Friday, July 31, 2009

Magaran vs GMI : Jangan Main Api

Sabtu ini bersamaan 1 Ogos 2009 akan berlangsung 2 perhimpunan berkenaan satu isu yang sudah lama diperkatakan oleh rakyat Malaysia iaitu pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang lebih dikenali dengan ISA. Satu perhimpunan di sebelah pagi yang dianjurkan oleh gabungan NGO yang dikenali sebagai MAGARAN yang menyokong pelaksanaan ISA dan perhimpunan kedua akan diadakan selepas waktu zohor dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA atau GMI. Kedua-dua perhimpuanan yang diadakan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ini akan membawa berarak penyokong masing ke Istana Negara untuk menyerahkan momerendum masing-masing kepada Yang Dipertuan Agong. GMI yang turut didokong oleh parti Pakatan Rakyat akan mengembeleng ahli masing-masing dari seluruh negara untuk menyertai perhimpunan ini. Malah pimpinan tertinggi masing-masing telah menyatakan komitmen untuk turut sama berhimpun.


Secara peribadinya aku agak bimbang jika berlaku pertembungan antara kedua-kedua kumpulan kerana ianya berisiko tinggi untuk menimbulkan kekecohan. Diharapkan kedua-dua pihak menghormati pendirian masing-masing dan mengelakkan diri daripada melakukan provokasi kepada pihak bertentangan. Pihak keselamatan juga diharap dapat mengambil langkah perlu dan bertindak adil tanpa memilih bulu untuk menjaga keamanan. Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu melihat sejarah hitam 13 Mei kembali berulang.


Aku akan ada show di UM tengahari tersebut. Aku merancang untuk keluar awal kerana aku menjangka jalan-jalan ke arah KL akan sesak teruk kerana road blok yang dijalankan oleh pihak polis. Cuma aku tak pasti pukul berapakah aku sepatutnya bertolak dari Shah Alam. Semasa perhimpunan "Bersih" dulu pun, kesesakan jalanraya sangat teruk sehingga berjam-jam lamanya.. Apapun diharapkan perhimpunan 1 Ogos ini akan berlangsung secara aman. Amin..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...