Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru masihi buat semua teman-teman yang senantiasa menjenguk aku kat blog ni. Sebab korang menziarahlah maka blog ini terus wujud dan memberi wadah kepada aku untuk terus menulis bagi berkongsi sedikit ilmu dan penegtahuan yang dipinjamkan kepada aku Allah SWT. Sama-samalah kita doakan tahun mendatang lebih banyak membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita, keluarga dan semua teman-teman. Jadilah seorang yang punya sifat "kaizen" dalam bahasa jepun dan dalam bahasa kelantannya "continuous improvement" serta bahasa Melayunya penambah baikan yang berterusan. Bak kata Pak Hussin Tempoyak, hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.. Wasallam

3 comments:

Intan Martina Md Ghani said...

assalamualaikum..selamat tahun baru 2010..smoga tahun ini memberi kejayaan buat razin..amin..

tokjeng said...

terima kasih atas doa dan perhatian.Semoga 2010 akan memberi lebih kejayaan kepada kita

rimbunanHati said...

Dah menjengah ke tahun baru...segalanya bertambah dan menaik..mungkin ada yang mengurang.. yang pasti...semoga segala yang diimpikan, diharapakan dan dirancangkan berjaya dicapai dan dilaksanakan. dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...