Friday, July 30, 2010

Korea Selatan,Pemilihan FAM dan Jersi Bola Haram

Fan Harimau Malaya macam aku masih bergembira dengan kejayaan pasukan bawah 23 tahun Malaysia mengalahkan skuad Olimpik Korea Selatan 25 Julai yang lepas. Walaupun ia hanya aksi persahabatan dan tidak melibatkan pasukan utama kedua-dua negara, ia tetap bermakna dan manis.Korea di atas kertas tetap dilihat lebih gagah berbanding Malaysia walaupun di peringkat umur. Kali terakhir kedua-dua negara bertembung adalah pada tahun 1995 yang berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada Malaysia sempena Pestabola Merdeka. Ketika itu skuad negara dibarisi pemain seperti Azman Adnan, Zahasmi Ismail, Khairul Azman dan lain-lain yang aku dah tak ingat nama mereka. Barisan yang diturunkan K.Rajagopal 25 Julai lepas adalah skuad yang hampir sama memenangi pingat emas dalam Sukan SEA yang lepas. Dan pada pendapat aku, skuad ini punya masa depan yang cerah jika mereka 'dijaga' dengan betul. Malah jurulatih korea sendiri mengakui bahawa beliau terkejut dengan persembahan cemerlang Malaysia. Next aim is Piala AFF dan kemudiaannya Sukan Asia. Nak jadi juara Piala AFF tidak mustahil tapi untuk menjadi juara sukan Asia akan datang agak sukar. Mungkin sasaran yang masuk akal ialah layak ke pusingan kalah mati.




Hujung minggu ni peminat dan pemerhati bolasepak Malaysia turut menumpukan perhatian mereka kepada pemilihan Majlis FAM yang bakal berlangsung ahad ini. Sultan Ahmad Shah dah confirm kekal sebagai presiden tapi jawatan-jawatan lain menyaksikan pertandingan sengit antara calon-calon yang menawarkan diri. Bagi jawatan Timbalan Presiden, aku lebih cenderung untuk memilih Tan Sri Anuar Musa dan Dato Mokhtar Ahmad walaupun salah satu slot macam confirm diisi oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad. Aku bukanlah nak derhaka pada Raja tapi aku rasa adalah lebih baik Tengku Abdullah memberi tumpuan kepada tugas baginda sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia. FAM ni kita bagi peluang kat muka-muka baru pulak.Lagipun Tan Sri Anuar dan Dato Mokhtar telah membuktikan keupayaan mereka mengendalikan pasukan negeri mereka iaitu Kelantan dan Selangor dengan baik sehingga kedua-dua pasukan terus mengungguli Liga Super.

Tan Sri Anuar Musa: Arkitek kejayaan Kelantan
Tokoh-tokoh macam Raja Ahmad Zainudin, Dato Che Mat Jusoh, Dato Afandi Hamzah dan muka-muka lama yang lain wajar berundur kerana anda telah terbukti gagal memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan bolasepak Malaysia secara keseluruhannya. Malah FAM sebelum ini dikritik hebat dengan isu jadual perlawanan liga yang berubah-rubah, larangan pemian import, format liga yang tidak konsisten dan sebagainya. Adakalanya tindakan FAM menjadi bahan lawak jenaka di kalangan peminat sukan tanah air. FAM hanya boleh tersenyum sikit selepas pasukan negara menang Sukan SEA tahun lepas. FAM sebenarnya perlukan muka-muka baru dengan idea yang lebih segar dan bertenaga. Sudah terlalu lama peminat bolasepak Malaysia dahagakan kejayaan yang dicapai pasukan Harimau Malaya.

Oh cik adik, mengapa la ko pakai benda tu (gambar ihsan Harimaumalaya.Com)

Selepas piala dunia baru-baru ini juga kaki bola dikejutkan dengan fatwa beberapa ulama tanah air yang mengharamkan pemakaian jersi yang tertera lambang salib oleh umat Islam. Yang paling terkejut tentunya fan Brazil, Spain dan Portugal.Fan Man Utd juga tak terkecuali sebab jersi mereka tertera lambang/gambar syaitan (red devils la katakan). Pandangan ini bagi aku harus diambil serius dan dihormati oleh setiap umat Islam. Memang jelas seorang muslim tidak boleh sesekali memakai satu pakaian yang punya lambang salib sebegitu kerana ianya boleh menjejaskan akidah kita. Aku  masih ingat sewaktu di Sains Dungun dulu, kami dilarang keras untuk memakai jersi sebegitu malah ianya akan dirampas atau dilupuskan. Begitu juga dengan jersi pasukan yang tertera jenama arak. Masa tu aku masih ingat yag jadi mangsa jersi Liverpool yang ditaja Carlsberg dan Newcastle yang ditaja Brown Ale.Aku selamat sebab aku fans Chelsea. Masa tu penaja dia autoglass.hehehe..Satu ketika dulu ulamak kita juga pernah menegur tentang pemakaian tanduk setan terutamanya di kalangan budak-budak perempuan yang menyokong MU. Alhamdulillah aku tengok teguran itu dipatuhi. Namun, masa Malaysia lawan Korea baru-baru ni, masih ada lagi budak perempuan yang pakai tanduk setan tu, tak padan dengan tudung yang dipakai. Dah la sokong Korea, tak patriotik langsung!

