Tuesday, March 22, 2011

Syiar Yang Dah Semakin Hilang Dari Kepala Penasyid

Pemakaian kopiah atau songkok sejak sekian lama telah menjadi identiti kumpulan-kumpulan nasyid sejak awal kemunculan nasyid kontemporari di Malaysia. Malah jenis atau corak kopiah dinisbahkan kepada kumpulan-kumpulan nasyid walaupun hakikatnya bukannya diorang pun yang design atau buat kat kilang. Maka muncullah kopiah raihan, kopiah hijjaz, kopiah rabbani, kopiah saujana dan macam-macam lagi termasuklah 'brand' yang paling baru iaitu kopiah Inteam. Hijjaz dan Raihan adalah dua kumpulan otai yang agak konsisten dengan jenis kopiah yang dipakai. Tak silap aku kopiah Raihan tu sebenarnya dibuat di Republik Chech manakala kopiah Hijjaz pula dibuat di Bangladesh.Sebelum era nasyid kontemporari pula, kumpulan-kumpulan nasyid seperti Nadamurni, The Zikr, Nahwan Nur, Fitrah Murni dan lain-lain pula lebih sinonim dengan pemakaian serban.

3 'brand' kopiah nasyid yang popular

Secara zahirnya, pemakaian kopiah adalah ciri yang paling mudah untuk membezakan antara penyanyi nasyid dan penyanyi bukan nasyid.Apatah lagi pemakaian kopiah adalah sunnah dan syiar Islam wajar digalakkan pada semua.Alhamdulillah, selepas kemunculan kumpulan-kumpulan nasyid ini, para remaja khususnya tidak lagi segan  untuk memakai kopiah dalam kehidupan seharian mereka malah ia menjadi trend dan semacam bentuk fesyen.Sebelum itu, hanya golongan yang agak berumur sahaja yang memakai kopiah atau songkok. Geng-geng muda hanya pakai sewaktu nak ke masjid atau solat sahaja.Soal sama ada pemakaian kopiah ini benar-benar dilakukan demi menepati sunnah atau sekadar fesyen sahaja kita tolak tepi dulu. Sekurang-kurangnya lambang atau syiar Islam itu di"komersial"kan kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya anak-anak muda.


Pakai kopiah satu sunnah

Cuma yang sedikit menggusarkan aku adalah sikap sesetengah kumpulan nasyid yang kini seolah-olah sudah melupakan terus kopiah atau songkok dalam kamus kostum mereka.Alasan yang diberikan selalunya adalah untuk memudahkan mereka mendekati mad'u baru terutamanya di kalangan remaja yang lebih selesa dengan imej yang trendy dan stylo berbanding imej 'ustaz' dan 'mat surau' yang dikaitkan dengan pemakaian kopiah. Actually bukan penasyid je, pak-pak ustaz kita pun dah melakukan transformasi ini. Sebab tulah sekarang ni kita tengok dah semakin ramai ustaz-ustaz kita tampil dengan imej berkot atau berjaket tanpa kopiah. Dan aku secara jujurnya setuju dengan hujah ini.

'Brand' paling baru: Kopiah Inteam

Walau bagaimanapun bagi aku, untuk kita mengenepikan terus pemakaian kopiah daripada imej kita sebagai penasyid rasanya bukanlah tindakan yang tepat. Pengalaman aku sebagai orang yang juga terlibat dalam industri nasyid, pemakaian kopiah ini banyak kebaikannya bukan sahaja untuk diri kita tapi juga orang yang melihat kita. Pemakaian kopiah ni dapat melindungi diri kita dari terdedah kepada perbuatan yang tidak baik atau kurang enak. Paling kurang, bila tengok kita pakai kopiah, perempuan takde la nak hulur tangan untuk bersalam dengan kita. Kalau diorang dok sembang benda bukan-bukan pun, automatik ianya akan terhenti dengan kehadiran kita."Weh, jaga sikit mulut kau tu.Budak nasyid ada.. ". Even kalau diorang tu nak perli sekalipun, tak kisahlah sebab sekurang-kurangnya mereka tetap berhenti nak buat benda yang bukan-bukan depan kita.Pernah dalam satu majlis, aku dan kawan-kawan lain disediakan tempat solat di backstage yang sebelumnya tu tak wujud.Lebih best yang tolong kitorang setup tempat solat tu bukanlah seorang muslim pun. Dan alhamdulillah selepas kami buat ruang untuk solat dengan hanya menyusun kerusi sebagai penghadang, ada juga orang lain ikut sama menunaikan solat. Sekurang-kurangnya kami dapat buktikan sebesar mana pun acara atau sibuk macam mana pun, ia seharusnya tidak menghalang kita untuk menunaikan solat.

Maka dengan itu, aku rasa adalah wajar untuk para penasyid agar tidak melupakan kopiah sebagai sebahagian daripada imej mereka sekaligus mempromosikan satu sunnah dan syiar Islam secara berterusan. Kalau tak nak pakai sentiasapun, pakai pada waktu tertentu pun takpe. Jangan tak pakai terus sudah le.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...