Showing posts with label As Siasah Wal Qiadah. Show all posts
Showing posts with label As Siasah Wal Qiadah. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Terima Kasih Khalid Ibrahim, Tahniah Azmin Ali

Pagi ini, Menteri Besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan Selangor sekaligus menamatkan krisis yang telah membawa keributan besar kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS. Lihat saja apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini yang memperlihatkan 'pergaduhan besar' antara perwakilan. Seingat saya tidak pernah lagi insiden merampas microphon, pembahas di'boo' dan doa laknat berlaku dalam mana-mana muktamar sebelum ini. Presiden PAS  malah Majlis Syura Ulama juga dikritik secara terbuka baik di media sosial, media arus perdana, mahupun di pentas forum serta ceramah. Begitulah hebatnya penangan krisis MB Selangor kali ini.

Dari Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali

Dengan pelantikan YB Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, diharapkan kemelut yang berlaku ini akan tamat serta merta biarpun jelas sekali bahawa pemilihan Azmin Ali masih kurang disenangi oleh parti beliau sendiri. Ini dapat dilihat melalui kenyataan media yang dibuat Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah yang menjadi calon tunggal MB Selangor bagi PKR dan DAP sebelum ini. Bagi saya ini tidak sepatutnya berlaku atas 2 faktor. Pertama, Tan Sri Khalid berjaya diturunkan sebagaimana yang dikehendaki mereka.Kedua, ADUN yang dipilih Sultan tetap ADUN PKR malah orang nombor dua parti. Kecualilah Wan Azizah perlu menjadi MB atas agenda besar tersembunyi suaminya yang juga Ketua Umum PKR. Jangan pula selepas ini Azmin pula diganggu dan ditekan demi memenuhi agenda pihak-pihak berkepentingan.

Langkah Kajang gagal 

Krisis MB ini juga memberi pengajaran berguna buat Anwar bahawa dia bukanlah sekuat sebagaimana yang digembar gemburkan. Dia tak mampu memaksa Azmin Ali menolak pelantikan dan memberi laluan kepada isterinya kerana dia sedar Azmin punya kelompok penyokongnya tersendiri termasuk di kalangan ADUN PKR Selangor. Keadaan mungkin berbeza sekiranya ADUN Pas yang dipilih Sultan kerana Anwar sedar Azizah tetap mendapat sokongan majoriti di DUN Selangor, Namun selepas nama Azmin yang naik, sokongan terhadap Azizah telah berpecah dua. Harus diingat juga bahawa Azmin adalah calon MB bagi PAS bukan PKR dan tentunya pandangan PAS juga akan dianggap penting dalam dasar-dasar yang bakal diterapkan dalam pentadbiran yang diterajui Azmin nanti sebagai menghargai sokongan PAS.

"Terima kasih Ayoh Chik!"... mungkin itulah yang dikatakan Azmin

Di hari terakhir tugas beliau sebagai Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat begitu tenang dan gembira. Saya sempat menonton temubual beliau dalam Agenda Awani yang dirakamkan di pejabat Menteri Besar pada jam-jam terakhir beliau sebagai MB. Beliau kelihatan yakin dan sangat positif. Semua persoalan dijawap dengan penuh professional tanpa dipengaruhi emosi. Saya kira memang layak beliau diangkat sebagai antara MB terbaik yang pernah dimiliki negeri Selangor. Satu majlis perpisahan ringkas turut diadakan oleh kakitangan SUK Selangor dan Exco sebagai satu tanda terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Mungkin ramai lagi rakyat Selangor yang ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Kakitangan SUK Selangor mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid

Saya mendoakan agar YB Azmin Ali yang bakal menjadi MB Selangor ke 15 akan mampu memikul amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab dan professional. Dasar-dasar positif yang dilaksanakan oleh Tan Sri Khalid wajar diteruskan malah ditambah baik. Apa yang kurang pula seharusnya diperbaiki demi kebaikan rakyat Selangor seluruhnya. 




Monday, August 18, 2014

Calon Kompromi atau PRN

Mereka perlu mencari titik persamaan

Keputusan mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat yang menolak cadangan PAS utk mencadangkan Azmin dan Azizah sebagai calon MB telah memberi nafas baru kepada Khalid utk terus memimpin Selangor.Istana sudah hampir pasti menolak Azizah utk menjadi MB Selangor.Malangnya Anwar tetap cuba memaksa Istana menerima Azizah.Kini jelaslah sekarang isunya Khalid dibuang bukan kerana tidak amanah atau tidak bagus tapi Anwar mahu Azizah jadi MB.Jika Anwar berkeras melawan hak Sultan sebagaimana termaktub dlm perlembagaan bermakna Anwar sengaja mencari nahas.Sementara Anwar dan Tuanku Sultan menemui titik persetujuan bersama,Khalid akan terus memimpin selangor sehingga pelantikan menteri besar baru atau DUN dibubarkan.Satu je pesanan kepada Anwar, orang Melayu ada 3 taboo yg tak boleh disentuh; Islam, bangsa dan RAJA..Ingat ye abg non!


