Wednesday, December 2, 2009

Iduladha 1430H


Hari Raya Iduladha kebiasaannya disambut lebih meriah berbanding Idulfitri di Kelantan berbanding di negeri lain terutamanya bagi yang menunaikan ibadah qurban. Iduladha tahun ni jatuh pada hari jumaat jadi proses sembelih dan melapah daging perlu dilakukan dalam masa yang cepat sebab nak kejar waktu jumaat. So tak boleh la melapah dengan enjoy macam tahun-tahun lepas. Aku tak qurban tahun ni, yang qurban cuma kakak aku so aku tolong melapah bagi pihak dia la. Actually sudah jadi tradisi keluarga kami untuk menjalankan ibadah korban bersama-sama kaum keluarga yang lain. Selalunya famili aku akan bergabung dengan family makcik dan pakcik aku serta sepupu aku. Kira tujuh bahagian atas sekor lembu tu semua family la.

Markas taktikal Qurban 1430H ..huhu

Baru-baru ni kami sekeluarga menjalani ibadah qurban di kampung ayah. So semua proses sembelihan lembu, melapah dan seterusnya memasak kami buat di perkarangan rumah nenek. Nenek dah takde tapi rumah tu sekarang Ayah Mat (adik ayah) yang duduk. Kat sebelah rumah tu, ada rumah adik perempuan ayah yang kami panggil aunty. Kampung Merkel tu tak ramai orang, tak sampai sepuluh family pun menetap di situ tapi ia tetap best. Lagipun kampung-kampung lain dekat je di sekitarnya.

Duk diam-diam ye cik lembu

Proses penyembelihan dilakukan lebih kurang pukul 11.30 pagi walaupun pada mulanya agak susah sebab lembu sedikit mengamuk. Namun dengan bantuan kengkawan Ayah Harun yang pakar maka prosesnya tetap berjalan dengan sempurna. Sembelih lembu confirm la aku tak reti so aku cuma jadi salah seorang tukang melapah daging. Yang lebih kritikal, aku juga diberi amanah untuk membahagikan daging dan segala organ lembu tu pada tujuh bahagian dengan sama adil dan sama rata. Kitorang bagi lebih kurang je, tak pakai penimbang pun.

Perut ni kena cuci dulu dengan kapur, baru boleh makan

Kami siap melapah lebih kurang pukul 12.30 tghari dan pada masa yang sama Ma,Kak Ya dan kaum-kaum ibu yang lain sibuk memasak untuk hidangan makan tengahari selepas kami solat jumaat. Masakan dia simple daging goreng, sayur goreng, perut masak asam dan hati,limpa serta organ dalaman yang digoreng. Makan ramai-ramai memang sedap dan menyeronokkan. Apatah lagi makan dibawah khemah yang dibuat khas sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari baruh (sawah padi) yang terletak di depan rumah nenek.

Kaum ibu yang sibuk memasak

Keseronokan time raya haji ni sebenarnya terletak pada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berjemaah bersama ahli keluarga seperti sembelih lembu, melapah daging, memasak, makan dan sebagainya. Inilah memberi kemanisan dalam hubungan sesebuah keluarga. Aku sendiri pun memang tunggu benda-benda macam ni untuk dilakukan setiap kali hari raya atau kenduri kendara. Keluarga ni sangat penting dalam hidup kita. Hargailah mereka selagi kita masih bernyawa.

Jom makan!!



1 comment:

Virgo Girl said...

comelnye payung cik kak tu. biasa nampak orang pakai tapi bila nak pakai macam kelakar plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...