Monday, June 29, 2009

Al Fatihah Buat Mikael Jackson

Pemergian Raja Pop Michael Jackson mengejutkan ramai pihak terutamanya para peminatnya dari seluruh dunia. Michael Jackson merupakan antara lagenda muzik dunia yang mencatat jualan album lebih 27 juta unit di seluruh dunia. Kisah hidup Michael Jackson diwarnai dengan pelbagai kontroversi terutamanya tentang transformasi wajahnya. Begitu juga dengan kegagalan perkahwinan dengan anak lagenda rock and roll, Lisa Marie Presley diikuti dengan isu dakwaan pencabulan seksual ke atas kanak-kanak juga saman yang diterimanya daripada seorang hartawan Arab. Namun Alhamdulillah lebih kurang 6 bulan sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau telah menerima hidayah Allah lalu memeluk agama Islam. Michael Jackson melafazkan syahadah November 2008 disaksikan teman-temannya termasuk Dawud Warsby dan Yusuf Islam.

Ketika cerita tentang pengislaman Mikael Jackson masih "panas", aku pernah berbincang dengan seorang teman yang juga promoter konsert untuk membawa Mikael Jackson ke sini. Pada peringkat awal kawan aku tu nak buat Konsert Yusuf Islam kat sini tapi aku cadangkan pada dia untuk bawa Mikael Jackson. Seingat aku, kali terakhir Michael Jackson datang ke Malaysia adalah pada tahun 1996. Namun dalam kedatangannya kali ini, Mikael Jackson akan tampil dengan imej yang berbeza dengan mendapat sentuhan elemen Islam walaupun lagu-lagunya masih sama. Kami merancang untuk turut melibatkan artis nasyid tempatan dalam konsert tersebut. Namun apakan daya, beliau dijemput kembali oleh Allah terlebih dahulu.

Antara lagu beliau yang paling aku minati ialah You Are Not Alone. Aku masih ingat ketika aku di Sains Dungun dulu seorang kawan aku Mail namanya sering menyanyikan lagu ni. Tapi dia tukar lirik lagu tu kepada "You Anok Harun". Kebetulan memang ada kawan kitorang yang ayah dia nama Harun. Mail ni bukan saja suka mengusik dan punya kepala otak yang gila-gila tapi dia juga seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Oklah aku tinggalkan korang dengan video klip "You Anok Harun" oppss silap "You Are Not Alone". Al fatihah untuk beliau...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...