Sebagai seorang muslim yang mukmin, tidak ada orang Islam pun di Malaysia ini sama ada dari PAS, UMNO, PKR, DAP atau yang tak berparti sekalipun yang berani untuk menolak hukum hudud. Kerana perbuatan menolak hukum yang ditetapkan oleh Allah hanya boleh membawa kepada gugurnya akidahnya seorang muslim. Anologinya mudah, orang yang tidak menunaikan solat dikategorikan sebagai orang yang berdosa akan tetapi orang yang mengatakan solat tidak wajib maka akan gugurlah akidahnya. Maka dengan itu adakah kita sebagai muslim di Malaysia ini berada dalam keadaan berdosa? Biarlah orang yang lebih layak mengupasnya. Aku hanya menimbulkan persoalan..
Hudud by Dr MAZA
Walaupun seminggu dua ni media cetak dan elektronik sedang hangat memainkan isu hukum hudud untuk tatapan masyarakat, aku yakin masih ramai rakyat muslim Malaysia yang tak tahu apakah maksud hukum hudud itu sepenuhnya. Yang kebanyakan orang tahu, hudud tu kalau mencuri potong tangan, berzina kena rejam. Itu jelah yang aku rasa majoriti orang Malaysia tahu. Hudud hakikatnya adalah salah satu daripada hukum jenayah Islam yang terdiri daripada 3 komponen iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir . Mungkin untuk lebih memahami takrif hukum hudud, anda boleh rujuk ke blog ini.
Kenyataan awal pemimpin Pakatan Rakyat
Ikhlaskah kita dan pemimpin-pemimpin kita di Malaysia dalam memperjuangkan hudud ini? Atau hanya mencari laba politik semata-mata?Seingat aku, isu hukum hudud ini hanya timbul dan menjadi sebutan masyarakat apabila PAS berkuasa di Kelantan selepas pilihanraya 1990. Ianya menjadi antara bahan kempen utama PAS dalam pilihanraya tersebut. Dewan Undangan Negeri Kelantan kemudiannya telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 ( Hukum Hudud) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya dikatakan terhalang selepas Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah menghantar satu surat yang menegah pelaksanaan undang-undang tersebut atau dikenakan tindakan. Pada tafsiran PAS ketika itu, tindakan yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir ialah pengisytiharan undang-undang darurat yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri sekaligus menyingkirkan PAS dari tampuk kuasa pemerintahan kerajaan negeri. Maka pimpinan PAS memilih untuk menyelamatkan "demokrasi" (kuasa pemerintahan yang dipilih rakyat) daripada terus melaksanakan undang-undang hudud.
Hujah UMNO dan Tun Mahathir
Merujuk kepada surat yang dah aku sebut di
atas, enakmen tersebut dihalang kerana ianya didakwa tidak adil. Dalil utama
yang disebut oleh beliau ialah enakmen tersebut hanya terpakai kepada umat
Islam sahaja. Ini bermakna hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam
manakala orang bukan Islam akan dikenakan hukuman yang berbeza. Sehingga ke
hari ini, PAS masih berpegang kepada idea bahawa pelaksanaan hukum hudud hanya
untuk orang Islam sahaja. Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang
dikatakan agak mesra pembangkang sebaliknya menentang prinsip ini. Beliau
berpendapat jika ingin dilaksanakan, hudud perlu dikenakan kepada semua rakyat
baik muslim mahupun non-muslim demi mendapatkan keadilan yang hakiki.Soalnya
mengapakah PAS berpandangan demikian? Adakah faktor masyarakat majmuk menjadi
penghalang kepada pelaksanaan hudud secara menyeluruh? Aku cuba juga merujuk
pelaksanaan hukum hudud di negara-negara Islam yang telah melaksanakannya
tetapi tidak pula aku dapati mereka membeza-bezakan pelaksanaan hukum hudud
kepada muslim dan non-muslim.(Kalau salah tolong betulkan kenyataan ini)
So Kenapa Karpal Nak Kecoh ?
Aku pun tak faham dengan Pengerusi DAP ni yang tiba-tiba melenting bila PAS sebut pasal hudud. "Hello Aya, PAS nak laksana hudud untuk orang Islam jela, you nak kecoh ape hal? Ini orang Islam punya undang-undang maa.. Kami orang Islam yang beriman wajib menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Apa you mau halang hak kami untuk amal agama kami ka?This is a part of our human rights la..You jaga agama u saja la, jangan campur urusan kami. ". Kalau aku jumpa dia, itu la agaknya yang aku nak sangat cakap. Yang sepatutnya rasa terancam ke, tak selesa ke, adalah parti komponen BN yang dianggotai non muslim macam MCA, Gerakan atau PBS sebab UMNO cakap, kalau nak laksana hukum hudud, kena apply kepada semua rakyat baik muslim atau non-muslim. Cuma soal bila UMNO nak buat masih menjadi tanda tanya.

