Wednesday, October 20, 2010

Tertebuskah Dendam 1993 malam ini?

Pertemuan Kelantan dan Kedah malam ini bukanlah satu pertemuan biasa. Selain daripada ianya adalah separuh akhir Piala Malaysia, Kelantan juga membawa misi untuk membayar 'hutang lama' skuad 1993. Ketika itu Kelantan yang dibimbing oleh M.Karathu dibarisi lagenda bolasepak Kelantan Hashim Mustapha yang kini penolong jurulatih Kelantan serta pemain-pemain hebat lain seperti Tuan Kamree Tuan Yahya, Zahasmi Ismail, S Selvarajoo serta dibantu oleh 3 pemain import iaitu Marco Kraljevic, Michael Roki dan Dimitri Kalkanov disingkirkan oleh skuad Kedah pada peringkat yang sama Piala Malaysia. Skuad Kedah ketika itu juga dibarisi pemian berkaliber seperti Radhi Mat Din, Ahmad Sobri Ismail, Farizuan Che Hamid, Nidzam Adha Yusof, Lee Kin Hong serta dibantu tonggak import mereka iaitu Peter Nienketien, Olobunmi Adigun dan Tibor Szaban. Kelantan tumpas 2-3 pada aksi pertama di Alor Setar dan kemudiannya rebah di Kota Bharu 0-1 hasil jaringan Lee Kin Hong.



Gol yang dijaringkan Hashim pada aksi 1993

 Masa tu kalau tak silap aku darjah 5 dan memang aku dah start ikut perkembangan skuad Kelantan walaupun tak pernah ke stadium. Aku sempat menonton siaran langsung yang disiarkan RTM ketika itu pada aksi kedua di Kota Bharu. Aku masih ingat bagaimana bagaimana seorang penyokong Kelantan menyerbu masuk ke padang dan cuba menendang pengadil perlawan iaitu Mohd Jamil Zakaria. Nasib baik pengadil sempat mengelak dan pasukan keselamatan cepat bertindak. Itulah akibatnya bila emosi gagal dikawal. Kalah menang adat pertandingan. Tak payah la kita nak bergaduh. Ironinya malam ini, penolong jurulatih bagi kedua-dua skuad yang bertembung malam ini adalah bekas pemain skuad 1993. Soalnya adakah anak-anak buah Hashim Mustapha mampu membayar hutang lama kepada pemain-pemain Radhi Mat Din dan Ahmad Sobri? Kita tunggu saja aksi malam ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...