Polemik ESQ: Penjelasan Ilmiah Diperlukan

Isu pengharaman ESQ oleh Mufti Wilayah Persekutuan ( Kenyataan Mufti WP) masih lagi belum reda walaupun pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan (Kenyataan Majlis Fatwa) yang lebih ringan dan berbeza daripada Mufti WP. Setelah fatwa yang dikeluarkan mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu lagi kenyataan rasmi berkenaan kronologi peristiwa yang membawa kepada pengharaman tersebut.Korang boleh klik link kat atas tu untuk rujukan. 

Sementara itu, pihak ESQ pula menjelaskan isu ini melalui akhbar-akhbar tempatan terutamanya akhbar Sinar Harian yang merupakan pendukung kuat program ESQ ini. Kumpulan Karangkraf yang memiliki akhbar Sinar Harian setahu aku telah mewajibkan semua kakitangan mereka untuk menjalani program ESQ. Malah keakraban pihak ESQ dengan pimpinan tertinggi Karangkraf terserlah melalui kebersamaan mereka dalam banyak majlis rasmi yang turut adakalanya melibatkan pemimpin kerajaan. Namun apa yang aku lihat, penjelasan-penjelasan mereka setakat ini lebih bersifat survey yakni mengambil pandangan daripada individu-individu yang telah menjadi Alumni ESQ. Bagi aku, sepatutnya pihak ESQ perlu membuat penjelasan satu persatu terhadap dakwaan Mufti Wilayah Persekutuan secara ilmiah dan bukannya mendapatkan pandangan umum sebegitu.



Tindakan pihak ESQ yang memohon dibenarkan membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeruhkan lagi keadaan. Bagi mereka yang sensitif, sikap konfrontasi yang ditunjukkan seolah-olah cuba mencabar institusi mufti di negara ini. Apatah lagi apabila ESQ diketuai oleh seorang rakyat asing yang melakukan perbuatan tersebut. Ia kelihatan seolah-olah orang luar cuba bersikap 'kurang ajar' terhadap institusi agama yang dinaungi Raja-Raja Melayu. Pak Ary Giranjar harus maklum dengan sensitiviti masyarakat Malaysia tentang perkara ini. Memang benar dalam sesetengah keadaan  Mufti turut dibantai oleh pihak tertentu di Malaysia khususnya apabila ia membabitkan politik. Namun sejarah telah membuktikan, apabila isu yang timbul melibatkan soal akidah maka mereka akan bersama mufti mereka berdiri dengan satu suara. Ini dapat dilihat dalam isu Darul Arqam, Rufaqa, Ayah Pin, Syiah dan sebagainya.

Semalam aku mendapat SMS yang menjemput aku untuk hadir ke majlis penjelasan dan dialog yang diatur oeh pihak ESQ di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Khabarnya Pak Ary sendiri yang akan hadir. Malangnya aku tak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih mustahak. Namun aku menanti penuh minat hasil daripada dialog ini. Aku mengharapkan satu penyelesaian total tentang isu ini. Isu akidah bukanlah isu yang boleh dipermainkan. Pihak panel penasihat syariah ESQ mesti mencari jalan keluar mengenai isu ini. Salah satu daripada pendapat kedua-dua pihak wajib betul.Mustahil ia boleh jadi betul kedua-duanya. Kesalahan dari sudut akidah bukan perkara kecil. Akidahlah yang menentukan seseorang itu ke syurga atau neraka! Insya Allah the truth shall prevail!

Tuesday, July 13, 2010

Tahniah Espana!

Secara jujurnya aku agak frust bila Spain yang menang sebab aku penyokong Belanda. Namun memang jelas Spain lebih baik daripada segala segi berbanding Belanda. Takpelah.. kita cuba lagi dalam edisi akan datang di Brazil... Hmm.. bila la boleh tengok Malaysia pulak main kat World Cup..hehehe

Thursday, July 8, 2010

Apabila Belanda dan Jerman tak main macam selalu..

Semalam aku layan bola sensorang dengan ditemani puluhan kaki bola kat Rafi Sec 13 tengok German ngan Spain.Actually dua-dua team ni bukanlah pasukan favourite aku sebab ni penyokong Holland. Cuma antara dua team ni, aku lebih cenderung untuk menyokong German sebab aku sangka German terlalu kuat untuk ditumbangkan berdasarkan prestasi semasa. Untuk rekod Sepanyol tak pernah menang dengan German dalam mana-mana perlawanan Piala Dunia tapi German pernah tumbang di tangan Sepanyol dalam edisi Euro yang lepas. Secara jujurnya aku tak pernah tengok mana-mana game melibatkan Sepanyol dalam Piala Dunia 2010 ni. So aku tak boleh agak kekuatan yang ada pada Sepanyol.



