Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru masihi buat semua teman-teman yang senantiasa menjenguk aku kat blog ni. Sebab korang menziarahlah maka blog ini terus wujud dan memberi wadah kepada aku untuk terus menulis bagi berkongsi sedikit ilmu dan penegtahuan yang dipinjamkan kepada aku Allah SWT. Sama-samalah kita doakan tahun mendatang lebih banyak membawa kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita, keluarga dan semua teman-teman. Jadilah seorang yang punya sifat "kaizen" dalam bahasa jepun dan dalam bahasa kelantannya "continuous improvement" serta bahasa Melayunya penambah baikan yang berterusan. Bak kata Pak Hussin Tempoyak, hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.. Wasallam

Wednesday, December 30, 2009

Kahwin vs Cerai

Lama betul aku tak menulis di laman blog ni. Aku rasa dah hampir sebulan. Waktu musim sekolah baru-baru ini, ramai kawan-kawan aku yang mendirikan rumah tangga. Sebahagiannya aku sempat hadir ke kenduri mereka tapi ada juga yang aku tak sempat. Aku mohon maaf pada kengkawan yang aku tak dapat hadir majlis mereka atas maslahah yang tak dapat aku elakkan.Along, Masytah, Zulbaidi, Reezamz, Tajul dan lain-lain, aku ucapkan selamat pengantin baru dan aku doakan kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Walimah Zulbaidi & Nurulhuda

Namun pada masa yang sama aku turut menerima berita yang tak sedap didengar. Perkataan yang tidak mahu disebut oleh setiap orang yangtelah berumah tangga. Malah Allah amat
membencinya walaupun ianyasesuatu yang halal. Aku mendapat berita penceraian beberapa teman yang agak mengejutkan aku. Penceraian seharusnya mesti cuba dielak dan ia hanyalah jalan penyelesaian terakhir sesuatu krisis rumah tangga. Kadangkala ada orang yang sampai takut nak kawin bila memikirkan tentang kemungkinan berlakunya krisis rumah tangga yang membawa kepada penceraian. Tapi aku bukanlah dalam kelompok itu.hehehe..

Sebab itulah Islam memberi garis panduan tertentu dalam memilih pasangan hidup. Bak kata seorang kawan aku, "Nak pilih pasangan hidup ni bukan macam nak beli ikan kat pasar beb! Kena fikir panjang..". Malah dikatakan proses pendidikan seorang anak bermula apabila seorang lelaki memilih wanita yang bakal melahirkan anak-anaknya. Begitulah besarnya peranan sebuah institusi perkahwinan. So bagi kengkawan masih bujang macam aku, sama-samalah kita berdoa agar kita dikurniakan seorang wanita yang bisa berkongsi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Aku tinggalkan korang dengan sebuah lagu yang selalu jugak aku layan musim-musim orang kawin ni..no offense..hehehe enjoy it!

Wednesday, December 2, 2009

Kembara ke Johor

Azman (Mu'min), Azizi, Waie, Kerol dan Faizal (Mu'min) di Masjid Sg Rengit

Aku tak berada lama di Kelantan untuk perayaan Iduladha tahun ni. Pada pagi hari raya kedua aku terus bergerak ke KL sebab petangnya aku perlu ke Sungai Rengit, Johor bagi menghadiri program Qurban Perdana anjuran ubat gigi Mu'min. Nasib baiklah jalan tak jammed macam masa aku balik ke Kelantan tempohari.Aku sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 2.30 petang dan sebaik sahaja selesai solat Asar aku terus ke Sg Rengit bersama Kerol, Dakmie dan Waie. Perjalanan ke Sg Rengit mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dalam perjalanan sempat juga kami singgah makan satay dan sup bombay di Bandar Penawar. Memang best sup tu, malangnya aku lupa nama kedai tu. Kalau tak boleh kongsi ngan korang.

Salah seekor lembu qurban

Program Qurban Mu'min ni dimulakan seawal pagi hari raya ketiga. Proses penyembelihan lembu dilakukan di Masjid Sungai Rengit tetapi majlis pengagihan daging dan sumbangan dibuat di dewan orang ramai Sg Rengit. Alhamdulillah proses ibadah korban yang aku saksikan buat pertama kalinya di luar Kelantan memberi jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran aku selama ini. Soalannye actually simple je. Kami di Kelantan selalunya orang perlu hadir untuk melihat proses sembelihan. Kalau diwakilkan pun, setiap individu hanya boleh mewakili seorang saje. Perkara ini berlainan dengan apa yang aku saksikan di Sg Rengit. Hanya seorang saja mewakili 14 orang yang menjalankan ibadah qurban ( 2 ekor lembu la tu). Agaknya metod yang sama digunakan di KL dan Selangor yang sebahagian besar orang hanya mewakilkan AJK Surau atau Masjid untuk menjalankan ibadah Qurban bagi pihak mereka. Yang lebih menarik juru sembelih menyelitkan daun hijau di telinganya semasa menyembelih. Katanya itu petua orang tua untuk mengelakkan bau hanyir pada daging. Aku pun tak pasti sejauh mana benarnya petua ini dari sudut saintifiknya.

