Thursday, July 30, 2009

Fesyen Muslimah: Branding Mestilah Tepat!

Sejak teman sepejabat aku, Mass melibatkan diri dengan pencarian
covergirl majalah Nur terbitan Kumpulan Karangkraf, aku dan budak-budak office yang lain turut terkena tempiasnya. Sedikit sebanyak, kami yang lain-lain ni pun mula lebih aware dengan dunia modeling dan fesyen khususnya apa yang dikatakan sebagai fesyen busana muslimah ini. Aku sendiri berkesempatan baru-baru ini mengikuti program pra-akhir pencarian cover girl Majalah Dara.Com dan Nur yang dianjurkan oleh Karangkraf. Untuk rekod, Majalah Dara.Com dan Nur dikategorikan dalam bahan terbitan bersifat Islamik oleh Karangkarf bersama Majalah I. Namun malangnya aku dengar baru-baru ini Majalah I bakal ditutup kerana kurang sambutan. Sekali lagi rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka tidak menggemari majalah yang kandungannya bersifat "berat". Beberapa tahun dulu Majalah Massa terbitan Utusan Karya turut menerima nasib yang sama.

Fesyen Muslimah atau Fesyen Bertudung?

Berbalik kepada isu fesyen muslimah ini. Aku antara orang yang paling gembira dan sangat menyokong program-program bersifat Islamik sebegini. Jika kita lihat pada era 70-an mahupun 80-an bilangan wanita yang memakai tudung sangat kurang. Fesyen menutup kepala menggunakan skaf yang menampakkan leher sangat popular ketika itu. Skaf ni selalunya akan dipakai oleh pelajar perempuan ketika bersukan terutamanya bagi mereka yang bertudung "tiga segi" ketika berada dalam kelas.

Kemunculan pereka-pereka fesyen yang memperkenalkan fesyen busana Muslimah membentuk satu arus baru dalam perkembangan fesyen di Malaysia. Wanita-wanita yang sebelum ini 'segan' untuk bertudung kerana bimbang kelihatan tidak menarik mula yakin bahawa mereka tetap mampu anggun walaupun tampil dengan bertudung dan pakaian yang menutup aurat. Sedikit sebanyak pemakaian tudung menjadi benteng kepada setiap wanita mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang tidak baik.Ia sama macam orang lelaki yang memakai kopiah walaupun kopiah ni bukanlah wajib. Bila lelaki berkopiah tentulah dia tak buat benda yang bukan-bukan, sekurang-kurangnya ketika kopiah masih berada kat atas kepalanya."Ko nak buat jahat pun agak-agak la, malu kat kopiah atas kepala ko tu!" Macam tu lebih kurang dialognya.. So yang wanita hampir sama walaupun ia tidaklah menjamin seratus peratus wanita yang bertudung itu sempurna akhlaknya.

Definisi Fesyen Muslimah

Walau bagaimanapun ada segelintir pereka fesyen atau promoter fesyen muslimah ini tidak peka dan sensitif dalam menakrifkan fesyen muslimah ini. Mereka-mereka ini mudah melabelkan fesyen muslimah apabila sesuatu pakaian itu disertakan dengan tudung. Pendek kata, asal ada tudung je, terus fesyen muslimah. Ini adalah satu branding yang salah sama sekali!! Fesyen Muslimah is not about tudung je. Ada dua lagi elemen penting iaitu penutupan keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, serta pakaian yang longgar dan tidak ketat serta tidak menampakkan bentuk tubuh. Apabila semua elemen ini ada, barulah kita boleh definasikan sesuatu fesyen itu adalah FESYEN MUSLIMAH yang mana ianya sejajar dengan firman Allah SWT di dalam Al Quran dalam surah An Nur ayat 31 yang bermaksud:


. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Bahaya Salah Branding

Ketika mengikuti program pra akhir program Pencarian Cover Girl Nur dan Dara.Com tempohari aku dapati tak semua kostum atau pakaian yang dipakai oleh para peserta itu menepati konsep busana atau fesyen Muslimah. Malah apabila membelek majalah Nur dan Dara.Com aku dapati kadang-kadang memang ada pakaian cover gurl ini yang tidak menepati definisi busana Muslimah sebagaimana yang sepatutnya. Sebagai majalah yang dilabelkan sebagai majalah islamik Editorial Nur dan Dara.Com harus lebih berhati-hati dan sensitif dengan perkara-perkara sebegini.

Sejujurnya aku puji dan tabik dengan team Dara.Com dan Nur atas usaha mereka mempromosikan imej wanita muslimah ini cuma Aku harap mereka lebih peka selepas ini. Aku sangat bimbang jika ada dikalangan pembaca yang akan menganggap apa yang dipersembahkan ini adalah cara pemakaian Islam yang sebenar sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Siapakah yang akan bertanggungjawab atas salah faham yang mungkin timbul di kalangan masyarakat tentang perkara ini? Siapakah pula yang akan menanggung dosa atas pemakaian kostum yang tidak menutup aurat di kalangan para pembaca yang berpunca daripada salah faham yang timbul? Media adalah alat atau medium yang mampu mendokrin minda masyarakat maka para pengamal harus bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Kita sering bercakap tentang amal jariah tapi kita selalu terlupa tentang dosa jariah yakni dosa berangkai. Nauzubillah! Amatlah malang jika kita menjadi puncanya kerana kita akan turut mendapat saham daripada dosa yang dilakukan orang lain yang berpunca daripada ilmu atau pemahaman yang salah yang kita sampaikan. Aku mohon maaf jika apa yang aku tulis ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Aku tiada niat lain kecuali untuk berkongsi sedikit ilmu dan pandangan demi manfaat semua. Semoga Allah melindungi kita daripada segala kecuaian dan kelapaan yang membawa kepada dosa.Amin..


3 comments:

masra (mass) said...

nice post

tokjeng said...

thanks..pasai apa nickname cerpen? buka blog baru ka? huhu

khAINIza said...

tapi masih ramai yang lupa@tak perasan@buat2 lupa yang kaki pun termasuk dalam aurat juga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...