Tuesday, October 13, 2009

Momentum PR tersekat di Bagan Pinang

Aku memang sudah menjangka bahawa misi PAS untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang agak mustahil. Ditambah pula dengan ketiadaan isu besar yang boleh membantu kempen PR dalam PRK tersebut. Tan Sri Isa mewakili BN telah menang dengan mendapat 8013 undi manakala Hj Zulkifley mewakili PAS mendapat 2578 undi dengan majoriti sebanyak 5435 undi. Angka ini sebenarnya sedikir mengejutkan aku kerana sangkaan awal BN akan menang dengan mojoriti sekitar 2000 hingga 3000 sahaja. Ramai juga penganalisis politik membuat jangkaan sebegitu namun ternyata undi yang diperolehi oleh Tan Sri Isa lebih daripada itu.



Ini jelas menunjukkan isu rasuah yang dimainkan Pakatan langsung tidak mendatangkan kesan kepada mood pengundi. Soal pembangunan dan kebajikan lebih memainkan peranan. Dengan BN sebagai kerajaan negeri hari ini adalah lebih mudah untuk rakyat DUN Bagan Pinang mendapat habuan pembangunan dengan memilih BN. Namun harus diingat trend ini tidak semestinya kekal apabila tiba pilhanraya umum ke 13 nanti.




Yang jelas PAS kehilangan undi daripada 2 kelompok utama yang mengundi untuk mereka pada pilihanraya umum dahulu.Yang pertama penyokong mereka melalui undi pos dan yang kedua ialah masyarakat India yang terdiri daripada para pekerja ladang. Pada pilihanraya umum yang lalu hampir 90 peratus masyarakat India memberi undi kepada calon PR. Daripada peti undi, 3 dimenangi PAS dan satu kalah.Itupun dengan perbezaan sekitar 30 undi sahaja. Namun kali ini ternyata berbeza apabila BN memenangi keempat-empat peti undi tersebut. Jentera PAS mendakwa pengundi India yang majoritinya pekerja ladang telah diugut akan dibuang kerja sekiranya mereka mengundi PAS. Para pengundi kaum India dilihat sangat takut untuk mendekati jentera PAS malah mereka akan cuba mengelak daripada bertembung dengan Jentera Kempen PAS. Sementara itu PAS hanya mendapat undi sekitar 600 sahaja bagi undi pos berbanding PRU lepas dimana mereka menjangkaui angka 1500 undi. Sebagaimana biasa PAS masih mempersoalkan ketelusan perjalanan undi POS.

Apapun aku harapkan yang menang akan terus berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat dan bagi yang kalah jangan cepat kecewa dan teruskan usaha untuk menawan hati rakyat. Oklah aku kena berhenti dulu sebab nak bergerak ke Penang. Esok aku ada show.Aku tinggalkan korang dengan satu sketsa satira politik yang diterbitkan sempena merdeka baru-baru ini. Enjoy the clips! daaa...!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...