Monday, September 6, 2010

Iftar Alumni Semesdian 9599

The Venue

Alhamdulillah.. baru-baru ini aku sempat menyertai Iftar dengan kawan-kawan lama geng SM Sains Dungun batch aku. Terima kasih banyak-banyak kepada the current backbone of our batch iaitu Mr Pear, En.Siban dan Miss Era yang organize majlis ni. Sekurang-kurangnya kami dapat kembali bertemu mata dan mengukuhkan hubungan antara kami. Aku sendiri pun dapat berjumpa kawan-kawan yang memang terlalu lama kau tak jumpa macam Edy ngan Kit. 

Kit membuka kisah tentang pengakuan Eddy lepas ditanya Cikgu KA

Bila dah jumpa, macam-macam la cerita keluar especially bila masing-masing terkenang kisah lama zaman sekolah dulu. Peristiwa Edy melaungkan azan di surau, Edy mengaku melakukan 'sesuatu' ketika Allahyarham cikgu KA memanggil semua penghuni asrama di depan bilik gerakan warden, Shahrir kebas kamera Kusang dan macam-macam lagi membuatkan kami pecah perut ketawa. Kalau nak diingat betul-betul memang tak terkira kenangan manis kat sekolah dulu.Yang pahit masa tu pun sekarang ni dah consider manis.huhu..

"Cerita sekali lagi Pear, kami pun nak gelak" kata Bahrain

Majlis tempohari berlangsung di Restoran Redwok Bandar Baru Bangi. Dengan pakej Bufet berbuka puasa bernilai RM30, aku rasa memang berbaloi berbuka kat sini.  Selain daripada Nasi yang pelbagai, Mee, Spagetti, aneka juadah steamboat dan pelbagai makanan yang boleh di grill sangat mengenyangkan aku. Aku ngan Siban dok belasah kambing grill je sambil Telang mencelah sekali sekala..Actually Teleng sampai lewat sikit sebab ambil isteri kesayangannya, Is di KLIA yang baru sampai dari Malaysia Timur sebelum bergegas ke tempat kami. Inilah kali pertama kali aku jumpa Teleng sejak dia kawin.Berseri-seri wajah mereka. Maklum jelah baru kawin.Aku ke sana dengan Haris. Kami pun sampai lambat jugak. Jammed punya pasal..

Dengar ye semua En Siban sedang bercerita

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir Siban and Family, Mat Chaq & Isteri, Shimi, Khairil, Edy, Era, Mat Pear,Teleng & Is, Fatma, Hem, Izzu, Bahrain, Aida, Haris dan semualah yang hadir. Semoga hubungan baik dan ukhwah antara kita akan berkekalan hingga le akhir hayat.Jangan lupa, tahun depan kita ada agenda besar untuk dilaksanakan. Mr Pear, En.Siban dan Era akan lead kita bagi penganjuran Malam Mesra Ex-Semesdian 2011.. Kita jangkakan 1000 orang akan hadir dari semua batch. Harap semuanya dapat beri kerjasama demi kejayaan program ini. Make the school proud! Love ya'll and Selamat Hari Raya! :)

Bergambar kenangan

P/s: Terima kasih kepada Teleng atas gambar-gambar yang cun ini..


Sahabat Istimewa Dari Belanda

Assalamualaikum wbt..

Kita kini berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan yang mana di antaranya adalah Lailatul Qadar. Al Bukhary ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. yang mana mafhumnya, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Hakikatnya hanya insan bertuah yang dipilih Allah sahaja yang akan bertemu dengan Malam Al Qadar namun ia seharusnya tidak menghalang kita berusaha meningkatkan amal ibadah agar kita terpilih untuk bertemu dengannya sekaligus mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Dr.Bart, Aku dan Dakmie

