Monday, January 10, 2011

"Nasi Tambah" Harakahdaily

Pagi tadi aku nak tergelak bila baca laporan Harakahdaily berkenaan dengan Majlis Solat Hajat Perdana anjuran AJK Pas Pusat di Stadium Melawati semalam. Tajuk artikelnya ialah Solat Hajat Penuh Sesak di Stadium Melawati. Tajuknya tak salah sebab kalau dah semua bigshot Pakatan Rakyat turun berceramah di situ memang stadium selalunya kalau tak penuh pun 3/4 confirm penuh. Cuma bila laporan tu menyebut 30 ribu orang yang hadir, aku rasa itu adalah dakwaan yang bukan sahaja keterlaluan malah tak masuk akal.

Gambar Solat Hajat Perdana oleh Harakahdaily
Stadium Melawati mempunyai kapasiti maksima tempat duduk untuk 12 ribu orang. Ia ada 4 wing yang mana setiap satu mampu menampung kurang lebih 3000 orang. Di kawasan arena ( tempat yang solat hajat dibuat tu boleh memuatkan sekitar 1500 - 2000 orang jika menggunakan kerusi. Apabila ceramah sebegini diadakan selalunya wing yang membelakangi pentas ceramah akan ditutup menjadikan kapasiti maksimum berkurangan kepada 9 ribu. Maka dengan itu secara logiknya jika dicampur dengan penonton yang berdiri di ruang-ruang tertentu dalam stadium pun, jumlah hadirin hanya mampu meningkat sekitar 2000 orang. Maka dengan itu jumlah maksimum kehadiran hanyalah sekitar 12 ribu orang. Andai semua wing dibuka pun akan jadi 15 ribu. Maka untuk mendakwa kehadiran mencecah 30 ribu orang adalah satu penipuan besar. Sebagai portal berita rasmi sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia, Harakahdaily harus lebih berhati-hati dalam laporan mereka. Apatah lagi PAS dan Pakatan Rakyat sering mengkritik media arus perdana yang dikatakan membuat laporan yang menyeleweng dan tidak tepat. Kalau nak buat psy-war pun agak-agak la. So harapnya Harakahdaily akan lebih berhati-hati dalam laporan mereka selepas ini.

4 comments:

tokjeng said...

Terima kasih kerana menjenguk saya di sini.. Saya tak setuju jika di katakan ini hal kecik.. Harakahdaily adalah portal berita rasmi milik PAS yangjuga merupakan gerakan Islam terbesar di Malaysia. Maka dengan itu mereka harus lebih sensitif dan peka dengan etika kewartawanan. Apatah lagi PAS sering mengkritik ketelusan media mainstream. Kita tak boleh bersifat 'denial' atas kesalahan yang berlaku hanya kerana kita sukakan 'orang' atau 'kelompok' tersebut. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit. Semoga Allah memberi pengajaran buat kita bersama.Amin

tokjeng said...

uiks mana comment albanat tadi nih? hilang pulak

Unknown said...

sy xdelete na=P

sy pn brani krn benar jugak..walau pn payah...sebenaQnya nk brani tu...T__T

kna jaga jugak kata2 kita takut d uji...kita pulak xmampu..sedikit renungan

Klu kita nk nasihati org Tnya hati kita dulu Tujuan kita nk beri nasihat/ nk bg malu pada org.bila kita nk smpikan ilmu kepada org.Apa tujuan kita? nk kongsi ilmu atau nk tunjuk yg kita lebih tau.
Ingt pahala amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Klu tujuan bukan krn Allah, amalan itu akn jadi mcm debu.Bkn pahala kita dapat tapi bala.

slmt beramal .

tokjeng said...

Terima kasih atas ingatan.. Tentunya setiap apa yang kita lakukan sebagai seorang muslim, kita mengharapnya ianya menjadi ibadah. Bila kita menegur kita mahu teguran kita itu memberi kesan yang maksimum. Adakalanya kita kena menggunakan pendekatan yang keras agar ianya berkesan.Namun adakalanya kita mampu menegur secara tidak langsung dengan hanya menjeling. Method dan pendekatan boleh kita pilih mengikut kesesuaian. Kalau nak bercakap soal ikhlas of course at the end of the day hanya kita dan Allah saja yang tahu.So no need for us untuk claim kita ikhlas atau sebaliknya.Perbezaan pendapat itu perkara biasa dalam hidup, cuma yang penting kita kena bijak dan berlapang dada dalam menangani perbezaan. Dalam mencari kebenaran, kita tidak pula boleh bertindak atas sentimen dan dipengaruhi emosi.Berhujahlah dengan ilmu serta iman dan insya Alah, Dia akan tunjukkan pada kita kebenaran yang hakiki :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...