Malaysia perlu mewujudkan dua team yang berbeza dengan jurulatih yang  berbeza supaya insiden Sukan Asia dan Piala AFF kali ini tak berulang. Tindakan menggunakan pasukan yang sama  untuk dua kejohanan yang diadakan secara berturutan ternyata mengundang padah. Malaysia yang mendaftarkan pemain yang hampir sama untuk kedua-dua kejohanan akhirnya terpaksa membuat rayuan untuk menyenaraikan pemain baru selepas sebahagian besar tonggak skuad Sukan Asia mengalami kecederaan panjang. Perkara ini mungkin dapat dielakkan sekiranya FAM membentuk dua skuad yang berbeza untuk Piala AFF dengan menggunakan pemain-pemain senior.
![]()  | 
| Skuad Sukan Asia aka Piala AFF | 
Team  peringkat umur sama ada bawah 19, 21 atau 23 harus punya jurulatih dan  pasukan masing-masing. Begitu juga dengan pasukan utama atau pasukan  kebangsaan. Namun ia tidak bermakna pemain-pemain peringkat umur tidak  boleh diserapkan ke pasukan kebangsaan jika prestasi mereka memang  bagus. Contoh yang mudah, Khairul Fahmi ( Apek). Walaupun umur dia baru  21 tahun, namun dia adalah keeper terbaik Malaysia ada pada masa ini  oleh itu dia layak untuk mewakili pasukan utama kebangsaan. Begitu juga  pemain muda seperti Aidil Zaquan, Zaquan Adaha atau Muslim Ahmad, mereka  memang layak secara merit untuk mewakili pasukan kebangsaan.
![]()  | 
| Apek memang keeper terbaik Malaysia walaupun masih muda | 
Cuma yang aku hairan kenapa kita sering menganggap pemain-pemain berusia  25 tahun dan ke atas sebagai kuda tua padahal di kebanyakan negara  luar, pemain yang berusia antara 25 hingga 30 adalah pemain yang berada  di puncak prestasi masing-masing walaupun tidaklah semua begitu. Jadi  untuk menidakkan peluang pemain-pemain 'senior' ini mewakili pasukan  kebangsaan  hanya kerana mereka dianggap tua tanpa melihat prestasi  mereka dalam liga adalah sesuatu yang merugikan.
![]()  | 
| Piya tak pernah dipanggil walaupun bagus dalam liga | 
Aku rasa ramai  pemain-pemain senior yang layak mewakili negara berdasarkan prestasi  masing-masing dalam liga. Pemain seperti Indraputra, Safee Salee, Idris  Karim, Badri Radzi ( Piya), Akmal Rizal, Amri Yahyah, Eddie Helmi,  Shukor Adan, Nor Farhan, Acong, Azizi Mat Rose, Halim Zainal dan ramai  lagi aku rasa masih relevan untuk menyumbangkan sesuatu kepada skuad  negara. Mereka adalah antara pemain-pemain yang perform dalm liga kita.  Mengapa mereka kita pinggirkan?Piya contohnya tidak pernah dipanggil  mewakili skuad kebangsaan walaupun menunjukkan mutu permainan yang baik 3  tahun kebelakangan ini.Mungkin sebab dia mencapai puncak prestasi  selepas umur dia 24 atau 25 tahun kot sebab tulah dia tak dapat call  .Jika pengalaman dan kematangan mereka dicampur dengan kekuatan dan  kecergasan fizikal pemain muda, aku rasa kita boleh mencapai sesuatu  yang lebih baik. Namun suka aku tegaskan pemilihan ke atas pemain senior  sebegini mestilah dibuat berdasarkan merit dan bukan umur semata-mata.  Pasal ade yang kata pemain senior ni suka buat kepala dan merosakkan  game pemain muda aku tak nak campurlah sebab benda-benda macam tu coach  dan management yang kena settlekan.
