Saturday, October 23, 2010

Ops Belangkas Setia: Persediaan ATM Membela Kemerdekaan Sulu?

Dah lama juga aku tak membeli majalah Perajurit. Bukannya apa, sekarang ni agak sukar aku temui di kedai berdekatan pejabat dan rumah aku. Aku pun tak tahu kenapa. Samalah jugak akhbar Siasah. Langsung dah tak nampak batang hidung dah. Majalah hampir 'sekufu' dengan Perajurit yang mudah didapati di sini hanyalah majalah Tempur. Tapi aku tak suka sangat gaya penulisan dalam Tempur ni. Skop penulisannya juga bagi aku tak menarik. Namun semalam alhamdulillah, semasa aku ke sebuah pasaraya di TTDI Jaya aku terjumpa majalah Perajurit keluaran Oktober. Tanpa berfikir panjang, aku terus je beli majalah yang berharga RM11 tu.

Apabila aku belek majalah ni satu persatu. Aku jumpa satu artikel yang sangat menarik. Artikel setebal 7 mukasurat ini menceritakan secara tentang terperinci tentang satu latihan ketenteraan yang pada pandangan aku berskala besar kerana ianya melibatkan operasi Markas Angkatan Bersama yakni melibatkan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia. Anehnya latihan ini tidak mendapat liputan mana-mana media arus perdana. Selain itu, dalam artikel ini pun tidak diceritakan bilakah latihan ini di adakan dan di manakah ia di laksanakan. Cuma yang dinyatakan adalah nama penulis dan penyedia foto yang turut melibatkan Cawangan Perisikan Tentera Darat Malaysia. Di bawah ini aku sisipkan petikan latar belakang senario latihan tersebut untuk korang baca dan nilai:


Sememangnya dalam artikel yang dipaparkan di atas mengatakan senario ini hanyalah bersifat fiksyen dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati namun hakikatnya dalam sesuatu latihan ketenteraan pemilihan 'subjek' atau 'senario' latihan bukanlah sesuatu yang dibuat secara suka-suka. Ianya mempunyai objektif dan maksud tertentu malah kadangkala dibuat untuk menghantar mesej tertentu kepada pihak luar. Aku masih ingat pada penghujung tahun 90-an, pemerintah Singapura telah menyatakan rasa kurang senang mereka terhadap satu latihan tentera secara besar-besaran yang diadakan di Pulau Langkawi sempena pelancaran Pasukan Atur Gerak Cepat Malaysia ( PAC ). Dalam latihan tersebut (kalau tak silap aku la), senario latihan yang dipilih ialah sebuah negara pulau di selatan tanah air telah memberi ancaman ketenteraan serius kepada Malaysia maka dengan itu ATM melalui PAC telah diberi tugas untuk meneutralkan ancaman  sekaligus menawan pulau tersebut. Aku yakin dan percaya Malaysia sengaja memilih senario itu untuk menghantar mesej tertentu kepada pemerintah Singapura. Kebetulan pada masa itu hubungan kedua-dua negara agak tegang.

Muka depan Perajurit edisi Oktober

Berbalik kepada Ops Belangkas Setia ini, aku berpendapat ianya juga dilaksana dengan maksud tertentu. Lihat saja senarionya. Fakta-fakta yang di ketengah seperti negara kepulauan di timur laut Sabah yang baru merdeka, mengalamai konflik bersenjata  hampir 50 tahun dengan negara Maynila ( sama nama ngan ibu negara Filipina la pulak) serta mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia dari sudut budaya dan agama juga
seolah-olah ianya merujuk kepada Negara dan Kesultanan Sulu yang bakal mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 November nanti. Apatah lagi nama negara yang dipilih dalam senario Ops Belangkas Setia ini ialah Masilan ( Macam nama pulau kat Sulu je.. Basilan ). Apapun sama ada memang benar latihan ini bertujuan sebagai salah satu cara untuk 'menyambut' kemerdekaan Sulu hanya ATM dan Kerajaan Malaysia saja tahu. Kalau korang nak confirmation, kena tanya diorang la. :) Untuk membaca artikel penuh tentang Ops Belangkas Setia korang bolehlah merujuk majalah Perajurit edisi Oktober.

