Sunday, March 13, 2011

Tsunami: Takziah buat Jepun, Tazkirah Buat Kita..

Tidak terlambat rasanya untuk kita merakamkan ucapan takziah buat teman-teman kita di Jepun di atas kejadian gempa bumi dan tsunami yang membawa kepada kerosakan banyak harta benda walaupun laporan kemalangan jiwa setakat ini hanya melibat kurang lebih 30 nyawa. Sebagai umat yang beriman, kejadian ini menandakan kekuasaan Allah yang maha hebat sekaligus peringatan buat semua manusia agar berlaku amanah terhadap bumi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Kerakusan manusia mencari kekayaan dunia sehingga membawa kepada kerosakan alam sekitar menjadi antara punca bencana alam sebegini. Hutan ditebang, sungai dan laut dicemar malah bukit dan gunung yang menjadi pasak bumi diratakan sehingga struktur tanah dan pelantar benua tidak lagi stabil.


Jepun dilanda tsunami 2011

Kita di Malaysia bernasib baik kerana kita berada di luar lingkaran api pasifik yang bebas dari kejadian gempa bumi dan gunung berapi. Namun harus kita ingat, itu hanya perkiraan ilmu geo sains sahaja. Sebagai seorang yang Mukmin kita harus mengambil kira 'perkiraan' Allah juga. Jika Allah mahukan ianya berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Buktinya kita juga dilanda tsunami pada 2005 walaupun  masih ramai rakyat ketika itu tidak tahupun makna perkataan tsunami itu sendiri. Berdoalah kepada Allah agar negara kita dilindungi daripada bencana alam yang dahsyat ini.Amin..


Tsunami menjengah Malaysia 2004

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...