Thursday, March 3, 2011

Karnival MZLIC: Tribute untuk Semua

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran aku ucapkan kepada Yang Maha Esa di atas kejayaan penganjuran Karnival Maher Zain Live in Concert yang berakhir pada Ahad lepas.Untuk rekod karnival ini adalah acara berkembar yang diadakan bersempena dengan Maher Zain Live in Concert.Sebagai karnival pertama yang dikendalikan sepenuhnya oleh Nasyeed.Com aku kira karnival ini disifatkan sebagai berjaya. Sebelum ini kami hanya buat karnival untuk pihak ketiga dan diberi peranan tertentu sahaja. Namun kali ini ianya nyata mencabar sebab hampir semuanya kami yang handle sendiri. Namun aku akui juga masih banyak kelemahan yang perlu kami perbaiki untuk masa-masa akan datang. 

Sebagai Pengarah Karnival aku bersyukur kerana dikurniakan sekumpulan teman-teman sekerja yang sungguh berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Mereka tidak mengenal erti penat dan letih walaupun pada hakikatnya mereka tidur pun tak cukup. Mereka juga saling membantu dan bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang tugasan walaupun kadangkala ianya di luar bidang tugas mereka. Walaupun menerima tekanan dalam pelbagai bentuk, masing-masing masih boleh menguntum senyuman dan bekerja dengan tenang (ada gak la kenkadang tu kelam kabut dan tinggi suara sikit.. biasalah tu..huhu.. ). So kat sini aku nak kongsikan sedikit dengan korang semua tentang pengalaman aku bekerja dengan anggota-anggota team karnival yang sangat komited ini.
  • Ada 
    • Sejak dari zaman dia praktikal kat Nasyeed.Com lagi, seingat aku Ada tak pernah fail untuk deliver. Dan kali ini sekali lagi dia buktikan bahawa beliau yang sangat komited dalam bekerja. Ada sebenarnya attach kat Nasyeed.Com untuk projek ni dan dia ditugaskan untuk mengendalikan pengisian program di pentas karnival. Walaupun sibuk dengan tugasan terakhir di tempat kerja lamanya dan pada masa yang sama sibuk juga dengan persediaan ke tempat baru, dia masih mampu memberikan yang terbaik. Pemegang Ijazah dalam bidang event management UiTM ini aku kira telah memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang ada untuk event kali ini. Daripada nak dapatkan peserta pertandingan, contact artist, call pengacara, liase dengan penganjur bersama, prepare hadiah, sijil dan sebagainya.Masa aku pegi hadiah untuk stage aritupun sempat lagi dia sambar Blackberry baru kat PAS.Keperluan kerja katanya. Pendek kata Ada ni mastermind stage Karnival. Kalau dia takde alamat kosonglah pentas tu. Thanks a lot Ada dan selamat mengembara (mengembara? nak tahu tanya la dia sendiri..huhu)
  • Cupie
    • Kalau Ada lebih kepada aktiviti pentas, Cupie pula mengetuai unit gerai. Dalam team karnival ni kami bahagi kepada dua iaitu unit gerai dan unit pentas. Kedua-dua unit ini pula disokong oleh unit PA System and lighting. Cupie bertanggungjawab untuk mendapatkan penggerai dan menjaga hal ehwal kebajikan mereka sepanjang karnival berlangsung. Ha, bunyi macam sikit tugasnya tapi percayalah ianya tak semudah itu. Dalam erti kata lain dia buat kerja-kerja marketing dan PR la. Nak dapatkan 50 penggerai untuk menyertai satu karnival bukanlah sesuatu yang senang. Namun alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhannya, Cupie berjaya menempuh segala cabaran dengan tenang. Tahniah Cupie!
  • Lyn
    • Lyn merupakan seorang lagi sukarelawan yang membantu Nasyeed.Com untuk menampung kekurangan tenaga kerja. Dia pernah parktikal kat NC sebelum ini so dia macam dah faham dengan cara kerja kami. Lyn ditugaskan untuk membantu Cupie untuk urusan Gerai. Sepanjang karnival berlangsung aku tengok Lyn sangat rajin meronda gerai-gerai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga. Dialah juga tempat untuk para penggerai mengadu sekiranya ada apa-apa masalah. Dan alhamdulillah segala aduan yang diterima berjaya ditangani dengan bantuan anggota team yang lain. Terima kasih Lyn..
  • Pyan, Panjang and Amir (The Practical Trio)
    • 3 jejaka ini juga adalah core character dalam team Karnival selain daripada tiga nama yang aku sebutkan di atas. Diorang ni sebenarnya sedang menjalani praktikal di NC dalam bahagian grafik. Namun penglibatan mereka dalam karnival ini menyerlahkan bakat-bakat lain yang terpendam dalam diri mereka. Pada masa yang sama aku rasa mereka bertuah sebab dapat experience terlibat dalam event besar bertaraf international ini.Tapi aku tak tahulah kot-kot mereka serik..huhuhu. Maklumlah, penat tu beb! Merekalah yang buat design, gantung signage, meronda gerai, ambik gambar, bantu bahagian stage, angkat meja dan bermacam lagi kerja lain. Pyan sebenarnya diletakkan dalam unit gerai untuk membantu Cupie manakala Amir dan Panjang aka Fendi pula ditugaskan untuk membantu Ada dalam aktiviti pentas. Aku harap mereka dapat memanfaatkan pengalaman yang mereka peroleh melalui karnival ini dalam karier mereka nanti. Syukran guys!
