Malaysia perlu mewujudkan dua team yang berbeza dengan jurulatih yang berbeza supaya insiden Sukan Asia dan Piala AFF kali ini tak berulang. Tindakan menggunakan pasukan yang sama untuk dua kejohanan yang diadakan secara berturutan ternyata mengundang padah. Malaysia yang mendaftarkan pemain yang hampir sama untuk kedua-dua kejohanan akhirnya terpaksa membuat rayuan untuk menyenaraikan pemain baru selepas sebahagian besar tonggak skuad Sukan Asia mengalami kecederaan panjang. Perkara ini mungkin dapat dielakkan sekiranya FAM membentuk dua skuad yang berbeza untuk Piala AFF dengan menggunakan pemain-pemain senior.
Skuad Sukan Asia aka Piala AFF |
Team peringkat umur sama ada bawah 19, 21 atau 23 harus punya jurulatih dan pasukan masing-masing. Begitu juga dengan pasukan utama atau pasukan kebangsaan. Namun ia tidak bermakna pemain-pemain peringkat umur tidak boleh diserapkan ke pasukan kebangsaan jika prestasi mereka memang bagus. Contoh yang mudah, Khairul Fahmi ( Apek). Walaupun umur dia baru 21 tahun, namun dia adalah keeper terbaik Malaysia ada pada masa ini oleh itu dia layak untuk mewakili pasukan utama kebangsaan. Begitu juga pemain muda seperti Aidil Zaquan, Zaquan Adaha atau Muslim Ahmad, mereka memang layak secara merit untuk mewakili pasukan kebangsaan.
Apek memang keeper terbaik Malaysia walaupun masih muda |
Cuma yang aku hairan kenapa kita sering menganggap pemain-pemain berusia 25 tahun dan ke atas sebagai kuda tua padahal di kebanyakan negara luar, pemain yang berusia antara 25 hingga 30 adalah pemain yang berada di puncak prestasi masing-masing walaupun tidaklah semua begitu. Jadi untuk menidakkan peluang pemain-pemain 'senior' ini mewakili pasukan kebangsaan hanya kerana mereka dianggap tua tanpa melihat prestasi mereka dalam liga adalah sesuatu yang merugikan.
Piya tak pernah dipanggil walaupun bagus dalam liga |
Aku rasa ramai pemain-pemain senior yang layak mewakili negara berdasarkan prestasi masing-masing dalam liga. Pemain seperti Indraputra, Safee Salee, Idris Karim, Badri Radzi ( Piya), Akmal Rizal, Amri Yahyah, Eddie Helmi, Shukor Adan, Nor Farhan, Acong, Azizi Mat Rose, Halim Zainal dan ramai lagi aku rasa masih relevan untuk menyumbangkan sesuatu kepada skuad negara. Mereka adalah antara pemain-pemain yang perform dalm liga kita. Mengapa mereka kita pinggirkan?Piya contohnya tidak pernah dipanggil mewakili skuad kebangsaan walaupun menunjukkan mutu permainan yang baik 3 tahun kebelakangan ini.Mungkin sebab dia mencapai puncak prestasi selepas umur dia 24 atau 25 tahun kot sebab tulah dia tak dapat call .Jika pengalaman dan kematangan mereka dicampur dengan kekuatan dan kecergasan fizikal pemain muda, aku rasa kita boleh mencapai sesuatu yang lebih baik. Namun suka aku tegaskan pemilihan ke atas pemain senior sebegini mestilah dibuat berdasarkan merit dan bukan umur semata-mata. Pasal ade yang kata pemain senior ni suka buat kepala dan merosakkan game pemain muda aku tak nak campurlah sebab benda-benda macam tu coach dan management yang kena settlekan.