Artikel terdahulu:

Friday, October 22, 2010

PRK Galas: Dr.Zu calon PAS

Malam tadi Pakatan Rakyat telah mengumumkan calon yang bakal mewakili mereka dalam PRK Galas 4 November ini dalam satu majlis perhimpunan yang diadakan di Dataran Ilmu Gua Musang yang turut dihadiri oleh pimpinan  PR di peringkat negeri dan pusat seperti Dato Sri Anwar Ibrahim, Dato Seri TG Abd Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Ngeh Koo Ham ( DAP) dan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz selaku pemimpin utama PAS Kelantan. TG Nik Aziz sendiri membuat pengumuman  mengenai pencalonan Dr Zulkefli Mohamad sekitar pukul 11.50 malam. Dr. Zu dikatakan calon popular dan memang telah dijangka oleh banyak pihak walaupun beliau pernah tewas kepada Ku Li untuk kerusi Parlimen Gua Musang dalam PRU 2004 dan 2008. Beliau juga adalah anak kepada bekas Adun Guchil pada 1974-78 iaitu Ustaz Mohamad Awang dan mempunyai kerjaya professional sebagai doktor perubatan. Kini di peringkat parti beliau menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang. 

Sementara itu di kem UMNO dan Barisan Nasional, calon bagi PRK Galas masih belum dimuktamadkan. Dengar khabarnya ada sedikit 'pertelingkahan dalaman' berlaku di kalangan pemimpin UMNO tempatan yang masing-masing ingin melobi orang mereka sebagai calon. Ketua Pemuda dan Wanita UMNO Gua Musang dikatakan tidak sebulu dengan Ku Li. Begitu juga dengan bekas ADUN Galas iaitu Saufi Deraman. Sekiranya 
Tuntutan tidak dipenuhi, mungkin akan berlaku 'cah keting' sesama sendiri. Budaya 'cah keting' ini memang dah lama menjadi penyakit orang UMNO Kelantan. Kalau beginilah gayanya, tak payah mimpilah nak tawan Dun Galas apatah lagi negeri Kelantan.

Antara Cedera dan Ceria

Selain daripada aksi yang tidaklah begitu menarik di tengah padang untuk diperkatakan, perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Kedah semalam turut diwarnai dengan insiden kecederaan  beberapa pemain sehingga terpaksa ditukarkan. Dalam tempoh singkat, Kelantan terpaksa menghabiskan kuota pertukaran pemain simpanan mereka. Bermula dengan Azizi Mat Rose yang cedera setelah bertembung dengan salah seorang pemain Kedah, S.Subramaniam yang masuk menggantikannya pula terpaksa dikeluarkan. Yang lebih melucukan dan menyedihkan, Subra tercedera bukan kerana 'body contact' mana-mana pemain Kedah tapi dia dilihat terjatuh bersendirian ketika cuba mendapatkan bola.


" What's wrong?", begitulah yang terpacul dari mulut jurulatih Kelantan B.Sathianathan sebaik melihat Subra diusung keluar walaupun tak sampai 5 minit beraksi di atas padang. Subra kemudiannya digantikan oleh Daudsu Jamaluddin sekaligus memaksa Sathia mengubah posisi pemain pertahanan. Farisham Ismail dibawa ke posisi pertahanan tengah  dan Daudsu mengambil alih tempatnya di pertahanan kanan.Tidak lama selepas itu, Shakir Shaari pula diusung keluar selepas berlaga dengan seorang pemain Kedah dan digantikan oleh Khairan Eroza. Khabarnya Shakir mengalami keretakan pada bahagian dagu dan masih 50:50 untuk diturunkan Sabtu ini. Azizi pula dikatakan boleh melupakan terus aksi Piala Malaysia kali ini. Kita tengoklah nanti sama ada Kelantan  boleh membenam Kedah walaupun tanpa kelibat 2 tonggak ini.


Di luar padang pula, kedua-dua penyokong pasukan berjaya mengekalkan keamanan dan keceriaan menonton bolasepak sepanjang perlawanan berlangsung. Malah ada penyokong Kelantan yang mengatakan kedua-dua pihak boleh duduk minum semeja dan borak-borak bersama selepas perlawanan. Hmm.. inilah yang kita nak. Buat apa gaduh-gaduh.. Kita datang stadium nak sokong team kesayangan kita.. Kalah menang adat pertandingan. Tak perlulah sampai kita mengikut emosi. Harapnya suasana begini akan terus berkekalan sampai bila-bila.Tahniah..