Sebahagian tetamu yang hadir di Dewan Sg Rengit

Majlis penyampaian berlangsung meriah walaupun dalam keadaan serba sederhana. Sebelum penyampaian dibuat kepada golongan yang memerlukan, hadirin disajikan dengan ceramah khas dan persembahan nasyid dari Mestica dan kumpulan nasyid tempatan. Yang Berhormat kawasan berkenaan turut hadir memeriahkan suasana. Habis saja event lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami terus makan tengahari sebelum bergerak ke sebuah resort yang diusahakan kenalan kami, Azizi, di Tanjung Balau.

Abang-abang bomba yang terlibat dalam operasi SAR

Memang dah lama aku tak lepak tepi pantai. Angin laut yang bertiup membuai indah dan menyebabkan aku terus tidur bila masuk ke bilik. Lgpun aku nak menghilangkan rasa penat pemanduan jauh dalam tempoh 2 hari. Actually masa mula-mula kami sampai di pantai Tg Balau kami tengok ade beberapa kenderaan bomba dan polis dan orang ramai berkumpul. Rupanya ada 2 remaja lelaki yang lemas pada paginya. Mayat salah seorang daripada mereka dah dijumpai. Sampailah kami bertolak pulang ke KL pada pukul 11.30 malam, mayat seorang lagi mangsa masih belum dijumpai. Hairan juga dengan sikap sesetengah belia kita ni, suka sangat langgar peraturan. Pantai Tanjung Balau ni memang zon larangan mandi. Pihak berkuasa dah naikkan papan tanda amaran tapi ada jugak yang buat tak endah. Inilah akibatnya..

Best jugak lepak kat pantai sekali sekala

Sebelum pulang kami dan geng Mu'min dihidangkan dengan barbeku daging,ayam dan seafood oleh Azizi. Thanks bro! Oleh kerana guest tak ramai sangat kat restoran resort, sempat la aku, Dakmie, Waie, Kerol dan Faizal (Mu'min) berkaraoke barang selagu dua melepaskan gian menyanyi.hehehe.. Kebanyakan lagunye adalah lagu rock kapak yang sering kami dengar di awal usia dulu. Ada lagu Search, Lefthanded, Fotograf, Jamal Abdillah, May dan yang seangkatan dengannya. Sekurang-kurangnya kami dapat melupakan seketika kepenatan bekerja dan kesibukan kota. Selepas semuanya selesai kami bertolak pulang dengan perut yang tenang dan hati yang gembira. Yeay!!!

Borak-borak sambil makan

Iduladha 1430H


Hari Raya Iduladha kebiasaannya disambut lebih meriah berbanding Idulfitri di Kelantan berbanding di negeri lain terutamanya bagi yang menunaikan ibadah qurban. Iduladha tahun ni jatuh pada hari jumaat jadi proses sembelih dan melapah daging perlu dilakukan dalam masa yang cepat sebab nak kejar waktu jumaat. So tak boleh la melapah dengan enjoy macam tahun-tahun lepas. Aku tak qurban tahun ni, yang qurban cuma kakak aku so aku tolong melapah bagi pihak dia la. Actually sudah jadi tradisi keluarga kami untuk menjalankan ibadah korban bersama-sama kaum keluarga yang lain. Selalunya famili aku akan bergabung dengan family makcik dan pakcik aku serta sepupu aku. Kira tujuh bahagian atas sekor lembu tu semua family la.

Markas taktikal Qurban 1430H ..huhu

Baru-baru ni kami sekeluarga menjalani ibadah qurban di kampung ayah. So semua proses sembelihan lembu, melapah dan seterusnya memasak kami buat di perkarangan rumah nenek. Nenek dah takde tapi rumah tu sekarang Ayah Mat (adik ayah) yang duduk. Kat sebelah rumah tu, ada rumah adik perempuan ayah yang kami panggil aunty. Kampung Merkel tu tak ramai orang, tak sampai sepuluh family pun menetap di situ tapi ia tetap best. Lagipun kampung-kampung lain dekat je di sekitarnya.

Duk diam-diam ye cik lembu

Proses penyembelihan dilakukan lebih kurang pukul 11.30 pagi walaupun pada mulanya agak susah sebab lembu sedikit mengamuk. Namun dengan bantuan kengkawan Ayah Harun yang pakar maka prosesnya tetap berjalan dengan sempurna. Sembelih lembu confirm la aku tak reti so aku cuma jadi salah seorang tukang melapah daging. Yang lebih kritikal, aku juga diberi amanah untuk membahagikan daging dan segala organ lembu tu pada tujuh bahagian dengan sama adil dan sama rata. Kitorang bagi lebih kurang je, tak pakai penimbang pun.

Perut ni kena cuci dulu dengan kapur, baru boleh makan

Kami siap melapah lebih kurang pukul 12.30 tghari dan pada masa yang sama Ma,Kak Ya dan kaum-kaum ibu yang lain sibuk memasak untuk hidangan makan tengahari selepas kami solat jumaat. Masakan dia simple daging goreng, sayur goreng, perut masak asam dan hati,limpa serta organ dalaman yang digoreng. Makan ramai-ramai memang sedap dan menyeronokkan. Apatah lagi makan dibawah khemah yang dibuat khas sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari baruh (sawah padi) yang terletak di depan rumah nenek.

Kaum ibu yang sibuk memasak

Keseronokan time raya haji ni sebenarnya terletak pada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berjemaah bersama ahli keluarga seperti sembelih lembu, melapah daging, memasak, makan dan sebagainya. Inilah memberi kemanisan dalam hubungan sesebuah keluarga. Aku sendiri pun memang tunggu benda-benda macam ni untuk dilakukan setiap kali hari raya atau kenduri kendara. Keluarga ni sangat penting dalam hidup kita. Hargailah mereka selagi kita masih bernyawa.

Jom makan!!



Tuesday, December 1, 2009

The Worst Traffic Jam Ever

Sejak 27 tahun aku hidup kat bumi Allah ni, aku rasa perjalanan aku pulang ke Kelantan semasa cuti hari raya Idul Adha tempohari adalah perjalanan yang paling panjang dan memakan masa yang paling lama. Aku bertolak pulang dari putrajaya pada hari khamis 26 November lebih kurang pukul 10.45 pagi. Aku balik ke machang berlima bersama Ayah, Ma Kak Ya dan sepupu aku Faiz. Kalau ikut plan asal Ayah ngan Ma balik pada hari Rabu tapi oleh sebab kereta ayah breakdown, kenalah diorang naik kereta aku. Lepas ambik Faiz kat Mentari Court, Ayah & Ma kat rumah Kak Reny and KakYa di Putrajaya, aku terus bertolak pulang melalui lebuhraya Kesas.

Sampai di Ampang jalan dah mula sesak. Kami mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke plaza tol Gombak. Masuk ke lebuhraya Karak keadaan masih sesak dengan kenderaan bergerak perlahan. Actually setiap kali musim perayaan ada beberapa tempat yang jammed dalam perjalanan pulang ke Kelantan iaitu jalan nak masuk bandar bentong dan raub, lebuhraya karak, jalan sebelum masuk merapoh, dan akhir sekali sebelum masuk bandar Kuala Krai. Then kalau ke arah Kota Bharu keadaan akan kembali sesak sebelum masuk ke pekan Ketereh. Ke arah Pasir Mas pula di bulatan Pasir Pekan dan Jambatan Sultan Yahya.

Kami sampai di Machang hampir pukul 1 pagi. So aku memandu hampir 14 jam untuk sampai ke kampung. Aku tengok sepanjang perjalanan lebih daripada 10 kenderaan yang 'tewas' kerana masalah overheat menyebabkan sebahagiannya tersadai di tengah-tengah jalan sekaligus menyebabkan kesesakan lalu lintas. Nasib baiklah, kereta aku takde masalah. Kepenatan memandu menyebabkan aku nyaris-nyaris tak pegi semayang raya.Nasib baik ayah kejutkan aku.

Masalah kesesakan lalulintas di Kelantan setiap kali musim perayaan ni takkan selesai selagi tiada lebuhraya dibuat untuk ke Kelantan. Orang Kelantan ni ramai yang merantau jadi ramai la yang balik bila tiba musim perayaan. Pembinaan lebuhraya melalui Bentong - Raub - Kuala Lipis -Gua Musang - Kuala Krai memerlukan kos yang tinggi kerana keadaan muka buminya yang berbukit bukau. Kerajaan Persekutuan hanya boleh membinanya melalui projek pembiyaan swasta yang tentunya melibatkan lebuhraya bertol. Ini bertentangan dengan kehendak kerajaan negeri Kelantan yang ingin mengekalkan Kelantan sebagai negeri tanpa tol. Malah rakyat yang menetap di Kelantan pun majoritinya tidak mahu lebuhraya bertol. Kalau sesak sekalipun di kelantan tidaklah sepanjang masa tapi hanya 2 kali setahun iaitu setiap kali Idulfitri dan Iduladha. So kami yang geng perantau ni kena la berkorban sikit dengan menempuh traffic jam setiap kali pulang ke kampung pada musim perayaan. Sekurang-kurangnya kami punya pengalaman unik yang mungkin tak ditempuh oleh kawan-kawan dari negeri lain..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...