akan diserikan dengan persembahan lagu-lagu berunsur keagamaan dan deklamasi puisi.

Penglibatan MUNSYID Malaysia dalam Himpunan Sejuta Umat bukan sekadar penyeri program melalui persembahan selingan yang diadakan semata-mata. MUNSYID Malaysia komited untuk turut sama mempromosikan himpunan ini melalui saluran media yang ada serta mengembeleng kelab-kelab peminat nasyid yang mempunyai ribuan ahli di seluruh negara untuk turut sama menyertai himpunan ini.

Munsyid Malaysia percaya kumpulan-kumpulan nasyid turut mempunyai pengaruh yang tersendiri sekaligus memberi impak terhadap masyarakat khususnya dalam menerbitkan kesedaran dan rasa prihatin di kalangan umat Islam terhadap isu-isu penting sebegini. Kami turut menyeru semua rakan artis, personaliti tv, penggiat seni dan seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama hadir dan menyokong Himpunan Sejuta Umat.

Thursday, October 13, 2011

Ayuh kita BerHIMPUN!!


Malam ini, aku dan teman-teman munsyid yang lain akan mengikuti program usrah yang dah agak lama tertangguh, Kali ini Inteam Records yang jadi tuan rumah.. antara agenda penting yang akan dibincangkan selain daripada pengisian rohani adalah pengilibatan Majlis Usrah Penasyid Malaysia ( MUNSYID) dalam Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini.. Himpunan yang diadakan untuk menzahirkan rasa keperihatinan terhadap ancaman kepada akidah umat Islam ini disertai dan disokong oleh pelbagai pertubuhan Islam. Dan kami sebagai penasyid juga tidak mahu ketinggalan dalam mempperjuangkan isu yang kritikal. Semua umat Islam wajib untuk mempertahankan akidah diri dan saudar seagama mereka. Semoga Allah menggerakkan hari seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai perhimpunan ini.Untuk maklumat lanjut, silalah ke website HIMPUN dan sebarkan maklumat yang ada di sana..  



Sidang media Himpunan Sejuta Umat

Thursday, October 6, 2011

Mengaumkah Harimau Malaya di Canberra?


Petang esok skuad Harimau Malaya akan turun menentang Australia untuk aksi perlawanan persahabatan. Siaran langsung perlawanan ini akan disiarkan oleh Astro Arena pukul 5.00 petang. Maka akan ramailah geng ultras yang mintak dari bos pulang dari tempat kerja lebih awal untuk lepak di restoran mamak sambil tengok bola. Kalau dekat Shah Alam ni, port Ultras yang popular adalah Restoran Hakim Seksyen 7. Jangan ada yang ponteng sudah la.hehehe...

Ken Worden membimbing Malaysia pada pertemuan 1992
Kali terakhir Malaysia bertemu Australia adalah pada tahun 1992. Menariknya, dalam perlawanan akhir Piala Kemerdekaan Indonesia itu Malaysia berjaya menundukkan Australia 1-0 hasil jaringan P.Ravindran yang dikenali dengan jolokan 'Kinta Express' kerana kelajuan lariannya.Skuad Harimau Malaya pada ketika itu turut dibarisi oleh Azman Adnan, Zainal Abidin Hassan, Khairul Azman Mohamad, A. Jayakanthan, Yeo Swee Hock, Shahrin Majid, Reman Ragunathan, Lee Kin Hong dan Zaid Jamil. Australia pula dipperkuatkan dengan nama-nama popular dalam liga Malaysia ketika itu seperti Abbas Saad, Alistair Edwards, Mehmet Durukovic dan Darren Stewart.

Sebahagian pemain yang menewaskan Australia pada 1992

Kini dengan Australia berada di ranking ke 19 dunia dan Malaysia ke 146 dunia, pertemuan kali ini tentunya membawa keputusan yang berbeza pada perkiraan di atas kertas. Aku boleh katakan seri adalah satu kemenangan dan kalah adalah sesuatu yang dijangka. Andai kita mampu menang, ianya satu durian runtuh buat skuad negara. Sebenarnya apabila Australia mengajak kita untuk mengadakan perlawanan persahabatan, itu adalah satu penghormatan secara tidak langsung untuk Harimau Malaya.At least korang mula dah recognize kita. Lepas ni khabarnya skuad India pula ajak kita friendly. Kira ok lah tu. Sebelum ni asyik kita je yang ajak orang. Sekarang ni orang pulak ajak kita.

Skuad 2011: Sebelum match, kita jalan-jalan dulu..

Kita tidaklah mengharapkan keajaiban dalam pertemuan petang esok. Cukup sekadar andai kita kalah dengan jurang kecil dan mampu menyaingi Socceroos di atas padang. Janganlah sampai jadi macam lawan Jepun tempohari. Bola asyik dalam kawasan kita je. Kita doakan jentera serangan kita macam Apek, Mat Yo, Safee dan Kunalan mampu mengancam kubu sang Kanggaru. Ramai juga nak tengok kemampuan Joseph Kallang Tie sebagai alternatif kepada Safiq Rahim. Dengan kehadiran semula orang lama seperti Zamani Misbah di bahagian pertahanan dan Khyrill Muhymeen di sayap kanan. ianya diharap memberi dimensi baru dalam corak permainan skuad Harimau Malaya. Yang penting benteng pertahanan jangan pula buat kesilapan mudah. Ayuh.. mengaumlah Harimau Malaya!

Wednesday, October 5, 2011

Sorotan PMR 1997 di SMSD aka SEMERDU

Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat maju jaya buat semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini di seluruh negara terutamanya buat junior-junior aku di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu. Teringat pula masa aku ambik PMR pada tahun 1997 dulu. Bila 'pertempuran' dah bermula macam ni, sebahagian besar daripada kami lebih menekankan pengukuhan aspek mental dan spiritual. Namun ada juga yang masih berusaha keras membelek nota di saat-saat terakhir. Maka surau di asrama kami memang meriah dengan 'pengunjung'nya. 

5 tahun kami mebesar bersama :)

Sejak hari pertama peperiksaan, aku dan ramai kawan-kawan lain menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat setiap malam sehingga hari terakhir peperiksaan. Malah kalau tak silap aku, batch kami buat solat hajat secara berjemaah setiap malam selepas solat maghrib. Sebab tulah kami diberikan kelonggaran untuk hadir sedikit lewat ke prep malam berbanding pelajar-pelajar lain. Balik dari prep malam, tak kurang juga yang melaksanakan solat hajat sekali lagi secara bersendirian selepas solat isyak.Sebenarnya aktiviti solat hajat berjemaah ni memang kami dah buat secara berkala sebelumnya. Selalunya kami buat bersama calon SPM setiap khamis malam selepas solat isyak. Khamis masa tu, kami takde prep malam sebab ada aktiviti usrah untuk pelajar Form 1 dan Form 2.

Ni lah surau yang sangat imarah terutamanya bila time exam :)
Pada hari peperiksaan aku memang bangun awal pagi sebelum subuh. Selepas mandi kat kolah di blok D ( aku memang suka mandi kolah time tu.. huhu), aku terus ke surau. Ramai sebenarnya yang macam aku. Kalau sempat, kami akan baca quran dulu sepipi dua sebelum masuk waktu subuh. Lepas subuh, aku baca yassin pulak satu round dan al-mathurat. Dah siap semua tu barulah balik ke dorm untuk bersiap ke dewan makan sebelum bergerak ke dewan untuk 'bertempur'. Keluar je dewan, aku terus fokus kepada paper yang seterusnya. Aku tak suka dah nak bincang apa yang aku jawap dalam dewan tadi. Sebut pun tidak, apatah lagi nak fikir. Bagi aku takde faedahnya. Bukannya kita boleh tukar jawapan kita kalau kita tahu kita salah pun.Yang lebih penting, kita dapat mengelak dari rasa 'tension' kalau kita dapat tahu yang kita dah jawab salah dalam dewan sebelumnya.

SMSD Vikings: Inilah kawan-kawan se'ragbi' aku masa di SMSD

Selepas balik dari sekolah, sempat la berehat sekejap selepas lunch sebelum pergi ke prep petang untuk menelaah buku dan nota bagi kertas seterusnya.Balik prep selalunya aku akan bersukan macam biasa. Walaupun sebenarnya semua pelajar di asrama diwajibkan turun ke padang, kami pelajar PMR dikecualikan. Tapi aku tetap lebih suka turun beriadah. Tapi main bola jelah, takdelah main ragbi macam hari-hari tak exam.Maklum jelah, main ragbi ni agak 'physical' berbanding sukan lain. Risiko untuk cedera pun lebih tinggi. 