Game semalam memang Sepanyol control game dari awal sampailah tamat game. Aku tak tahu apa yang jadi pada German. passing ntah ape-ape, serangan tak menjadi, bola pun asyik kena curi. Tiada lagi gerakan-gerakan ofensif cantik. Apabila mendekati kotak penalti Sepanyol, mereka seolah-olah hilang idea.Baik Podolski, Ozil mahupun Philip Lamp, semuanya tak menjadi. Sebaliknya pemain Sepanyol seolah-olah ada di mana-mana.Di saat pertahanan German lebih menumpukan kepada David Villa, Xabi Alonso, Pedro dan sebagainya, tiba-tiba Puyol yang score sekaligus membawa kemenangan Sepanyol. Apapun aku rasa memang Sepanyol berhak menang.

Malam sebelumnya pun aku layan game Belanda dan Uruguay kat Rafi sambil menikmati nasi goreng belacan dan teh ais. Game kali ni aku tengok Belanda tampil berbeza. Kalau sebelum ini mereka tetap menang dalam aksi yang membosankan penonton, kali ni mereka cuba bermain cantik. Tapi ianya hampir memakan diri apabila Uruguay berjaya mengambil kesempatan terhadap kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan Belanda. Hasilnya 2 gol berjaya dijaringkan. Nasib baik Belanda score 3 biji.



Apapun pertemuan Belanda dan Sepanyol nanti aku rasakan sangat menarik. Aku rasa Belanda perlu kembali kepada takik permainan yang membosankan yakni defensive serta bersifat "Hit and Run". Kalau Belanda cuba bermain bola cantik aku rasa Sepanyol akan mudah meratah mereka. Sepanyol punya ramai pemain yang punya skill individu yang baik berbanding Belanda yang terlalu banyak bergantung kepada Robben dan Snider.Aku doakan Belanda suksess dan jadi champion dalamWorld Cup kali ini. Viva Oranje!!

Monday, July 5, 2010

Berita Panas: Kelompok Kedua Ulamak Masuk UMNO Malam ini!

Gambar hiasan je

Pagi tadi aku menerima SMS daripada seorang kawan yang menyatakan beliau dan 40 orang imam / ulamak akan mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam parti UMNO. Kelompok kedua ini mungkin dikalangan ahli agama yang lebih senior daripada kumpulan pertama ulamak muda yang menyertai UMNO beberapa minggu yang lalu. Beliau turut meminta aku memberi pandangan tentang penyertaannya dalam UMNO dan aku pun bagilah pandangan aku sebagaimana yang diminta. Tapi tak perlulah aku kongsi ngan korang apa yang aku cakap kat dia.Biarlah ianya jadi rahsia antara kami je. Kata beliau dia dah minta pandangan dari teman-teman daripada pelbagai pihak termasuklah dari kalangan UMNO, PAS mahupun yang tak berparti. Istikharah pun dah dibuat katanya. Tak sabar pulak aku nak tengok Buletin Utama jap lagi. Mana la tahu kot-kot memang ada berita pasal benda ni. Oppss.. aku stop dulu. Buletin dah nak mula..

Kejutan Piala Dunia

Masih ramai penyokong-penyokong Brazil dan Argentina tidak dapat menerima hakikat bahawa pasukan mereka tidaklah sekuat yang disangka. Kalau yang kaki judi tu dah tentu rugi besar. Dulu tahi-tahi judi pernah mengalami kerugian besar kira-kira 8 tahun lepas apabila Italy tumbang di tangan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002. Malah dengar cerita ada yang sampai bunuh diri sebab rugi besar. Itulah dah tahu judi tu Allah larang hang pi main pasai apa? Kali ni pun aku rasa situasi sama pun berlaku terutamanya yang bet untuk Brazil. Aku pasti majoriti peminat bola tak sangka Brazil boleh tumbang di tangan Belanda. Masa aku tengok game kat Kafe Mini Stadium Shah Alam pun, penyokong Brazil lebih ramai. Yang sokong Belanda ada la 2-3 kerat termasuk aku, hehehe.. 

Arjen Robben: Tonggak kekuatan Belanda

Argentina lagi sedih. Memang aku rasa peluang Argentina apabila bertemu German ni 50-50 tapi kalau dah kalah sampai 0-4, itu boleh disifatkan sebagai kekalahan yang melampau.Kalau tak takdelah Maradona keluar statement ianya adalah saat yang paling memalukan dalam hidupnya. Aku tengok kekalahan Argentina dan Brazil ni banyak berpunca daripada strategi mereka yang banyak bergantung kepada skill individu berbanding taktikal berpasukan. Apabila key player dah kena kunci, diorang dah macam hilang idea. Apatah lagi jika mental pemain juga tak kuat. Tengok saja Brazil, apabila Belanda menyamakan kedudukan pun mereka dah jadi macam tak tentu hala.Tambah pulak lepas kena 2-1, terus dah tak main bola.

Mesut Ozil: Bintang German dalam pembikinan

Aku daripada awal lagi dah predict  Belanda dan German boleh pergi jauh dalam World Cup kali ni. Kalau korang tengok kat status FB aku pun memang Oranje dan Deuctshland menjadi pilihan. Aku rasa mereka akan bertemu di peringkat akhir. Kita tengok saja nanti. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...