Monday, June 1, 2009

Cik Puan Temenggong: Saya memang didera!

Hari ini aku diberitahu oleh seorang kawan tentang berita yang dilaporkan oleh pihak media Indonesia tentang kes dakwaan penderaan ke atas Manohara Odelia Pinot yang juga isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Manohara telah mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke Indonesia semasa dia bersama anggota keluarga Diraja Kelantan menemani Al Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan di salah sebuah hospital di kota Singapura. Manohara secara senyap-senyap telah meminta bantuan daripada Polis Singapura yang kemudiannya menghubungi pihak Kedutaan Indonesia untuk "menyelamatkan" Manohara. Walaupun cuba dihalang oleh pihak keluarga Diraja Kelantan, pihak polis Singapura dan Kedutaan Indonesia berjaya membawa Manohara untuk diterbangkan kembali ke Indonesia awal pagi Ahad lalu.

Manohara dicium ibunya sebaik kembali ke Jakarta

Dalam satu sidang media, Manohara telah mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku ke atas dirinya sepanjang berada di Istana Kelantan. Manohara mendakwa dia telah didera dan masih trauma dengan apa yang berlaku sepanjang berada di Kelantan. Beliau turut mendakwa didera hampir setiap hari secara seksual dan diberi suntikan dadah. Beliau juga mengatakan turut dipaksa berpura-pura mengukir senyuman dan tampil dengan ceria setiap kali menyertai upacara atau majlis rasmi di khalayak umum.



Jika benar semua dakwaan ini, ia adalah sesuatu yang amat malang malah mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada seluruh rakyat di negara ini. Sebagai hamba rakyat negeri Kelantan Darul Naim aku tentunya kecewa atas peristiwa yang berlaku ini sekiranya benar. Jika pihak Manohara ingin mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang didakwa menganiayainya, janganlah mana-mana pihak menghalangnya agar keadilan dapat ditegakkan. Memang pahit untuk kita menerima seorang anak raja berkelakuan begitu namun demi menjaga kemuliaan institusi raja-raja Melayu seluruhnya maka tindakan yang sepatutnya harus diambil walaupun ianya melibatkan pendakwaan mahkamah terhadap seorang putera raja. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.

Untuk berita lanjut sila klik dibawah
Manohara: I Was Drugged and Abused

4 comments:

Anonymous said...

Asia Sentinel la best:

"When confirming a reporter's question about whether her husband had cut her nipples, she was reluctant to give details. "Yes it is true. Some parts of my body were cut by a razor," Manohara said."

kelate boleh!!!

farid ramli said...

Salam dari jakarta.

Isu manohara ni memang sangat panas kat sini. Kami rakyat m'sia kadang rasa muak dgn isu ni. Selagi tiada pembuktiaan oleh empunyai diri, tiada siapa salah, tiada siapa betul.

Dah lama hal ni berlaku. Dah banyak tuntutan oleh ibu manohara. Siap ada rakaman audio lagi. Sekarang ni manohara dah ada padanya, tinggal buktikan je.

Hubungan sebenarnya hanyalah antara keluarga raja dan keluarga manohara, tapi akhirnya sampai melibatkan dua buah negara. Kan dah tak elok.

Anonymous said...

pernah dgr berita pasal tengku temenggong kelantan kawin dgn org indon ni...
ada dgr kononnya manohara ni kawin dgn kerabat diraja ni sbb nak jadi raja permaisuri...tapi rupa2nya bukan tengku temenggong yg bakal mewarisi takhta ayahanda sultan lepas ni...yang mewarisi adalah tengku mahkota...tu yg jadi isu mcm ni tu...
kita tak boleh jugak tunding jari kepada sebelah pihak...sepatutnya dgr dr kedua2 belah pihak, barulah adil...tunggulah sampai kes ni selesai dibicarakan nanti...

tokjeng said...

Aku setuju. Kalau benar Manohara diperlakukan begitu seharusnya dia bawa kes ni ke mahkamah. Kalau semua ini satu fitnah maka aku mohon Istana Kelantan failkan saman malu kepada manohara dan keluarganya kerana memfitnah. K

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...