Gambar calon yang mendapat 8A dan  9A pada PMR 1997.. Cuba cari, ade tak aku kat situ? huhu

Ramai ibubapa hari ini selalunya tak bagi anak-anak diorang turun bermain waktu petang pada hari exam dan menyuruh diorang mengadap buku sepanjang masa. Aku tak setuju dengan pendekatan macam tu. Aku percaya dengan slogan "Badan Cergas, Otak Cerdas" sebab aku yakin aktiviti fizikal dapat mencetus kecerdasan otak yang sememangnya diperlukan dalam dewan peperiksaan. Malah aku mewajibkan diri aku untuk turun ke padang terutamanya jika ada peperiksaan yang melibatkan penulisan  esei pada keesokannya.Benda ni memang aku pegang sampai hari peperiksaan terakhir aku di universiti. Aku rasa berkesan la kot..huhu.. Lepas aktiviti di padang,kami akan balik ke asrama untuk mandi sebelum ke surau untuk solat maghrib berjemaah.Kemudian, kami ulangi perkara-perkara sebagaimana yang aku cerita kat awal artikel ini. Begitulah sedikit sorotan rutin seharian aku semasa menduduki PMR 1997 di bumi permata Sekolah Menengah Sains Dungun. My God... I really miss those days!

Sunday, October 2, 2011

Hajat Tak Sampai

"Bali, tiket ade lagi?" tanya aku pada Bali nak mengesahkan tiket Piala Sultan Selangor yang dijanjikan."Ada bang, nanti jumpa kat office.." jawab Bali. Aku memang tak pernah lepaskan peluang untuk tengok game derby macam ni terutamanya bila main kat Stadium Shah Alam yang memang dekat dengan office aku. Selangor dan Singapura adalah dua pasukan lagenda yang memang punya sejarah yang gemilang dalam sejarah bolasepak Malaysia. Tahun lepas aku tak berpeluang ke stadium semasa Selangor kena 0-6 dengan Singapura. Tapi aku sempat menonton perlawanan Piala Selangor 2009 antara Selangor dengan Persib Bandung.Dalam perlawanan  tu, Selangor menang 2-0. Aku masih ingat waktu tu, aku dengan selambanya pakai baju The Red Warriors di tengah-tengah penyokong Selangor. " Abe, gomo Selangor gomo! " jerit salah seorang penyokong Selangor ke arah aku. Aku membalas dengan senyuman dan isyarat bagus kepada dia dan kawan-kawannya yang lain. Bila lawan team luar, penyokong kelate pun kena sokong Selangor.. huhuhu..
Menapak ke stadium
Semalam, sebaik selepas solat maghrib aku terus fetch Mass kat rumah sebelum ke office. Aku kalau boleh tak nak terlepas juga game veteran Selangor dengan veteran Singapura. Bila sampai di office, Bali and family masih on the way so kami lepak dulu dengan krew-krew Nasyeed.Com yang kebetulan tengah prepare bunting program Selcare untuk digantung. Akhirnya Bali n family pun sampai. Kami bergerak ke stadium satu kereta je tapi nak cari parking punyalah susah.Dah la susah, jauh pulak tu. Maklumlah puluhan ribu yang hadir menonton. 

Ini gambar orang yang pertama kali masuk stadium shah alam :)
Selepas menapak ke dalam stadium, kami terpaksa nak ke level 5 stadium. Level bawah semua dah dipenuhi penyokong. Sebenarnya aku tak pernah lagi duduk tingkat atas sebelum ini, tak sangka pula view dari sini cantik jugak. Boleh nampak keseluruhan padang. Semasa aku, mass, bali, dhia dan kasih ambik tempat duduk, perlawan geng veteran tengah berlangsung. Walaupun 'speed' dah takde, tapi skill diorang masih berbisa. Aku tengok aksi Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Shahrin Majid, Azlan Johar, Yap Kam Choon dan lain-lain sangat menghiburkan. Malah bagi aku lebih 'entertaining' daripada perlawaan adik-adik mereka. Aksi geng veteran akhirnya memihak kepada Selangor dengan kemenangan 3-1.

Inilah pulak tukang sponsor tiket kite :)
Gimik perasmian Piala Sultan Selangor bermula dengan tarian 'ejen-ejen' wanita mission impossible yang kemudiannya mengiringi perarakan masuk sebuah kereta berwarna hitam.Aku tak pasti apa yang dibawa oleh kereta hitam tu, maklumlah tak nampak. Jauh tu... Selepas DYMM Tuanku Sultan Selangor menyempurnakan perasmian, pertunjukan bunga api pula menyusul. Malangnya aku dan penonton yang dok area aku tak dapat menyaksikannya sebab bunga api tu dilancar dari atas bumbung tempat kami duduk. Kami boleh layan bunyi bunga api jela..

Kasih Kaisara yang cool sepanjang masa & Auntie Mass..
Perlawanan bermula dengan tempo yang agak perlahan dengan bola banyak berlegar di bahagian tengah padang. 2 bekas pemain EPL yang diimport selangor tidak banyak membawa kesan. Tapi yang main wing tu ok la jugak tapi kalau yang main defence tu nampak sangat pancit. Safee Sali pun tak begitu menjadi. Mungkin dia masih keletihan selepas menempuh perjalanan yang jauh apabila menamatkan latihan di Cardiff City. Tapi bagi aku, Safiq Rahim la paling teruk permainnanya. Ntah apa yang cuba dibuktikannya dengan hantaran dan shooting yang ntah ape-ape. Patutla Rajagopal dan drop nama dia untuk lawan Oz 7 oktober nanti. Kanchong pun tak 'berbahaya' macam selalu. Wak Am rajin tapi idea takde. Kalau beginilah gamepaly Selangor, aku rasa baik lupakan saja Misi 33 tahun ni. Tangguh je tahun depan. Brother-brother yang dok belakang aku pun menyumpah-nyumpah tengok Selangor main macam tu. Rami juga yang balik awal sebab frust. Orang lain pun aku rasa macam aku jugak. Nak tengok Selangor "kitai" Singapura selepas pasukan Malaysia kalah kepada lawan yang sama tempohari.

Penyokong yang pulang hampa
Namun apakan daya, harapan tinggal harapan.Hajat tak sampai. Singapura membuktikan mereka pasukan yang lebih baik. Passing, drible dan ball control diorang lebih bagus. Kalau diorang lebih bersungguh, aku rasa diorang akan dapat lebih dari satu gol. Nasib baik juga sebab keeper Selangor beraksi cemerlang semalam. Kalau tak, mungkin boleh jadi macam tahun lepas.Nampaknya hajat kita tahun ni tak sampai.. Kita jumpa lagi tahun depan.. :)

p/s: Terima kasih kepada Dhia dan Bali yang sponsor tiket.. tahun depan boleh sponsor lagi..huhu


Bukan Hudud Tapi Undang-Undang Jenayah Islam

Aku berpendapat salah satu sebab mengapa ramai yang masih keliru tentang rancangan pelaksanaan 'Hudud' ialah kerana penjenamaan yang salah. Aku yakin majoriti masyarakat malaysia termasuk umat Islam sendiri salah faham sehingga ada yang meanggap undang-undang jenayah Islam yang dirujuk sebagai tidak lengkap. Dan memang hakikatnya tidak lengkap jika kita hanya mengetengahkan hudud sebagai undang-undang jenayah Islam. Malangnya itulah yang mungkin difahami majoriti rakyat Malaysia.Mereka melihat hudud dengan persamaan dibawah:
                   
                       Undang-Undang Jenayah Islam     =      Hudud

Ini adalah persamaan yang salah sama sekali malah inilah punca kekeliruan masyarakat. Undang-undang jenayah Islam sebenarnya mempunyai 3 komponen untuk melengkapkannya sebagaimana tertera dalam persamaan di bawah:


Dalam undang-undang civil Malaysia, elemen Qisas dan Ta'zir sememang telah dilaksanakan walaupun mungkin tidak sepenuhnya. Cuma hudud sahaja yang memang tidak dilaksanakan. Demi menjana kefahaman yang total di kalangan masyarakat sekaligus memartabatkan hukum Allah yang Maha Adil maka penjenamaan atau 'branding' hudud ini harus diperbetulkan. Yang perlu kita laksanakan bukan hudud tapi undang-undang jenayah Islam kerana sebagai muslim yang mukmin kita yakin sepenuhnya bahawa undang-undang Allah sahajalah yang mampu menangani segala kebejatan akhlak masyarakat di sunia ini.



