Saturday, January 8, 2011

Nasyid @ Persada: Al Munawwarah

Kali pertama aku dengar lagu ni lebih kurang 3 tahun lepas di IKIM.fm. Masa tu aku tak tahu pun siapa yang nyanyi. Selepas aku dengar temubual mereka di Carta Nasyid IKIM.fm  barulah aku maklum tentang kumpulan Al Munawwarah yang berasal dari Johor ni. Tak silap aku masa tu mereka masih lagi bersekolah. Frankly speaking, first time aku dengar lagu ni aku terus suka. Jangan salah sangka, aku suka bukan sebab diorang ni comey-comey ke ape.Lagipun aku baru je dapat tengok wajah group ni selepas jumpa video ni secara tak sengaja di youtube beberapa minggu lepas. It just about the melody and the vocal performance. Lagipun masa tu, dah lama aku tak dengar penyanyi nasyid wanita yang dapat menyanyikan lagu-lagu berasaskan tarannum dengan sangat baik.



Aku pun tabik juga kepada komposer yang dapat mencipta lagu tarannum sebagus ini.  Aku katakan bagus bukan hanya sebab aku suka lagu ni tapi memang terbukti kesedapannya. Kalau tak sedap, takkanlah banyak kumpulan nasyid sekolah yang menyanyikan lagu ni dalam pertandingan. Aku yang selalu jadi hakim pun dah selalu sangat dengar lagu ni dipersembahkan oleh banyak kumpulan dalam pelbagai pertandingan. Sampai ada yang mengaku lagu ciptaan mereka sendiri. Nak je aku cepuk grup-grup yang cuba menipu ni! Walaupun lagu ni taklah popular sangat, tidaklah bermakna hakim tak tahu. Kalau tak, abang tak la jadi hakim dik oi!  Aku tak pasti apa dah jadi pada kumpulan Al Munawwarah ni. Mungkin mereka dah berpecah kot selepas ahli-ahlinya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Bagi aku mereka ni ada potensi untuk pergi jauh kalau kena gayanya.Sekurang-kurangnya kalau mereka aktif, dapatlah mereka sedikit sebanyak mengisi kekosongan kumpulan nasyid wanita yang dah makin pupus dewasa ini.Enjoy the song!

3 comments:

-a'si abduh- said...

salam...
jazakallah kongsi video ni
saya dah lama cari
saya dengar masa form 5
kumpulan nasyid sekolah saya pun terlibt dlm cd grup nasyid sekolah2 johor
smka bandar penawar..sekolah bazli unic n halim devotees...
lagu al-munawwarah ni memang best
hampir kesemua lagu dlm cd tu best

tokjeng said...

Wslm.. terima kasih kerana sudi menjenguk saya di sini. Saya pernah jumpa CD yang awak maksudkan. Kalau tak silap, abang A.Ali yang terbitkan. Memang semua kumpulan nasyid yang terlibat punya bakat besar untuk diketengahkan.Tahniah buat semua yang terlibat

Arif wahyudin said...

Bisakah diupload lagu lain dari al munawwarah.
Sebab kami di indonesia tak ada CD tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...