  • Aji &  Bob (Sound Engineer)
    • Aji sebagaimana biasa mengetuai team PA System dan Lighting yang dipasang di pentas karnival. Untuk rekod inilah kali pertama kami dapat menguji sepenuhnya aset Nasyeed.Com yang baru saja dibeli dalam sesebuah acara. Aji bekerja rapat dengan mentornya, Bob yang banyak membantu dalam soal-soal teknikal dan kejuruteraan bunyi. Alhamdulillah artis-artis yang membuat persembahan di tapak karnival berpuas hati nampaknya dengan kualiti sistem bunyi yang disediakan. Namun selain daripada menjalankan tugas hakiki berkaitan PA System dan Lighting, Aji & Associates turut membantu dalam banyak aspek lain khususnya soal teknikal. Congratulation to Aji and geng!
  • K-Own & Palie ( Technician & The Road Runner)
    • K-Own ditugaskan sebagai runner dalam karnival ini manakala Palie pula lebih menjurus kepada soal teknikal khususnya berkaitan bekalan elektrik, wiring dan yang 'sewaktu' dengannya. Namun oleh kerana Palie turut memiliki Motosikal, maka dia turut berperanan menjadi runner pada waktu-waktu tertentu. Bergerak menggunakan motosikal sebenarnya lebih mudah sebab takyah fikir sangat pasal parking. Kalau naik kereta  atau van memang ambil masa lama la sikit sebab nak cari parking. Cuma ada kalanya van terpaksa digunakan untuk membeli barang-barang yang agak 'besar' dari luar tapak karnival. K-Own di sebalik tugas hakiki sebagai runner, dia turut membantu Palie dalam hal ehwal teknikal. Banyak juga aduan-aduan berkaitan dengan bekalan elektrik, power trip dan lain-lain berjaya diselesaikan. Jazakallah buat anda berdua.
  • Mawi & Faiz ( Sanitation and Supply Engineer)
    • Mawi dan Faiz adalah 2 watak penting yang ditugaskan untuk memantau kerja-kerja pembersihan yang dibuat oleh kontraktor kebersihan di tapak karnival. Selain itu mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan bekalan air dan elektrik sentiasa berada dalam tahap yang baik. Di tapak karnival kita menggunakan 2 genset dan 2 buah tangki air untuk menampung keperluan selain daripada sumber air dari paip kekal yang ada disediakan oleh pihak stadium. Sebagai "Penghulu" aku amat berpuas hati dengan tahap kebersihan tapak karnival. Cuma kami berhadapan sedikit masalah apabila tandas mobile diserbu hampir serentak oleh penonton sebelum mereka masuk ke stadium. Namun segalanya berjaya ditangani oleh mereka berdua. Gracias!
  • Pak Nuar, Asri & Pak Jaapor ( The All Rounder)
    • 3 watak ini boleh dikatakan sangat rajin dan ringan tulang. Mereka bertindak sebagai assistant dalam hampir semua perkara. Apabila kawasan karnival menghadapi masalah limpahan air hujan, merekalah yang bertanggungjawab 'menimba' air yang bertakung supaya tapak karnival tidak terus digenangi air. Walaupun aku tahu depa ni penat tapi aku tengok mereka ni tak pernah menolak apabila diminta tolong. Sikap ini amatlah wajar untuk kita contohi.
  • Nadhir & Walid ( Tukang Kata & Stage Crew)
    • Nadhir & Walid lebih sinonim dengan tugas-tugas teknikal di pentas. Diorang nilah membantu Ada membekalkan apa yang diperlukan oleh penyanyi atau pihak yang menggunakan pentas baik untuk pertandingan, nyanyian mahupun promosi. Pada masa yang sama nadir juga adakalanya bertindak sebagai tukang kata yakni DJ yang memberi makluman dan info kepada orang ramai terutamanya bila aku tak ade di 'konti'. Nadhir punya kelebihan menyusun dan membina ayat-ayat yang cantik bunyinya. Sebab tu bila dia bercakap adakalanya macam kita mendengar bacaan puisi walaupun sebenarnya dia hanya nak bagitahu kat orang ramai tentang kat mana nak redeem tiket. Walid dalam 'blur'2 dia pun, tetap komited ngan tugas. Ada sekali dia buat kami tergelak besar apabila bertanya tentang siapa yang nyanyi kat atas pentas yang dia lihat sebelum tu. Ironinya penyanyi yang diamksudkan itu ialah MAHER ZAIN! Oh Walid, tentu kecik hati Maher Zain, bila krew yang buat kerja untuk dia pun tak kenal siapa dia.. hahahaha.. Apapun terima kasih untuk anda berdua.
Ha itulah serba sedikit yang aku dapat kongsikan tentang kawan-kawan yang buat kerja dengan aku sepanjang Karnival Maher Zain Live In Concert. Sebenarnya memang ucapan terima kasih mahupun upah wang ringgit tidak mampu menandingi komitmen dan dedikasi semua tenaga kerja Karnival yang bekerjasama rapat dengan aku. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Walau bagaimanapun aku tetap nak ucap setinggi-tinggi terima kasih buat korang semua. Semoga budaya kerja yang cemerlang ini dapat kita teruskan pada masa-masa yang akan datang. Jazakallahu Khairan Kathira!