Kaitan Hudud, Qisas dan Takzir

Apa? Ustaz Nasa masuk UMNO?

Selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lepas, nama Yb Nasharudin Md Isa seolah-olah hilang dari radar politik Malaysia. Tiada lagi kenyataan beliau dirakamkan oleh akhbar arus perdana mahupun akhbar milik PAS sendiri. Di pentas ceramah PAS pun dah lama dia tak kelihatan. Soal sama ada dia sengaja "disenyapkan: oleh PAS atau Ustaz Nasa sendiri yang merajuk, aku pun tak tahu. Satu ketika beliau dilihat sebagai rising star dalam PAS apabila berjaya mengetuai kelompok pemimpin muda dalam PAS yang dinamakan kumpulan Erdogan oleh UMNO untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam PAS. Dalam muktamar yang berlangsung pada tahun 2005 itu, Ustaz Nasa telah mengenepikan tokoh veteran PAS Ustaz Hassan Shukri sebagai timbalan presiden.Beliau berjaya mempertahankan kerusi no.2 PAS itu selama 3 penggal sehingga akhirnya ditumbangkan oleh Hj Mohamad Sabu dalam pemilihan 2011. Ianya berpunca daripada tindakannya yang dilihat "mesra UMNO" dalam beberapa isu.


Sidang media bersama YB Dato Mukhriz dan YB Ustaz Nasa

Ramai pengkritik beliau menuduh beliau akan menyertai UMNO selepas seakan diketepikan oleh kepimpinan tertinggi PAS ketika ini. Malah aku rasa ramai yang nak sangat tengok benda tu berlaku supaya diorang dapat cakap, " Haa kan aku dah cakap, dia memang ejen UMNO!".Namun aku yakin sebagai anak didik Allahyarham Ustaz Fadzil Noor tentunya beliau seorang yang setia kepada jemaah dan cekal dengan prinsip yang dipegangnya. Bagi aku PAS akan mengalami kerugian besar jika tidak memanfaatkan kepakaran dan pengaruh yang ada pada Ustaz Nasa ni. Andai tak nak mengetengahkan dia di dalam negara kerana isu 'mesra UMNO' yang mengerumuninya, , aku rasa dia boleh berperanan untuk membina dan mengukuhkan lagi pengaruh dan hubungan PAS di peringkat antarabangsa. Lagipun dia fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Setelah lama berita pasal beliau takde, tiba-tiba hari ini aku terjumpa video sidang media tentang Al-Quds Foundation Malaysia yang diadakan di Kg Pandan, KL. Yang menariknya, Ustaz Nasa menjadi pengerusi Lembaga Pengarah bagi Yayasan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mukhriz Mahathir. Aku yakin, esok lusa ada la blogger yang akan kata, " Apa? Ustaz Nasa jadi ALP Yayasan diketuai anak Mahathir? Dia dah nak masuk UMNO ke ape?..".. Rilek la bro, jangan la pesimistik. Palestin kan isu semua umat Islam. Takkan dalam benda ni pun kita nak bergaduh. Kalau Almarhum Dato Fadhil Noor boleh sepentas dengan Tun Mahathir dalam isu Palestin, mengapa tidak Mukhriz dan Nasa ye tak?

Tuesday, September 27, 2011

Hudud di Malaysia : Antara Retorik dan Realiti

Sebagai seorang muslim yang mukmin, tidak ada orang Islam pun di Malaysia ini sama ada dari PAS, UMNO, PKR, DAP atau yang tak berparti sekalipun yang berani untuk menolak hukum hudud. Kerana perbuatan menolak hukum yang ditetapkan oleh Allah hanya boleh membawa kepada gugurnya akidahnya seorang muslim. Anologinya mudah, orang yang tidak menunaikan solat dikategorikan sebagai orang yang berdosa akan tetapi orang yang mengatakan solat tidak wajib maka akan gugurlah akidahnya. Maka dengan itu adakah kita sebagai muslim di Malaysia ini berada dalam keadaan berdosa? Biarlah orang yang lebih layak mengupasnya. Aku hanya menimbulkan persoalan..



Hudud by Dr MAZA

Walaupun seminggu dua ni media cetak dan elektronik sedang hangat memainkan isu hukum hudud untuk tatapan masyarakat, aku yakin masih ramai rakyat muslim Malaysia yang tak tahu apakah maksud hukum hudud itu sepenuhnya. Yang kebanyakan orang tahu, hudud tu kalau mencuri potong tangan, berzina kena rejam. Itu jelah yang aku rasa majoriti orang Malaysia tahu. Hudud hakikatnya adalah salah satu daripada hukum jenayah Islam yang terdiri daripada 3 komponen iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir . Mungkin untuk lebih memahami takrif hukum hudud, anda boleh rujuk ke blog ini.



Kenyataan awal pemimpin Pakatan Rakyat

Ikhlaskah Kita?
Ikhlaskah kita dan pemimpin-pemimpin kita di Malaysia dalam memperjuangkan hudud ini? Atau hanya mencari laba politik semata-mata?Seingat aku, isu hukum hudud ini hanya timbul dan menjadi sebutan masyarakat apabila PAS berkuasa di Kelantan selepas pilihanraya 1990. Ianya menjadi antara bahan kempen utama PAS dalam pilihanraya tersebut.  Dewan Undangan Negeri Kelantan kemudiannya telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 ( Hukum Hudud) pada  tahun 1993. Namun pelaksanaannya dikatakan terhalang selepas Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah menghantar satu surat yang menegah pelaksanaan undang-undang tersebut atau dikenakan tindakan. Pada tafsiran PAS ketika itu, tindakan yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir ialah pengisytiharan undang-undang darurat yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri sekaligus menyingkirkan PAS dari tampuk kuasa pemerintahan kerajaan negeri. Maka pimpinan PAS memilih untuk menyelamatkan "demokrasi" (kuasa pemerintahan yang dipilih rakyat) daripada terus melaksanakan undang-undang hudud.



Hujah UMNO dan Tun Mahathir

Mengapa Tun Mahathir Halang?
Merujuk kepada surat yang dah aku sebut di atas, enakmen tersebut dihalang kerana ianya didakwa tidak adil. Dalil utama yang disebut oleh beliau ialah enakmen tersebut hanya terpakai kepada umat Islam sahaja. Ini bermakna hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam manakala orang bukan Islam akan dikenakan hukuman yang berbeza. Sehingga ke hari ini, PAS masih berpegang kepada idea bahawa pelaksanaan hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang dikatakan agak mesra pembangkang sebaliknya menentang prinsip ini. Beliau berpendapat jika ingin dilaksanakan, hudud perlu dikenakan kepada semua rakyat baik muslim mahupun non-muslim demi mendapatkan keadilan yang hakiki.Soalnya mengapakah PAS berpandangan demikian? Adakah faktor masyarakat majmuk menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud secara menyeluruh? Aku cuba juga merujuk pelaksanaan hukum hudud di negara-negara Islam yang telah melaksanakannya tetapi tidak pula aku dapati mereka membeza-bezakan pelaksanaan hukum hudud kepada muslim dan non-muslim.(Kalau salah tolong betulkan kenyataan ini)



So Kenapa Karpal Nak Kecoh ?

Aku pun tak faham dengan Pengerusi DAP ni yang tiba-tiba melenting bila PAS sebut pasal hudud. "Hello Aya, PAS nak laksana hudud untuk orang Islam jela, you nak kecoh ape hal? Ini orang Islam punya undang-undang maa.. Kami orang Islam yang beriman wajib menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Apa you mau halang hak kami untuk amal agama kami ka?This is a part of our human rights la..You jaga agama u saja la, jangan campur urusan kami. ". Kalau aku jumpa dia, itu la agaknya yang aku nak sangat cakap. Yang sepatutnya rasa terancam ke, tak selesa ke, adalah parti komponen BN yang dianggotai non muslim macam MCA, Gerakan atau PBS sebab UMNO cakap, kalau nak laksana hukum hudud, kena apply kepada semua rakyat baik muslim atau non-muslim. Cuma soal bila UMNO nak buat masih menjadi tanda tanya.