Dr Idris Ahmad
ADUN Ijok
Pada masa yang sama saya berpendapat nama ADUN Ijok Dr.Idris Ahmad akan timbul seandainya Azmin dan Azizah ditolak pihak Istana di saat PAS pula menolak untuk mencalonkan mana-mana ADUN mereka sebagai MB. Jika PKR tidak bersedia untuk mencadangkan calon MB yang diperkenan Sultan maka DUN akan dibubarkan untuk pilihanraya negeri. PRN ni rasanya baik PR mahupun BN masing-masing akan cuba elak sebab jangkaan mereka, keputusan takkan banyak berubah. Ia hanya akan membazirkan duit dan masa sahaja. Kalau Anwar bijak, tentunya dia akan akur dengan kehendak Istana. Namun beliau akan tertanya-tanya juga, adakah Dr.Idris akan akur dengan kemahuan dan cita-cita politiknya?


Thursday, August 14, 2014

2 Adun PAS Isytihar Sokong Wan Azizah, Elok Anwarinas Isytihar sertai PKR


Apa yang didakwa sebelum ini bahawa wujudnya Anwarinas dalam PAS terbukti hari ini. Jika diperhatikan sejak Anwar dipecat daripada UMNO beliau telah menanam ejen-ejen beliau di dalam parti-parti politik untuk digunakan pada masa hadapan. Mereka ini da yang masih bersama UMNO, ada yang menyertai PAS dan tentunya ramai dalam PKR. Saari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah di kalangan ahli JIM/Ikram sebenarnya pernah bertanding atas tiket PKR namun tewas. Beliau hanya berjaya menjadi YB selepas menyertai PAS.


Saya kira tibalah masa untuk PAS membersihkan jemaah mereka daripada Anwarinas ini demi keutuhan parti.Daripada pemerhatian saya, Anwarinas ini kebanyakannya datang daripada  mereka yang melalui sistem pentarbiyyahan JIM/IRC yang tentunya berbeza dengan pentarbiyyahan PAS. Lebih malang lagi, mereka-mereka ini diangkat menjadi "pemimpin segera" dalam PAS kerana "title" dan "kepakaran" mereka. Sedangkan dalam sesuatu jemaah, yang lebih penting adalah kesatuan dan kejelasan fikrah. Jika mereka tidak boleh menerima fikrah dan jalan PAS, mereka sepatutnya tidak boleh diangkat menjadi pemimpn. Jika tidak, inilah hasilnya..


Eloklah para Anwarinas berhenti berselindung di sebalik nama PAS untuk menjaga Anwar dan terus menyertai PKR. Senang sikit nanti, boleh terus bertanding atas tiket PKR dalam PRU akan datang. Jika dibiarkan terus mereka berada di dalam maka dikhuatiri maka mereka bukan sahaja terus menjaga kepentingan Anwar tetapi juga mencetuskan 'huru-hara' dalam parti.PAS yang tidak stabil baik untuk PKR menjadi Abang Besar Pakatan Rakyat.

Apapun sebelum penyokong "Suami Isteri" terkinja-kinja kegembiraan kerana berjaya merampas kerusi MB baik mereka  merenungi fakta ini:

Dengar beta nak cakap apa dulu

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri ;

Menurut artikel 53 (2) (a) pula, baginda boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri ( DUN ) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN, selaku menteri besar.

Dibawah artikel 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar.

So, kita minum duluuuu... :)

Thursday, August 7, 2014

MAJLIS SYURA PAS SOKONG KHALID DIKEKALKAN



Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Berikut adalah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Wednesday, August 6, 2014

PKR Dah Tanya, Khalid Pun Dah Jawab

SURAT TUNJUK SEBAB PKR KEPADA KHALID





JAWAPAN BALAS KHALID




Siapa Khianati Pakatan ; PAS atau PKR?

Mengapa sesetengah pihak menyalahkan reaksi pemimpin PAS kerana kononnya tidak menghormati kesepakatan PR sedangkan PKR yang lebih dulu tidak menghormati permuafakatan PR apabila mereka mengumumkan cadangan penukaran MB tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pimpinan PR yang lain termasuk PAS. PKR pernah ditegur ketika "Kajang move" kerana melakukan perkara yang sama.Malangnya mereka tidak serik.

Khalid atau Anwar?

 Laporan yang disediakan Saifudin tentang dakwaan salah laku Khalid itu sepatutnya dibentangkan kepada pimpinan PR sebelum pengumuman dibuat supaya pemimpin PR sedia maklum. Reaksi TGHH dan TGNA menyanggah cadangan pertukaran MB adalah rekasi biasa dan logik kerana persepsi umum terhadap Khalid adalah baik malah beliau dilihat sebagai MB yang cemerlang untuk rakyat Selangor. Saya yakin sehingga ke saat ini Khalid masih mempunyai penyokong dengan jumlah yang cukup signifikan.Saya kira tiada siapapun boleh menafikan hakikat ini.

Panglima harapan Anwar
Tindakan PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab selepas pengumuman penukaran MB dibuat juga seolah-olah menjatuhkan hukuman sebelum bicara terhadap Khalid. Ini seolah-olah menggambarkan penukaran MB ini bukanlah kerana salah laku Khalid tetapi kerana agenda lain. Surat tunjuk sebab dibuat hanya untuk mencari alasan kepada penyingkiran Khalid.

