Melihat kepada perkembangan terkini di media dan pergerakan jentera pilihanraya terutamanya dari pihak UMNO dan Barisan Nasional menampakkan tanda-tanda pilihanraya memang sudah dekat. Khabarnya hari ini pun ada mesyuarat khas di Putrajaya bersama jentera penerangan UMNO/BN. Tentunya perbincangan mereka bukannya pasal persiapan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO tahun ini.. Ada juga maklumat yang mendakwa sesetengah Badan Perhubungan BN Negeri telahpun mula merangka manifesto pilihanraya bagi negeri masing-masing. Lobi-melobi calon pulak takyah cerita la.. memang dah lama berlaku.. Malah rasanya hampir kesemua badan perhubungan negeri memang dah ada senarai calon untuk ditapis Dewan Tertinggi BN.
Psywar pulak memang dah lama bermula. Kita tengok sahaja isu-isu yang dimainkan dimedia arus perdana. Hampir kesemuanya mempunyai impak dari sudut politik. Cuma yang menariknya kali ini, aku tengok pihak UMNO/BN turut memanipulasi sepenuhnya media baru seperti blog, youtube dan facebook dalam 'kempen' kali ini walaupun mereka turut punya full access pada media arus perdana. Maklum sajalah, media arus perdana kita hari ini mendapat persepsi yang sangat negatif dan dituduh tidak adil serta telus dari aspek politik. Kita tak dapat menolak hakikat bahawa sebilangan besar masyarakat kita hari ini terutamanya di bandar lebih mempercayai berita atau maklumat yang disebarkan di internet walaupun tidak semuanya tepat dan benar. Jadi aku rasa dalam pilihanraya kali ini pertempuran yang lebih hebat bakal berlaku di alam siber.
Kempen mengundi dulu-dulu
Bagi sesiapa yang tak daftar-daftar lagi mengundi tu walaupun dah layak cepat-cepatlah daftar. Mana la tahu kot-kot masih sempat (tapi honestly aku rasa tak sempat dah.. huhuhu).. Pendapat yang agak popular mengatakan pilihanraya akan diadakan pada bulan 11 sebab nombor 11 tu nombor bertuah PM kita. Ntahlah la aku pun tak tahu betul ke tak. Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita kena jalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah. Pilihlah pemimpin yang tepat dan boleh mentadbir negara kita ini dengan penuh amanah, adil dan saksama.Mengundi ni bukan hal main-main. Ia melibatkan masa depan dan halatuju negara serta kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini..