Monday, July 27, 2009

SMSD Ditutup Lagi!

Reunion batch 9599: Bergambar kat Dataran SMSD

Petang semalam semasa pulang dari majlis resepsi walimatul arus anak Dato Seri Ismail di Sime Darby Convention Center, aku dengar berita dari Radio 24 yang menyatakan sekolah aku yakni Sekolah Menengah Sains Dungun ( SMSD ) di arah tutup oleh pihak berkuasa selama seminggu berkuatkuasa serta merta kerana penularan virus H1N1. Turut menerima nasib yang sama ialah Asrama Perkaya di Marang. Sebelum ini Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di Dungun turut diarah tutup atas sebab yang sama. Hmm.. nampaknya daerah Dungun diserang selsema babi.

SPM 99: Cuba teka mana satu Razin?huhu

SMSD juga pernah terpaksa ditutup selama 4 hari kerana lebih 200 orang pelajarnya diserang hestiria pada penghujung Januari 2008. Memang zaman aku dulu pun memang ada kes-kes mistik kat asrama SMSD tu. Malah aku sendiri pernah terserempak secara bersemuka dengan "makhluk" yang tak diundang tu. Malah aku boleh ceritakan satu persatu secara terperinci tentang peristiwa tu. Semuanya masih segar dalam ingatan aku walaupun sudah 12 tahun berlalu. Mengikut cerita orang-orang lama di SMSD masa tu, SMSD ni memang menjadi some sort of highway bagi "mereka" yang berulang alik dari sekitar jogging trek SMSD ke Bukit Bauk. "Highway" ni bermula dari Jogging trek melalui Padang Ragbi, Stor Bas, Gymnasium, Bangunan Kejuruteraan, Bengkel Kemahiran Hidup dan kelas serta makmal yang paling hujung berdekatan bengkel KH di blok A sehinggalah ke Bukit Bauk. Secara jujurnya aku sendiri tak pasti sejauh mana betulnya teori ini. Akan tetapi berdasarkan pengalaman aku selama 5 tahun di SMSD,tempat-tempat tersebut merupakan hot spot bagi usikan makhluk halus ni. Walau bagaimanapun, kejadian-kejadian yang berlaku tidaklah begitu serius sehingga terpaksa tutup sekolah.

Jom Usrah!

Oppss.. jauh pulak aku melilau. Dari H1N1 sampai ke hantu pulak. Takpelah apepun aku doakan bumi permata smsd akan kembali tenang seperti sediakala dan senantiasa dilindungi Allah daripada sebarang bencana. Insya Allah jika tiada aral melintang, aku akan menjenguk SMSD 15 Ogos nanti. Rindu benar nak menjejakkan kaki ke tempat yang sangat bermakna dalam hidup aku. Bagi ex semesdian yang dah lama tak jenguk SMSD, mungkin video di bawah boleh mengimbau sedikit sebanyak kenangan lama sepanjang di bumi permata.



2 comments:

aRiFF hAFIZi said...

slm.. alumni smsd eh??

nmpkny mseh concern psl skewl...
ktrg hny disyaki...
skng tgh tggu result smada terlibat ke tak ngn h1n1...
full story is in my blog.. feel free to visit...

tokjeng said...

Wslmm.. tentunya concern.Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...