p/s: gambar akan menyusul kemudian :)

Monday, February 21, 2011

Karnival Maher Zain Memanggil..

Waktu ini aku sangat sibuk dengan persiapan akhir Karnival Maher Zain Live in Concert. Tidur pun tak berapa nak cukup. Ini boleh dikatakan kali pertama aku diberi tanggungjawab selaku pengarah karnival. Dan ianya tentunya sesuatu yang cukup mencabar bagi orang yang pertama kali buat karnival macam aku. Gerak kerja dan persediaan logistik serta pemasarannya berbeza dengan penganjuran event-event lain. Apapun aku harapkan semua teman-teman mendoakan kejayaan buat kami kejayaan dalam penganjuran karnival ini. Semoga Allah memberi kami panduan dan kekuatan dalam melaksanakannya.


Saturday, February 12, 2011

Hosni Akhirnya Tumpas!

Setelah lebih 18 hari 'bertempur' dengan tuntutan rakyat Mesir yang mahukan beliau Meleltak jawatan, Presiden Hosni Mubarak akhirnya terpaksa akur dan turun dari "takhta"nya. Pengumuman perletakan jawatan tersebut telah dibuat oleh Naib Presiden Omar Suleiman pada pukul 12.00 malam tadi waktu Malaysia sekaligus menyerahkan pemerintahan negara arab itu kepada Majlis Tertinggi Tentera Mesir. Sementara itu Hosni dan keluarganya dilaporkan telah meninggalkan Kaherah menuju ke Sharm el Sheikh di Laut Merah.