TGHH dan TGNA dikritik hebat oleh segelintir pihak kerana kononnya tiada semangat setiakawan dalam PR padahal PKR lah yang lebih dahulu membuat onar dan bertindak sedemikian. Jika Anwar dan PKR lebih bersabar dan teliti dalam tindakan maka takkan berlaku kemelut sebagaimana hari ini.Anwar tidak boleh berasa beliau punya kuasa veto dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz dan Hadi hanya memberi reaksi jujur
Anwar jangan rasa terlalu selesa dan menganggap seluruh rakyat selangor berpihak kepada beliau dan PKR. Apatah lagi tindakan mencalonkan Wan Azizah sebagai MB hanya mengiyakan tanggapan bahawa Anwar mengamalkan nepotisme.Anwar kali ini dianggap pemangsa dan Khalid sebagai mangsa kerakusannya dan bukan sebaliknya.

Jadi siapa sebenarnya mengkhianati Pakatan Rakyat, PKR atau PAS?

Thursday, September 26, 2013

Belasungkawa : Al Fatihah buat Tan Sri Azizan Abdul Razak..


Hari ini negara kita telah kehilangan seorang pemimpin yang disenangi kawan dan lawan. Biarpun hanya menjadi MB Kedah selama satu penggal, Almarhum Tan Sri Azizan Abdul Razak telah membawa beberapa pembaharuan dalam pentadbiran beliau. Sikap beliau yang lunak dengan kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional seringkali dikritik namun beliau berpegang kepada perlunya kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan persekutuan demi kebaikan rakyat biarpun berbeza ideologi politik. Beliau cuba bersikap profesional dan membezakan antara tanggungjawab kepada parti dan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ketua kerajaan negeri. Ramai mungkin mengatakan sikapnya ini akhirnya memakan diri apabila menyaksikan kerajaan PR Kedah tumbang pada PRU-13. Namun bagi saya itu adalah satu legasi yang patut dicontohi sama ada oleh pimpinan BM mahupun PR.

Sumber photo : Greenboc
Almarhum Ustaz Azizan telah dijemput kembali mengadap Yang Maha Esa pada pukul 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Puluhan ribu jemaah telah menyembahyang jenazah beliau dan ramai kenamaan yang hadir menziarahi jenazah beliau termasuklah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.Jenazah beliau telah dikebumikan di perkarangan Muassasah Darul Ulum selepas solat asar tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.Al fatihah..

Saturday, May 18, 2013

Machang: Parlimen untuk BN, DUN untuk PAS

Selepas balik dari mengundi di Machang, ramai kawan-kawan yang terkejut bagaimana keputusan di Machang boleh jadi macam tu; Ketiga-tiga DUN Pulai Chondong, Kemuning dan Temangan dimenangi PAS tetapi BN berjaya merampas kerusi Parlimen Machang. Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang ada, saya menyimpulkan keadaan ini berlaku kerana faktor-faktor berikut:


Faktor orang tempatan merupakan faktor yang paling kritikal. Memang benar calon Keadilan, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dilahirkan di Kedai Labok Machang tetapi dia tidak menetap di Machang. Sebaliknya Calon BN Dato Jazlan Yaakob bukan sahaja anak tempatan tetapi beliau memang menetap di sini. Sebagai Ketua UMNO Bahagian Machang, beliau sememangnya lebih dikenali ramai berbanding Dr Zawawi yang baru saja muncul menjelang penamaan calon. Lebih parah lagi, saya difahamkan Dr Zawawi tak berkesempatan menjelajah ke semua kawasan di Machang.Dato Jazlan pula boleh dikatakan telah 'berkempen' di machang sejak tamatnya pilihanraya yang lepas.
Kedua,Sebahagian orang machang sebenarnya masih berasa 'perit' dan mungkin sedikit 'trauma' dengan kesusahanuntuk bertemu wakil rakyat PKR sebelum ini iatu Dato Saifudin Nasution yang banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur memenuhi tugasannya sebagai Setiausaha Agung PKR. Saya masih ingat sekumpulan anak muda yang tinggal berhampiran rumahnya mengeluh apabila sukar untuk menemuinya. "Toksoh kato nok mitok bola nga jersi, nok jupo dio pun payoh.Tiap kali gi, kalu tok tidur pun dio tak dok di ghumoh.." Kenduri kendara rakyat pun jarang dia kelihatan. Pengundi di kawasan sub urban seperti Machang  memerlukan seorang YB yang sentiasa berada di kawasan.Mereka ni suka 'bermanja' dengan YB-YB mereka. Kadang-kadang bukan sebab nak duit atau bantuan sangat namun cukup sekadar YB bertanya khabar dan hadir di majlis-majlis mereka.


Pendekatan kempen "Parlimen ko Barisan, DUN ko Pas" yang digunakan sebahagian jentera UMNO juga memberi kesan. "Parlimen bui ko ambo la, mudoh ambo nok wak kelik projek persekutuan. Kalu Parlimen bui ko BN pun, kerajaan negeri Tok Guru jugok pegey,," Kata-kata sebegini 'memakan' pengundi juga. Ini bukan kali pertama pengundi Machang membuat pemilihan sebegini. PRU11 pun keputusannya sama.Cuma harapnya biarlah Dato Jazlan benar-benar bawak balik projek ke sini. Jangan jadi macam wakil rakyat BN 2004 dulu.Alhamdulillah Machang dah ada UiTM yang sedikit sebanyak merancakkan pertumbuhan ekonomi di sini. Kalau boleh Dato Lan tolong usahakan agar projek pembinaan Universiti Lim Kok Wing dan Kolej Universiti Twintech benar-benar direalisasikan. Kedua-dua projek ini rasanya memerlukan kerjasama kedua-dua pihak baik kerajaan negeri mahupun persekutuan. Mohon juga Dato Jazlan tolong guna network yang ada khususnya di MAIK untuk membantu menggerakkan projek pembesaran Kompleks Masjid Sultan Yahya Petra yang turut melibatkan pembinaan Maahad Tahfiz. Projek ni dah bertahun tertangguh.Pengambilan tanah pun tak settle-settle lagi. Kalau tak keberatan, silalah Dato jenguk AJK masjid Machang nanti ye..

