Sunday, July 12, 2009

Akhil Hayy: Apa Dah Jadi Syeikh? ( Bahagian 3)


Gossip yang timbul antara Ustaz Akhil dan Waheeda tentunya merisaukan isteri Akhil, Maiza. Tentunya dia meminta penjelasan daripada suaminya namun tiada siapa pun tahu apakah jawapan daripada Akhil sendiri. Yang jelas di media, Ustaz Akhil dan Waheeda menafikan sama sekali mereka sedang bercinta. Bertindak sebagai pengurus karier suaminya, Maiza tetap berhati-hati menyusun jadual suaminya agar tidak berkongsi pentas dengan Waheeda. Iyelah isteri mana yang tak cemburu ye tak? Apapun hakikatnya Akhil dan Waheeda seringkali dilihat bersama. Malah akhbar Metro pernah melaporkan mereka berdua dilihat menonton wayang bersama di sebuah panggung wayang. Tak lama selepas itu, tersiar pula gambar mereka bersama 2 orang rakan di sebuah pantai.

Aku secara peribadi pun pernah lepak dengan mereka berdua di sebuah restoran di Shah Alam bersama seorang lagi teman. Masa tu dah awal pagi. Akhil dan Waheeda datang bersama dengan kereta Waheeda kalau tak silap aku. Kebetulan aku dan seorang teman ni baru balik dari satu show di KL. Lama jugak kami borak kat restoran tu dan banyak mata juga yang memandang kami ketika itu. Yang jelas dalam pertemuan itu Waheeda dan Akhil Hayy kelihatan mesra. Seingat aku, masa tu Waheeda inform kat kami bahawa dia baru dapat tahu yang Ust Akhil ni saudara jauh dia. Selain banyak juga topik lain yang kami sembangkan.

Sekarang ni kalau aku pegi mana-mana, selalu ada yang bertanya betul ke Akhil dan Waheeda dah kawin. Aku yakin penasyid-penasyid lain pun diajukan persoalan yang sama. Namun aku tak mahu mengiya mahupun menidakkan pernyataan ini. Elok kiranya ia dijawab oleh empunya diri. Sekarang ni pun macam-macam spekulasi timbul. Berdasarkan apa yang berlaku, ramai menganggap mereka berdua dah kawin. Kalau tidak, mana mungkin mereka berdua sering kelihatan ke sana ke mari bersama. Sebagai seorang yang punya ilmu agama yang tinggi, tentunya Ustaz Akhil membuat pertimbangan yang rasional dari sudut agama sebelum melakukan sesuatu. Akan tetapi jika benar merekaa telah berkahwin kenapa ia tidak diisytiharkan?

Apa sekalipun segala cerita yang timbul ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Akhil Hayy dan Waheeda sebagai ahli agama dan penasyid. Malah aku dapat maklumat semasa gossip ini tengah hangat ada kedai-kedai yang menjual album nasyid membatalkan pesanan album Akhil Hayy. Semasa di Muktamar PAS tempohari ada juga aktivis-aktivis PAS yang berkata pada aku "Malam esok show Akhil Hayy kan? Kita baling je telur kat dia". Aku hanya terdiam mendengar kata-kata mereka walaupun ianya dalam bentuk gurauan. Pada masa tu ada seorang YB yang turut sama bersembang dengan kami. Kata-kata mereka itu tentunya punya maksud tersirat. Namun alhamdulillah tiada kejadian baling telur yang berlaku pada malam show tu malah Akhil Hayy tampil bersahaja dan penuh confident. Dia masih mampu menjadikan krisis rumah tangganya sebagai bahan jenaka malam itu. Begitulah tenangnya Akhil Hayy..

Bersambung..

Artikel lalu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...