Tuesday, July 21, 2009

Man U vs Malaysia (Rematch)


Apabila mendapat tahu pada malam selepas game pertama, akan ada rematch maka aku terus memutuskan untuk turut ke stadium Bukit Jalil. Aku turun bukan untuk melihat MU sangta tapi aku turun sebagai penyokong Harimau Malaya. Lagipun aku fan Chelsea, takkan la aku nak support Man U pulak. Pada mulanya aku berfikir 2 kali jugak sebab harga tiket boleh tahan mahalnya dan boleh buat kita sakit kulit.huhu.. Tapi demi Malaysia yang tercinta, aku teruskan jua hasratku itu. Bak kata pepatah melayu, andai patah sayap, bertongkat paruh pun kan ku terbang jua.

Esoknya aku dapat sms daripada Bali yang bagitau aku Edi dan Yan mintak tolong belikan tiket. Mereka nak turun all the way dari Alor Star. Mereka ni memang peminat tegar MU sejak dulu lagi. Bali cakap kat aku, diapun nak join. Pagi Ahad tu actually Nasyeed.Com dan Nisa' Malaysia anjurkan event Gurl De Futsal. Pertandingan Futsal untuk wanita sahaja. So aku tak campur sangat di peringkat operasi sebab semuanya kami bagi staff perempuan yang handle. Tengahari yang sama aku, kerol dan waie bersama isteri masing-masing ke kenduri kahwin anak saudara Abang Zaidi Wildan kat Klang. Sempat juga aku menyanyi selagu dua. Balik dari situ aku, singgah kat Extreme Park Shah Alam, nak tengok apa yang berlaku dalam event futsal tu. Alhamdulillah semuanya ok. "Bestnye kalau dapat pegi!" Begitulah reaksi geng gadis-gadis officemate aku bila aku cakap nak ke Bukit Jalil beli tiket game MU vs Malaysia. "Nak turun jom la" ajak aku. "Tiket mahal la bang,"keluh mereka.

Bali: Ari tu saya sokong MU, hari ni Malaysia la pulak!!

Sampai di Bukit Jalil aku terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket. Dalam dok beratur tu aku sms mass, tanya dia nak join tak. Dia call aku then cakap ok. So aku pun belilah 5 tiket untuk aku, Bali, Mass, Eddie dan Yan.Jadi RM58 x 5 = RM290. Lepas tu aku terus balik ke Shah Alam. Sampai je kat office tiba-tiba Mass menyapa aku,"Abang Razin, Mass lupa la esok malam ade meeting wedding."Aku nampak raut wajah Mass ketika tu memaparkan sedikit rasa bersalah sebab dia terlupa pasal meeting yang dia kena attend tu. "Terpulang la Mass, tiket pun dah beli,"balas aku sambil tersenyum. " "Takpe Mass cuba pujuk boss," ujar Mass.. "Good Luck! Tiket tu Mass simpan dulu. Boleh pegi tu.Insya Allah,"kataku memberi semangat.

Dah sampai stadium dah!!

Malam tu aku dapat call dari Mass,"Abang Razin, boss bagi Mass pegi tapi Mass kena settlekan kerja-kerja Mass dulu.Tapi Mass takut lambat siap je." "Bagus la tu, takpelah Abang tunggu,"balasku bersahaja. Aku, Bali dan Mass akhirnya bergerak ke Bukit Jalil pada pukul 6 petang. Perjalanan melalui KESAS agak lancar walaupun ada sedikit kesesakan di persimpangan the Summit USJ. Sampai saja di stadium kami terus cari parking dan terus ke Green Gate. Eddie dan Yan menunggu kami di situ. Selepas masing-masing dapat tiket, kami terus masuk. Kami ambil tempat duduk di area 2M. Masa kami masuk tu orang dah mula ramai cuma takdelah seramai masa first game hari tu. Masuk saja waktu maghrib kami bergilir-gilir menunaikan solat. Kang kalau tinggal tempat duduk sekaligus kang, kena ambil kat orang lain pulak.