Masjid Sultan Yahya Petra
Jadi kalau PKR memang nak menang di Machang silalah 'groom' bakal calon anda dari sekarang. Gerak kerja hendaklah dimulakan dari sekarang dan bukan main letak je menjelang PRU akan datang. Di Machang, "candidate really matters". PAS sendiri pun hakikatnya tidaklah terlalu kuat di Machang. Namun sejak dulu, saya kira UMNO pun tidak serius meletakkan calon yang benar-benar berkaliber di peringkat DUN.Isu dan rasa tak puas hati bukannya tiada langsung terhadap sesetengah ADUN Pas tetapi rakyat tidak ada alternatif yang lebih baik untuk memilih. Apatah lagi, pimpinan PAS di peringkat negeri ada yang cuba memilih 'anok beranok' masing-masing menjadi calon seperti yang berlaku di DUN Kemuning baru-baru ini. Nasib baik mereka akhirnya akur dengan bantahan akar umbi. Saya sendiri pun hairan mengapa Ustaz Pi yang punya reputasi yang sangat baik di Machang itu digugurkan. 

Sebagai anak jati Machang, saya mengaharapkan agar wakil-wakil rakyat yang terpilih dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Ketepikanlah perbezaan politik anda dan lakukanlah tanggungjawab secara professional demi kami rakyat Machang. Kami mahu melihat Machang yang lebih maju dan sejahtera.

Thursday, May 16, 2013

Kabinet Pasca PRU13: KJ Akhirnya Tersenarai

Selepas PRU 2008, YB Khairy Jamaludin atau KJ seolah-olah dipinggirkan oleh Dato Seri Najib biarpun dia memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Sebaliknya lawannya yang tewas dalam perebutan jawatan tersebut iaitu YB Dato Mukhriz Mahathir pula yang tersenarai sebagai Timbalan Menteri MITI. Tidaklah sukar untuk kita menilai mengapakan senario tersebut berlaku. Reputasi KJ ketika itu agak buruk dengan pelbagai tuduhan biarpun tidak pernah mampu dibuktikan melalui proses undang-undang. Sebagai menantu kepada Perdana Menteri sebelum itu, KJ dilihat terlalu berkuasa dan mempengaruhi banyak keputusan-keputusan penting kerajaan.Tun Mahathir antara tokoh yang sangat marah dan dilihat benci dengan geng tingkat 4 JPM ketika itu.Walaupun tidak terpilih menyertai kabinet pasca 2008, KJ tetap menunjukkan kesetiaannya kepada UMNO dan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pemuda. Kesabarannya terbalas nampaknya hari ini apabila beliau akhirnya diberi kepercayaan oleh Dato Seri Najib untuk mengepalai Kementerian Belia dan Sukan.

Dengan pendekatan dan penampilan beliau yang agak mesra remaja, saya melihat pemilihan KJ mampu sedikit sebanyak menambah sokongan anak-anak muda. Beliau dilihat pandai mengambil hati anak muda dengan pelbagai strategi. Sebagai contoh program realiti bolsepak MyTeam yang dihasilkan oleh beliau dan rakan-rakannya seperti Jason Lo, Bojan Hodak dan Tony Fernandes berjaya menaikkan imej beliau sebagai seorang yang serius dan gigih dalam menaikkan imej bola sepak negara sehinggalah ke hari ini. Biarpun tidak berjaya mengubah FAM selepas diangkat sebagai Timbalan Presiden, KJ tetap tidak dipersalahkan oleh para peminat bolasepak tanah air sebaliknya yang menjadi mangsa kutukan bos beliau. Kita boleh melihat dalam page-page bola popular di facebook, ramai peminat yang mengharapkan beliau mengetuai KBS dengan harapan beliau akan mampu mengangkat bolasepak negara ke tahap yang lebih tinggi.

KJ sebagai pemandu teksi dalam filem pendek

Imej beliau yang bersahaja dan tidak kekok untuk berlakon dalam projek filem pendek 15Malaysia satu ketika dulu contohnya memperlihatkan beliau seorang yang "cool dan sempoi" di kalangan anak muda.Dia berjaya membuang imej mat skema yang hanya memakai songkok tinggi dan berkemeja yang sebelumnya sinonim dengan ketua-ketua pemuda UMNO sebelumnya. Dalam erti kata lain, beliau berjaya 'blend in' dengan 'environment' anak muda yang dipimpinnya.

