Thursday, April 23, 2009

Cinema@Persada:Queen of Langkasuka


Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem epik terbitan negara jiran kita Thailand yang berjudul Queen of Langkasuka. Pada peringkat awal penerbit filem ini meletakkan tajuk Queen of Patani akan tetapi oleh kerana bimbang pada sentimen konflik yang sedang berlaku di selatan Thai. Apa yang kuat mendorong aku menyaksikan filem ini ialah aku nak tengok bagaimana epik sejarah sebuah Kerajaan Melayu diolah dan diangkat sebagai sebuah filem oleh sebuah produksi yang mana hampir keseluruhannya terdiri daripada bukan Melayu. Kesultanan Melayu Patani merupakan sebuah kerajaan yang tidak wujud lagi pada masa kini. Namun waris atau keturunan Sultan Patani masih ada antaranya ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis bt Tengku Abdul Hamid.


Aku rasa para penggemar filem epik dan sejarah patut melihat filem ini. Ia penuh dengan aksi dan penggunaan CGI juga boleh dikira baik. Jika selama ini kita hanya melihat seni Muay Thai diketengah dalam filem-filem Thailand, kali ini elemen silat pula di ketengahkan. Cuma yang kurang dari sudut gerak tari silat Melayu. Hampir tiada langsung. Namun keadaan ini diselamatkan dengan penggunaan keris sebagai senjata utama dalam pertempuran. Dari sudut kostum juga boleh dikatakan menepati budaya orang Melayu dengan pemakaian songket, tengkolok, baju kebaya dan sebagainya. Cuma cara mengadap sembah raja yang agak berlainan daripada apa yang selalu kita lihat. Aku tak tahulah kot-kot Patani atau Langkasuka ada cara tersendiri dalam soal mengadap sembah raja.



Watak-watak yang diketengahkan seperti Ratu Hijau, Puteri Ungu dan Puteri Biru sememangnya wujud dalam sejarah Patani. Watak-watak lain seperti Tok Rahman, Lord Jaring, Pari, Haji Khadir tak pasti pulak aku betul-betul wujud atau tak. Begitu juga fakta tentang pernikahan antara Puteri Ungu dengan Putera Raja Pahang. Penggunaan dan kewujudan ilmu Dum Lum yang menjadi sebahagian elemen besar dalam filem ini juga tak dapat dipastikan. Apapun bagi aku filem ini tetap best dan menarik untuk ditonton. 4 bintang!!



1 comment:

Unknown said...

memang bil akeluar filem ni, rasa nak gi tengok tapi tak bekesempatan.
sebab nak tengok gaya kesultanan dulu2.
sebab kalau orang msia buat filem kesultanan, tak real sangat, dan tak dapat rasa sangat.
akan cari masa untuk tengok.
terima kasih akhi atas perkongsian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...