We proud to be Malaysian.Malaysia Boleh!

Menjelang 8.00 malam pemain-pemain Malaysia mula masuk ke padang kemudian diikuti oleh MU untuk memanaskan badan. Stadium menjadi gamat apabila melihat bintang-bintang MU seperti Rooney, Owen, Anderson, Evra dan lain-lain masuk ke padang. Oleh kerana aku bukanlah peminat MU maka keterujaan itu tidak berjangkit padaku. 8.30 malam barisan pemain masuk ke bilik persalinan untuk bersiap sedia. Sepuluh minit kemudian kesebelasan utama MU dan Harimau Malaya berarak masuk ke padang dan diperkenalkan kepada tetamu kehormat iaitu Tengku Abdullah (Tengku Mahkota Pahang), Dato Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan), Dato Azzuddin Ahmad ( Setiausaha Agong FAM), Dato Redzuan Sheikh Ahmad ( Timb Presiden FAM) dan Dato' Mohamed Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan).

Geng Utara ( Eddie, Yan dan Mass)

Sebaik perlawanan bermula, Malaysia lebih dulu mengatur serangan ke gawang MU namun semuanya mudah dipatahkan oleh pertahanan MU. Selepas minit ke 5, MU mula mengasak hebat kubu Malaysia. Macheda, Tosic, Owen dan Giggs menjadi duri dalam daging kepada benteng pertahanan Malaysia yang berhempas pulas mengawal gawang daripada ditembusi. Namun akhirnya pada minit ke 10, gawang Malaysia bocor juga melalui jaringan Macheda. Ternyata MU tampil dengan permainan yang lebih bersungguh-sungguh dan kemas berbanding perlawanan pertama. Kelebihan mereka dari sudut taktikal juga memang terserlah. MU tentunya tidak rela gawang mereka dibocori lagi sebagaimana perlawanan pertama. 3 minit kemudian Owen pula menjaringkan gol dalam situasi yang agak kelam kabut di dalam kotak penalti Malaysia.
Tepukan tahniah daripada para penonton

Malaysia cuba bangkit untuk bersaing dengan cuba melancarkan serangan namun bila sampai kotak penalti, penyerang Malaysia agak malu-malu kucing nak shoot. Jentera tengah Malaysia yang dikemudi Bunyamin Omar dan Shafiq Rahim ketandusan idea dan sering membuat hantaran-hantaran yang ntah apa-apa. Bagi aku Rajagopal tersilap percaturan apabila meletakkan Bunyamin di kesebelasan utama. Lebih bagus jika Amar Rohidan diletakkan di posisi itu. Dan ini terbukti apabila Amar Rohidan dibawa masuk, jentera tengah negara lebih bertenaga.
Posing sebelum balik

Babak kedua bermula hambar dengan bola banyak berlegar di bahagian tengah padang. MU nampak seperti berhati-hati dan tidak terlalu ghairah menyerang untuk mengelak Malaysia membuat serangan balas. Namun setelah MU memasukkan barisan utamanya dengan Rooney, Evra, Berbatov, Ferdinand dan Scholes barulah MU kembali melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia. Nasib baiklah Farizal Marlias tega bertahan di gawang.Kemasukan Nursharul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen dan Ahmad Shakir Ali merancakkan serangan Malaysia. Beberapa percubaan daripada mereka bertiga, nyaris-nyaris menggegar gawang MU. Apakan daya nasib tak menyebelahi mereka. Perlawanan berakhir dengan Malaysia tewas 0-2.


Aku, Mass dan Bali terus pulang selepas lepak seketika di dalam stadium bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Walaupun tewas, aku tetap berpuas hati dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh barisan Harimau Malaya. Jika corak permainan sebegini dikekalkan maka bolasepak Malaysia punya masa depan yang cerah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...