KJ terserempak dengan Dato Wan Abd Rahim di Manik Urai

Bagi saya beliau juga boleh dikategorikan sebagai generasi pemimpin UMNO yang punya pendekatan dan pandangan baru dalam berpolitik.KJ boleh diletakkan satu bakul denganKu Li, Dato Saifudin Abdullah, Dato Razali Ibrahim mahupun Dato Sahlan Ismail dari sudut idea dan pendekatan. Mereka ini berjaya mengurangkan elemen emosi dan lebih menggunakan hujah yang berasaskan fakta yang bersifat lebih akademik dalam menangani sesuatu isu. Keberanian mereka mengeluarkan idea yang berbeza dengan parti mereka ada kalanya dilihat merugikan UMNO sendiri. Namun bagi saya, untuk UMNO menjadi lebih dinamik dan  relevan, pemimpin-pemimpin sebegini harus lebih ramai dalam UMNO.

Akhir kata selamat berjaya diucapkan kepada YB KJ dan semua anggota kabinet yang terpilih kali ini. Jalankanlah tanggungjawab anda dengan penuh amanah.Teringat pula kata-kata guru saya satu ketika dulu, "Leadershp is about action and not position"..

Sunday, October 2, 2011

Bukan Hudud Tapi Undang-Undang Jenayah Islam

Aku berpendapat salah satu sebab mengapa ramai yang masih keliru tentang rancangan pelaksanaan 'Hudud' ialah kerana penjenamaan yang salah. Aku yakin majoriti masyarakat malaysia termasuk umat Islam sendiri salah faham sehingga ada yang meanggap undang-undang jenayah Islam yang dirujuk sebagai tidak lengkap. Dan memang hakikatnya tidak lengkap jika kita hanya mengetengahkan hudud sebagai undang-undang jenayah Islam. Malangnya itulah yang mungkin difahami majoriti rakyat Malaysia.Mereka melihat hudud dengan persamaan dibawah:
                   
                       Undang-Undang Jenayah Islam     =      Hudud

Ini adalah persamaan yang salah sama sekali malah inilah punca kekeliruan masyarakat. Undang-undang jenayah Islam sebenarnya mempunyai 3 komponen untuk melengkapkannya sebagaimana tertera dalam persamaan di bawah:


Dalam undang-undang civil Malaysia, elemen Qisas dan Ta'zir sememang telah dilaksanakan walaupun mungkin tidak sepenuhnya. Cuma hudud sahaja yang memang tidak dilaksanakan. Demi menjana kefahaman yang total di kalangan masyarakat sekaligus memartabatkan hukum Allah yang Maha Adil maka penjenamaan atau 'branding' hudud ini harus diperbetulkan. Yang perlu kita laksanakan bukan hudud tapi undang-undang jenayah Islam kerana sebagai muslim yang mukmin kita yakin sepenuhnya bahawa undang-undang Allah sahajalah yang mampu menangani segala kebejatan akhlak masyarakat di sunia ini.



Kaitan Hudud, Qisas dan Takzir

Apa? Ustaz Nasa masuk UMNO?

Selepas tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lepas, nama Yb Nasharudin Md Isa seolah-olah hilang dari radar politik Malaysia. Tiada lagi kenyataan beliau dirakamkan oleh akhbar arus perdana mahupun akhbar milik PAS sendiri. Di pentas ceramah PAS pun dah lama dia tak kelihatan. Soal sama ada dia sengaja "disenyapkan: oleh PAS atau Ustaz Nasa sendiri yang merajuk, aku pun tak tahu. Satu ketika beliau dilihat sebagai rising star dalam PAS apabila berjaya mengetuai kelompok pemimpin muda dalam PAS yang dinamakan kumpulan Erdogan oleh UMNO untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam PAS. Dalam muktamar yang berlangsung pada tahun 2005 itu, Ustaz Nasa telah mengenepikan tokoh veteran PAS Ustaz Hassan Shukri sebagai timbalan presiden.Beliau berjaya mempertahankan kerusi no.2 PAS itu selama 3 penggal sehingga akhirnya ditumbangkan oleh Hj Mohamad Sabu dalam pemilihan 2011. Ianya berpunca daripada tindakannya yang dilihat "mesra UMNO" dalam beberapa isu.


Sidang media bersama YB Dato Mukhriz dan YB Ustaz Nasa

Ramai pengkritik beliau menuduh beliau akan menyertai UMNO selepas seakan diketepikan oleh kepimpinan tertinggi PAS ketika ini. Malah aku rasa ramai yang nak sangat tengok benda tu berlaku supaya diorang dapat cakap, " Haa kan aku dah cakap, dia memang ejen UMNO!".Namun aku yakin sebagai anak didik Allahyarham Ustaz Fadzil Noor tentunya beliau seorang yang setia kepada jemaah dan cekal dengan prinsip yang dipegangnya. Bagi aku PAS akan mengalami kerugian besar jika tidak memanfaatkan kepakaran dan pengaruh yang ada pada Ustaz Nasa ni. Andai tak nak mengetengahkan dia di dalam negara kerana isu 'mesra UMNO' yang mengerumuninya, , aku rasa dia boleh berperanan untuk membina dan mengukuhkan lagi pengaruh dan hubungan PAS di peringkat antarabangsa. Lagipun dia fasih dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Setelah lama berita pasal beliau takde, tiba-tiba hari ini aku terjumpa video sidang media tentang Al-Quds Foundation Malaysia yang diadakan di Kg Pandan, KL. Yang menariknya, Ustaz Nasa menjadi pengerusi Lembaga Pengarah bagi Yayasan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mukhriz Mahathir. Aku yakin, esok lusa ada la blogger yang akan kata, " Apa? Ustaz Nasa jadi ALP Yayasan diketuai anak Mahathir? Dia dah nak masuk UMNO ke ape?..".. Rilek la bro, jangan la pesimistik. Palestin kan isu semua umat Islam. Takkan dalam benda ni pun kita nak bergaduh. Kalau Almarhum Dato Fadhil Noor boleh sepentas dengan Tun Mahathir dalam isu Palestin, mengapa tidak Mukhriz dan Nasa ye tak?

