Thursday, March 10, 2011

Nasyid@Persada: Kasihmu Amanahku

Kali ini aku nak kongsikan satu lagu nasyid yang kira sangat menarik walaupun ianya takdelah popular sangat. Lagu nyanyian Inteam ini ditulis seenuhnya oleh Abai Os aka Abang Faizal Hijjaz. Sewaktu lagu ini dirakam oleh Inteam, aku turut berada di studio NAR Records bersama Abai Os selaku penerbit. Aku masih ingat, bila aku dengar suara Bro Hazamin Inteam ketika merakamkan lagu ini kat studio seraya terpacul dari mulut aku, "Mak ai, makin menjadi suara Hazamin ni. Makin lama makin best..". Masa tu umumnya orang obses dengan suara tinggi. Pendek kata orang anggap siapa punya suara paling tinggi, dialah paling mantop suaranya.  Sebenarnya bagi aku hakikatnya ia tidak begitu. Selain daripada range vokal yang besar ( tinggi la tu), lenggok suara dan tone juga memainkan peranan dalam menilai kualiti vokal seseorang. Oklah, akhir kata selamat mendengar lagu yang ditujukan khas buat suami-suami dan isteri-isteri di luar sana.. 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...