Friday, July 31, 2009

Nasyid @ Persada: Mawlay by Alddar

Assalamualaikum wbt..
Buat julung kalinya aku ingin membuka segmen baru kat blog ini. Melalui segmen ni aku akan kongsikan kepada korang semua lagu-lagu nasyid yang aku jumpa kat youtube yang menarik dan sedap untuk didengar dari kaca mata aku. Kalau taste aku ni berbeza ngan korang tu, aku minta maaf la. Lagu-lagu yang bakal aku kongsikan di sini lebih kepada lagu-lagu nasyid daripada luar negara sebab lagu-lagu nasyid kat dalam negara mungkin majoriti korang dah tahu kan.

Untuk kali ini aku nak korang dengar lagu berjudul Mawlay yang dipersembahkan oleh kumpulan Alddar. Frankly speaking, aku pun tak pasti nama group ni yang sebenar atau latar belakang diorang. Ada juga cari kat internet tapi tak jumpa. Kalau sesiapa yang ada maklumat tentang diorang ni, harap dapat kongsikan dengan kawan-kawan di sini. Yang pastinya lagu ini dipersembahkan semasa Mahabbah Awards 2008.Dah 3-4 hari dah aku dok layan lagu ni. Bagi aku lagu ini sangat mendamaikan. Enjoy the song!

1 comment:

Syawal said...

Wassalam... terima kasih kepada saudara kerana memasukkan satu post yang menarik tentang kumpulan ini.

Mungkin saudara tidak dapat menjumpainya kerana membuat carian menggunakan frasa 'alddar' (itu adalah sebutan arab yg dirumikan) menyebabkan carian saudara tidak dapat menjumpainya.

Kumpulan al-dar (فرقة الدار) dalah berasal daripada UAE dan dianggotai oleh :

Mohamed Salem Al Hashemi
Ahmed Bin Yousif Al Hasani
Hussain Mohamed Al Attas
Ahmed Mohamed Al Shateri
Fahad Salem Al Hosani
Ahmed Al Hashemi
Khaled Mohamed Al Azazi
Khaled Hassan Al Muasawa
Hussain Bin Yousif Al Hasani
Mohamed Mustafa Al Musawa
Omar Ahmed Al Saqqaf
Mohamed Ahmed Al Kaff
Anas Abu Baker Al Dubaee

album mereka kalo tak silap ana, ya tair (2008) melonjakkan nama mrk d persada arena nasyid di negara arab. ana pernah bertemu mereka pada hari kebangsaan uae di tgh kota abu dhabi tak lama dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...