Tuesday, September 27, 2011

Hudud di Malaysia : Antara Retorik dan Realiti

Sebagai seorang muslim yang mukmin, tidak ada orang Islam pun di Malaysia ini sama ada dari PAS, UMNO, PKR, DAP atau yang tak berparti sekalipun yang berani untuk menolak hukum hudud. Kerana perbuatan menolak hukum yang ditetapkan oleh Allah hanya boleh membawa kepada gugurnya akidahnya seorang muslim. Anologinya mudah, orang yang tidak menunaikan solat dikategorikan sebagai orang yang berdosa akan tetapi orang yang mengatakan solat tidak wajib maka akan gugurlah akidahnya. Maka dengan itu adakah kita sebagai muslim di Malaysia ini berada dalam keadaan berdosa? Biarlah orang yang lebih layak mengupasnya. Aku hanya menimbulkan persoalan..



Hudud by Dr MAZA

Walaupun seminggu dua ni media cetak dan elektronik sedang hangat memainkan isu hukum hudud untuk tatapan masyarakat, aku yakin masih ramai rakyat muslim Malaysia yang tak tahu apakah maksud hukum hudud itu sepenuhnya. Yang kebanyakan orang tahu, hudud tu kalau mencuri potong tangan, berzina kena rejam. Itu jelah yang aku rasa majoriti orang Malaysia tahu. Hudud hakikatnya adalah salah satu daripada hukum jenayah Islam yang terdiri daripada 3 komponen iaitu Hudud, Qisas dan Ta'zir . Mungkin untuk lebih memahami takrif hukum hudud, anda boleh rujuk ke blog ini.



Kenyataan awal pemimpin Pakatan Rakyat

Ikhlaskah Kita?
Ikhlaskah kita dan pemimpin-pemimpin kita di Malaysia dalam memperjuangkan hudud ini? Atau hanya mencari laba politik semata-mata?Seingat aku, isu hukum hudud ini hanya timbul dan menjadi sebutan masyarakat apabila PAS berkuasa di Kelantan selepas pilihanraya 1990. Ianya menjadi antara bahan kempen utama PAS dalam pilihanraya tersebut.  Dewan Undangan Negeri Kelantan kemudiannya telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 ( Hukum Hudud) pada  tahun 1993. Namun pelaksanaannya dikatakan terhalang selepas Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah menghantar satu surat yang menegah pelaksanaan undang-undang tersebut atau dikenakan tindakan. Pada tafsiran PAS ketika itu, tindakan yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir ialah pengisytiharan undang-undang darurat yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri sekaligus menyingkirkan PAS dari tampuk kuasa pemerintahan kerajaan negeri. Maka pimpinan PAS memilih untuk menyelamatkan "demokrasi" (kuasa pemerintahan yang dipilih rakyat) daripada terus melaksanakan undang-undang hudud.



Hujah UMNO dan Tun Mahathir

Mengapa Tun Mahathir Halang?
Merujuk kepada surat yang dah aku sebut di atas, enakmen tersebut dihalang kerana ianya didakwa tidak adil. Dalil utama yang disebut oleh beliau ialah enakmen tersebut hanya terpakai kepada umat Islam sahaja. Ini bermakna hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam manakala orang bukan Islam akan dikenakan hukuman yang berbeza. Sehingga ke hari ini, PAS masih berpegang kepada idea bahawa pelaksanaan hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja. Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang dikatakan agak mesra pembangkang sebaliknya menentang prinsip ini. Beliau berpendapat jika ingin dilaksanakan, hudud perlu dikenakan kepada semua rakyat baik muslim mahupun non-muslim demi mendapatkan keadilan yang hakiki.Soalnya mengapakah PAS berpandangan demikian? Adakah faktor masyarakat majmuk menjadi penghalang kepada pelaksanaan hudud secara menyeluruh? Aku cuba juga merujuk pelaksanaan hukum hudud di negara-negara Islam yang telah melaksanakannya tetapi tidak pula aku dapati mereka membeza-bezakan pelaksanaan hukum hudud kepada muslim dan non-muslim.(Kalau salah tolong betulkan kenyataan ini)



So Kenapa Karpal Nak Kecoh ?

Aku pun tak faham dengan Pengerusi DAP ni yang tiba-tiba melenting bila PAS sebut pasal hudud. "Hello Aya, PAS nak laksana hudud untuk orang Islam jela, you nak kecoh ape hal? Ini orang Islam punya undang-undang maa.. Kami orang Islam yang beriman wajib menyokong pelaksanaan undang-undang hudud. Apa you mau halang hak kami untuk amal agama kami ka?This is a part of our human rights la..You jaga agama u saja la, jangan campur urusan kami. ". Kalau aku jumpa dia, itu la agaknya yang aku nak sangat cakap. Yang sepatutnya rasa terancam ke, tak selesa ke, adalah parti komponen BN yang dianggotai non muslim macam MCA, Gerakan atau PBS sebab UMNO cakap, kalau nak laksana hukum hudud, kena apply kepada semua rakyat baik muslim atau non-muslim. Cuma soal bila UMNO nak buat masih menjadi tanda tanya.

