Thursday, April 8, 2010

Happy Birthday to Me..

Mungkin artikel ini lambat ditulis tapi aku rasa aku nak kongsikan juga pengalaman aku menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 Mac yang lepas. Selalunya harijadi aku hanya dilalui dengan perkara-perkara rutin harian. Dalam erti kata lain hari jadi aku merupakan hanya salah satu daripada hari-hari normal dalam kehidupan aku. Takde yang istimewa. Semuanya biasa je.

Aku memang dibesarkan dalam family yang tak ambil port sangat pasal ulang-ulang tahun nih. Tak kisah la ape benda pun, hari ibu ke, hari bapa ke, harijadi ke, hari guru ke, atau hari-hari lain. Kami hanya menempuh tarikh-tarikh tersebut sebagaimana hari-hari biasa yang lain. Yang confirm ada celebration hanyalah Idulfitri dan Iduladha. Sekarang ni pun aku rasa kakak sulung aku je yang start buat celebration harijadi especially untuk anak-anak kesayangannya.

Sejak 28 tahun hidup, seingat aku hanya sekali aku dapat birthday cake masa belajar kat UiTM. Dulu aku ada gambar kek tu tapi sayangnya ianya hilang bersama handphone aku yang tercicir satu ketika dulu. Hadiah dan kad hari jadi tu ada la jugak tapi takde la banyak mana pun. First time hari jadi aku disambut seingat aku, masa aku tingkatan 5.Tapi nak kata sambutan tak la jugak. Masa kat Sains Dungun dulu sesape yang sambut harijadi memang kena prank kat member-member. Time hari jadi aku masa form 5, aku terpaksa beriktikaf di surau sepanjang hari untuk mengelak daripada di'prank' oleh kengkawan. Macam-macam helah diorang buat untuk aku keluar daripada surau tapi aku buat tatau je. Oleh kerana geram diorang tunda nak prank aku esoknya. Sepatutnya dah tak aci tapi diorang buat jugak. Aku masih ingat, waktu tu time minum petang kat dewan makan. Tengah sedap aku menikmati teh O panas selepas makan bubur kacang, tiba-tiba muncul Kusang mencurahkan bubur atas kepala aku diikuti Cyber pulak memecahkan telur mentah kat kepala aku. Habis baju prep aku.Satu dewan makan tengok KP kena birthday prank.Sabor jela...hehehe

Masa kat Puncak Perdana pun aku kena prank gak time birthday. Budak-budak rumah aku Raduan, Yus, Abe Wae, telah bersubahat dengan geng rumah sebelah diketuai oleh Tajul, Richard, Mat Din, Apis dan lain-lain. Aku memang tak sangka langsung diorang nak prank aku ari tu. Aku tertipu dengan helah Yus tetiba sebut tikus-tikus pastu masuk ke tandas. Aku pun dengan "naif"nya pegi la nak tengok "tikus" yang kononnya ada kat dalam bilik mandi tu. Sebaik saja aku masuk dalam bilik mandi berbiji-biji telur ayam menghujani seluruh badan aku. Video peristiwa ni ada dalam simpanan aku tapi takleh la nak kongsi ngan korang. Privasi beb! huhu


Haa.. yang tahun ini pun istimewa..selain daripada aku tak kena prank ( mungkin sebab dah tua kot..huhu), aku dapat ucapan birthday yang paling banyak. Terima kasih kepada semua teman-teman di facebook. Aku pun sempat buat sikit jamuan kat office dan diraikan oleh seorang teman di Secret Recipe. Aku ugak dapat Birthday Card yang dah bertahun aku tak dapat serta birthday yang comey. Alhamdulillah walaupun sambutan yang simple tapi ianyacukup bermakna buat aku. Terima kasih semua. Setinggi juga kesyukuran kepada Allah yang masih memberi peluang kepada aku untuk hidup di bumi ciptaan-Nya. Semoga sisa umur yang ada akan terisi dengan amal yang soleh sebagai bekal sebelum kembali kepada-Nya. Amin..

Sunday, April 4, 2010

Din Beramboi dalam kenangan!

Ketika artikel ini ditulis, aku tengah menonton Anugerah Bintang Popular kat rumah. Ramai juga di kalangan artis yang menang mendedikasikan anugerah yang dimenangi  buat Allahyarham. Maklumlah, baru 2 hari beliau pergi meninggalkan kita. Yang paling terkesan tentunya Pak Nil (Aznil Nawawi) yang hampir setiap hari ditemani Allahyarham Din Beramboi di konti Radio Era. Aku tak dapat bayangkan macam mana dia akan masuk konti untuk Riuh Pagi di Era. Mungkin riuhnya dah hilang bersama hilangnya Din Beramboi dari pandangan kita. Tiada lagi gelak ketawa drama sebabak mahupun sawancara. Pasti ramai yang merindui celoteh merapu Din Beramboi setiap pagi ketika menuju ke pejabat.


Antara sketsa Din Beramboi yang paling aku suka

Nama Din Beramboi ni mula muncul dalam hidup aku ketika aku di Sains Dungun. Masa tu aku selalu follow Majalah Ujang dan Apo. Cuma aku sampai sekarang tak pasti adakah watak Din Beramboi tu, adalah orang yang sama atau tidak. Tapi waktu tu aku tak ambik port sangat pasal Din Beramboi nih. Aku mula jadi peminat Din Beramboi ni bila dia mula involve dalam sitcom yang aku gemari iaitu AH-HA. Memang aku akui, pada mulanya rasa menyampah pun ada atas kemerapuan dia tapi lama-lama aku boleh gak terima dan akhirnya aku boleh masuk ngan lawak-lawak dia sampai la dia takde. Antara watak dia yang paling popular dalam AH-HA tentunya Ah Long Bukit Beruntung bersama Afdlin Shauki. Malah Afdlin nak angkat watak tu jadi sebuah filem. Tak pasti pulak filem tu sempat siap ke tak.


The legend of Along Bukit Beruntung

Menurut kawan-kawan rapat allahyarham, di sebalik kemerapuan dia, Din Beramboi ni merupakan seorang yang tak pernah tinggal solat. Malah dia pernah meluahkan rasa jealous kat Hj Mat Noor Sulaiman TV3 sebab Haji Mat Noor berpeluang buat program-program agama tapi dia tidak dapat peluang itu. Apapun Allah dah jemput dia pergi. Kita yang hidup ni hendaklah mendoakan kesejahteraan ke atas roh Allahyarham. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al fatihah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...