Friday, October 15, 2010

Pop Tee Vee

Hmm.. memang dah lebih sebulan aku tak menulis kat sini. Dengan laptop aku yang dah rosak dan laptop baru yang tak sampai-sampai lagi, aktiviti penulisan aku memang terencat. Mood nak menulis pun takde.So aku perlukan momentum baru untuk kembali menulis. Alhamdulillah pengalaman menyaksikan perlawanan sensasi antara Selangor dan Kelantan memberi motivasi kepada aku untuk membersihkan sawang-sawang yang dah bertapak di blog ni. Sekurang-kurangnya dapatlah aku mengubat rindu ( rindu ke?) kawan-kawan yang selalu menjenguk aku di sini. Terima kasih atas sokongan kalian. 




Kali ni aku nak kongsikan satu benda yang agak best untuk korang tonton di internet terutamanya bagi mereka yang minat dengan isu-isu semasa dan politik macam aku. Website Popteevee ni actually aku jumpa secara tak sengaja semasa surfing kat blog Malaysia-Today. Masa tu tak silap aku ada satu entry yang memapar klip video "I Am A Matcha". Bila aku view klip tu aku dapati boleh tahan jugak sedap lagunya dan kualiti videonya juga quite good. Mulanya aku ingatkan mamat indie mana yang nyanyi namun lepas aku selidiki mamat ni rupanya host kepada program That Effing Show yang merupakan salah satu content dalam Popteevee ni. Then bila aku 'google' further, mamat ni rupanya anak kepada Dato' Zaid Ibrahim bekas menteri kabinet Pak Lah yang kini dah jadi orang kuat PKR. Nama dia Mohd Ezra Zaid.




Sejak itu, aku mula mengikuti Popteevee ni secara dekat terutamanya program That Effing Show. Apa yang aku suka tentang That Effing Show ni adalah method atau cara mereka mengetengahkan isu-isu semasa kepada penonton dalam bentuk yang bersahaja dan kreatif. Walaupun isu atau subjek yang dibincangkan itu agak 'berat' tapi cara persembahannya menyebabkan ia kelihatan ringan dan menarik sekaligus mudah dicerna oleh penonton terutamanya di kalangan anak muda. Namun awas, ianya agak kritis dan mungkin boleh menyinggung perasaan atau mengganggu emosi sesetengah pihak sebab diorang ni memang jenis yang 'straight forward'. Sebab tulah korang kena betul-betul baca 'caution' yang dipaparkan pada setiap siaran. Kalau korang jenis yang mudah tersinggung, terkeliru atau terpengaruh, baik lupakan saja niat untuk menontonnya. Pemikiran pun kena dibuka seluas-luasnya. Lawak yang dipaparkan pun boleh dikategorikan 'lawak educated' atau "lawak pakai tie" ( meminjam istilah yang digunakan kawan aku, Zulazri Harun). So kalau orang tu tak faham isu atau kepala otaknya tak terbuka memang benda tu takkan jadi lawak.



Namun suka aku ingatkan di sini, aku tidaklah menyuruh korang terima bulat-bulat pendapat atau pandangan mereka. In fact aku sendiri pun banyak yang tak bersetuju dengan cara mereka berfikir dalam certain issues. Aku anggap ianya sekadar hiburan yang 'berisi' dan seronok untuk ditonton. Korang nilailah sendiri melalui 3 episod terpilih That Effing Show yang aku embed kat sini. Kalau korang rasa ianya tak best dan menyakitkan hati, just close the window or tab. Fair enough huh? Selamat menonton!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...