Hudud: Muhasabah buat PAS by YB Dr. Dzulkefly
 
Maqasid Syariah
"Kalau kita tak mampu untuk buat semua, kita tak perlu tinggal semua, kita buat apa yang boleh.." ini antara konotasi yang sering digunakan oleh pimpinan PAS. Secara umumnya aku juga bersetuju dengan konotasi itu namun bolehkah ia terpakai dalam isu pelaksanaan hudud ini? Hmm.. ntahlah, aku pun tak tahu. Matlamat pelaksanaan Syariah Islam atau Maqasid Syariah itu adalah keadilan kepada seluruh umat manusia. Maka soal keadilan ini merupakan perkara yang paling utama atau aula untuk direalisasikan. Andai pelaksanaan sesuatu mekanisme syariah seperti hukum hudud tidak boleh membawa kepada keadilan kerana faktor-faktor luaran, maka adalah penting untuk ia ditangguhkan pelaksanaannya sehingga faktor-faktor yang menghalang itu berjaya di atasi. Inilah yang aku lihat menjadi teras kepada hujah UMNO dalam menghalang PAS untuk melaksanakan cadangan undang-undang hudud sama ada di Kelantan mahupun Terengganu walaupun ianya telah diluluskan di peringkat DUN.



TPM: Kita nak buat tapi belum bersedia


Habis tu Sampai Bila Nak Tunggu Bro? 
Persoalan inilah yang tergantung sampai sekarang.. Dalam simulasi debat UMNO-PAS yang dijalankan oleh Dr Mahathir suatu ketika dulu pun, persoalan inilah yang tidak mampu dirungkai oleh tokoh-tokoh terlibat. Sampai bila kita nak kata kita belum bersedia? Salah seorang panelis menyatakan "Kita mesti letak sasaran tempoh masa bilakah kita mampu melaksanakan hudud ini". Panelis antara lain menyentuh soal ketiadaan atau kekurangan hakim dan peguam yang mahir dalam kedua-dua undang-undang sivil dan syariah sebagai alasan. Dan yang lebih kritikal perlembagaan juga harus dipinda untuk menjadikan hukum hudud, qisas dan ta'zir mengambil alih peranan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah. Dari aspek penguatkuasaan undang-undang pun, akan timbul masalah sebab pihak polis tidak berada dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Begitu juga dengan institusi penjara.Jadi macam mana kerajaan negeri Kelantan ataupun Terengganu nak laksanakan hudud tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan yang sekarang ini dikuasai oleh UMNO-BN? Sekarang ni semua orang boleh bercakap itu dan ini namun kita hanya boleh tengok sama ada PAS benar-benar ikhlas melaksanakan hudud andai ditakdirkan Allah Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas pilihanraya akan datang. Jangan pula alasan yang diguna oleh UMNO akan di'recycle' oleh PAS sudah la.



Simulasi Debat UMNO-PAS yang turut menyentuh isu hudud 

Sinar di Hujung Terowong
Aku rasa hukum hudud hanya akan mampu dilaksanakan andai ummat Islam bersepakat dengan satu suara, satu nada untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Andai perlu referendum untuk membuktikannya, kita buatlah referendum. Sebagai penduduk majoriti, umat Islam harus menterjemahkan hasrat dan keinginan mereka melalui sistem demokrasi yang ada.Andai kita bersatu, maka kawan-kawan daripada bangsa lain pun akan akur dan harus menghormati pendirian kita. Para pemimpin politik Muslim baik dari UMNO, PAS atau mana-mana parti sekalipun juga harus punya keberanian dan political will yang tinggi demi memartabatkan hukum Allah SWT. Janganlah kerana takut hilang sokongan teman-teman non-muslim kita terlupa bahawa kita lebih memerlukan 'sokongan dan dokongan' Allah AWT dalam mentadbir alam ini. Bersama kita jadikan hukum hudud sebagai satu realiti dan bukannya retorik semata-mata.

Wednesday, September 21, 2011

Bersama British atau Komunis?