Sebelum Ramadhan ini, saya dan teman-teman dari Nasyeed.Com berkenalan dengan salah seorang sahabat datang jauh dari negara Belanda. Beliau pada mulanya bertemu Dakmie secara tidak sengaja di tapak Karnival Sambutan Ulang Tahun Radio IKIM.fm ketika Pertandingan Nasyid Piala Rabbani. Ketika Konsert Mahabbah Gaza, beliau turut hadir menyaksikan konsert tersebut. Rentetan daripada itu, Dakmie telah menjemput beliau hadir ke pejabat urusan Nasyeed.Com. Kebetulan pada hari khamis minggu tersebut kami menjadi tuan rumah  bagi majlis usrah munsyid. Majlis usrah ni sebenarnya aktiviti berkala yang diusahakan oleh para penggiat nasyid sebagai untuk kami mendalami ilmu agama disamping mendekatkan sialturahim. Alhamdulillah tersebut telah berlangsung meriah dengan kehadiran teman-teman daripada pelbagai kumpulan nasyid.

Bacaan yasin oleh para munsyidin

Sewaktu majlis usrah itulah saya kali petama bertemu Dr. Bart A. Barendregt ini. Beliau adalah seorang professor di Universiti Laiden dalam bidang antropologi dan juga sains sosial. Apa yang membuatkan dia istimewa pada pandangan mata saya ialah dia sedang menyiapkan satu tesis berkenaan dengan perkembangan irama nasyid di nusantara khususnya di Malaysia.

Tazkirah oleh Ustaz Amal

Apabila ditanya mengapa nasyid dipilih sebagai subjek tesisnya, beliau menjelaskan beliau mula meminati nasyid ketika berada di Indonesia sekitar lewat 90-an dan beliau mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang irama nasyid malah adakalanya maklumat yang beliau ada tidak diketahui oleh para penasyid seperti saya sendiri. Setelah memeluk Islam minat beliau kepada nasyid bertambah subur sehinggalah timbul idea untuk melaksanakan tesis yang dibuatnya sekarang. Beliau berada di Malaysia selama 6 minggu  untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada penggiat nasyid di sini.Menurut Dr Bart, nasyid ini punya kekuatan dan keunikan yang tersendiri kerana ia bukan hanya sekadar nyanyian tapi ia punya roh yang mampu mendidik jiwa.

Bergambar kenangan

Terkedu saya mendengar kata-katanya. Mengenali Dr Bart menyebabkan saya terfikir mengapa para ilmuan kita di sini tidak terfikir untuk melakukan perkara yang sama sedangkan masyarakat dunia  mengiktiraf kita sebagai the home of comtemporary nasyid? Malah jika kita melihat fakta, kita mungkin tidak pernah terfikir artis Malaysia boleh mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di negara-negara seperti Bahamas, Ivory Coast, Rusia dan sebagainya. Mungkin artis-artis pop, rock atau mainstream yang lain belum diberi peluang namun artis nasyid Malaysia telahpun melakukannya!

Inilah masalah sebilangan besar masyarakat kita di Malaysia. Kita terlalu memandang tinggi budaya luar terutamanya daripada negara barat yang kita sifatkan sebagai high class dan maju. Namun kita tidak sedar bahawa kita juga punya budaya dan warisan yang tinggi nilainya serta turut dihargai oleh masyarakat antarabangsa. Sempena sambunta kemerdekaan dan bulan Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita belajar menghargai apa yang kita ada. 

Perjalanan Malaysia Masih Jauh

Malaysia menamatkan siri perlawanan persahabatan di Doha, Qatar dengan tumbang lesu di tangan Oman 0-3. Perlawanan yang berlangsung Stadium Soud Abdulrahman itu jelas menunjukkan pasukan Malaysia agak ketinggalan dari banyak segi terutamanya dari segi taktikal, fitness dan skill pemain. Kali terakhir Malaysia menang menentang Oman adalah pada sepuluh tahun lepas yang mana Malaysia menang 2-0. Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan sebelum ini di Sukan Asia 2006 Doha, Malaysia turut tumpas 1-3.Sementara itu dalam perlawanan persahabatan pertama dengan kelab Al Jaish, Malaysia juga tewas 1-2. Dua kekalahan berturut-turut dalam aksi persahabatan selepas kemenangan sensasi 1-0 ke atas skuad olimpik Korea Selatan kembali membuka mata FAM  bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh K.Rajagopal dan anak-anak buahnya andai mahu menjuarai Piala AFF dan memberi saingan bermakna dalam Sukan Asia di penghujung tahun ini.