Wednesday, October 20, 2010

Tertebuskah Dendam 1993 malam ini?

Pertemuan Kelantan dan Kedah malam ini bukanlah satu pertemuan biasa. Selain daripada ianya adalah separuh akhir Piala Malaysia, Kelantan juga membawa misi untuk membayar 'hutang lama' skuad 1993. Ketika itu Kelantan yang dibimbing oleh M.Karathu dibarisi lagenda bolasepak Kelantan Hashim Mustapha yang kini penolong jurulatih Kelantan serta pemain-pemain hebat lain seperti Tuan Kamree Tuan Yahya, Zahasmi Ismail, S Selvarajoo serta dibantu oleh 3 pemain import iaitu Marco Kraljevic, Michael Roki dan Dimitri Kalkanov disingkirkan oleh skuad Kedah pada peringkat yang sama Piala Malaysia. Skuad Kedah ketika itu juga dibarisi pemian berkaliber seperti Radhi Mat Din, Ahmad Sobri Ismail, Farizuan Che Hamid, Nidzam Adha Yusof, Lee Kin Hong serta dibantu tonggak import mereka iaitu Peter Nienketien, Olobunmi Adigun dan Tibor Szaban. Kelantan tumpas 2-3 pada aksi pertama di Alor Setar dan kemudiannya rebah di Kota Bharu 0-1 hasil jaringan Lee Kin Hong.



Gol yang dijaringkan Hashim pada aksi 1993

 Masa tu kalau tak silap aku darjah 5 dan memang aku dah start ikut perkembangan skuad Kelantan walaupun tak pernah ke stadium. Aku sempat menonton siaran langsung yang disiarkan RTM ketika itu pada aksi kedua di Kota Bharu. Aku masih ingat bagaimana bagaimana seorang penyokong Kelantan menyerbu masuk ke padang dan cuba menendang pengadil perlawan iaitu Mohd Jamil Zakaria. Nasib baik pengadil sempat mengelak dan pasukan keselamatan cepat bertindak. Itulah akibatnya bila emosi gagal dikawal. Kalah menang adat pertandingan. Tak payah la kita nak bergaduh. Ironinya malam ini, penolong jurulatih bagi kedua-dua skuad yang bertembung malam ini adalah bekas pemain skuad 1993. Soalnya adakah anak-anak buah Hashim Mustapha mampu membayar hutang lama kepada pemain-pemain Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri? Kita tunggu saja aksi malam ini.

Tuesday, October 19, 2010

Sebulan Sebelum Merdeka: Panji Sultaniyah Siap Sepenuhnya..

Kurang sebulan sebelum pengisytiharan Kemerdekaan dan Kembalinya Kedaulatan Kesultanan Sulu pada 17 November 2010 ini, lagu yang bakal menjadi 'anthem' Kesultanan Sulu berjudul Panji Sultaniyah telah selamat dirakamkan di Harem Studio, Kota Damansara milik komposer terkenal Yassin. Sementara itu  komposer kelahiran Singapura iaitu Farihin Abdul Fatah turut terlibat sebagai penerbit. Kalau tak silap aku lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Saudara Asreesulu di Sandakan lebih kurang 4 bulan yang lalu. Semalam semasa ke Tesco Extra Shah Alam, aku terserempak dengan Bro Farihin dan anak-anaknya. "Bang, projek Sulu dah siap ke?" tanya aku selamba. Dia yang agak terkejut membalas, "Huh? Camne tahu? Dah siap dah semua."... " Saya pun follow gak perkembangan diorang bang.." jawabku sambil tersenyum.




Panji Sultaniyah

Bagi mereka yang tak tahu hujung pangkal tentang kisah Kesultanan Sulu ini, bolehlah merujuk blog Asreesulu. Pengisytiharan kemerdekaan ini tentunya akan membawa kesan yang bukan sedikit kepada geopolitik dan ekonomi Asia Tenggara khususnya melibatkan hubungan negara Malaysia, Filipina, Brunei dan Kesultanan Sulu sendiri. Dan jangan terkejut kalau ianya nanti akan turut melibatkan campur tangan US dan Vatican. How's that might happen? Soal itu Insya Allah aku akan ulas kemudian sebab ianya melibatkan terlalu banyak fakta untuk diolah. Penat tu nak menulis benda-benda 'berat' ni. Tapi kalau korang nak senang dan tak nak tunggu aku, bolehlah merujuk terus ke blog Asreesulu. Kat situ memang complete.Aku doakan semuanya akan berjalan lancar. Semoga kembalinya kedaulatan Kesultanan Sulu akan membawa kebaikan kepada ummah secara keseluruhannya.

