Monday, May 31, 2010

Kenyataan Media Pasukan Pengurusan Krisis Freedom Flotilla


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Berita Terkini: Freedom Flotilla Lifeline 4 Gaza

Taklimat daripada Saudara Zulkifli Mohd Nani

Aku baru saja pulang daripada sidang media Pasukan Pengurusan Krisis Freedom Flotilla Lifeline 4 Gaza yang diadakan di Hotel D'Palma Shah Alam lebih kurang pukul 4.00 petang tadi. Aku ke sana bersama Waie (CEO Nasyeed.Com) dan Zana (Praktikum UiTM) untuk membuat liputan selain mendapatkan maklumat terkini. Setibanya di bilik sidang media, ianya telahpun telah dipenuhi oleh wartawan media cetak dan elektronik serta orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan semasa misi tersebut. Sebahagian ahli keluarga 12 orang sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara turut hadir. Taklimat bermula lewat daripada dijadualkan kerana Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis iaitu Saudara Zulkifli Mohd Nani lewat tiba kerana masih cuba berhubung dengan pasukan komunikasi di Gaza.


Dalam taklimatnya, Saudara Zukifli telah menjelaskan pasukan keselamatan Israel telah menyerbu Kapal Mavi Marmara iaitu kapal induk yang membawa semua sukarelawan berjumlah 540 orang daripada pelbagai negara sekitar pukul 5 pagi waktu Malaysia. Maklumat rasmi yang beliau perolehi kira-kira 15 minit sebelum sidang media, seramai 10 orang sukarelawan telah syahid dan berpuluh lagi cedera dalam serbuan ganas tersebut. Pihak Israel melalui media massa mereka mendakwa, mereka melakukan serbuan setelah kapal perang mereka ditembak oleh sukarelawan dari kapal Mavi Marmara. Zulkifli telah menegaskan berita tersebut adalah satu pembohongan besar oleh Israel demi menutup kekejaman mereka kerana pihak konvoi tidak membawa sebarang senjata waima sebatang paku. Semua peralatan yang dibawa adalah berbentuk makanan, ubatan, bahan binaan, alat tulis, peralatan perubatan dan bantuan kemanusiaan yang lain. Dalam perbualan telefon dengan pasukan komunikasi di kota Gaza selama lebih kurang 2 minit, beliau turut dimaklumkan Kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa dan bukannya ke pelabuhan Ashdod seperti yang dinyatakan oleh Israel pada awalnya.

Buat masa ini pasukan pengurusan krisis di Malaysia hanya mengharapkan maklumat yang diperolehi daripada sukarelawan-sukarelawan Palestin di Gaza kerana gagal berhubung secara langsung dengan anggota konvoi. Zulkifli turut menyatakan belaiu masih tidak dapat mengetahui nasib 12 sukarelawan Malaysia yang telah diamanahkan untuk mengetuai unit keselamatan kapal Mavi Marmara bersama sukarelawan-sukarelawan Indonesia. Untuk rekod, sukarelawan Malaysia telah dipimpin oleh Haji Norazman Shamsudin yang juga pimpinan Haluan Palestin.

Serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa kerana ianya telah dilakukan di perairan antarabangsa iaitu kira-kira 65 kilometer daripada pantai Gaza. Oleh itu semua wakil NGO yang menyertai misi Freedom Flotilla Lifeline 4 Gaza menggesa pihak kerajaan Malaysia untuk menggunakan segala saluran dan kekuatan yang ada khusunya untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur tentang kejadian yang berlaku sekaligus memastikan keselamatan semua peserta konvoi. Pemimpin-pemimpin dunia yang cintakan keamanan khususnya pemimpin negara Islam digesa mengutuk sekeras-kerasnya dan melakukan tindakan yang praktikal sebagai tanda bantahan di atas tindakan biadap Israel ini.

Ahli keluarga sukarelawan Malaysia

Turut berucap dalam sidang media tadi adalah wakil-wakil NGO terlibat serta ahli keluarga peserta konvoi dari Malaysia. Ada diantara mereka tidak dapat mengawal emosi kerana memikirkan nasib suami atau bapa mereka yang menyertai misi tersebut. Namun mereka tetap bersemangat dan redha atas apa saja risiko yang bakal diterima demi menjayakan misi kemanusiaan ini. Malah seorang isteri sukarelawan Malaysia dengan tenang menyatakan beliau akan melaksanakan amanat suaminya untuk tidak membawa pulang jenazah beliau ke Malaysia seandainya suaminya itu syahid dalam misi kali ini.
Ucapan penutup wakil-wakil NGO

Zulkifli turut memaklumkan pihak wakil-wakil NGO Malaysia akan menghantar memorendum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi esok. Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai demonstrasi dan perarakan aman yang bakal dilakukan selepas solat Jumaat pada hari jumaat ini bermula di masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika sebagai menzahirkan bantahan rakyat Malaysia terhadap tindakan ganas Israel ke atas peserta misi kemanusiaan ini. Semua masjid dan surau juga diseru untuk melakukan solat hajat dan bacaan qunut nazilah pada malam ini bagi memohon kepada Allah agar menghalang Israel terus bertindak kejam dan melindungi semua peserta konvoi.
Antara wartawan dan orang ramai yang hadir