Hudud: Muhasabah buat PAS by YB Dr. Dzulkefly
 
Maqasid Syariah
"Kalau kita tak mampu untuk buat semua, kita tak perlu tinggal semua, kita buat apa yang boleh.." ini antara konotasi yang sering digunakan oleh pimpinan PAS. Secara umumnya aku juga bersetuju dengan konotasi itu namun bolehkah ia terpakai dalam isu pelaksanaan hudud ini? Hmm.. ntahlah, aku pun tak tahu. Matlamat pelaksanaan Syariah Islam atau Maqasid Syariah itu adalah keadilan kepada seluruh umat manusia. Maka soal keadilan ini merupakan perkara yang paling utama atau aula untuk direalisasikan. Andai pelaksanaan sesuatu mekanisme syariah seperti hukum hudud tidak boleh membawa kepada keadilan kerana faktor-faktor luaran, maka adalah penting untuk ia ditangguhkan pelaksanaannya sehingga faktor-faktor yang menghalang itu berjaya di atasi. Inilah yang aku lihat menjadi teras kepada hujah UMNO dalam menghalang PAS untuk melaksanakan cadangan undang-undang hudud sama ada di Kelantan mahupun Terengganu walaupun ianya telah diluluskan di peringkat DUN.



TPM: Kita nak buat tapi belum bersedia


Habis tu Sampai Bila Nak Tunggu Bro? 
Persoalan inilah yang tergantung sampai sekarang.. Dalam simulasi debat UMNO-PAS yang dijalankan oleh Dr Mahathir suatu ketika dulu pun, persoalan inilah yang tidak mampu dirungkai oleh tokoh-tokoh terlibat. Sampai bila kita nak kata kita belum bersedia? Salah seorang panelis menyatakan "Kita mesti letak sasaran tempoh masa bilakah kita mampu melaksanakan hudud ini". Panelis antara lain menyentuh soal ketiadaan atau kekurangan hakim dan peguam yang mahir dalam kedua-dua undang-undang sivil dan syariah sebagai alasan. Dan yang lebih kritikal perlembagaan juga harus dipinda untuk menjadikan hukum hudud, qisas dan ta'zir mengambil alih peranan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah. Dari aspek penguatkuasaan undang-undang pun, akan timbul masalah sebab pihak polis tidak berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga dengan institusi penjara.Jadi macam mana kerajaan negeri Kelantan ataupun Terengganu nak laksanakan hudud tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini dikuasai oleh UMNO-BN? Sekarang ni semua orang boleh bercakap itu dan ini namun kita hanya boleh tengok sama ada PAS benar-benar ikhlas melaksanakan hudud andai ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas pilihanraya akan datang. Jangan pula alasan yang diguna oleh UMNO akan di'recycle' oleh PAS sudah la.



Simulasi Debat UMNO-PAS yang turut menyentuh isu hudud 

Sinar di Hujung Terowong
Aku rasa hukum hudud hanya akan mampu dilaksanakan andai ummat Islam bersepakat dengan satu suara, satu nada untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Andai perlu referendum untuk membuktikannya, kita buatlah referendum. Sebagai penduduk majoriti, umat Islam harus menterjemahkan hasrat dan keinginan mereka melalui sistem demokrasi yang ada.Andai kita bersatu, maka kawan-kawan daripada bangsa lain pun akan akur dan harus menghormati pendirian kita. Para pemimpin politik Muslim baik dari UMNO, PAS atau mana-mana parti sekalipun juga harus punya keberanian dan political will yang tinggi demi memartabatkan hukum Allah SWT. Janganlah kerana takut hilang sokongan teman-teman non-muslim kita terlupa bahawa kita lebih memerlukan 'sokongan dan dokongan' Allah AWT dalam mentadbir alam ini. Bersama kita jadikan hukum hudud sebagai satu realiti dan bukannya retorik semata-mata.

Monday, September 26, 2011

Al Fatihah : Pak Daud Bukit Abal

Nama Daud Bukit Abal tentunya tidak asing bagi penggiat dan peminat irama dikir barat di Malaysia mahupun di seluruh nusantara terutamanya di selatan Thai dan Singapura. Beliau boleh dikatakan antara pelopor atau 'Godfather' kepada seni dikir barat sebaris dengan tokoh-tokoh lain seperti  Allahyarham Salleh Tapang, Allahyarham Ripin Ana, Allahyarham Seman Wau Bulan dan lain-lain. Secara peribadi aku bukanlah peminat suara emas beliau namun aku akui beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan seni dikir barat. Namun sumbangan langsung beliau akhirnya terhenti apabila beliau dipanggil mengadap ilahi pada 17 September 2011 yang lepas akibat demam panas. Beliau menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 11.30 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada usia 71 tahun.




Beliau sempat membuat persembahan di Kuala Lumpur sempena Malaysiaku Street Festival bertempat di Jalan Bangkung Bangsar pada sambutan Hari Malaysia. Persembahan itu menjadi hadiah terakhir buat semua peminat beliau sebelum beliau pergi buat selama-lamanya. Hati aku agak tersentuh apabila dalam persembahan tersebut beliau sempat menyebut nama sahabat beliau Allahyarham Seman Wau Bulan  sebagai pencipta lagu Wau Bulan dalam bait-bait pantun lagu tersebut. "Lagu ini sebagai lagu nutup gelengge, Arwah Seme diolah tuke cipto.." Tak sangka pula, bait-bait itu adalah petanda beliau juga akan turut bersama Allahyarham Seman Wau Bulan di negeri yang kekal abadi hanya sehari selepas itu. Al fatihah..

Wednesday, September 21, 2011

Bersama British atau Komunis?

Syawal tahun ini hangat dengan isu timbalan presiden  PAS yang didakwa menyokong komunis dan menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. Mat Indera yang dikatakan ketua komunis Melayu di Johor telah diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ramai pihak yang memberi reaksi. Ada yang buat laporan polis, ada yang buat demo, ada yang hantar memorendum dan tak kurang pula yang membuat diskusi ilmiah.Perkara positif yang aku nampak apabila polemik ini ialah orang ramai dah kembali meminati sejarah sekaligus membuat kajian serta rujukan terhadap fakta-fakta sejarah. Aku malas nak ulas la pasal kronologi peristiwa mahupun soal siapa pejuang dan siapa pula petualang. Korang boleh buat penialian sendiri. Cuma ada beberapa persoalan yang aku nak utarakan yang dah lama juga bersarang dalam otak aku. 
    • Bilakah Turning Point status British daripada Musuh kepada Sahabat orang Melayu?
      • Ini soalan pertama yang aku harap dapat jawapan.Sejak bila persepsi orang Melayu berubah terhadap British dari status musuh / penjajah kepada sahabat. Jika kita renung kembali fakta sejarah, pada awal abad ke-20 orang Melayu masih bersikap bermusuhan dengan British. Malah orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan Inggeris dianggap sebagai talibarut penjajah. Ini dapat dibuktikan dalam penentangan  Tok Janggut di Kelantan pada tahun 1915 dan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong pada tahun 1928. 
      • Tok Janggut contohnya telah membunuh seorang anggota polis British berbangsa Melayu bernama Sarjan Che Wan Sulaiman yang cuba menahannya. Dalam kes Bukit Kepong yang berlaku 35 tahun kemudiannya atau 22 tahun selepas pemberontakan Hj Abdul Rahman Limbong, mengapa Mat Indera yang menyerang polis British ketika itu dianggap petualang sedangkan Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong dianggap pejuang.Yang pasti faktor membunuh saudara seagama tidak boleh digunakan kerana ketiga-tiga mereka juga turut membunuh saudara seagama mereka yang mereka anggap sebagai talibarut penjajah.Mungkinkah Perang Dunia ke-2 yang menukarkan status British daripada penjajah kepada penyelamat?



Sedutan filem Paloh: Tengok minit 5:05 sampai 5:49 menunjukkan wujudnya
 tempat solat di kem gerila PKM dan anggota gerila sedang mendendngkan 
lagu selawat memuji Rasulullah di kem mereka

    • Mengapakah Ada Golongan Agama lebih rela berjuang bersama Komunis berbanding bekerjasama dengan British?
      • Sebahagian anggota TPNM atau lebih dikenali dengan Gerila Komunis yang berbangsa Melayu digambarkan sebagai golongan yang taat kepada agama atau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Mat Indera contohnya dikatakan seorang guru agama yang mendapat tauliah daripada Sultan Johor. Begitu juga dengan Abdullah CD dan Rashid Maidin yang dikatakan menghabiskan masa mengajar Al Quran di penempatan bekas gerila komunis selepas perjanjian damai 1989. Dalam filem Paloh yang diterbitkan sendiri oleh Filem Negara Malaysia dan FINAS, watak Ariffin Nur digambarkan seorang yang kuat pegangan agamanya namun dia turut menyertai perjuangan gerila komunis.Soalnya apakah hujah atau ijtihad yang mereka pegang sehingga mereka lebih rela mengangkat senjata bersama gerila pimpinan Parti Komunis Malaya berbanding bersekongkol dengan British?