Tengku Fa-iz Petra Kini Bergelar Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni
Sultan Ismail Petra
Setelah beberapa ketika tidak mempunyai Tengku Mahkota sebaik Tengku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad V, kini negeri Serambi Mekah kembali mempunyai Tengku Mahkota. Alhamdulillah pada hari ini 10 Zulkaedah 1431H bersamaan dengan 18 Oktober 2010M Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra yang juga adinda kepada Sultan Muhammad V telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan.

Pagi tadi Majlis Perajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat khas di Kota Darul Naim bagi memenuhi Perkara 14 dan Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan ( Bahagian Yang Kedua ) sekaligus menyetuh 2 perkara penting iaitu Majlis Pemasyhuran Pemilih dan Pelantikan Waris, dan Majlis Pengurniaan Gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan. Keputusan mesyuarat tersebut kemudian diangkat sembah kepada KDYMM Sultan Muhammad V oleh wakil MPN di Istana Telipot sebelum diperkenankan oleh baginda tengahari tadi.


 Sultan Muhammad V ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan

Sultan Muhammad V dan Tengku Fa-iz
Sehubungan dengan itu, majlis pemasyhuran pelantikan waris dan majlis pengurniaan gelaran Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan di Istana Negeri tengahari tadi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Kelantan dan timbalannya serta ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri.Pemasyhuran ini tentunya mengembirakan seluruh rakyat Kelantan.Ia juga merupakan sesuatu yang bersejarah kerana dikatakan pertama kali seorang adinda kepada Sultan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota sekaligus mewarisi takhta Kesultanan Kelantan. Semoga gandingan Sultan Muhammad V dan Tengku Muhammad Fa-iz akan menambahkan lagi kemakmuran negeri Kelantan Darul Naim. Takbir!!

Monday, October 18, 2010

Sesuatu Bakal Berlaku di KB hari ini?

Khabar angin ini telah tersebar sejak minggu lepas setahu aku. 'Sesuatu' bakal berlaku di Kota Bharu pada hari ini dan khabarnya ianya adalah sesuatu yang mengembirakan ramai orang. Itu yang penting. Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik. Aku pun tak pasti sama ada ianya satu yang 'confirm' atau tidak, jadi tak perlulah aku kongsikan lagi apakah 'sesuatu' itu.


Pada masa yang sama, dikhabarkan Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali juga akan menjalani pembedahan jantung di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur hari ini. Beliau telah dimasukkan hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu selepas mengadu sakit dada. Setelah pemeriksaan lanjut dijalankan, pihak doktor mencadangkan beliau untuk melakukan pembedahan segera. Sama-sama kita doakan Tok Him selamat menjalani pembedahan tersebut.


Saturday, October 16, 2010

Gergasi Rebah di Kaki Sang Kijang



Penonton yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad ke IV semalam tentunya sangat berpuasa hati dengan kemenangan yang dicatat oleh skuad The Red Warriors pada suku akhir kedua semalam. Apatah lagi mereka berjaya meleburkan ego pemain dan penyokong Selangor dengan kemenangan bergaya 3-0. Kalau kita baca di facebook kelab penyokong Kelantan pun, itulah luahan yang paling banyak dinyatakan.





Semalam Selangor bermain dalam keadaan yang serba tak menjadi terutamanya pada separuh masa pertama. Mereka kelihatan begitu tertekan dan tak bemain seperti selalunya. Aku sendiri banyak kali menonton aksi Selangor, baik ketika menentang Kelantan ataupun pasukan lain. Dan bagi aku persembahan Selangor pada separuh masa pertama semalam adalah yang terburuk pernah aku tonton. Perkataan paling tepat untuk aku kaitkan degan aksi mereka ialah 'kiya'. Orang Kelantan faham la ape yang aku maksudkan ni. Sorry la aku tak dapat cari perkataan 'kamus' yang sesuai untuk dibandingkan dengan istilah tu.