Sunday, May 30, 2010

Musim Kawin Datang Lagi..huhu

Selepas saja selesai program Bintang Nasyid Mu'min peringkat Negeri Perak di Greentown Mall Ipoh semalam. Aku terus bertolak pulang ke Shah Alam. Semalam BNM buat pertama kalinya terpaksa dihentikan seketika kerana cuaca buruk walaupun event tu di buat di tempat berbumbung. Angin yang terlalu kuat menyebabkan tempias sehingga air hujan "menyiram" sebahagian peralatan sound system sekaligus menimbulkan kerosakan. Nasib baiklah ribut tu datang di penghujung program yakni sebelum 2 kumpulan terakhir membuat persembahan. Akhirnya kami menyambung sesi pertandingan di pentas karnival kecantikan yang diadakan di dalam bangunan. Terima kasih kepada pihak penganjur karnival yang bermurah hati meminjamkan pentas mereka kepada kami. Setelah hujan dan ribut reda, upacara penyampaian hadiah diteruskan di pentas asal Bintang Nasyid Mu'min. Itulah sebahagian daripada ujian kecil yang kami tempuh dalam memartabatkan irama nasyid khususnya di Malaysia.

Azam & Ku

Aku sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 8.30 malam. Mulanya aku jangka akan sampai lebih awal tapi hujan lebat di tengah jalan menyebabkan aku tak boleh 'pecut' macam biasa. Aku terus call Amir sebab dah janji ngan dia nak ke Kenduri Kahwin Azam dan Ku Shairah. Lepas ambik Amir kat Subang Jaya aku terus ke rumah Azam di PJ Old Town. Sebaik sampai, majlis baru saja bermula. Lepas aku dan Amir pegi 'tunjuk muka' kat pengantin, kitorang mula menjamu selera. Memang sedap nasi hujan panas yang dihidangkan. Sebelum balik, aku sempat juga aku bergambar ngan pengantin. Amir macam biasa meneruskan pantangnya tak nak diambik gambar. Dia kata kalau ambik gambar nanti dia demam. Actually aku tak tahulah sejauh mana benarnya, tapi Amir memang sejak aku kenal dia tak suka ambik gambar.huhu..

Teleng & Is (sorry aku curi gambar korang fb)

Sebenarnya selain dari Azam dan Ku, aku ada satu lagi jemputan walimah di Sec 24 Shah Alam pada sebelah siang. Tapi oleh kerana aku kat Ipoh, maka aku tak dapat hadir kenduri Dee atau Fadhilah. Dia ni classmate aku masa IS110 di UiTM dulu. So aku minta maaf banyak-banyak la Dee sebab tak dapat hadir. Tengah bulan ni pulak member aku kat SMSD pulak yang kawin Teleng dan Isroha. Dua-duanya ex-semesdian tapi setahu aku diorang bercinta lepas keluar sekolah dah. Tak kisah la tu.. janji korang bahagia. Hujung bulan ni si Hilmi pulak kawin. Dia ni pun kawan aku masa IS110. Bakal isterinya orang Sabah. Jauh betul ko cari jodoh ko yer..hehehe.. Baik kepada Azam& Kushairah, Teleng & Isroha, Dee mahupun Hilmi, aku doakan bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian. Cuma aku rasa terkilan sikit sebab mungkin aku tak dapat hadir majlis korang. Bulan Jun ni aku banyak event dan outstation. Nampaknya aku makan nasi minyak korang dari jauh jela... hehe.. apapun Selamat Pengantin Baru!

Friday, May 21, 2010

Salam Guys.. I'm Baaaaccckkk!

Assalamualaikum wbt..
Nampaknya dah lebih sebulan aku tak menulis di sini. Dalam kepala banyak benda yang nak ditulis tapi takde kesempatan. Aku dah terlepas dua PRK dan beberapa isu hangat yang berlaku dalam negara termasuklah beberapa peristiwa menarik dalam aktiviti seharian. Kesibukan tugas di office merencatkan penulisan aku kat blog ni. Artikel Dara.Com pun aku tak hantar lagi untuk bulan 7 ni. Minggu nilah datelinenye. Bila dah lama berhenti ni lambat sikit la nak dapat momentum balik. Untuk tidak menghampakan teman-teman yang selalu menjenguk aku di sini, aku akan cuba juga menulis bermula dengan isu-isu ringan yang tak memerlukan sangat aku buat research dan sebagainya walaupun memang aku suka menulis benda-benda yang agak 'berat'. Terima kasih kepada semua teman-teman yang beri sokongan. Sebelum mengundur diri aku nak kongsikan ngan korang video Dr Fadilah Kamtumi ini...layan je.. untung-untung release tension tu sikit..selamat menonton..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...