![]()  | 
| Skuad Harimau Malaysia ( Pelapis ) 1983: Yang aku cam cuma Dollah Saleh, Lim Teong Kim dan Shebby | 
Dengan mempunyai dua set pemain dan jurulatih serta pengurusan yang  berbeza aku yakin kita akan jadi lebih fokus dan mampu membuat  persediaan yang lebih baik. Pemain pun akan dapat rehat yang secukupnya.  Takdelah asyik muka sama je yang kena main. Pasukan Kebangsaan akan  menumpukan kepada kejohanan seperti Piala AFF, Kelayakan Piala Asia dan  Kelayakan Piala Dunia manakala team bawah 23 pula lebih fokus kepada  Sukan SEA, Sukan Asia Kelayakan Olimpik dan kejohanan-kejohanan  peringkat umur yang lain. FAM pun kenalah ligat susun perlawanan  persahabatan dengan team-team yang bermutu untuk kedua-dua team ni.  Program yang kat Slovakia tu aku rasa tak perlu diteruskan.
![]()  | 
| Pestabola Merdeka 1986: Malaysia vs Chechoslovakia | 
Lebih baik  kita buat balik Pestabola Merdeka untuk team senior dan Inter  Continental Cup untuk skuad bawah 23. Untuk seimbangkan soal commercial  dan mutu mungkin kita boleh jemput team-team yang bagus tetapi pada yang  sama mempunyai ramai warga negara mereka di sini. Pestabola mungkin  kita boleh jemput Myanmar, Vietnam, Indonesia dan India untuk meramaikan  penonton dan kita jemput jugak team yang berkualiti macam Nigeria (aku  rasa rakyat diorang pun ramai kat sini), New Zealand, Slovakia ( FAM kan  baik ngan geng Slovak),  UAE, Uzbekistan atau sebagainya. Nak jemput  team-team yang hebat macam Jepun, Korea atau England ke dah confirm  diorang tak nak datang. Takpe, tak salah kalau kita bermula dari bawah
![]()  | 
| Indraputra masih relevan untuk Malaysia | 
![]()  | 
| Tercapaikah misi kali ini? | 
Cuba kita tengok team-team negara lain. Takyah pegi  jauh la, tengok Singapore dan Indonesia. Ramai pemain timnas (pinjam  istilah Indonesia) mereka bermain dengan pasukan kebangsaan dalam jangka  masa yang agak lama walaupun mereka mungkin pernah gagal. Lihat saja  bagaimana lamanya pemain seperti Ponaryo Astaman, Bambang Pamungkas dan  Boaz Salosa ddi Indonesia. Begitu juga dengan Daniel Bennet, Noh Alam  Shah, Indra Shahdan atau Lionel Lewis di Singapura. Thailand lagi best, masih memanfaatkan kudrat Therdsak Chaiman walaupun dah berusia 37 tahun selain bintang mereka Sutee Suksomkit yang berusia 32 tahun.Coach Singapore pun  tak tukar aku rasa sejak 2003. Ini baru dinamakan pembangunan jangka  panjang.
Kan bagus kalau mamat ni dipanggil main untuk Malaysia?
Kita kat Malaysia ni asyik tukar orang. Datang batch baru, tinggal batch  lama. Gagal sekali pun terus tukar. Cikgu Jan dan Bisckei adalah antara  mangsa polisi FAM sebegini. Dah la FAM macam takberminat nak neutralise  rakyat kita yang main kat luar negara walaupun dah letih geng HMC dok  scout. Dulu coach FAM kata Titus James tak cukup bagus, ok fine la. Tapi  macam mana dengan pemain lain macam Brendan Gan yang perform baik dalam  Liga Aussie, Tam Sheang Tsung di Jepun mahupun Nick Chan di UK dan ntah  sesapa lagi yang aku pun dah tak ingat. Kita pernah terlepas Shaun  Maloney, jadi janganlah terjadi lagi selepas ini. Tim negara jiran kita  seperti Indonesia dan Philipine pun dah start scout dan panggil rakyat  diorang yang main kat luar. Even Timor Leste pun buat benda yang sama..  Kita? Hmm.. nak berjaya kenalah buat keje lebih sikit ye Encik FAM.. :)              