Hudud: Muhasabah buat PAS by YB Dr. Dzulkefly
Maqasid Syariah
"Kalau kita tak mampu untuk buat semua, kita tak perlu tinggal semua, kita buat apa yang boleh.." ini antara konotasi yang sering digunakan oleh pimpinan PAS. Secara umumnya aku juga bersetuju dengan konotasi itu namun bolehkah ia terpakai dalam isu pelaksanaan hudud ini? Hmm.. ntahlah, aku pun tak tahu. Matlamat pelaksanaan Syariah Islam atau Maqasid Syariah itu adalah keadilan kepada seluruh umat manusia. Maka soal keadilan ini merupakan perkara yang paling utama atau aula untuk direalisasikan. Andai pelaksanaan sesuatu mekanisme syariah seperti hukum hudud tidak boleh membawa kepada keadilan kerana faktor-faktor luaran, maka adalah penting untuk ia ditangguhkan pelaksanaannya sehingga faktor-faktor yang menghalang itu berjaya di atasi. Inilah yang aku lihat menjadi teras kepada hujah UMNO dalam menghalang PAS untuk melaksanakan cadangan undang-undang hudud sama ada di Kelantan mahupun Terengganu walaupun ianya telah diluluskan di peringkat DUN.
Habis tu Sampai Bila Nak Tunggu Bro?
Persoalan inilah yang tergantung sampai sekarang.. Dalam simulasi debat UMNO-PAS yang dijalankan oleh Dr Mahathir suatu ketika dulu pun, persoalan inilah yang tidak mampu dirungkai oleh tokoh-tokoh terlibat. Sampai bila kita nak kata kita belum bersedia? Salah seorang panelis menyatakan "Kita mesti letak sasaran tempoh masa bilakah kita mampu melaksanakan hudud ini". Panelis antara lain menyentuh soal ketiadaan atau kekurangan hakim dan peguam yang mahir dalam kedua-dua undang-undang sivil dan syariah sebagai alasan. Dan yang lebih kritikal perlembagaan juga harus dipinda untuk menjadikan hukum hudud, qisas dan ta'zir mengambil alih peranan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah. Dari aspek penguatkuasaan undang-undang pun, akan timbul masalah sebab pihak polis tidak berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga dengan institusi penjara.Jadi macam mana kerajaan negeri Kelantan ataupun Terengganu nak laksanakan hudud tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini dikuasai oleh UMNO-BN? Sekarang ni semua orang boleh bercakap itu dan ini namun kita hanya boleh tengok sama ada PAS benar-benar ikhlas melaksanakan hudud andai ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas pilihanraya akan datang. Jangan pula alasan yang diguna oleh UMNO akan di'recycle' oleh PAS sudah la.
Sinar di Hujung Terowong
Aku rasa hukum hudud hanya akan mampu dilaksanakan andai ummat Islam bersepakat dengan satu suara, satu nada untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Andai perlu referendum untuk membuktikannya, kita buatlah referendum. Sebagai penduduk majoriti, umat Islam harus menterjemahkan hasrat dan keinginan mereka melalui sistem demokrasi yang ada.Andai kita bersatu, maka kawan-kawan daripada bangsa lain pun akan akur dan harus menghormati pendirian kita. Para pemimpin politik Muslim baik dari UMNO, PAS atau mana-mana parti sekalipun juga harus punya keberanian dan political will yang tinggi demi memartabatkan hukum Allah SWT. Janganlah kerana takut hilang sokongan teman-teman non-muslim kita terlupa bahawa kita lebih memerlukan 'sokongan dan dokongan' Allah AWT dalam mentadbir alam ini. Bersama kita jadikan hukum hudud sebagai satu realiti dan bukannya retorik semata-mata.

TPM: Kita nak buat tapi belum bersedia

Simulasi Debat UMNO-PAS yang turut menyentuh isu hudud