Skuad Harimau Malaysia ( Pelapis ) 1983: Yang aku cam cuma Dollah Saleh, Lim Teong Kim dan Shebby |
Dengan mempunyai dua set pemain dan jurulatih serta pengurusan yang berbeza aku yakin kita akan jadi lebih fokus dan mampu membuat persediaan yang lebih baik. Pemain pun akan dapat rehat yang secukupnya. Takdelah asyik muka sama je yang kena main. Pasukan Kebangsaan akan menumpukan kepada kejohanan seperti Piala AFF, Kelayakan Piala Asia dan Kelayakan Piala Dunia manakala team bawah 23 pula lebih fokus kepada Sukan SEA, Sukan Asia Kelayakan Olimpik dan kejohanan-kejohanan peringkat umur yang lain. FAM pun kenalah ligat susun perlawanan persahabatan dengan team-team yang bermutu untuk kedua-dua team ni. Program yang kat Slovakia tu aku rasa tak perlu diteruskan.
Pestabola Merdeka 1986: Malaysia vs Chechoslovakia |
Lebih baik kita buat balik Pestabola Merdeka untuk team senior dan Inter Continental Cup untuk skuad bawah 23. Untuk seimbangkan soal commercial dan mutu mungkin kita boleh jemput team-team yang bagus tetapi pada yang sama mempunyai ramai warga negara mereka di sini. Pestabola mungkin kita boleh jemput Myanmar, Vietnam, Indonesia dan India untuk meramaikan penonton dan kita jemput jugak team yang berkualiti macam Nigeria (aku rasa rakyat diorang pun ramai kat sini), New Zealand, Slovakia ( FAM kan baik ngan geng Slovak), UAE, Uzbekistan atau sebagainya. Nak jemput team-team yang hebat macam Jepun, Korea atau England ke dah confirm diorang tak nak datang. Takpe, tak salah kalau kita bermula dari bawah
Indraputra masih relevan untuk Malaysia |
Tercapaikah misi kali ini? |
Cuba kita tengok team-team negara lain. Takyah pegi jauh la, tengok Singapore dan Indonesia. Ramai pemain timnas (pinjam istilah Indonesia) mereka bermain dengan pasukan kebangsaan dalam jangka masa yang agak lama walaupun mereka mungkin pernah gagal. Lihat saja bagaimana lamanya pemain seperti Ponaryo Astaman, Bambang Pamungkas dan Boaz Salosa ddi Indonesia. Begitu juga dengan Daniel Bennet, Noh Alam Shah, Indra Shahdan atau Lionel Lewis di Singapura. Thailand lagi best, masih memanfaatkan kudrat Therdsak Chaiman walaupun dah berusia 37 tahun selain bintang mereka Sutee Suksomkit yang berusia 32 tahun.Coach Singapore pun tak tukar aku rasa sejak 2003. Ini baru dinamakan pembangunan jangka panjang.
Kan bagus kalau mamat ni dipanggil main untuk Malaysia?
Kita kat Malaysia ni asyik tukar orang. Datang batch baru, tinggal batch lama. Gagal sekali pun terus tukar. Cikgu Jan dan Bisckei adalah antara mangsa polisi FAM sebegini. Dah la FAM macam takberminat nak neutralise rakyat kita yang main kat luar negara walaupun dah letih geng HMC dok scout. Dulu coach FAM kata Titus James tak cukup bagus, ok fine la. Tapi macam mana dengan pemain lain macam Brendan Gan yang perform baik dalam Liga Aussie, Tam Sheang Tsung di Jepun mahupun Nick Chan di UK dan ntah sesapa lagi yang aku pun dah tak ingat. Kita pernah terlepas Shaun Maloney, jadi janganlah terjadi lagi selepas ini. Tim negara jiran kita seperti Indonesia dan Philipine pun dah start scout dan panggil rakyat diorang yang main kat luar. Even Timor Leste pun buat benda yang sama.. Kita? Hmm.. nak berjaya kenalah buat keje lebih sikit ye Encik FAM.. :)
2 comments:
Itulah sengal namanya...even Ronaldinho pun mencapai tahap matang bolasepaknya pada umur 26...Berbatov pun dah 28 baru nampak hasil...team Korea di puncak orgasma pun ketika Park Ji Sung di usia 25 tahun...orang kita suka memandang rendah kemampuan bangsa sendiri..."He's clever with that.." ujar Pak Alex mengenai jaringan Amri Yahyah yang bukan berumur bawah 23 tahun itu.. :p
ntahla...
terlalu byk polisi dlm FAM..
& polisi yg x pernah kekal..
byk sgt kepala..
Post a Comment