Friday, January 23, 2009

Lima Kosong

Rabu lepas, aku antara ribuan penyokong Harimau Malaya yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak pusingan kelayakan piala Asia antara Malaysia dan UAE. Macam biasa aku ke stadium PBKL Cheras bersama Epul Amrain menaiki wira aeroback miliknya. Kalau ikut perancangan asal nak pegi naik kereta aku tapi oleh kerana Bali pinjam kereta aku so kenalah tukar plan. Kami bertolak dari pejabat Nasyeed.Com pukul 7 petang dan sepanjang perjalanan, hujan turun dengan lebat sebelum kami sampai lebih kurang 45 minit kemudian. Alhadulillah hujan telah berhenti sebaik kami sampai di stadium. Sampai je perut pulak terasa lapar jadi kami beli kebab dan mineral water untuk alas perut. Masa nak beli kebab tu, aku terperasan kelibat pelakon drama yang juga adik Rosyam Nor iaitu Azman Nor. Tak sangka pulak dia pun peminat bola Malaysia.Selepas beli tiket, aku terus masuk menuju ke surau untuk solat maghrib. Semasa nak masuk surau kami terserempak dengan B.Sathianathan dan terus menyapa dan bersalaman and wishing him good luck for the game. Selepas keluar surau, aku terserempak pulak dengan Dato Azzudin ( S/U Agung FAM) tapi aku tak tegur la sebab nampak muka dia serius semacam je.huhu

PERLAWANAN BERMULA
Perlawanan bermula tepat pukul 8.45 malam dengan tempo yang agak rancak. Gerakan Malaysia banyak dijana oleh Khyrill Muhaymeen namun bukan mudah untuk melapasi pertahanan UAE yang lebih sasa dan tegap. Melihat pada 15 minit pertama permainan, perlawanan agak seimbang. "Ni boleh makan ni.." kata Epul dan aku membalas "Mintak-mintak la Malaysia buat kejutan". Tengah seronok-seronok menikmati aksi bersemangat Malaysia, GOOOLLL!!! Adus...Malaysia kena bubuh hasil set piece UAE. Defend Malaysia hanya tergamam melihat bola masuk ke jaring. Nyata sikap mereka yang tak alert dan tido membawa padah. Selepas itu pemain Malaysia masih cuba melawan melalui rangkaian serangan Zaquan-Safee-Kanchong(Amirulhadi)-Khyrill-Indraputra. Namun selepas pengadil Australia yang sengal menghadiahkan penalti kepada UAE pemain Malaysia mula down. Penalti itu sepatutnya tak perlu sebab tiada kekasaran pun yang berlaku. Hardi Jaafar mencuri bola daripada kaki mamat UAE tu pastu dia buat-buat jatuh dan tercedera sampai terguling-guling. Memang dah banyak kali dah aku tengok team-team Arab ni guna teknik berlakon ni. Padahal badan sasa giler tapi bila kena body contact sikit kat dalam kawasan lawan apatah lagi dalam kotak penalti. Yang sakit hatinya pengadil boleh tertipu pulak tu. GOOOLLL! Gol kedua buat UAE. Nampaknya sisa semangat juang Malaysia masih kelihatan. Ketika bola di kaki Kanchong yang sedang mengatur serangan dari sebelah kanan kotak penalti UAE, pengadil mat saleh yang sengal tu meniup wisel menamatkan separuh masa. Penonton mula tak terkawal melihat tindakan pengadil yang berat sebelah itu. Safee Sali cuba membantah tapi dikenakan kad kuning. Penonton yang tidak dapat mengawal perasaan mula membaling botol air ke arak pengadil.



SEPARUH MASA KEDUA
Awal separuh masa kedua Malaysia cuba bangkit dengan serangan bertali arus. Dua peluang terbaik melalui volli Zaquan dan Safee berjaya di selamatkan penjaga gol UAE. Setelah gol ketiga dijaringkan oleh UAE pemain Malaysia terus hilang punca. Semangat melawan macam dah takde terutamanya pemain defend. Gol ketiga, keempat dan kelima UAE adalah gol yang sangat mudah kerana pemain defend Malaysia terus tido. Kemasukan Adney menggantikan Syamsuri yang cedera untuk menjaga gawang juga tidak berhasil. Syamsuri lepas 3 dia lepas 2 maka jadilah 0 Malaysia 5 UAE. Belum pun game tamat aku dah cabut ngan Epul. Kecewa memang takleh cakap la. Kita meang dah tahu kemungkinan Malaysia untuk menang memang sangat tipis berdasarkan perkiraan di atas kertas malah kalau seri pun satu bonus. Tapi yang penyokong harapkan adalah keputusan yang munasabah. Kalau kalah pun biarlah kalah bermaruah. Tapi game semalam amatlah memalukan. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa inilah taraf bolasepak Malaysia ketika ini. Pengurusan FAM perlu dirombak dan Liga Malaysia perlu disusun semula supaya lebih kompetitif dan melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi. Mentaliti pemain Malaysia pun mesti diubah agar mereka punya cita-cita yang lebih tinggi. Janganlah cepat berpuas hati setakat jadi star dalam M-League saja. Cubalah pergi ke luar negara dan bermain dalam liga yang lebih kompetitif sekurang-kurangnya di Timur Tengah atau negara Asean lain yang lebih terkehadapan.

Hmm..entahlah.. tak tahulah apa aku nak cakap lagi. Yang pasti aku akan tetap hadir ke stadium memberi sokongan kepada Harimau Malaya..

2 comments:

khAINIza said...

abg razin ni bleh jadi pengulas bola sepak la...ada bakat..huhu

tokjeng said...

Oo ye ke? Kalau camtu abg boleh tukar karier jadi pengulas sukan pulak.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...