Monday, September 14, 2009

Nasyid @ Persada: Mahabbah Awards

Bismillahirahmanirrahim..
Sempena dengan minggu terakhir Ramadhan ni aku nak kongsikan 2 lagu nasyid yang aku kira menarik untuk kita dengar. Actually klip ini diambil semasa Mahabbah Awards 2008 dan dinyanyikan oleh penyanyi Mesir Hamada Helal dan Abdul Rahman Muhammad. Mahabbah Awards adalah satu majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada karya-karya seni yang mengangkat kecintaan kepada Rasulullah sebagai intipati utamanya. Raihan adalah satu-satunya artis Malaysia yang pernah dijemput untuk menyertai acara itu.


Muhammad Nabeena by Hamada Helal

Secara jujurnya aku tak pernah dengar nama Hamada Helal dan Abdul Rahman Muhammad ni sebelum aku tengok videoklip ni kat youtube. Antara penasyid arab yang aku agak familiar cuma Muhaamad Al Husayyan dan Imad Rami. Satu yang aku belajar daripada munsyid arab ni,diorang amat mementingkan vokal berbnading muzik. Dalam erti kata lain, setakat yang aku dengar belum pernah bunyi muzik lebih kuat atau diletakkan di depan berbanding vokal. Masa mixing mungkin mereka dah tetapkan macam ni. Benda ni sangat bagus sebab bertepatan la dengan penekanan terhadap penyampaian mesej dakwah melalui lirik lagu. Kita kat Malaysia ni kenkadang terbabas dari aspek tu. Muzik kadangkala lebih kuat dan menenggelamkan vokal. Kalau pendengar tak dengar dengan jelas apa yang disebut, macam mana mesej nak sampai ye tak? Semoga para penasyid kita lebih berhati-hati selepas ini.


Lagu yang aku tak tahu tajuk daripada Abdul Rahman Muhammad

Kalau korang ada lagu-lagu nasyid dari tanah arab yang best, bagitau la. Boleh kita sesama kongsikan kat sini. Dan kalau ada sesape yang ada maklumat tentang Hamada Helal dan Abdul Rahman Mohammad ni pun. Bagitaulah ye... Selamat berpuasa!

2 comments:

arekeyz_studio said...

SALAM ABG RAZIN...ALHAMDULILLAH ADE POST YANG MENARIK UNTUK DIKONGSI NICE..SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT HARI RAYA..SECARA JUJURNYA ANA LEBIH SUKA MENDENGAR LAGU-LAGU ARAB SEBAB MEREKA MEMPUNYAI VOKAL YANG MANTAP DAN ADE LENGGOK ATAU BUNGA (BUKAN BUNGA ROS LAK ATAU DLL)ATAU BURDAH DIDALAM DALAM LAGU MEREKA...ANTARA MEREKA YANG FAMOUS ADALAH SEPERTI:UMMI KALSOM,FAIRUZ,ABDUL HALIM HAFEZ,IMAD RAMI,MESYARY RASYID, TAMER HOSNY,AMR DIAB,SHEERIN,JANNAT,MARWAN KHORY,ELISSA DAN RAMAI LAGI

ni video klip :

muhammad madina by Hamada Helal

http://www.youtube.com/watch?v=xKfZFnXYu4k

SHAHRI RAMADHAN BY TAMER HOSNY

http://www.youtube.com/watch?v=XAHnhMaOsmY

FAIRUZ

http://www.youtube.com/watch?v=9j_nubpvg7Y

abdel halim hafez - Ahibik

http://www.youtube.com/watch?v=RuR5TM5cov8&feature=related

arekeyz@fenomenasyid (2009)

tokjeng said...

Terima kasih atas perkongsian..salam ramadhan dan selamat hari raya untuk anta juga..kullu am waantum bikhair

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...