Aku suka dengan kenyataan coach Kelantan B.Sathianatahan semalam. "Kita jangan terlalu gembira. Kita belum menang apa-apa lagi. Kita baru layak ke separuh akhir. Kita belum pun mencipta sejarah. Perjalanan kita masih jauh.Jadi kita semua perlu fokus dan terus berjuang untuk perlawanan seterusnya." Begitulah lebih kurang apa yang disebut oleh Sathia.Apapun syabas buat Sathia dan the Red Warriors.Semoga Piala Malaysia milik kita tahun ini.

Friday, October 15, 2010

Selamat Berjuang The Red Warriors!


Jangan tak tahu, Fasha Sandha pun penyokong Kelantan tau.. :)
Ketika artikel ni ditulis, aku tengah dengar Tok Najib sedang membentangkan Bajet 2011. Ade jugak la beberapa benda menarik yang aku dengar. Cuma aku tak boleh nak fokus sangat macam tahun-tahun lepas. Esok jelah  aku buat analisis dalam paper. Lagipun otak aku tengah dok fikir pasal suku akhir Piala Malaysia malam ni. Pertembungan pusingan kedua antara Selangor dan Kelantan tentunya sesuatu yang menarik untuk ditonton. Cuma aku tak pasti  sama ada RTM atau Astro Arena ada menyiarkan perlawanan ini. Nak balik Kelantan tengok kat stadium agak tak berbaloi. Sebabnya kalau aku balik sekalipun belum tentu dapat masuk stadium. Maklum sajalah stadium kat KB tu kecik je. Boleh muat hanya sekitar 25 ribu orang. Dalam perlawanan Liga Super pun ramai yang tak dapat masuk, inikan pula suku akhir Piala Malaysia.


Mustafa Kamal dan Sabri Yunus: Selebriti kelahiran Kelantan yang turut mendokong The Red Warriors

Apapun aku dan seluruh rakyat Kelantan berharap the Red Warriors dapat bawa balik Piala Malaysia ke Kota Bharu. Ianya merupakan harapan yang sangat bermakna untuk dicapai. Maklumlah Kelantan tak pernah menang Piala Malaysia. Selangor lain la, diorang dah 32 kali menang Piala Malaysia. Lagipun aku harap ianya akan menjadi hadiah terbaik buat Sultan Muhammad ke-V sempena pertabalan baginda. Ayuh The Red Warriors, buktikan anda sememangnya pasukan ulung dan mampu bergelar sang juara! Para penyokong pulak, janganlah buat benda bukan-bukan lagi.. Memang satu Malaysia tahu kito bako beghani tapi kita tak perlu membuat onar untuk membuktikan kito oghe gedebe. Biarlah gedebe kita tu, kita simpan dan gunakan untuk sesuatu yang positif. Barulah kita akan dihormati kawan dan lawan. Selamat berjuang the Red Warriors!

Pop Tee Vee

Hmm.. memang dah lebih sebulan aku tak menulis kat sini. Dengan laptop aku yang dah rosak dan laptop baru yang tak sampai-sampai lagi, aktiviti penulisan aku memang terencat. Mood nak menulis pun takde.So aku perlukan momentum baru untuk kembali menulis. Alhamdulillah pengalaman menyaksikan perlawanan sensasi antara Selangor dan Kelantan memberi motivasi kepada aku untuk membersihkan sawang-sawang yang dah bertapak di blog ni. Sekurang-kurangnya dapatlah aku mengubat rindu ( rindu ke?) kawan-kawan yang selalu menjenguk aku di sini. Terima kasih atas sokongan kalian. 




Kali ni aku nak kongsikan satu benda yang agak best untuk korang tonton di internet terutamanya bagi mereka yang minat dengan isu-isu semasa dan politik macam aku. Website Popteevee ni actually aku jumpa secara tak sengaja semasa surfing kat blog Malaysia-Today. Masa tu tak silap aku ada satu entry yang memapar klip video "I Am A Matcha". Bila aku view klip tu aku dapati boleh tahan jugak sedap lagunya dan kualiti videonya juga quite good. Mulanya aku ingatkan mamat indie mana yang nyanyi namun lepas aku selidiki mamat ni rupanya host kepada program That Effing Show yang merupakan salah satu content dalam Popteevee ni. Then bila aku 'google' further, mamat ni rupanya anak kepada Dato' Zaid Ibrahim bekas menteri kabinet Pak Lah yang kini dah jadi orang kuat PKR. Nama dia Mohd Ezra Zaid.




