Tuesday, October 19, 2010

Tengku Fa-iz Petra Kini Bergelar Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni
Sultan Ismail Petra
Setelah beberapa ketika tidak mempunyai Tengku Mahkota sebaik Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad V, kini negeri Serambi Mekah kembali mempunyai Tengku Mahkota. Alhamdulillah pada hari ini 10 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 18 Oktober 2010M Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra yang juga adinda kepada Sultan Muhammad V telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan.

Pagi tadi Majlis Perajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat khas di Kota Darul Naim bagi memenuhi Perkara 14 dan Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan ( Bahagian Yang Kedua ) sekaligus menyetuh 2 perkara penting iaitu Majlis Pemasyhuran Pemilih dan Pelantikan Waris, dan Majlis Pengurniaan Gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Keputusan mesyuarat tersebut kemudian diangkat sembah kepada KDYMM Sultan Muhammad V oleh wakil MPN di Istana Telipot sebelum diperkenankan oleh baginda tengahari tadi.


 Sultan Muhammad V ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan

Sultan Muhammad V dan Tengku Fa-iz
Sehubungan dengan itu, majlis pemasyhuran pelantikan waris dan majlis pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan di Istana Negeri tengahari tadi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan dan timbalannya serta ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.Pemasyhuran ini tentunya mengembirakan seluruh rakyat Kelantan.Ia juga merupakan sesuatu yang bersejarah kerana dikatakan pertama kali seorang adinda kepada Sultan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota sekaligus mewarisi takhta Kesultanan Kelantan. Semoga gandingan Sultan Muhammad V dan Tengku Muhammad Fa-iz akan menambahkan lagi kemakmuran negeri Kelantan Darul Naim. Takbir!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...