Berita gembira itu disambut baik oleh seluruh penunjuk perasaan dan mungkin juga majoriti rakyat Mesir yang telah lama berada di bawah cengkaman regim Hosni Mubarak. Pemimpin-pemimpin Turki, Iran serta kumpulan Hezbollah Lubnan dan Hamas di Gaza turut menyambut baik berita tersebut. Sementara itu pihak Ikhwanul Muslimin dalam satu kenyataan melahirkan rasa kagum kepada perjuangan rakyat Mesir dan pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada pihak tentera yang menunaikan janji mereka untuk menyokong "tuntutan sah" rakyat Mesir.Semoga Allah merahmati Mesir dan penduduknya sekaligus menganugerahkan kemakmuran kepadanya. Amin..

Wednesday, February 9, 2011

Hosni Mubarak di Ambang Kemenangan?

Melihat kepada perkembangan krisis di Mesir sehari dua ini, ianya macam masih jauh lagi daripada penyelesaian. Tuntutan penunjuk perasaan supaya Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden masih belum menjadi kenyataan. Jumaat lepas yang dilaungkan sebagai "Hari Pengunduran" tidak berjaya menjatuhkan Hosni sebaliknya beliau masih terus bertahan. Beliau cuba 'membeli masa' dengan harapan para penunjuk perasaan akan 'letih' dan berundur dari dataran tahrir sekaligus melupakan tuntutan masing-masing. Mengikut laporan berita beberapa media antarabangsa yang sempat aku tonton kat astro, bilangan penunjuk perasaan memang semakin berkurangan dan mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Bank dan pusat perniagaan juga banyak yang telah kembali dibuka. Apakah mereka sudah berputus asa? Hanya mereka sahaja yang tahu..

Battle for Egypt
Sifat "baik" penunjuk perasaan anti-hosni mubarak yang tidak merusuh atau melakukan keganasan ternyata diambil kesempatan oleh Hosni Mubarak. Perhimpunan aman tidak memberi sebarang tekanan berkesan kepada Hosni dan rejimnya. Perhimpunan rakyat tidak mampu menumbangkan pemimpin yang degil seperti Hosni. Jangan salah faham, aku bukanlah nak suruh mereka semua merusuh tapi jika benar mereka ingin melihat Hosni tumbang maka mereka harus punya tindakan konkrit dan perancangan yang teliti dan tersusun. Mereka harus 'menekan' regim Hosni Mubarak dengan erti kata yang sebenarnya.

Hakikatnya agak sukar untuk mereka melakukan tindakan berkoordinasi kerana mereka tidak punya pimpinan yang jelas. Pada mulanya aku melihat revolusi yang cuba digerakkan ini sangat unik kerana ia tidak punya pemimpin atau ikon yang dijadikan simbol perjuangan sebagaimana revolusi atau tunjuk perasaan lain macam Khomeni di Iran, Lenin di Russia, Fidel Castro di Cuba mahupun Su Kyi di Myanmar. Namun 'keunikan' ini nampaknya tidak membawa kesan yang baik kepada mereka. Namun ada juga kemungkinan juga pemimpin mereka sengaja disembunyikan atas faktor keselamatan.

Perjuangan diiringi doa dan tawakkal
Sesetengah pihak mendakwa protes ini sebenarnya digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin tetapi tidak ada bukti jelas tentang dakwaan ini. Ikhwan sememangnya adalah antara kumpulan pembangkang terbesar di Mesir dan berpengaruh walaupun ianya pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir. Malah boleh dikatakan Ikhwan merupakan gerakan yang menjadi rujukan atau model bagi gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Buku-buku atau kitab yang ditulis oleh pimpinan Ikhwan antaranya menjadi silibus usrah banyak pertubuhan Islam termasuk di Malaysia. Malah sedar atau tidak amalan Al Mathurat yang diamalkan oleh banyak orang hari ini termasuk di Malaysia juga adalah hasil susunan As Syahid Hassan Al Banna pemimpin utama Ikhwanul Muslimin. Aku berani katakan melihat Ikhwan berkuasa di Mesir adalah satu cita-cita yang dikongsi bersama oleh semua pendukung gerakan Islam di seluruh dunia. Soalnya adakah Hosni Mubarak akan tewas kali ini? Sama-sama kita nantikan..

