Wednesday, November 10, 2010

Ops Sawang

Hmm.. sekali lagi penulisan aku di blog ni terhenti. Agak lama juga kali ini. Dah ada labah-labah yang mula bersawang di sini. Banyak juga isu-isu atau topik-topik besar yang dah berlaku di sekeliling yang tak sempat aku ulas dan kongsikan bersama teman-teman. Untuk pengetahuan semua, dah beberapa minggu juga aku mula menjadi 'batman'. Bukan jadi superhero tapi berjaga di waktu malam dan tidur di waktu siang. Bukannya apa, proses production album Mestica dan artis baru Asyraf kembali rancak. Ditambah pula dengan rakaman VO dan kerja-kerja studio lain yang juga agak banyak juga kebelakangan ini. Alhamdulillah ini menandakan rezeki pun semakin murah. Thanks to Allah the Almighty. Apapun aku nak ulas juga beberapa perkara menarik yang dah berlaku di Malaysia khususnya walaupun ianya dah pun berlalu..

Piala Malaysia 2010
Piala Malaysia tahun ini sangat istimewa kerana Kelantan berjaya membawa pulang piala yang paling berprestij dalam kancah bola sepak Malaysia ke Kota Bharu buat pertama kalinya. Sebagai anak negeri Kelantan tentunya aku berbangga dengan kejayaan the red warriors. Dan ianya menjadi hadiah yang paling bermakna untuk dipersembahkan kepada Sultan Muhammad ke V yang baru sahaja di masyhurkan sebagai Al Sultan Kelantan. Tidak dinafikan selain daripada faktor-faktor di atas padang, transformasi pengurusan pasukan yang dibawa oleh Tan Sri Annuar Musa memang menjadi batu asas kepada kejayaan ini. Malah Annuar juga diharap oleh peminat bolasepak Malaysia boleh membawa transformasi yang sama ke dalam bolasepak negara secara keseluruhannya selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM. Namun hakikatnya ia bukan semudah itu kerana di FAM, dia bukan the numero uno. Dia ada boss. Dulu Malaysia punya tokoh yang persis Annuar iaitu Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil. Namun dia akhirnya tewas dalam perjuangan mereformasikan FAM. Ironinya Bos Ahmad Basri ketika itu adalah orang yang sama menjadi bos Annuar sekarang. Hmm.. aku tak nak ulas lanjutlah pasal ni kang orang kata tak sensitif pulak. Faham-faham la ye..huhu

Piala Malaysia dipersembahkan kepada Al Sultan Kelantan

PRK 4 November
Pilihanraya kecil di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi kembali merancakkan aktiviti politik di negara kita yang dilihat sejuk seketika sebelum ini. Pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kali ini agak menarik juga. Apatah lagi ianya turut disertai oleh SUPP di Batu Sapi yang sebelum ini dilihat mesra Pakatan walaupun tidak menyertai pakatan tersebut secara rasmi. Nampaknya persefahaman gagal dicapai antara SUPP dan Pakatan kali ini. Dan sebagaimana yang aku jangka, Pakatan yang diwakili PKR tumpas dengan majoriti yang agak besar. Macam mana nak menang, kalau krisis dalaman PKR baik di peringkat negeri mahupun pusat masih belum selesai.