    • Adakah Semua Anggota TPNM Menganut Fahaman Komunis?
      • Persoalan ini boleh dikatakan berkait juga dengan soalan yang kedua. Melihat kepada fakta bahawa komunisme menolak agama kerana menganggap "Agama sebagai racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat ", adalah mustahil seorang yang mempunyai pemahaman agama yang kuat mendokong ideologi komunis ini. Dalam satu wawancara, Abdullah CD menafikan bahawa beliau dan anggota Melayu dalam PKM meninggalkan agama. Menurut beliau fahamanan komunisme atau marxisme dalam PKM bukanlah satu dogma atau pegangan yang ketat dan tak boleh berubah. Namun ia berubah mengikut suasana dan keadaan di Malaya.Beliau menggambarkan keadaan dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Parti Komunis Malaya mirip kepada perjuangan kemerdekaan Indonesia yang berasakan gabungan ideologi nasionalis, sosialis, agama dan komunis atau NASAKOM. Betul atau tidak cerita Abdullah CD ni aku pun tak tahu.. sebab aku tak jumpa rujukan lain yang tidak bersumberkan 'orang PKM' untuk disahkan fakta itu.. 


Temubual dalam llip video ini mungkin dapat menggambarkan 
ideologi atau pegangan  Mat Indera dan anggota PKM Melayu yang lain

Sebagai seorang muslim, kita menolak keganasan dan penindasan baik yang dilakukan oleh komunis mahupun British. Malah andai kezaliman itu dilakukan oleh orang Islam sendiri pun, kita wajib tentang.Sejarah negara kita Malaysia sungguh berwarna warni. Kita mengharapkan agar setiap perkara yang berlaku dalam sejarah negara dilihat dan dinilai secara rasional dan berasakan fakta serta pertimbangan ilmu pengetahuan dan bukannya bersandarkan sentimen dan emosi. Islam menganjurkan kita berlaku adil bukan sahaja kepada sahabat kita tetapi juga kepada musuh kita. Sama-sama kita renungkan.. aku harap kawan-kawan boleh bantu aku dapatkan jawapan kepada 3 persoalan di atas.. syukran

Awesome Video of UNDILAH!

Selepas kejayaan projek 15Malaysia yang menerbitkan pelbagai filem pendek dengan mesej mesej kemasyarakatan melalui pendekatan yang kreatif, kini Pete Teo telah kembali dengan satu penerbitan video yang mengajak rakyat Malaysia tidak mengira bangsa , agama dan latar belakang untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di negara ini atau lebih tepat lagi mengundi. Yang menariknya produksi video ini melibatkan ramai tokoh atau public figure Malaysia dari penyanyi, pelakon, atlet sehinggalah ahli parlimen dan menteri kabinet baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Korang boleh tengok senarai individu yang terlibat di website undilah.com.Actually boleh juga korang tengok je video terus dan cam sorang-sorang. Tapi aku pasti tak semua mereka ni kita kenal takpun kita tak perasan.




Aku harap dengan kempen khusus sebegini lebih ramailah rakyat Malaysia terutamanya di kalangan remaja yang dah cukup umur 21 tahun tu untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dan seterusnya mengambil bahagian dalam proses pilihnaraya.Mengundi adalah hak kita dan gunakanlah hak kita ini untuk menentukan pemimpin yang akan memimpin negara kita demi kesejahteraan bersama. So ape tunggu lagi bro? UNDILAH!

Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng Hina Islam: Minta Maaf Sajalah Bro!

2-3 hari lepas aku ada terbaca di dada sebuah akhbar tempatan kenyataan daripada Ahmad Idham selaku pengarah filem Hantu Bonceng yang menafikan terdapat adengan dalam filem itu menghina agama Islam. Aku pada mulanya tak pasti apakah yang dimaksudkan. Kemudian macam biasalah, aku tanya encik Google dan akhirnya aku jumpa video kat youtube yang menunjukkan adengan yang diperkatakan itu. Dalam satu adengan, Zizan yang merupakan hero filem tersebut telah tersedar dari kemalangan di hospital kemudian meracau-racau. Beliau mengucap dua kalimah syahadah dan berselang seli dengan perkataan syaitan. Maka terjagabunglah satu kalimat Ashadualla ila ha illallah, waashadu anna muhamadan SYAITAN.. " Damn! How can he say such thing!" Kalau korang nak confirm apa yang aku cakap ni ko tengoklah video di bawah..



Aku yakin Zizan pun tak sengaja.. Dia menyebut kalimah syahadah dan perkataan syaitan itu dalam dua frasa yang berbeza. Kiranya ada noktah la kat situ kalau di tulis atas kertas..Tapi bila ianya menjadi sebutan memnag tersangat kurang ajar dan biadap bunyinya! Dalam satu blog hiburan, zizan telahpun meminta maaf di atas keterlanjuran beliau dan menyatakan tiada langsung niat beliau untk menhina Rasulullah SAW. Cuma yang aku kurang senang jawapan Ahmad Idham terhadap isu ini yang aku anggap sebagai angkuh dan tidak bertanggungjawab. Beliau bukan sahaja mempertahankan adengan tersebut dengan bersandarkan hujah bahawa ada 4 ulamak yang dah buat tapisan tentang filem beliau. Yang lebih menyakitkan hati,beliau dilihat mempertikaikan teguran yang dibuat dan menganggap orang menegurnya tidak cukup ilmu agama. Nak je aku tanya Ahmad Idham ni, ulamak mana yang bersetuju dengan adengan ni? Cer cite-cer cite.. Tak payah la berlagak sangat.. minta maaf suda dan akuilah kesilapan.. itu akan menyebabkan anda lebih dihormati.Tak perlulah mempertikaikan ilmu orang lain.. Ape lu punye ilmu dah tinggi sangat ker?

Monday, August 22, 2011

Pilihanraya Memang Dah Dekat?

Melihat kepada perkembangan terkini di media dan pergerakan jentera pilihanraya terutamanya dari pihak UMNO dan Barisan Nasional menampakkan tanda-tanda pilihanraya memang sudah dekat. Khabarnya hari ini pun ada mesyuarat khas di Putrajaya bersama jentera penerangan UMNO/BN. Tentunya perbincangan mereka bukannya pasal persiapan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO tahun ini.. Ada juga maklumat yang mendakwa sesetengah Badan Perhubungan BN Negeri telahpun mula merangka manifesto pilihanraya bagi negeri masing-masing. Lobi-melobi calon pulak takyah cerita la.. memang dah lama berlaku.. Malah rasanya hampir kesemua badan perhubungan negeri memang dah ada senarai calon untuk ditapis Dewan Tertinggi BN.

Psywar pulak memang dah lama bermula. Kita tengok sahaja isu-isu yang dimainkan dimedia arus perdana. Hampir kesemuanya mempunyai impak dari sudut politik. Cuma yang menariknya kali ini, aku tengok pihak UMNO/BN turut memanipulasi sepenuhnya media baru seperti blog, youtube dan facebook dalam 'kempen' kali ini walaupun mereka turut punya full access pada media arus perdana. Maklum sajalah, media arus perdana kita hari ini mendapat persepsi yang sangat negatif dan dituduh tidak adil serta telus dari aspek politik. Kita tak dapat menolak hakikat bahawa sebilangan besar masyarakat kita hari ini  terutamanya di bandar lebih mempercayai berita atau maklumat yang disebarkan di internet walaupun tidak semuanya tepat dan benar. Jadi aku rasa dalam pilihanraya kali ini pertempuran yang lebih hebat bakal berlaku di alam siber. 




Kempen mengundi dulu-dulu

Bagi sesiapa yang tak daftar-daftar lagi mengundi tu walaupun dah layak cepat-cepatlah daftar. Mana la tahu kot-kot masih sempat (tapi honestly aku rasa tak sempat dah.. huhuhu).. Pendapat yang agak popular mengatakan pilihanraya akan diadakan pada bulan 11 sebab nombor 11 tu nombor bertuah PM kita. Ntahlah la aku pun tak tahu betul ke tak. Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita kena jalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah. Pilihlah pemimpin yang tepat dan boleh mentadbir negara kita ini dengan penuh amanah, adil dan saksama.Mengundi ni bukan hal main-main. Ia melibatkan masa depan dan halatuju negara serta kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini..

