Saturday, October 3, 2009

Lebaran Yang Menggamit Memori

Assalamualaikum wbt..
Raya tahun ini cukup istimewa diriku kerana aku dapat bersua muka dengan teman-teman lama yang sudah bertahun-tahun aku tidak bertentang mata. Mereka-mereka yang aku jumpa tempohari merupakan adalah antara watak penting yang mewarnai hidup aku satu ketika dulu. Actually ada dua kelompok yang aku jumpa, pertama geng kelantan ketika di kolej perindu UiTM dan geng sains dungun. Kedua-duanya aku jumpa time kenduri kawin kawan-kawan kami.

Syahrin, Mc Ah diapit oleh Mc Ya: Selamat Pengantin Baru

Pe'in dan Mat Ju
Pein dan Mat Ju merupakan dua watak yang sangat signifikan sepanjang kehidupan aku di UiTM terutamanya dalam tempoh 4 tahun aku menginap di Kolej Perindu. Kami jadi rapat sejak minggu haluan siswa lagi walaupun masa tu aku budak diploma dan diorang budak degree. Bermula dengan membuat persembahan dikir barat bersama pada malam terakhir program orientasi kami semakin "kkacip" (kata orang kelate) yakni kamceng sehinggalah pada penghujung pengajian mereka, aku membawa mereka menginap di bilik aku. Masa tu aku Presiden Blok Perindu 3. Kalau ikutkan sebenarnya bilik Presiden Blok ni boleh dok sorang je tapi oleh sebab masa tu diorang tak dapat bilik so aku bawaklah masuk bilik aku.

Watak utama dalam hidup aku di Perindu

Mereka ni banyak menyimpan cerita-cerita aku masa kat kolej sejak dari semester satu lagi. Ramai juga yang tak tahu kami dan seorang lagi kawan kami budak Kedah yang bernama Naim pernah kantoi lompat pagar UiTM sebab masuk kampus lepas pukul 12.Nasib baik pak guard tu tak bawak naik atas. Lagipun bukan kami sengaja, masa tu lebih kurang 2 minggu selepas minggu haluan siswa dan kami jalan kaki pegi makan ke seksyen 2. Oleh sebab ghalik (leka) tengok gusti kat kedai makan, tak sedar jam dah pukul 12. So kami lompatlah pagar kat belakang hotel UiTM tu, sekali kantoi pulak.kena la ceramah ngan pak guard tu hampir setengah jam plus ketuk ketampi beberapa kali. Bila teringat balik peristiwa ni,nak tergelak pun ada,Haa tapi adik-adik yang masih atau baru masuk UiTM tu jangan ikut lak perangai nakal abang ni. Korang belajar lah betul-betul..haha..

Pein, Mat Ju, Wae dan Aku

Mat Ju dan Pein ni jugak banyak backup aku dalam soal pengurusan Kelab Dikir Barat Sri Perindu dulu dan juga hal ehwal budak Kelantan di Perindu. Masa tu ramai budak Kelantan yang duduk Perindu sampaikan kat Perindu 3 tu boleh dikatakan bahasa rasmi blok adalah loghat Kelate. Sampai budak-budak Sabah pun cakap kelate. Mat Jue dan Pein ni adalah kawan-kawan yang memang boleh diharap. Susah atau senang diorang akan tetap bersama. Alhamdulillah akhirnya aku dapat berjumpa mereka setelah terlalu lama tak bersua semasa walimatul arus kawan kami di Kota Bharu raya baru ni. Mat Jue sekarang bertugas di Istana Kelantan, Pe'in pulak merupakan seorang guru di Selayang. Aku bersyukur kerana dikurniakan Allah 2 orang sahabat seperti mereka.

Geng Sains Dungun.

Sekolah Menengah Sains Dungun merupakan satu tempat yang aku takkan lupa sepanjang hidup aku. Aku berani katakan karakter dan corak pemikiran aku miliki hari ini banyak dipengaruhi oleh environment dan pengalaman yang aku dapat selama 5 tahun aku di SMSD. Kawan-kawan ketika di SMSD sukar untuk aku lupakan. Maklumlah, 5 tahun kami membesar bersama dan tentunya juga terlalu banyak cerita yang kami kongsikan bersama.

Mazlan, Morfe dan Lome

Alhamdulillah baru-baru ini aku dapat kembali berjumpa sebahagian daripada mereka ketika kenduri seorang kawan kami, Wan Nor Azreen aka Mc Ah di Pulai Chondong. Ironinya Mc Ah telah mendirikan rumah tangga dengan Syahrin, junior kami di SMSD juga. Actually aku hampir-hampir tak hadir ke kenduri tu sebab masa balik raya tempohari aku lupa nak bawa balik kad jemputan. Nasib baiklah Rahmah call aku dan sms alamat rumah Mc Ah, kalau tak memang tak sampai la aku. Aku, Rahmah dan Radin berkumpul di Masjid Pulai Chondong dan kami bergerak bersama ke rumah Mc Ah selepas solat zohor. Sampai saja di sana, Nik Kama Syahira aka Mc Ya dah pun ready sebagai pengapit, Syirah dan suami pun dah ada. Atie, junior kami pun ada. Cuma yang aku kelakar sikit sebab Atie boleh tak cam aku walaupun masa tu dah panjang juga kami borak. Lepas aku bagi name card barulah, "Lor.. Abang Razin ke ni? Saya ingatkan siapa..lainlah.." terpacul dari mulutnya.

Along, Atie, Rahmah dan Syirah

Lepas kami makan, Morfe aka Firdaus dan Lome aka Faiz Syazwan tiba dan diikuti oleh Along aka Nik Nor Afizah bersama tunangnya. Aku dikhabarkan Along baru saja bertunang sehari sebelum kenduri itu berlangsung. Lama kami berborak dan bertukar-tukar cerita tentang perkembangan masing-masing. Along sekarang pensyarah di UiTM Dungun, Lome di SPR Penang, Rahmah bertugas di Hospital Kota Bharu, Syirah pula engineer di KLIA, Mc Ya dan Atie juga bertugas di KL dan Morfe pula dok sekejap off shore sekejap di darat dalam oil and gas industry. Lama betul kami tak jumpa. Aku bersyukur hari raya kali ini menemukan kami semula. Insya Allah bulan Disember nanti kami dengan diketuai oleh Siban dan Mat Pear akan menganjurkan satu reunion di SMSD sempena 10 tahun kami melangkah keluar dari SMSD. Semoga reunion itu nanti akan menyatukan kita semula setelah lama terpisah. Hope to see yall there!!

Aku, Radin dan Mazlan (tunang Along)

5 comments:

Siban Sawahpadi said...

bila masa aku jadi ketua ni tok jeng? main petik aje ye...

tokjeng said...

Lor..ko kan MPP dulu...hehe

kuehpau said...

aiseh..baru terbaca coretan demo ni..terima kasih laa sbb ada jgk kisah kami dlm blog demo..

tokjeng said...

kuehpau ni sapo ek?

kuehpau said...

kawe pengantin laki dlm cito kt atas ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...