Di Galas pula, pada mulanya aku jangka peluang kedua-dua pihak seimbang. Tapi dari awal lagi pihak PAS yang mewakili Pakatan nampak tidak yakin untuk menang. Kenyataan-kenyataan pimpinan parti dari S/U Agong sehinggalah Pengarah Pilihanraya jelas menunjukkan ketidak yakinan ini. Dari awal lagi mereka cuba mencari atau mencipta alasan untuk dikambing hitamkan supaya kekalahan mereka dilihat bukan atas sebab kelemahan mereka tapi strategi licik BN. Sikap sebegini merupakan sesuatu yang sangat tidak baik. PAS perlu berlapang dada dan bersikap jujur dalam membuat post mortem kekalahan tersebut. Mungkin benar BN ada  menggunakan jentera kerajaan termasuk SPR untuk memastikan kemenangan namun perkara ini merupakan isu biasa setiap kali PRK dan PAS seharusnya sudah punya ubat untuk menyembuhkannya. Aku melihat ketokohan Ku Li memang digunakan sepenuhnya oleh BN untuk mencapai kemenangan di kubu kuat beliau. Tak keterlaluan aku katakan Gua Musang adalah kubu Ku Li bukannya kubu BN. Lihat saja tagline kempen yang digunakan BN. "Ambo nok parti Ku Li", begitulah bunyinya. Pada masa yang sama 'swing' undi orang Asli harus dilihat sebagai undi protes terhadap isu-isu pemilikan dan pencerobohan tanah mereka oleh pemaju terutamanya di Lojing. Isu tanah memang sesuatu yang sensitif buat mereka. Jawapan wakil kerajaan negeri yang mengatakan proses permohonan tanah oleh Orang Asli memang mengambil masa yang sangat panjang hanya menyerlahkan kelemahan pengurusan dan birokrasi jentera kerajaan negeri. Begitu juga dengan fenomena 'swing' undi masyarakat Cina kepada BN juga harus dikaji secara serius. Apakah masyarakat Cina kini mula terpesona dengan dasar 1 Malaysia? Jawapannya hanya ada pada mereka.Apapun syabas buat BN.

Pemilihan PKR
PKR ni aku tak tahulah nak cakap ape. Pemilihan PKR kali ini dibuat dengan konsep satu ahli satu undi berbanding sistem undi perwakilan sebelum ini. Secara umumnya ideanya sangat bagus cuma aku lihat dari sudut pelaksanaannya PKR masih belum bersedia. Disiplin ahli parti juga sangat longgar. Lihat saja kekecohan yang berlaku dalam proses pemilihan beberapa cabang. Walaupun disifatkan terpencil oleh Setiausaha Agung iaitu YB Saifudin Nasution Ismail, beliau tetap mengakui kelemahan ini berpunca daripada tiadanya 'sistem tarbiah' untuk ahli PKR sebagaimana yang dipunyai oleh PAS mahupun DAP. Ketiadaan 'sistem tarbiah' ini menyebabkan ahli parti  tidak memahami ideologi parti dengan jelas. Aku sendiri pun melihat PKR mempunyai ideologi dan halatuju yang tetap. Boleh dikatakan ideologi individu-individu dalam PKR ini bercampur aduk. Ada yang Islamik macam fraksi ABIM dan JIM, tidak kurang juga yang punya pemikiran sosialis dan liberalis serta geng-geng bekas UMNO-BN yang masih berpegang kepada 'kaedah dan cara' ketika masih dalam BN. 




Sidang media Zaid Ibrahim

Hari ini kita dikejutkan dengan penarikan diri Dato Zaid Ibrahim daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh seorang lagi calon iaitu Mustafa Kamil Ayub beliau menjelaskan kekecewaan beliau terhadap proses pemilihan yang tidak telus dan menyeleweng demi memenangkan calon-calon tertentu. Mungkinkah pemilihan kali ini juga akan membawa kepada perpecahan PKR sebagaimana pemilihan yang lalu. Dr Mohd Noor Manuty pernah mengundur diri daripada PKR selepas tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden satu masa dahulu. Turut bersama beliau ketika itu adalah tokoh-tokoh di kalangan orang-orang ABIM. Beliau hanya kembali ke dalam PKR selepas Anwar dibebaskan. Soalnya adakah Zaid dan penyokongnya akan mengulangi peristiwa yang sama?

1 comment:

shahfalah said...

salam..suatu updated blog yg baik...tahniah Kelantan menang PM 2010..isu Pakatan kalah sebenarnya dah dijangka.Ana setuju dgn abe razin.Pimpinan nampak tidak yakin. Pimpinan BN nampak yakin dan ada yg bangganya dah cakap pada malam mengundi:Esok BN akan Menang BESAR.kenyataan ini Tok Guru pertikai..moga Allah tunjuk kebenarannya kelak..kalau boleh,update mengenai recording album baru mestica.semoga berjaya deh.wslm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...