Sunday, January 18, 2009

Disebalik Kemusnahan Gaza : HAMAS di Ambang Kemenangan!

Pertempuran di bumi Gaza telah masuk hari ke-22 hari ini. Pengganas Zionis terus rakus menyerang memusnahkan apa saja yang boleh termasuklah sekolah dan hospital. Dikatakan di Gaza bangunan pentadbiran kerajaan hampir tiada langsung setelah ranap dibom. Hari ini para pemimpin Israel telah membayangkan mereka akan menghentikan serangan setelah mendakwa HAMAS telah berjaya dilumpuhkan. Sebelum ini mereka juga cuba mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak. Dalam persidangan khas liga Arab baru-baru ini pemimpim kanan HAMAS Khaled Meshal telah menegaskan bahawa HAMAS tidak akan menerima gencatan senjata sehinggalah tuntutan mereka seperti penamatan serangan dan pengunduran tentera Israel dari Gaza, pemberhentian kepungan termasuk sekatan ekonomi dan politik, dan pembukaan semula sempadan Gaza-Mesir dipenuhi. Malah Khaled menyatakan HAMAS tiada masalah untuk terus berperang dalam tempoh yang lama. Wakil HAMAS di Lebanon Osama Hamdan turut menyatakan pendirian yang sama. Hasil daripada sidang khas itu, Qatar dan Mauritania telah mengikut jejak Venezuela dan Bolivia yang lebih dulu memutuskan hubungan dengan Israel. Yang dikesalkan negara yang menjadi khadam kepada Baitullah yakni Arab Saudi serta Mesir memulaukan sidang sekaligus menyerlahkan sikap sebenar mereka sebagai boneka Amerika.

Pada pandangan aku Israel akan menerima nasib yang sama sebagaimana dalam perang Lubnan apabila mereka gagal memusnahkan Hizbullah. Kini walaupun Gaza seharian dibom, kekuatan HAMAS tidak sedikit pun terjejas malah serangan roket masih diteruskan ke wilayah Israel walaupun HAMAS kehilangan beberapa pemimpin mereka seperti Said Shiam dan Nizar Rayyan gugur syahid di medan jihad. Israel semakin tertekan mengejar masa untuk memusnahkan HAMAS tapi nampaknya mereka gagal sama sekali. Maha hebat kekuasaan Allah yang memberi kemenangan kepada pihak yang dikehendaki-Nya.

10 Januari lepas aku bersama-sama teman-teman di Nasyeed.Com diberi amanah untuk membantu Aman Palestin untuk mengendalikan Rapat Umum Selamatkan Gaza yang dihadiri lebih 5000 orang. Dengan pidato yang berapi-rapi oleh wakil-wakil NGO, parti politik mahupun wakil dari Palestin, stadium menjadi gamat dengan slogan pembakar semangat jihad dan kecaman terhadap Israel. Namun apabila doa dibacakan oleh Ustaz Mustafa(Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam) aku tak mampu menahan airmata dari menitis mencurah-curah. Maksud doa dalam bahasa arab itu sangat menyentuh hati. Aku percaya ramai lagi yang mengalirkan airmata memohon kesejahteraan dan keselamatan Gaza. Nasib baik aku pakai kaca mata hitam.Kalau tak hilang macho aku..huhuhu.takdelah gurau je.. Apapun yang penting kita harus berusaha dalam apa jua cara yang termampu untuk menentang kekejaman Zionis dan ketidak adilan US.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...