Sunday, August 21, 2011

10 Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah kita dah menjengah ke fasa terakhir Ramadhan. Kalau ikut hadis popular yang selalu kita dengar yang mana berbunyi "Bulan Ramadhan awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan di akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka"(actually ada ulamak yang menyatakan hadis ini ada masalah dari sudut periwayatannya), kira kita ni ada di fasa pembebasan api neraka. APA? Hangpa ingat boleh terlepas dari api neraka camtu je? Jangan salah faham.. orang yang mendapat pembebasan api neraka tentulah mereka yang beramal soleh dan meninggalkan segala larangan-Nya. Apatah lagi bagi mereka yang meningkatkan amal ibadah berkali-kali ganda di bulan Ramadhan ini.Maka banyaklah pahala mereka.



Iklan terbaik Ramadhan tahun ni.. tahniah kepada AimanAzlan dan AnwarHadi.. 
korang memang sempoi la bro!

Bagi yang rasa masih belum cukup agresif membuat amal ibadah dalam bulan puasa ni ( rasanya..macam aku la..), kita masih punya masa..Sepuluh malam terakhir ni jom sama-sama kita pakat cari lailatul qadar.. Tapi bukanlah cari atau tunggu macam kita dok tunggu orang yang bernama Laila Tok Qadar lalu depan rumah kita. Kita harus membuat amal ibadah secara berterusan sebanyak mungkin terutamanya di sepertiga malam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Al Bukhari, "Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan". Jadi apa kita tunggu lagi? Jom kita manfaatkan masa yang ada sebab tahun depan belum tentu kita dapat jumpa Ramadhan lagi.. Selamat berpuasa!

Saturday, August 20, 2011

Harta Intelek? Ape bendanya tu?


            Aku rasa masih ramai di kalangan masyarakat kita yang ambil mudah berkenaan soal harta intelek ini. Malah diorang tak tahupun ape ke bendanye tu. Mungkin kerana harta inteletek bukanlah harta yang bersifat 'tangible' atau wujud secara fizikal tetapi ianya bersifat 'intangible' seperti idea, kemahiran atau pengalaman. Kalau harta sperti wang, hartanah atau kenderaan yang kita boleh sentuh dan rasa tentunya semua orang bukan sahaja akan ambil kisah malah mungkin cuba memilikinya dengan pelbagai cara. Sedar atau tidak, harta intelek juga mempunyai nilai yang tinggi dan juga harus dilindungi daripada “dicuri” oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Setahu aku dia antara orang yang memperoleh pendapatan
yang paling banyak melalui royalti karya-karyanya

            Dalam konteks industri nasyid dan muzik seluruhnya, harta intelek biasanya merujuk kepada hakcipta produksi album, lirik, lagu, videoklip dan sebagainya. Alhamdulillah kami punya 3 entiti atau badan yang menjaga kepentingan harta intelek kami penggiat industri muzik iaitu MACP yang menjaga harta intelek penulis lirik dan komposer, PRISM yang menjaga kepentingan penyanyi dan pemuzik, dan akhir sekali PPM yang menjaga kepentingan harta intelek syraikat rakaman. Badan-badan ini bertanggungjawab untuk membuat kutipan royalti daripada pihak yang menggunakan harta intelek tersebut untuk kepentingan mereka khususnya bagi mendapatkan keuntungan perniagaan. Ia termasuklah stesen-stesen TV dan radio, syarikat telekomunikasi, kompleks membeli belah, penganjur acara dan sebagainya. Mereka pula kemudiannya akan mengagihkan kutipan tersebut kepada semua ahli yang berdaftar.

Aku dengar dia ni hampir pengsan sebab terkejut bila melihat angka yang tertera
pada cek pertama yang dia terima hasil daripada karyanya yang meletup
            Baru-baru ini aku sempat menghadiri bengkel yang dibuat oleh pihak PPM ( Public Performance Malaysia) tentang pengagihan royalti khususnya untuk ahli RIM ( Persatuan Industri Rakaman Malaysia). Mengikut laporan terkini, sumber pendapatan yang dijana melalui kutipan royalti untuk tahun 2009 sahaja melebihi RM20 juta. Ini menunjukkan bahawa sekiranya kita bertindak untuk menjaga harta intelek kita, ianya mampu menjana pendapatan kepada kita bukan sehari dua tetapi untuk bertahun-tahun lamanya. Malangnya di kalangan kami penggiat seni pun masih ramai yang tidak ambil peduli tentang semua ini. Daripada puluhan ribu penggiat seni di Malaysia,tidak sampai separuh yang mendaftar sebagai ahli badan-badan ini sekaligus menjaga kepentingan karya seni mereka. Aku yakin dalam bidang-bidang lain juga terdapat badan-badan sebegini yang melindungi kepentingan harta intelek. 

           Korang tak nak ke, setiap tahun duduk kat rumah tunggu sampai cek RMxxxxx.xx sambil goyang kaki. Tapi ken amake sure la korang punya karya tu berkualiti dan mendapat sambutan. Lagi banyak ia disiarkan atau diguna pakai, lagi banyak la korang dapat. Itu yang sebahagian artis or komposer, takde show ngan album pun boleh hidup mewah. Album tak jual takpe, janji lagu main kat radio.. Fikir-fikirkan dan selamat berpuasa!

Monday, August 8, 2011

Isu Gereja: Mengapa Perlu Apologetic?

Minggu ini heboh orang memperkatakan tentang serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama. Ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik tindakan ini. Yang menyokong menyifatkan tindakan ini sangat perlu malah wajib kerana majlis yang diadakan mempunyai elemen penyebaran ajaran Kristian terhadap umat Islam. Yang menentang pula beranggapan tindakan serbuan adalah keterlaluan dan satu tindakan yang tidak berhemah malah mencemarkankan imej Jabatan Agama Islam serta agama Islam itu sendiri. Lebih menyerabutkan dan mengecewakan apabila isu ini dilihat dari neraca politik. Bagi aku ada beberapa intipati penting yang perlu dicari jawapannya di sebalik keributan ini.

Tindakan dari Perspektif Undang-Undang
Apabila berbicara tentang aktiviti penguatkuasaan, kita tak dapat lari daripada melihatnya dari sudut undang-undang. Mengikut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Dato Dr Hassan Ali selaku Exco yang bertanggungjawab, pihak JAIS telah bertindak berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 setelah mendapat aduan terdapatnya aktiviti yang menjurus kepada pendakwahan ajaran kristian ke atas umat Islam. Pemeriksaan telah dibuat oleh pihak polis dan penguatkuasa hanya selepas perundingan hampir sejam dengan pihak penganjur. Aku tak pasti sama ada serbuan ini mengikut SOP atau tidak namun jika kita mengambil kira fakta adanya perundingan antara penganjur dan penguatkuasa, maka jelas bahawa serbuan ini tidak dilakukan secara sembrono dan menggunakan budi bicara.



Berlakukah  Proses Kristianisasi dalam Majlis Tersebut?
 
Perkara ini masih menimbulkan tanda tanya. Pihak gereja menafikan berlakunya pendakyahan kepada orang Islam tentang agama kristian namun pihak JAIS mendakwa sebaliknya malah mereka mengatakan punya bukti untuk mneyokong dakwaan tersebut. Antara bukti yang dinyatakan adalah pengedaran Bible versi Melayu, selain pengucapan awam dan penawaran bantuan kewangan kepada tetamu muslim. Ia dilihat sebagai usaha halus untuk mendekatkan orang muslim yang dilanda kesempitan hidup mendekati ajaran kristian.Apapun pihak JAIS sehingga saat ini masih belum menyiarkan laporan rasmi tentang serbuan tempohari. Jika benar perkara ini berlaku, ianya ternyata melanggar artikel 3 perlembagaan persekutuan yang jelas melarang penyebaran agama lain ke atas orang Islam. Yang aku tak sedap, bila ada yang cuba mencabar peruntukan ini secara terbuka. Aku minta tolong, jangan cuba bermain api. Hormatilah persetujuan yang telah dicapai bersama sebelum ini. Kalau Dr Hasan Ali kata "saya rela dipecat," aku percaya kat luar sana bukan setakat rela dipecat, malah ribuan umat Islam rela mati mempertahankan akidah dan kesucian agama Islam. Akidah bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Kami boleh menghormati dan bersahabat dengan anda namun janganlah sesekali cuba memijak kepala kami.
 

Ke Mana Perginya Wang Zakat?
 