Sejak itu, aku mula mengikuti Popteevee ni secara dekat terutamanya program That Effing Show. Apa yang aku suka tentang That Effing Show ni adalah method atau cara mereka mengetengahkan isu-isu semasa kepada penonton dalam bentuk yang bersahaja dan kreatif. Walaupun isu atau subjek yang dibincangkan itu agak 'berat' tapi cara persembahannya menyebabkan ia kelihatan ringan dan menarik sekaligus mudah dicerna oleh penonton terutamanya di kalangan anak muda. Namun awas, ianya agak kritis dan mungkin boleh menyinggung perasaan atau mengganggu emosi sesetengah pihak sebab diorang ni memang jenis yang 'straight forward'. Sebab tulah korang kena betul-betul baca 'caution' yang dipaparkan pada setiap siaran. Kalau korang jenis yang mudah tersinggung, terkeliru atau terpengaruh, baik lupakan saja niat untuk menontonnya. Pemikiran pun kena dibuka seluas-luasnya. Lawak yang dipaparkan pun boleh dikategorikan 'lawak educated' atau "lawak pakai tie" ( meminjam istilah yang digunakan kawan aku, Zulazri Harun). So kalau orang tu tak faham isu atau kepala otaknya tak terbuka memang benda tu takkan jadi lawak.



Namun suka aku ingatkan di sini, aku tidaklah menyuruh korang terima bulat-bulat pendapat atau pandangan mereka. In fact aku sendiri pun banyak yang tak bersetuju dengan cara mereka berfikir dalam certain issues. Aku anggap ianya sekadar hiburan yang 'berisi' dan seronok untuk ditonton. Korang nilailah sendiri melalui 3 episod terpilih That Effing Show yang aku embed kat sini. Kalau korang rasa ianya tak best dan menyakitkan hati, just close the window or tab. Fair enough huh? Selamat menonton!

Kelantan vs Selangor: Hangat di Dalam, Panas di Luar

Beli Tiket, Sambar Jersi
Semalam aku sempat hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan sensasi antara the Red Warriors dan Red Giants di Stadium Shah Alam. Aku memang dah jangka perlawanan ni akan menarik puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan jadi aku beli tiket seawal pukul 5.00 petang. Even masa aku sampai kat stadium petang tu, sudah ramai penyokong yang melepak di sekitar stadium terutamanya penyokong Kelantan yang datang dari jauh. Sebelum balik ke office, aku sempat 'sambar' satu jersi Kelantan kat gerai jualan yang dah terpacak di luar pintu masuk stadium. Kelantan ada dua set jersi, satu merah (home) satu lagi putih (away). Oleh kerana dalam game ni team kelantan pakai jersi away, so aku beli la jersi putih. Maka terbanglah RM45 dari dompet aku. RM10 untuk tiket dan RM35 untuk jersi.Tapi tak kisah la tu.. Red Warriors punya pasal..

Jersi away the Red Warriors

Melangkah ke Stadium
Selepas menghabiskan sepinggan nasi goreng kampung di Al Rafi dan solat maghrib, aku terus memandu ke stadium yang jauhnya kira-kira 'sepelaung' je dari office aku. Tapi sebab aku nak mudah cari parking jadi aku aku gerak awal. Itu pun masih agak lewat sebab bila aku masuk kawasan parking stadium ia dah hampir penuh. Aku masuk stadium lebih kurang pukul 7.30 malam. Sebaik aku melepasi pemeriksaan keselamatan di pintu masuk., aku tengok ramai penonton yang berpusu-pusu menunaikan solat di surau stadium. Sejuk mata memandang. Aku melangkah masuk melalui Pintu H dan masa tu pun penyokong Kelantan dah hampir memenuhi ruang yang diperuntukan.Aku pun terpaksa duduk seat di bahagian atas.Nasib baiklah view dari tempat duduk tu cantik. Cuma yang tak bestnye, abang yang duduk sebelah asyik merokok je tak putus-putus.Naik rimas aku dengan asap rokok dia. Hmm.. nampaknya masih ramai orang kita yang takde civic minded.

