Sunday, January 4, 2009

Gaza, Doa Kami Bersamamu


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Di saat aku menulis artikel ini, saudara-saudara kita di Gaza masih berada dalam keadaan genting. Israel terus ganas menyerang dan menggugurkan bom dari pesawat F-16 dan Kfir mereka. Armada Zionis juga melancarkan serangan peluru berpandu dari arah laut.Mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 435 orang telah terbunuh dan 2285 orang cedera hasil daripada 750 serangan Israel sejak 27 Disember lalu. Tentera darat Israel telah bersiap sedia di sempadan Gaza untuk menceroboh masuk. Namun demi Allah dan Rasul-Nya,mereka tidak akan mendapat laluan mudah. Sejumlah 25 000 pejuang HAMAS sedang bersiap sedia untuk bertempur mempertahankan tanah air mereka. Ya, memang benar jika dibandingkan dari sudut peralatan ketenteraan, HAMAS yang hanya mempunyai senjata ringan mana mungkin dapat menyaingi kereta kebal Merkava dan Helikopter Apache milik Israel. Akan tetapi kemenangan bukanlah terletak pada peralatan ketenteraan sebaliknya Allah lah akan memberikan kemenangan kepada golongan yang Dia kehendaki.Aku teringat sebuah hadis yang dinyanyikan oleh Muadz di mana Rasulullah SAW bersabda,

"Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”



Semalam aku sempat menghadiri Program Ceramah Khas Palestin di Dataran Kemerdekaan Shah Alam anjuran Muslim Care, MBSA dan JAIS. Alhamdulillah walaupun program ini dirancang dalam tempoh 2 hari sahaja namun sambutan yang diberikan amat baik. Tidak kurang dari 1000 orang yang hadir dengan kutipan derma mencecah RM60 ribu. Syukur kepada Allah, masih ada insan yang prihatin dengan nasib saudara-saudara kita di Gaza.Aku hadir bersama Algebra dan Muadz untuk bersama membakar semangat jihad melalui lagu-lagu yang dipersembahkan. Memang kami tak mahir menggunakan senjata, namun sekurang-sekurangnya sedikit bakat yang Allah anugerahkan pada kami ini dapat kami manfaatkan sebagai satu sumbangan kerdil kami untuk teman-teman di Gaza secara tidak langsung. Sekiranya diberi peluang, insya Allah kami tidak akan ragu-ragu untuk mengangkat senjata demi menentang musuh-musuh Allah di muka bumi ini. Namun apakan daya buat masa ini hanya doa yang mampu kami kirimkan untuk kalian di sana. Bersabarlah wahai teman-teman di Gaza, pertahankanlah bumi suci Islam itu dan janganlah kalian berputus asa kerana sesungguhnya pertolongan Allah pasti tiba.Andai kalian syahid sekalipun, tentunya syurga akan menjadi ganjarannya. Kami di sini akan terus menyokong kalian dari jauh.Doa kami bersamamu..

2 comments:

akraminHARIRI said...

Allahuakbar....!

liya ramley said...

sebak di dada membaca artikel nih..kesibukan dalam dunia belajar kadang2 menyebabkan kite alpa pada naseb yang menimpa pada saudara seagama kite..doa dipanjatkan bersama cucuran air mate..paling tidak, sy mengharapkan diri kite semue diberi kekuatan dan ketabahan penduduk2 palestin..to us, sum trivial matters are quite bothersome..now, its time to look at the serious issues that might hinder our mission and vision as ummah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...