Monday, May 4, 2015

Polemik Zikir dan Selawat Menari

Baru-baru ini umat Islam di Malaysia sedang dilanda polemik perbahasan di laman-laman social. Ianya sangat hangat sehingga adakalanya keluar daripada batasan adab berbeza pendapat yang dianjurkan oleh Islam. Ianya sesuatu yang menyedihkan bagi saya. Nampaknya masyarakat kita masih punya masalah besar dalam menangani perbezaan pendapat.

Dalam group wassap Munsyid Malaysia juga hangat diperdebatkan isu ini. Isu ini sangat dekat di hati kami kerana sebilangan daripada kami turut terlibat dalam persembahan dan penganjuran majlis-majlis Mawlid yang adakalanya turut mengandungi zikir menari di dalamnya. Saya secara peribadi tidak begitu selesa dengan zikir atau selawat yg dialunkan secara menari.Saya pernah suarakan keresahan saya kepada rakan2 yg terlibat dlm majlis Mawlid ketika hadir dlm satu majlis mawlid di shah alam apabila melihat penonton lelaki dan wanita menari walaupun tmptnya diasingkan.

Sebenarnya di youtube terdpt video zikir atau qasidah menari yg lebih ekstrim membabitkan penggunakan full band.Jika dilihat perlakuannya tidak jauh beza dengan geng head banging di konsert-konsert metal dan punk.Namun saya akui keresahan dan ketidak selesaan saya bukanlah hujah utk mengatakan perlakuan ini menyesatkan.Malah saya amat menghormati pandangan Dato Haron Din yg membolehkan zikir menari namun saya percaya pandangan beliau itu turut disulami dengan syarat yang ketat.

Pandangan Ustaz Zaharudin

Dalam usaha meredakan isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan  Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah mengeluarkan kenyataan dan penjelasan khusus berkenaan isu ini. Pandangan yang turut disiarkan di laman fb beliau jelas menyatakan bahawa zikir menari tidak dibolehkan selepas beliau meneliti segala hujah dan dalil baik yang membolehkan mahupun yang mengharamkan.Kenyataan beliau turut disokong oleh Sohibus Samahah Dato Dr Asri Zainal Abidin yang juga mufti Perlis.

Saya melihat amalan zikir menari ini dipopularkan di Malaysia oleh pengikut Tarikat Naqshabandi Haqqani yang dipimpin oleh Syeikh Nazim Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani. .Jika kita semak di e-fatwa Jakim, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 3 April 2000 telah memutuskan bahawa Tarikat Naqshabandi Haqqani atau turut dikenali Tarikat Naqshabandi Al Aliyyah adalah bertentangan dengan akidah ahlussunnah wal jamaah serta menyeleweng daripada ajaran Islam. Ini disebabkan oleh iktikad dan pegangan mereka termasuklah isu seperti Yaqazah. .Untuk rekod tariqat naqshabandi ni merupakan tarikat yg diamalkan raja-raja melayu sejak dahulu kala namun ia punya banyak aliran.Salah seorang pengamal tarikat naqshabandi ialah Tokku Paloh iaitu ulama besar Terengganu.


Pendapat Dato Haron Din
Sejak fenomena qasidah dan selawat melanda negara kita yang diterajui golongan habaib, pengamal tarikat naqshabandi haqqani ini telah mengambil kesempatan untuk menyerap masuk ke dalam majlis-majlis Mawlid dan menzahirkan keberadaan mereka di bumi Malaysia dengan lebih jelas. Sebelum ini boleh dikatakan mereka tidak begitu menzahirkan diri. Keadaan ini menyebabkan golongan habib yang disebut juga sebagai “ba’lawi” turut terkena tempiasnya.Kita harus membezakan antara pergerakan/perlakuan yang salah dan iktikad yang sesat. Naqshabandi Haqqani atau Al Aliyah difatwakan sesat bukan kerana qasidah dan selawatnya tetapi iktikadnya seperti isu wahdatul wujud, martabat tujuh dll. Ia lebih kurang sama dengan kes Al-Arqam satu ketika dulu. Al Arqam difatwakan sesat kerana iktikad mereka termasuk isu yaqazah dll namun tiada orang yang menyatakan alunan nasyid kumpulan nadamurni itu menyesatkan. Namun Allahyarham Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin mantan Pengerusi Munsyid Malaysia beberapa kali menyebut kepada saya dan rakan-rakan supaya mengelak daripada menyanyikan semula lagu-lagu di era Al Arqam. Ianya bukan kerana ianya sesat tetapi untuk mengelak nostalgia Al Arqam dikembalikan. Ia juga adalah permintaan daripada pihak Bukit Aman sendiri.

Penjelasan Habib Syech
Habib Syech yang popular dengan lagu-lagu qasidah beliau turut tampil memberi penjelasan apabila tuduhan-tuduhan tertentu yang mengaitkan beliau dengan tarikat Naqshabandi Haqqani. Beliau menafikan mengikut tarekat tersebut apatah lagi berbaiah kepada ketuanya. Cuma mungkin sikap beliau yang terlalu terbuka dan meraikan tetamu yang menyebabkan timbul tanggapan sebegini apabila sanggup berkongsi pentas bersama kelompok Naqshabandi Al Aliyyah ini. Maka sebab itulah saya menyeru semua muslimin dan muslimat untuk berlepas diri daripada kelompok tarekat ini. Pada masa yang sama janganlah pula kita sewenang-wenangnya mencaci dan mengeji mereka.Nasihatilah mereka agar tidak terus terkeliru dengan amalan dan ajaran yang menyeleweng.

Sebagai orang awam, kita hendaklah akur dengan keputusan dan pandangan yang telah dikeluarkan oleh para mufti dan ulama kita. Agama bukan sesuatu yang boleh ditafsir dan diterjemah oleh sesiapa sahaja. Ini amat penting demi menjaga kesucian agama kita.


#zikirmenari #tarikat #naqshabandi #qasidah #habibsyech

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...