Macam Tin Sardin
Suasana yang tenang pada awalnya mula menjadi kecoh apabila semakin ramai penyokong kelantan masuk ke dalam stadium tidak dapat tempat duduk. Malah ramai yangterpaksa duduk di tangga mahupun berdiri. Yang tak dapat langsung masuk ke dalam area penyokong Kelantan pun ramai. Apabila keadaan dah jadi macam tin sardin, penyokong-penyokong yang tak berpuasa hati mula bersuara supaya pihak stadium membuka pintu pagar ke kawasan tempat duduk belakang gol dan di sebelah vvip. Setelah campur tangan beberapa wakil Kelab Penyokong Kelantan dan pimpinan KAFA, barulah pintu pagar tersebut dibuka. Itupun pada pandangan mata kasar aku masih belum cukup untuk menampung bilangan penyokong Kelantan yang sangat ramai. Dikhabarkan jumlah tiket yang dibeli awal oleh kelab penyokong Kelantan sahaja pun sudah mencapai angka 32 ribu. Itu tak dicampur lagi yang dibeli di Shah Alam pada hari perlawanan. Jadi korang boleh bayangkanlah berapa ramai penyokong yang hadir. So memang tak pelik apabila media menyebut jumlah penyokong kedua-dua pasukan yang hadir mencecah 80 ribu orang!

Tengoklah sendiri betapa ramainya penyokong yang hadir. Ini baru Kelantan je tak campur Selangor lagi

Malangnya FAS tak belajar dari kesilapan lalu. Insiden macam ni pernah terjadi semasa perlawanan liga Super yang lepas. Kebetulan masa tu aku pun ada di stadium. Apabila penyokong terpaksa bersesak-sesak dan duduk dalam keadaan tidak selesa tentulah emosi juga akan terganggu. Tak keterlaluan jika aku katakan tindakan FAS ini pun menjadi salah satu punca utama kekecohan berlaku anatara penyokong. Sepatutnya FAS sudah boleh menjangka bilangan penonton yang bakal hadir dan memberi peruntukan tempat duduk yang sesuai.Apatah lagi FAS memang dah tahu sekurang-kurangnya sebelum hari perlawanan pun dah 32 ribu  keping dibeli penyokong Kelantan. Cubalah berlaku adil sikit..Paling mudah, bagi je sama rata macam final Piala Malaysia.Selesai masalah..


Aksi dalam Padang
Sepanjang 90 minit menonton, aku rasakan ini antara perlawanan yang paling menarik dan bermutu dalam kancah bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan saling serang menyerang dalam tempo permainan yang laju dan rancak. Jarang sekali aku dapat lihat pemain berjalan. Masing masing terus berlari dan bergerak untuk berada dalam kedudukan terbaik bagi menyerang mahupun bertahan. Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal menjadi duri dalam daging pertahanan Kelantan. Memang mereka berdualah yang menjadi nadi utama Selangor. Di pihak Kelantan pula NorFarhan, Akmal Rizal dan Nurshahrul Idlan sering mengkucar kacirkan pertahanan Selangor.Mereka banyak dibantu oleh Indraputra dan Piya yang menjadi arkitek di bahagian tengah. Walau bagaimanapun kecemerlangan penjaga gol dan pertahanan kedua-dua pasukan menafikan gol yang cuba dijaringkan oleh jentera serangan. Pendek kata perlawanan memang best cuma layangan kad merah kepada Nurshahrul dan P.Gunalan sedikit merencatkan tempo permainan apabila kedua-dua pasukan terpaksa meneruskan aksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.

Pesta Baling Membaling
Penghujung babak pertama perhatian aku dan aku rasa sebahagian besar penonton lain juga mula teralih dari aksi di tengah padang ke aksi di luar padang.Sampai aku tak perasan macam mana P Gunalan ngan Nor Shahrul boleh kena kad merah. Mana taknya, mata aku asyik tertumpu dengan aksi baling membaling antara penyokong Kelantan dan Selangor di tempat duduk bahagian belakang goal post. To be frank, aku tak pasti siapa yang mulakan dulu. Yang jelas mercun, kerusi stadium dan botol air memang jelas kelihatan berterbangan di udara. Sebahagiannya kena pihak keselamatan yang cuba meleraikan keadaan. Benda macam ni takkan berlaku kalau masing-masing tak melakukan provokasi, ejek mengejek dan sebagainya.Apa yang aku kesalkan, pihak FRU, Polis dan Rela tidak menganmbil tindakan tegas terhadap 'kepala-kepala halian' yang membuat kecoh. Kalau pihak polis terus tangkap je kepala-kepala 'gedebe' daripada kedua-dua pihak  tentu kekecohan tu takkan berlarutan sehingga hampir setengah jam. 