Aku harap pihak FAM dapat mengatur lebih banyak perlawanan persahabatan kompetitif untuk skuad kebangsaan agar mereka mendapat pengalaman berharga sebagai bekal dalam saingan sebenar. Mungkin agak keterlaluan kalau kita nak buat friendly match dengan Brazil, Italy atau Spain sebab kalau lawan diorang, silap-silap bola pun player kita ta boleh pegang. Tapi kita boleh dapatkan tema-team yang mempunyai kekuatan yang tidaklah begitu outstanding seperti New Zealand, Romania, Slovakia atau Bosnia. Kalau nak rasa gaya bolasepak Ameria Selatan pulak boleh test pasukan Honduras, Venezuela atau Bolivia. Kalau Afrika pulak mungkin kita boleh susun pertemuan dengan Maghribi, Libya atau Tunisia. Di Asia pulak kita kena biasakan diri menentang team macam Syria, UAE, Kuwait, Uzbekistan, Kazakhstan jika team kuat macam Saudi, Korea Selatan, Jepun atau Iran tak nak layan kita.




Aku pun hairan kenapa FAM tak anjurkan Pestabola Merdeka tahun ni. Alasan bahawa jadual liga dan kejohanan antarabangsa banyak bagi aku tak boleh diterima kerana ia menunjukkan pihak FAM tidak membuat perancangan awal. Begitu juga kejohanan Inter Continental Cup yang memberi pendedahan yang sangat baik untuk skuad Harimau Muda. Kedua-dua kejohanan ini aku rasa perlu dianjurkan secara konsisten sebagai salah satu cara untuk meningkatkan mutu bolasepak. Prestij Pestabola Merdeka yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak Asia satu ketika dahulu mesti dikembalikan.Pestabola Merdeka harus berhenti menjemput pasukan bertaraf kelab dan hanya melibatkan pasukan-pasukan kebangsaan negara-negara bertanding. Lebih baik andai ianya menjadi medan pasukan-pasukan bolasepak dari pelbagai benua untuk beradu kekuatan. Jadi tak perlulah FAM berbelanja besar untuk menghantar Skuad Harimau Muda ke Slovakia tapi peruntukan wang yang sama digunakan untuk penganjuran kedua-dua kejohanan ini. Selamat maju jaya untuk Harimau Malaya!



Friday, September 3, 2010

Ambang Merdeka 2010

MERDEKA!

Sambutan ambang merdeka di negeri Selangor pada tahun ini sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan sebelum ini. Jika sebelum ini ianya lebih menjurus kepada elemen hiburan sihat semata-mata. Selari dengan semangat bulan Ramadhan elemen spritual dan keagamaan turut dimasukkan dalam agenda sambutan tahun ini. Saya rasa perkara ini mungkin kali pertama dilakukan di negeri selangor.

Dengar ye adik-adik, Ustaz Zamri nak cerita

Pada mulanya akuku dan team Nasyeed.Com hanya  diberi tanggungjawab untuk menyediakan sistem bunyi dan lampu untuk program tersebut sahaja. Namun sehari sebelum acara berlangsung kami telah dimohon oleh pihak penganjur untuk turut sama mengkoordinasi dan mengendalikan perjalanan acara keseluruhannya. Walaupun tugas tersebut diberi last minute namun alhamdulillah ianya berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ini bukan di Kota Bharu tapi di Shah Alam!