Sunday, February 6, 2011

Ops Piramid: 9000 ke Jeddah, 2000 kekal di Mesir

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Menteri Luar Malaysia yang kini mengkoordinasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir iaitu Senator A Kohilan Pillay mengatakan hanya 9000 rakyat Malaysia yang memohon untuk ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Manakala baki 2000 orang lagi ingin terus berada di Mesir. Operasi mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir dijangka selesai sepenuhnya hari ini. Hmm.. aku tertanya-tanya juga mengapakah baki 2000 orang ni tak mahu keluar dari Mesir dan siapakah mereka? Secara logiknya, dalam situasi keselamatan yang tidak menentu seperti itu tentunya masing-masing akan berebut-rebut pulang ke kampung halaman. Mesti ada sebab kukuh yang menyebabkan mereka bertekad untuk terus kekal di bumi Anbia itu.


Demonstrasi solidariti rakyat Mesir di Kuala Lumpur

Pada masa yang sama, aku harap Ops Piramid ni tak payahlah dipolitikkan. Ini melibatkan kepentingan negara dan rakyat kita dan bukan lagi soal politik PAS, UMNO, PKR atau DAP. Semua pihak harus bekerjasama mengembeling usaha untuk menyelamatkan semua warganegara kita yang berada di Mesir dengan apa cara sekalipun. Kalaupun kita ni penyokong pembangkang, janganlah sampai kita tak mahu memberi kredit kepada pihak kerajaan pusat yang melancarkan Ops Piramid ini. Begitu juga dengan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri yang diterajui pembangkang, mereka juga wajar diberi pujian dan terima kasih.

Ops Piramid ini bukanlah sesuatu yangmudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan perancangan teliti dari pelbagai sudut terutamanya dari sudut logistik dan keselamatan. Halangan utama pada peringkat awal ialah untuk mendapatkan kebenaran mendarat dan menggunakan ruang udara daripada pihak berkuasa Mesir dan Arab Saudi yang menjadi tempat transit. Agak lambat juga kita mendapat kebenaran mendarat terutamanya untuk 3 pesawat Charlie milik TUDM.  Namun alhamdulillah nampaknya semuanya dah beres. Cuma aku rasa, kita agak lambat bertindak berbanding negara lain. Di saat banyak negara telah mula membawa keluar warga mereka, TPM kita yang ketika berada di Tenang kerana PRK mengatakan bahawa tiada keperluan untuk membawa pulang warganegara kita. Aku tak tahulah siapa yang brief kat dia macam tu.


Perkembangan Ops Piramid oleh PM

Strategi membawa keluar rakyat kita dari kawasan konflik ke Jeddah sebelum dibawa pulang adalah sangat tepat. Ianya lebih praktikal berbanding tindakan membawa pulang secara terus ke tanah air yang memerlukan jangka masa yang lebih panjang atau kemudahan pengangkutan yang lebih banyak. Langkah selepas ini adalah untuk membawa kesemua mereka pulang ke tanah air secara berperingkat. Yang lebih penting, kerajaan wajar menanggung keseluruhan kos tersebut. Para pelajar dan keluarga mereka terutamanya bukan semuanya mempunyai sumber kewangan yang besar. Apatah lagi apa yang berlaku ini bukanlah atas kehendak mereka. Lagipun kebanyakan pelajar hanya pulang 2-3 kali saja ke kampung mereka sepanjang pengajian di sana. Tidak kurang juga yang hanya pulang ke tanah air selepas tamat belajar. Kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka semua..

"Kegilaan" Bolasepak di Serambi Mekah

Sudah terlalu lama aku tak menjejakkan kaki ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu untuk menonton bola. Selalunya aku tengok Kelantan atau Malaysia main di Stadium Shah Alam atau Stadium MPPJ. Alhamdulillah masa balik kampung baru-baru ni aku sempat menyaksikan pertemuan antara Kelantan dan Terengganu dengan seorang sahabat lama. Kebetulan kami memang ada urusan di KB jadi alang-alang tengoklah bola sekali. Aku sampai di perkarangan stadium sekitar pukul 2.00 petang. Masa tu memang orang dah ramai beratur untuk beli tiket. Suasana di perkarangan stadium sangat meriah dengan gerai-gerai jualan serta penyokong yang beratur panjang membeli tiket. Macam perlawanan akhir Piala Malaysia pulak. Aku rasa suasana macam ni memang sukar dilihat di venue-venue lain untuk perlawanan liga. Begitulah padunya sokongan rakyat Kelantan kepada pasukan kesayangan mereka.

