Monday, February 16, 2009

30 Feb: Kawan-Kawanku Yang Terkena!


Semalam masa aku tengah discuss ngan budak-budak Sofieya(AN) kat ofis aku dapat sms dari Ika, student UKM yang juga adik kepada kawan aku. Bunyinya agak real but tricky jika tak dibaca betul. Lebih kurang mesejnya dia jemput aku hadir hari pertunangan dia pada 30 Febuari 2009. Sah dia cuba nak kenakan aku. Nasib baik la aku baca betul-betul. Menjelang tengahari, aku balik rumah dan lepak sensorang kat bilik sambil tengok movie tapi kebosanan aku tetap belum hilang. Lalu aku memulakan rancangan nakal aku untuk mengenakan kawan-kawan aku.hahahahaha.. Maka aku telah sms text yang berbunyi begini:

"Salam.shbt2 yg diingati,sorry coz wat suprise. Juz nak inform,ats p'stjuan my family dan permintaan pihak perempuan.kami akan b'tunang pada 30 Feb 2009.Bg yg dapat datang,dijemput la ke rumah.kedtgn korg sgt sy harapkan utk meraikan hari bahagia ni.walaupun sy actually terkejut juga dgn permintaan family ni.tq"
Lepas tu bertubi tubi sms masuk untuk reply sms aku tu.

Ada yang perasan trick sms tu...

Ada : "Hehehe abg Razin tipu..Nasib baik Ada pakai spec dan baca 2 kali, kalau tak memang dah terkena ..

Bali : " Bodoh ape buat 30hb? Baik cakap 35hb je...hahahaha

Azam: Woit, Febuari ade 30hb!

Yang tak perasan paling ramai....

Zul : " Tahniah. Wah lebih meriah NC lepas ni dengan pasangan masing-masing."

Mass: " Mass doakan abg bahagia.Amin"

Amir : "Wah baru minggu lepas cakap pasal kawin. Dah nak bertunang pulak".

King Algebra : "Tahniah. Siapa gadis yang bertuah tu?

Dan ada lagi la sms-sms lain yang aku terima. Yang peliknya sesetengah daripada mereka masih tak perasan walaupun aku minta diorang check availability diorang pada tarikh 30hb Febuari tu.huhuhu. Lepas berbalas beberapa sms barulah diorang perasan. Mass pulak sampai ke sudah tak perasan trick aku. Sampailah aku sendiri bagitau dia.huhu. Ratno lagi best, siap call aku. Mula-mula dia tak tahu nomborsape sebab telefon dia baru hilang masa satu function kat KL. Selepas aku memperkenalkan diri terus dia ucap tahniah dan meneka-meneka siapakah "bakal tunang" aku tu.Memang dia excited giler sampai siap cakap nak tolong inform kawan-kawan lain. Malah masa aku borak ngan dia pukul 3 pagi tadi, dia bagitau aku, masa cakap ngan aku kat telefon tu dia dah siap gambarkan suasana kat "majlis" tu nanti. Lepas aku gelak besar bila dengar reaksi dia barulah dia perasan dia terkena!Hahahaha.. Kepada kengkawan semua, sorry la sebab kenakan korang. Tak sangka pulak umpan aku semua korang makan.hehehe.. Apapun korang doakanlah aku kawin cepat. Actually memang aku target tahun ni pun cuma tu lah belum tiba masanya sebab statusnya masih It's complicated. Hehehehe...



2 comments:

ulfa said...

abg razin kawin nanti jgn lupe jemput kami,terutamaya saya,huhuhuhuhu

Anonymous said...

sib baik aku tak terkena..wahahaahahahaha...ade gak gamba aku lam blog mung..terharu sungguh aku..hehehehe



ina koya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...