Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru

Assalamualaikum wbt..
Rasanya tak terlambat aku mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masehi 2009. Tahun ni pun macam biasa aku terlibat dengan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor. Berbeza dengan tahun lepas yang mana sambutannya di buat di Sijangkang, tahun ni sambutan beralih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ). Nasyeed.Com diberi peranan untuk menguruskan segmen persembahan yang meliputi persembahan multimedia, tazkirah ringkas oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah dan nyanyian oleh Muadz, Rabbani dan Dakmie. Namun pada masa yang sama kami turut memberi khidmat consultancy terhadap keseluruhan event. Sebelah petang pulak ada pertandingan nasyid terbuka maal Hijrah. Kali Mestica dijemput untuk buat persembahan bersama Muadz. 13 peserta telah berentap untuk muncul juara dengan mempersembahkan kehebatan masing-masing. Namun akhirnya yang muncul pemenang adalah kumpulan the Sisters, naib johan pula dirangkul oleh kumpulan Raudhah dari KUIS dan ketiga oleh Nur One dari UiTM. Kumpulan Sisters adalah satu-satunya kumpulan wanita yang mengambil bahagian namun kehebatan mereka memang terserlah. Bila aku dengar harmoni diorang meremang bulu roma aku. Memang mantap. Dah lama aku tak tengok persembahan mantap dari satu kumpulan nasyid wanita. Aku harap diorang akan jadi pemangkin kepada kebangkitan semula grup nasyid wanita yang dah lama pupus.

Oklah macam biasa aku nak tinggalkan korang dengan sebuah lagu yang sering aku pasang masa aku, amir dan azam dok siapkan final thesis kitorang masa MBA. Lagu yang bersemangat berkenaan dengan perjuangan saudara-saudara kita di Palestin. Liriknya sangat menyentuh hati dan membakar semangat jihad selain melodinya yang agak catchy.Minggu ni pun Israel laknatullah telah menyerang Gaza hampir setiap hari. Mengikut laporan, lebih 300 orang awam yang dah menjadi korban namun berkat keimanan dan semangat jihad yang tinggi, pejuang-pejuang HAMAS masih tega bertahan. Sama-samalah kita doakan agar satu masa nanti dalam kita akan mampu menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis dan mendirikan solat di Masjidil Aqsa. Takbir!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...