Sedang aku dok tengok kekcohan tu, tiba-tiba ada pulak sorang penyokong Kelantan yang bangang melancarkan mercun ke arah kumpulan paramedik. Kalau diorang tembak kawasan simpanan pemain Selangor ke aku faham la alasannya walaupun aku menetang perbuatan macam tu tapi geng paramedik tu takde kena mengena langsung dengan persaingan antara Kelantan ngan Selangor. Diorang cuma jalankan tugas untuk merawat pemain. Kesian brother tu aku tengok. Berguling-guling dia lepas kena tembak ngan mercun roket. Tak tahulah dia cedera atau tak.

Sambung Berentap di Luar
Selepas tamat perlawanan aku terus keluar dari stadium. Selalunya aku lepak dulu dalam stadium dan melihat pemain-pemain kelantan buat warming down sebelum masuk bilik persalinan. Kenkadang pemain-pemain Kelantan akan datang menyapa para penyokong yang masih tinggal sebagai tanda penghargaan. Namun kali ni aku terus je belah selepas wisel penamat tapi aku tetap stuck dalam kereta masa nak keluar dari parking lot. Maklumlah kereta terlalu banyak. Mungkin ada hikmahnya aku keluar awal. Sebaik aku sampai office dan bukak facebook  lebih kurang pukul 12.00 malam, aku terbaca berita tentang insiden pergaduhan di luar stadium dan kejadian seorang penyokong Kelantan mati akibat sesak nafas. Dalam keadaan atau suasana yang agak tegang sebegitu sedikit provokasi saja pun boleh mencetuskan pergaduhan. Dilaporkan memang ada yang cedera malah ada gambar mangsa yang tersebar di internet.

Aku tak pasti ini gambar mangsa yang sesak nafas atau yang kena pukul ( cerita lanjut rujuk kat sini )

Sampai Bila Samseng Bolasepak Berterusan?
Aku tak tahulah sampai bila mentaliti  segelintir penyokong yang bebal dan berlagak samseng ni nak berubah. Soal mercun saja pun dah berbuih FA negeri bagitahu penyokong tapi diorang tetap degil malah kini mercun yang lebih advanced dibawa masuk ke dalam stadium. Memang agak mustahil untuk pihak keselamatan memeriksa satu persatu penyokong yang berjumlah ribuan orang. Benda ni hanya dapat settle melalui kesedaran dan perubahan attitude para penyokong sendiri. Satu lagi aku syorkan, lepas ni jangan benarkan air mineral dalam botol dibawa masuk ke dalam stadium sebab benda nilah yang menjadi objek balingan yang paling popular. Kalau diorang nak minum atau nak jual, kena jual air dalam plastik atau gelas polistrin atau yang sewaktu dengannya. Sekurang-kurangnya material macam tu sukar untuk dijadikan objek balingan.

Dari kiri: Menter Besar Kelantan, Tengku Bendahara dan Sultan Muhammad V

Selamat Berjuang
Kepada para penyokong, janganlah kita terlalu fanatik dan ekstrem dalam memberi sokongan. Kita masih punya iman dan adat ketimuran yang perlu kita hayati dan patuhi. Janganlah terlalu mengikut emosi. Berilah sokongan yang membina kepada pasukan kesayangan masing-masing dan janganlah pula memberi sokongan yang membawa rebah. Aku ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Che Karma Sulaiman yang meninggal dunia dalam kejadian tempohari akibat sesak nafas juga kepada mangsa-mangsa budaya samseng bola sepak. Buat penyokong setia the Red Warriors marilah sama-sama kita buktikan bahawa kita adalah penyokong terbaik di Malaysia sama ada di dalam mahupun di luar stadium serta layak bergelar anak jati Bumi Serambi Mekah. Buat pasukan The Red Warriors, berjuanglah dengan penuh kesungguhan demi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kelantan buat pertama kali. Alangkah manisnya jika tahun ini kita dapat hadiahkan Piala Malaysia kepada DYMM Sultan Muhammad V sempena pertabalan Baginda. Gomo Kelate Gomo! Takbir!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...