Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat maju jaya buat semua adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini di seluruh negara terutamanya buat junior-junior aku di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu. Teringat pula masa aku ambik PMR pada tahun 1997 dulu. Bila 'pertempuran' dah bermula macam ni, sebahagian besar daripada kami lebih menekankan pengukuhan aspek mental dan spiritual. Namun ada juga yang masih berusaha keras membelek nota di saat-saat terakhir. Maka surau di asrama kami memang meriah dengan 'pengunjung'nya.
![]() |
| 5 tahun kami mebesar bersama :) |
Sejak hari pertama peperiksaan, aku dan ramai kawan-kawan lain menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat setiap malam sehingga hari terakhir peperiksaan. Malah kalau tak silap aku, batch kami buat solat hajat secara berjemaah setiap malam selepas solat maghrib. Sebab tulah kami diberikan kelonggaran untuk hadir sedikit lewat ke prep malam berbanding pelajar-pelajar lain. Balik dari prep malam, tak kurang juga yang melaksanakan solat hajat sekali lagi secara bersendirian selepas solat isyak.Sebenarnya aktiviti solat hajat berjemaah ni memang kami dah buat secara berkala sebelumnya. Selalunya kami buat bersama calon SPM setiap khamis malam selepas solat isyak. Khamis masa tu, kami takde prep malam sebab ada aktiviti usrah untuk pelajar Form 1 dan Form 2.
![]() |
| Ni lah surau yang sangat imarah terutamanya bila time exam :) |
Pada hari peperiksaan aku memang bangun awal pagi sebelum subuh. Selepas mandi kat kolah di blok D ( aku memang suka mandi kolah time tu.. huhu), aku terus ke surau. Ramai sebenarnya yang macam aku. Kalau sempat, kami akan baca quran dulu sepipi dua sebelum masuk waktu subuh. Lepas subuh, aku baca yassin pulak satu round dan al-mathurat. Dah siap semua tu barulah balik ke dorm untuk bersiap ke dewan makan sebelum bergerak ke dewan untuk 'bertempur'. Keluar je dewan, aku terus fokus kepada paper yang seterusnya. Aku tak suka dah nak bincang apa yang aku jawap dalam dewan tadi. Sebut pun tidak, apatah lagi nak fikir. Bagi aku takde faedahnya. Bukannya kita boleh tukar jawapan kita kalau kita tahu kita salah pun.Yang lebih penting, kita dapat mengelak dari rasa 'tension' kalau kita dapat tahu yang kita dah jawab salah dalam dewan sebelumnya.
![]() |
| SMSD Vikings: Inilah kawan-kawan se'ragbi' aku masa di SMSD |
Selepas balik dari sekolah, sempat la berehat sekejap selepas lunch sebelum pergi ke prep petang untuk menelaah buku dan nota bagi kertas seterusnya.Balik prep selalunya aku akan bersukan macam biasa. Walaupun sebenarnya semua pelajar di asrama diwajibkan turun ke padang, kami pelajar PMR dikecualikan. Tapi aku tetap lebih suka turun beriadah. Tapi main bola jelah, takdelah main ragbi macam hari-hari tak exam.Maklum jelah, main ragbi ni agak 'physical' berbanding sukan lain. Risiko untuk cedera pun lebih tinggi.
![]() |
| Gambar calon yang mendapat 8A dan 9A pada PMR 1997.. Cuba cari, ade tak aku kat situ? huhu |
Ramai ibubapa hari ini selalunya tak bagi anak-anak diorang turun bermain waktu petang pada hari exam dan menyuruh diorang mengadap buku sepanjang masa. Aku tak setuju dengan pendekatan macam tu. Aku percaya dengan slogan "Badan Cergas, Otak Cerdas" sebab aku yakin aktiviti fizikal dapat mencetus kecerdasan otak yang sememangnya diperlukan dalam dewan peperiksaan. Malah aku mewajibkan diri aku untuk turun ke padang terutamanya jika ada peperiksaan yang melibatkan penulisan esei pada keesokannya.Benda ni memang aku pegang sampai hari peperiksaan terakhir aku di universiti. Aku rasa berkesan la kot..huhu.. Lepas aktiviti di padang,kami akan balik ke asrama untuk mandi sebelum ke surau untuk solat maghrib berjemaah.Kemudian, kami ulangi perkara-perkara sebagaimana yang aku cerita kat awal artikel ini. Begitulah sedikit sorotan rutin seharian aku semasa menduduki PMR 1997 di bumi permata Sekolah Menengah Sains Dungun. My God... I really miss those days!




3 comments:
time pmr tu aku ingat macang ge nok gi perang.... siap ada baca satu doa tu... takbir! takbir! takbir! aku pon dok ingat apa nama doa tu.
Itu doa al wahdah la Siban.. Kan kite baca sokmo ramai2 selepas solat maghrib... aku masih ingat lepas abis doa imam kat depan.. semua pakat dok kerumun aku atau tukang baca doa hok lain untuk baca doa sama-sama.. hmm sungguh kurindu saat itu :)
bez citer abg razin . rupen2nyer mmg dri dulu ag rutin nie . sbb mse batch sy (0307) pon , rutin yg same still dilakukan . pkg suke bace doa wadah sblom msuk dewan exam . ALLAHUAKBAR !
Post a Comment