Persiapan di tapak program telah dibuat sehari sebelumnya dengan pemasangan kemah, peralatan audio dan lampu serta pentas utama program. Selepas solat asar 30 Ogos, persiapan terakhir dibuat termasuklah penyediaan tempat solat. Tikar dah sejadah dibentangkan dihadapan pentas utama yang sememangnya di pasang mengadap arah kiblat sekaligus memudahkan perjalanan solat maghrib, isyak, terawih dan solat hajat yang ditunaikan di situ oleh para hadirin.

Mawi yang penuh penghayatan

Program bermula lebih kurang pukul 6.45 petang dengan sesi tazkirah Ramadhan bersama Ustaz Zamri Mantop ( TV9 ) dengan hampir 500 orang terutamanya remaja mengikutinya. Sebaik azan berkumandang, para hadirin yang semakin ramai di tapak program berbuka puasa dengan juadah yang disediakan pihak penganjur sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.Selepas Maghrib salah seorang sukarelawan Misi Freedom Flotilla iaitu Pak Jamuliddin Elias mengambil tempat di pentas untuk berkongsi pengalaman beliau dengan para hadirin dengan dibantu oleh slide show yang disediakan oleh beliau sendiri. Selepas solat Isyak, lebih seribu orang hadirin telah mendirikan solat tarawih secara berjemaah.

Deklamasi puisi oleh pimpinan belia Selangor

Atucara persembahan bermula selepas solat terawih sekitar pukul 9.30 malam. Bermula dengan lagu bertemakan Palestin nyanyian kumpulan Fazs, kemudian bacaan puisi oleh pimpinan belia Selangor, diikuti oleh persembahan artis terkenal tanah air seperti Mel Wings, Hasnul Jamal, Mawi, Ramli Sarip dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Dato A Samad Said. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diiringi YB Dr Hjh Halimah Ali, YB Yaakop Sapari dan YB Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri serta Dato Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri turut melancarkan Kempen Anti Zina peringkat negeri Selangor sebagai salah satu wadah untuk menangani masalah gejala sosial di kalangan masyarakat.

Papa Rock Ramli Sarip

Menjelang detik 12.00 malam, Tan Sri Khalid dan tetamu kehormat telah mengetuai laungan merdeka sambil disambut oleh hadirin sebelum diikuti dengan nyanyian lagu 31 Ogos dan Negaraku. Pertunjukan bunga api yang telah disediakan khas oleh pihak I-City turut menceriakan suasana. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan seterusnya solat hajat secara berjemaah yang disertai semua tetamu kehormat dan para hadirin dengan dipimpin oleh Ustaz Asyraf yang juga johan Imam Muda Astro Oasis.

Pelancaran Kempen Anti Zina

Sepatutnya program yang baik sebegini mendapat liputan yang meluas daripada media terutamanya di pihak media alternatif yang pro Pakatan Rakyat. Perbezaan politik tentunya tidak memungkinkan program ini mendapat liputan media arus perdana. Aku dah check laman web seperti TV Selangor yang menjadi antara ejen utama penerangan kerajaan negeri, tidakpun menyiarkan berita tentang program ini secara khusus. Penganjuran program ini tidak dimanipulasi sebaik mungkin untuk menonjolkan imej positif kerajaan Selangor walaupun ketika ini Pakatan Rakyat diserang dengan sentimen agama apabila YB non muslim masuk ke surau dan sebagainya. Sudut berita tentang solat jemaah oleh para hadirin di tapak program contohnya tidak pun disentuh. Padahal aku rasa ini kali pertama program rasmi kerajaan negeri diisi dengan agenda sedemikian rupa terutamanya melibatkan program outdoor. Lainlah kalau di Kota Bharu, benda macam ni orang dah tak heran dah.Aku rasa pihak penerangan dan komunikasi kerajaan negeri yang diketuai Dr Badrol Amin harus lebih lincah dan licik dalam membina imej positif kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Jangan sampai peristiwa di Hulu Selangor berulang kembali. Lembu punya susu, sapi dapat nama..