Isu ini juga secara tidak langsung mendedahkan secara serius kepincangan institusi zakat dan baitulmal terutamanya dalam proses pengagihan wang zakat kepada para asnaf. Perkara ini turut mendapat kritikan bekas mufti Perlis dalam tulisannya. Selangor merupakan antara negeri yang mempunyai kutipan zakat yang tertinggi di Malaysia dimana kutipan bagi tahun 2010 menjangkau RM336.8 juta. Soalnya bagaimana masih ada golongan asnaf yang tidak diberi bantuan sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak gereja? Sebuah akhbar tempatan ada melaporkan kisah seorang mangsa birokrasi institusi zakat dan baitulmal yang dinafikan haknya untuk menerima bantuan sehingga beliau akhirnya mengharapkan bantuan daripada organisasi kristian. Secara moralnya yang salah bukannya organisasi Kristian yang menghulurkan bantuan tetapi institusi zakat dan baitulmal kita. Sebelum ini, ada jabatan agama dikritik kerana hanya pandai menuntut jenazah mualaf setelah meninggal dunia tetapi tak seorang pun datang menghulur bantuan ketika allahyarham hidup dalam kesusahan.
 


Sama-sama kita doakan agar isu yang timbul ini menemui jalan penyelesaiannya. Jika benar pihak penganjur himpunan di gereja tempohari melangggar mana-mana undang-undang dalam negara, mereka aharus dihukum dengan peruntukan yang ada. Namun andai pihak JAIS yang melakukan kesilapan, mereka juga harus bertanggungjawab kerana membawa imej buruk kepada agama Islam dan umat Islam umumnya. Para pemimpin politik pula usahlah ghairah memanipulasi isu ini untuk menagih sokongan politik. Lihatlah isu ini dengan neraca agama dan bukannya neraca politik.

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Banyak benar sawang yang dah naik kat blog ni. Aku minta maaf sebab terlalu lama membiarkan blog ini tanpa artikel baru. Mungkin sesetengah kawan-kawan dah fed-up sebab terlalu lama tunggu artikel yang tak muncul-muncul. Momentum penulisan aku memang agak terganggu kerana pelbagai komitmen lain. Apatah lagi preparation untuk 'my bigday' dah pun bermula. So banyak benda yang nak fikirkan. Tapi insya Allah aku akan cuba sedaya upaya untuk memastikan blog ini akan dikemaskini dengan lebih kerap selepas ini. Lagipun memang banyak isu yang berlaku dalam negara kita yang menarik untuk diulas dan dibahaskan dari hal politik sampailah kemerosotan prestasi Harimau Malaya.

Apapun aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan  Ramadhan Al Mubarak kepada semua teman-teman pengunjung blog yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi menjenguk aku di sini. tahniah juga aku ucapkan kepada kakak aku, Kak Reny dan Abang Sham kerana baru dikurniakan baby boy pagi tadi. Tunggu Paksu balik nanti ye.. Aku tinggalkan korang dengan sebuah lagu berjudul Mubarak Ramadhan. Ianya cukup bermakna buat aku kerana ianya merupakan karya pertama aku yang berjaya dimasukkan ke dalam album. Salam Ramadhan


Friday, June 3, 2011

SHOWCASE SYUHADA AT TAQWA

EDARAN MEDIA
SHOWCASE SYUHADA AT TAQWA

SHOWCASE NASYID AMAL TERBESAR DI MALAYSIA

            Tragedi tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Al Hidayah Madrasah Al Taqwa, Hulu Langat pada 21 Mei lalu begitu menyentuh hati sanubari segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Rasa simpati dan keinginan untuk membantu jelas terlihat bilamana bantuan, tidak kira dalam bentuk apa saja datang mencurah-curah.

Perasaan ini juga turut dikongsi oleh Majlis Usrah Nasyid Malaysia atau lebih dikenali dengan nama MUNSYID MALAYSIA. Susulan daripada program ziarah dan penyampaian sumbangan kepada mangsa tragedi yang berlangsung pada 27 Mei di Lembah Azwen Resort, Munsyid Malaysia yang terdiri daripada penasyid, pemuzik, penggiat nasyid dan kelab-kelab peminat telah mengambil inisiatif untuk bergabung tenaga bagi menjayakan Showcase Syuhada At-Taqwa. Showcase ini bakal berlangsung pada 11 Jun 2011, bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor. 
 
            Showcase Syuhada At Taqwa khusus bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kejadian tempohari. Atucara program bermula seawal selepas solat asar diikuti dengan mini showcase bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Negeri atucara program kemudiannya diteruskan dengan persembahan nasyid, perkusi, kutipan derma, dan upacara penyampaian sumbangan yang akan berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Acara kemuncak akan bermula pada pukul 9.00 malam dan dijangka tamat sekitar pukul 11.00 malam.Persembahan ini adalah secara terbuka tanpa dikenakan sebarang bayaran dan para pengunjung boleh menderma melalui tabung-tabung yang disediakan.

            Program ini boleh dianggap sebagai showcase nasyid amal terbesar pernah diadakan dengan penglibatan hampir 50 artis nasyid solo atau berkumpulan diiringi para pemuzik professional. Walaupun program ini dirancang dalam masa yang amat singkat (tidak sampai 2 minggu) ianya mendapat sokongan dan kerjasama yang sangat memberangsangkan daripada komuniti nasyid. Mereka bukan sahaja sanggup membuat persembahan secara percuma malah memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, masa, tenaga mahupun peralatan dan kemudahan tanpa apa-apa bayaran. Program yang dirancang ini juga mendapat kerjasama penuh dari Majlis Bandaraya Shah Alam, Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia, Perbadanan Adat dan Warisan Melayu Negeri Selangor (PADAT) serta rakan-rakan media cetak dan elektronik terutamanya IKIM FM yang bertindak sebagai radio rasmi showcase ini.

            Pihak penganjur juga menyeru kepada mana-mana badan korporat mahupun orang perseorangan agar turut sama menyumbang sekaligus merealisasikan usaha murni ini. Mereka akan diberi ruang dan peluang untuk menyampaikan sendiri sumbangan mereka kepada wakil rumah anak yatim di pentas showcase nanti.
            Kepada mana-mana badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang pada malam tersebut boleh terus berhubung dengan Saudara Azadan ( Rabbani) di talian 019-2110300 atau Saudara Isman (Hijjaz) di talian 03-61408280. Sumbangan secara terus juga boleh dibuat ke akaun Maybank 564137300901 atas nama PERSATUAN ANAK-ANAK YATIM MALAYSIA.

Saturday, May 28, 2011

Ziarah Mangsa Tanah Runtuh oleh Munsyid Malaysia

Alhamdulillah, pagi semalam aku sempat menyertai program ziarah dan penyampaian sumbangan oleh komuniti nasyid Malaysia yang terdiri daripada artis nasyid, kelab peminat dan wakil-wakil syarikat rakaman serta media. Antara yang hadir semalam adalah artis nasyid seperti inteam, unic, mestica, al farabi band, as saufee, damai cuma tak semua cukup korum. Macam Mestica aku sorang je ade, As Saufee pun hantar Abg Wan sorang. Tak kisahlah, at least ada wakil. Sebenarnya lama lagi yang nak join tapi oleh sebab komitmen lain dan short notice maka tak dapatlah mereka ikut serta. Turut sama ialah Abg Ito Lara & family, Abg Zam (CEO Inteam Records), Waie (CEO Nasyeed.Com), Bro Azli (NCCV),Firdaus (Nasyid FM), Firdaus (MZMfc) dan tentunya Husaini dan Munsyid.Com Crew yang antara pihak terawal yang mencetuskan idea ini di facebook.

Al Farabi Band, Ito Lara, Waie, Aku dan adik-adik penghuni Madarasah Al Taqwa
Walaupun program ini dirancang dalam tempoh tak sampai 5 hari, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun dalam suasana yang sederhana.Aku ngan team Nasyeed.Com sebenarnya tiba agak lewat. Masa kami sampai tu upacara penyampaian sumbangan sedang dijalankan. Jadi kami terus dijemput menyampaikan sumbangan berupa beberapa unit set kompang Melayu dan Arab kepada wakil Madrasah At-Taqwa. Inteam turut menyumbang satu set congga manakal Rabbbani menyumbang darbuka. Kami berpakat menyumbangkan set percussion ni sebab kami diberitahu peralatan nasyid mereka hampir semuanya musnah malah antara yang terkorban juga adalah ahli-ahli kumpulan nasyid mereka yang sedang bersiap sedia untuk mengadakan persembahan pada sebelah petangnya ketika tragedi tersebut berlaku.