Stadium yang menjadi nadi bolasepak Kelantan
Aku ngan Mat Din pun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket. Nasib kami baik sebab dapat tiket astaka. Kalau hujan pun takdelah basah nanti. Harga tiket astaka tentunya lebih mahal dari tiket tempat duduk biasa. Aku beruntung sebab Mat Din belanja.Orang tengah banyak projek la katakan. huhuhu..Anyway,thanks bro! Kami pun tak payah nak berebut masuk awal ke dalam stadium sebab tempat duduk penonton di astaka ada nombor seat. Aku tertanya-tanya juga mereka yang masuk stadium seawal pukul 6.00 petang tu solat maghrib kat mana sebab surau stadium kat luar. Nak kata semuanya musafir pun aku rasa agak mustahil sebab jumlahnya agak ramai. Apapun aku harap diorang semua tetap menunaikan solat walau apapun caranya. Tengok bola takde salahnya tapi kalau dah sampai tak solat memang banyak salahnya!

Tengoklah betapa ramainya orang beratur membeli tiket
Kami masuk ke stadium lebih kurang pukul 8.30 malam. Satu benda yang menarik aku lihat apabila menjejakkan kaki ke dalam stadium adalah kehadiran segelintir penonton berbangsa Cina yang turut menyokong The Red Warriors. Sejak aku bertandang ke stadium untuk menyaksikan aksi liga Malaysia rasanya inilah pertama kali aku terserempak dengan penyokong bolasepak berbangsa Cina yang menyokong sebuah pasukan negeri. Selalunya kawan-kawan kita berbangsa Cina ni tak layan liga Malaysia. Diorang cuma layan team kelab Eropah macam ManU, Chelsea, Real Madrid dan lain-lain. Apatah lagi nak tengok diorang pakai jersi pasukan negeri. Tapi aku tengok mereka di Kota Bharu ni siap dengan jersi dan mafla lagi.
Bila orang ramai lubang bisnes pun banyak
Perlawanan berlangsung menarik. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menghiburkan. Kelantan lebih awal menguasai permainan dengan menjana serangan daripada bahagian sayap. Hasilnya Piya berjaya menjaringkan gol hasil hantaran lintang Nurul Azwan Roya. Namun selepas itu, skuad "Ayoh Wang" pula yang lebih banyak mengawal bola dan melancarkan serangan merbahaya ke kubu Kelantan. Pemain Terengganu kelihatan lebih cergas dan mantap dari sudut fizikal berbanding The Red Warrios. Mereka menggunakan ketinggian sebilangan pemain mereka untuk mematahkan serangan Kelantan dan mengancam kubu lawan. Yang peliknya, pemain Kelantan tetap menghantar bola tinggi walaupun mereka seringkali kalah dalam pertembungan di udara. Sepatutnya Kelantan lebih banyak menggunakan hantaran pendek dan through pass sebelum melepaskan rembatan ke gawang lawan. Lagipun ramai pemain Kelantan yang punya kelebihan mengelecek seperti Nurul Azwan Roya, Danial Fadzly, Mat Yo dan Solehin (K.Soley).

Lautan Merah yang membanjiri stadium
Serangan bertali arus Terengganu pada separuh masa kedua akhirnya membuahkan hasil apabila Marzuki Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan kencang yang gagal diselamatkan oleh Apex. Aksi longlai Kelantan menimbulkan rasa kurang senang para penyokong namun yang bagusnya tiada lagi bunyi mercun mahupun botol air dibaling ke tengah padang. Ini satu perkembangan positif dan pujian harus diberikan buat semua penyokong yang menunjukkan disiplin yang tinggi. Tindakan M.Karathu memasukkan Nizad Ayub dan Khalid Jamlus tidak mendatangkan kesan kepada corak permainan Kelantan. Aku rasa Datuk M.Karathu perlu mencari gandingan Mat Yo dengan segera sebab taktik meletakkan dia sebagai penyerang tunggal tidak begitu menjadi nampaknya. Kelantan ada masa 10 hari untuk mencari penyelesaian sebelum bertemu Johor FC pada 12 Febuari ini. Selamat maju jaya buat the Red Warriors!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...