Pertunjukan bunga api mewarnai ambang merdeka 2010

Solat hajat menutup tirai program

Thursday, September 2, 2010

Pertahankan Irama Tarannum

             Alhamdulillah kita masih diberikan ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan kita sebagai seorang hamba yang sewajibnya taat kepada Khaliknya. Kita sedang menghampiri penghujung bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan yakni bulan Ramadhan. Yang paling penting kita perlu mempersiapkan diri secara fizikal dan mental bukan sahaja untuk menjalani ibadah puasa tetapi untuk melipat gandakan amal ibadah sekaligus menuai pahala sebanyak mungkin sebagai bekal ke alam akhirat. Amatlah rugi jika kita tidak mengimarahkan bulan Ramadhan ini kerana ganjaran yang dijanjikan Allah adalah berlipat kali ganda daripada bulan-bulan lain.

           Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )


Rabbani tidak pernah meminggirkan elemen tarannum dalam album mereka
            Setiap kali Ramadhan juga tentunya aktiviti nasyid juga semakin meriah. Selain terbitnya album khusus sempena sambutan Ramadhan dan Syawal, pihak hotel dan restoran terkemuka juga menyediakan pakej berbuka puasa yang diwarnai oleh persembahan artis nasyid tanah air. Sebut pasal artis nasyid, ingin saya kongsikan kebimbangan saya dan sebahagian besar aktivis nasyid yang ada hari ini tentang kekurangan penyanyi nasyid yang mampu membawa lagu-lagu tarannum Al-Quran. Saya sendiri banyak turun ke lapangan menjadi juri pertandingan-pertandingan nasyid di pelbagai peringkat dan saya dapati fenomena ini memang berlaku. Kemunculan artis- artis nasyid baru yang lebih cenderung dengan aliran muzik pop dan R&B turut menambah “keparahan” masalah ini. Kecenderungan ini turut berjangkit ke dalam pertandingan-pertandingan nasyid yang dianjurkan.

            Saya tidaklah bersikap anti lagu pop dan R&B malah saya amat meminati lagenda R&B, Boyz II Men. Nasyid bukanlah genre muzik tetapi ia adalah satu seni nyanyian Islam yang datang secara pakej. Nasyid boleh dipersembahkan dalam irama padang pasir, zapin, inang, reggae,hip hop mahupun rock. Namun bagi saya dan aktivis nasyid lain, amat penting bagi seorang penyanyi nasyid untuk menguasai irama tarannum atau sekurang-kurangnya mampu membawa lagu-lagu berirama taranum dengan baik. Kalau pun tidak belajar secara formal tentang apa itu nahwand, jiharkah, soba, bayati dan sebagainya, seharusnya seorang penyanyi nasyid mampu melagukan irama-irama tarannum ini walaupun dengan hanya menggunakan teknik dengar dan tiru.

Ummul Qura antara sebilangan kecil penasyid generasi baru yang memperjuangan irama tarannum dan burdah

              Irama tarannum perlu dipertahankan dan diperkasakan dalam irama nasyid kerana ia menjadi teras dan asas kepada seni nasyid itu sendiri. Malah adakalanya  irama tarannum inilah yang menjadi identiti nasyid sekaligus  membezakan lagu-lagu nasyid dengan lagu-lagu bukan nasyid. Jika kita dengar dan perhatikan album artis-artis nasyid antarabangsa seperti Yusuf Islam, Sami Yusuf mahupun yang terkini Maher Zain sekalipun, irama tarannum tetap diselitkan dalam karya-karya mereka walaupun susunan muzik mereka lebih advanced dan moden berbanding artis-artis nasyid di Malaysia sendiri. Mengenepikan irama tarannum dalam nasyid bagi saya seolah-olah kita membuang sambal tumis sebagai salah satu ramuan nasi lemak. Tanpa sambal tumis, tentunya nasi lemak itu tidak akan dipanggil “nasi lemak” betul tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...