Terima kasih semua
Aku dan Waie, sempat berbual dengan seorang sukarelawan rumah anak yatim Madarsah Al Taqwa yang turut terlibat dalam tragedi tersebut. "Saya sebenarnya 2-3 hari lepas saya dah ok (emosi) tapi hari ini bila saya lihat percussion ni semua saya tak tahan..(sambil air matanya bergenangan terkenangkan adik-adik dan teman-teman yang terkorban)" . Sumbangan kami dan para penasyid mungkin tidaklah sebesar mana namun kami harap ianya sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral dan mengurangkan beban mangsa tragedi. Semoga roh mereka yang telah pergi damai di sana dan mendapat rahmat ilahi.. Al fatihah..

p/s: Nantikan program susulan yang kami (penasyid Malaysia) rancang untuk dilaksanakan pertengahan Jun ini.

Friday, May 27, 2011

Nasyid@Persada: Cahaya Seluruh Alam

Assalamualaikum wbt..
Aku mohon maaf buat semua teman-teman yang sering berkunjung ke blog ini. Sudah terlalu lama aku menyepi dan sekali lagi aku menggunakan alasan standard yakni kesibukan aku terhadap terhadap komitmen lain atas "kehilangan" aku selama ini. Huhu.. Apapun aku berterima kasih kepada korang semua kerana ada yang tetap berkunjung ke blog ini walaupun mungkin selepas itu keluar hampa sebab takde update di sini.

Sebenarnya ketika artikel ini ditulis, aku tengah bersiap nak ke Lembah Azwen Resort tempat di mana sebahagian mangsa tanah runtuk Rumah Anak-Anak Yatim dan  Anak-Anak Hidayah Madrasah Al Taqwa ditempatkan buat sementara waktu.Actually hari ini, komuniti nasyid Malaysia akan turun beramai-ramai menziarahi mereka untuk menyampaikan sumbangan sekadar yang termampu. Selain daripada mungkin sedikit wang ringgit yang berjaya dikumpulkan dalam masa yang singkat,kumpulan-kumpulan nasyid turut menyumbangkan peralatan perkusi untuk pasukan nasyid mereka yang dikatakan musnah dalam kejadian tanah runtuh tempohari. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang terkorban.Al fatihah..



Aku tinggalkan korang kali ini dengan klip video Cahaya Seluruh Alam dendangan Al Mawlid. Seronok aku tengok bila makin ramai artis yang bukan sahaja cenderung menghasilkan album-album bercorak keagamaan tetapi turut mengubah haluan hidup mereka dengan lebih mendekati dan mendalami ajaran agama Allah yang suci.Sampai jumpa lagi :)

Tuesday, April 12, 2011

Khazanah Cinta Kini Di Pasaran!




Nasyeed.Com kini tampil dengan album kompilasi terbaru berjudul Khazanah Cinta yang menghimpunkan 13 lagu-lagu nasyid terbaik yang bertemakan cinta semesta. Antara artis nasyid yang terlibat dalam album ini ialah Marjan melalui lagu Insan Utama & Damai BersamaMu, Wildan (Setia Seorang Isteri & Wajah Di Hati), Suhaimi (Cahaya Mata & Rona Cinta), Itqan (Untukmu Rasulullah & Srikandi), Algebra ( Yang Benar Tetap Benar) dan Muadz (Kasih Sejarak 2 Jari).


Lebih istimewa lagi album Khazanah Cinta turut memuatkan 2 buah lagu baru iaitu single terbaru daripada kumpulan Mestica berjudul Istikharah dan sebuah lagu daripada bintang nasyid baru iaitu Asyraf berjudul Mungkinkah. Peminat Mestica tentunya telah lama menantikan kemunculan buah tangan terbaru daripada mereka. Istikharah adalah ciptaan Razin Mestica dan liriknya ditulis oleh Mass Mohamad manakala lagu Mungkinkah pula dicipta oleh Shaiful Mestica dan lirik ditulis oleh Ito Lara.


Album ini turut menampilkan kumpulan nasyid yang seringkali mewakili negeri Selangor ke Festival Nasyid Kebangsaan iaitu Kumpulan Rawiyani yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dalam album ini Rawiyani berduet bersama kumpulan nasyid Hurul Ain melalui lagu yang cukup indah iaitu Sujud Yang Damai. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album Khazanah Cinta terbitan Nasyeed.Com dan edaran Sony Music di pasaran sekarang!

Friday, March 25, 2011

Cubaan Bunuh Diri di KB Mall

Aku dah tak tahu la apa dah jadi rakyat Malaysia kita ni. Ada jugak yang masih punya fikiran yang tidak waras sampai sanggup membunuh diri. Apatah lagi kejadian ini berlaku di Kota Bharu Bandaraya Islam yang menjadi ibu negeri bagi Negeri Serambi Mekah.Kejadian ini berlaku pada petang 24 Mac 2011. Tak pastilah apakah sebab gadis ini nekad memanjat bumbung KB Mall dan cuba terjun ke bawah untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Alhamdulillah, nasib baiklah pihak keselamatan bertindak cekap sekaligus berjaya mengelak perkara buruk berlaku. Ada la jugak peluang untuk si gadis bertaubat. Kalaulah dia 'berjaya' membunuh diri, tak tahulah apa pula yang bakal dihadapinya di alam selepas ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.


                                           Jangan sesekali mencuba perkara bodoh seperti ini

Imam Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya."

Tuesday, March 22, 2011

Rahsia Sebenar Kejayaan The Red Warriors

Solat berjemaah sebelum masuk ke stadium. Surau tak muat, parking lot pun boleh..(photo theredwarriors.com)

Sebagai penyokong the red warriors, aku tentunya berbangga dengan prestasi semasa yang ditunjukkan oleh pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super mahupun Piala FA pada tahun ini. Sabtu lepas, Kelantan melangkah bergaya ke separuh akhir Piala FA selepas membenam cabaran Felda United dengan agregat 5-2. Kejayaan yang dicapai setahun dua ini bukan sahaja kerana pengurusan pasukan yang cekap, pemain yang berkualiti tetapi juga sokongan padu penyokong yang membanjiri stadium pada setiap perlawanan. Banyak pasukan yang mencemburui apa yang dimiliki Kelantan ketika ini. Mereka mengharapkan ada individu seperti Tan Sri Annuar Musa untuk memimpin pasukan dan stadium mereka penuh dengan penyokong setiap kali beraksi sebagaimana di Kota Bharu. Kecemburuan ini pernah diluahkan oleh seorang penyokong Negeri Sembilan selepas menyaksikan perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Kota Bharu.

Tangki air disediakan oleh MPKB untuk kemudahan wuduk (photo theredwarriors.com)

Selain daripada apa yang aku sebutkan di atas, rasanya rahsia sebenar kejayaan Kelantan adalah penekanan aspek spiritual kepada pemain dan penyokong Kelantan oleh Tuan Guru Menteri Besar mahupun Tan Sri Annuar sendiri sebagaimana yang korang boleh tengok dalam gambar-gambar yang aku kongsikan di sini. Laungan "Marilah menuju kejayaan", alhamdulillah disambut oleh para penyokong dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Yang Maha Esa. Walaupun masing-masing berebut nak masuk ke stadium lebih awal kerana ruang tempat duduk yang sangat terhad di dalam stadium, mereka tetap menunaikan kewajipan tanpa segan silu walaupun di kawasan terrace penonton. Malah sempena sambutan Maulidurrasul yang lepas, Stadium Sultan Muhammad ke-IV bergema dengan bacaan selawat oleh para penonton sebelum perlawanan berlangsung. Malah pihak KAFA telah mengedarkan text selawat kepada semua penonton untuk memudahkan mereka mengalunkan pujian-pujian kepada Rasulullah secara berjemaah. Sejak hayat aku ni,rasanya inilah kali pertama perkara seumpama ini (berselawat sebelum perlawanan) dilakukan di tanah air kita.

Siapa kata tak boleh solat kat tempat duduk penonton? Siap berjemaah tu..(photo kelate.net)

Semoga perkara yang baik ini dicontohi oleh semua pasukan bolasepak yang ada di Malaysia ini. Selain aksi di padang dan pengurusan yang baik, kita juga perlu menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT sekaligus mengharapkan inayah dan pertolongan dari-Nya demi mencapai sebuah kejayaan.



                                               Stadium Sultan Muhammad ke-IV Berselawat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...