Syawal tahun ini hangat dengan isu timbalan presiden  PAS yang didakwa menyokong komunis dan menghina anggota polis yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong. Mat Indera yang dikatakan ketua komunis Melayu di Johor telah diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Ramai pihak yang memberi reaksi. Ada yang buat laporan polis, ada yang buat demo, ada yang hantar memorendum dan tak kurang pula yang membuat diskusi ilmiah.Perkara positif yang aku nampak apabila polemik ini ialah orang ramai dah kembali meminati sejarah sekaligus membuat kajian serta rujukan terhadap fakta-fakta sejarah. Aku malas nak ulas la pasal kronologi peristiwa mahupun soal siapa pejuang dan siapa pula petualang. Korang boleh buat penialian sendiri. Cuma ada beberapa persoalan yang aku nak utarakan yang dah lama juga bersarang dalam otak aku. 
    • Bilakah Turning Point status British daripada Musuh kepada Sahabat orang Melayu?
      • Ini soalan pertama yang aku harap dapat jawapan.Sejak bila persepsi orang Melayu berubah terhadap British dari status musuh / penjajah kepada sahabat. Jika kita renung kembali fakta sejarah, pada awal abad ke-20 orang Melayu masih bersikap bermusuhan dengan British. Malah orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan Inggeris dianggap sebagai talibarut penjajah. Ini dapat dibuktikan dalam penentangan  Tok Janggut di Kelantan pada tahun 1915 dan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong pada tahun 1928. 
      • Tok Janggut contohnya telah membunuh seorang anggota polis British berbangsa Melayu bernama Sarjan Che Wan Sulaiman yang cuba menahannya. Dalam kes Bukit Kepong yang berlaku 35 tahun kemudiannya atau 22 tahun selepas pemberontakan Hj Abdul Rahman Limbong, mengapa Mat Indera yang menyerang polis British ketika itu dianggap petualang sedangkan Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong dianggap pejuang.Yang pasti faktor membunuh saudara seagama tidak boleh digunakan kerana ketiga-tiga mereka juga turut membunuh saudara seagama mereka yang mereka anggap sebagai talibarut penjajah.Mungkinkah Perang Dunia ke-2 yang menukarkan status British daripada penjajah kepada penyelamat?



Sedutan filem Paloh: Tengok minit 5:05 sampai 5:49 menunjukkan wujudnya
 tempat solat di kem gerila PKM dan anggota gerila sedang mendendngkan 
lagu selawat memuji Rasulullah di kem mereka

    • Mengapakah Ada Golongan Agama lebih rela berjuang bersama Komunis berbanding bekerjasama dengan British?
      • Sebahagian anggota TPNM atau lebih dikenali dengan Gerila Komunis yang berbangsa Melayu digambarkan sebagai golongan yang taat kepada agama atau mempunyai latar belakang pendidikan agama. Mat Indera contohnya dikatakan seorang guru agama yang mendapat tauliah daripada Sultan Johor. Begitu juga dengan Abdullah CD dan Rashid Maidin yang dikatakan menghabiskan masa mengajar Al Quran di penempatan bekas gerila komunis selepas perjanjian damai 1989. Dalam filem Paloh yang diterbitkan sendiri oleh Filem Negara Malaysia dan FINAS, watak Ariffin Nur digambarkan seorang yang kuat pegangan agamanya namun dia turut menyertai perjuangan gerila komunis.Soalnya apakah hujah atau ijtihad yang mereka pegang sehingga mereka lebih rela mengangkat senjata bersama gerila pimpinan Parti Komunis Malaya berbanding bersekongkol dengan British?

    • Adakah Semua Anggota TPNM Menganut Fahaman Komunis?
      • Persoalan ini boleh dikatakan berkait juga dengan soalan yang kedua. Melihat kepada fakta bahawa komunisme menolak agama kerana menganggap "Agama sebagai racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat ", adalah mustahil seorang yang mempunyai pemahaman agama yang kuat mendokong ideologi komunis ini. Dalam satu wawancara, Abdullah CD menafikan bahawa beliau dan anggota Melayu dalam PKM meninggalkan agama. Menurut beliau fahamanan komunisme atau marxisme dalam PKM bukanlah satu dogma atau pegangan yang ketat dan tak boleh berubah. Namun ia berubah mengikut suasana dan keadaan di Malaya.Beliau menggambarkan keadaan dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Parti Komunis Malaya mirip kepada perjuangan kemerdekaan Indonesia yang berasakan gabungan ideologi nasionalis, sosialis, agama dan komunis atau NASAKOM. Betul atau tidak cerita Abdullah CD ni aku pun tak tahu.. sebab aku tak jumpa rujukan lain yang tidak bersumberkan 'orang PKM' untuk disahkan fakta itu.. 


Temubual dalam llip video ini mungkin dapat menggambarkan 
ideologi atau pegangan  Mat Indera dan anggota PKM Melayu yang lain

Sebagai seorang muslim, kita menolak keganasan dan penindasan baik yang dilakukan oleh komunis mahupun British. Malah andai kezaliman itu dilakukan oleh orang Islam sendiri pun, kita wajib tentang.Sejarah negara kita Malaysia sungguh berwarna warni. Kita mengharapkan agar setiap perkara yang berlaku dalam sejarah negara dilihat dan dinilai secara rasional dan berasakan fakta serta pertimbangan ilmu pengetahuan dan bukannya bersandarkan sentimen dan emosi. Islam menganjurkan kita berlaku adil bukan sahaja kepada sahabat kita tetapi juga kepada musuh kita. Sama-sama kita renungkan.. aku harap kawan-kawan boleh bantu aku dapatkan jawapan kepada 3 persoalan di atas.. syukran

Awesome Video of UNDILAH!

Selepas kejayaan projek 15Malaysia yang menerbitkan pelbagai filem pendek dengan mesej mesej kemasyarakatan melalui pendekatan yang kreatif, kini Pete Teo telah kembali dengan satu penerbitan video yang mengajak rakyat Malaysia tidak mengira bangsa , agama dan latar belakang untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi di negara ini atau lebih tepat lagi mengundi. Yang menariknya produksi video ini melibatkan ramai tokoh atau public figure Malaysia dari penyanyi, pelakon, atlet sehinggalah ahli parlimen dan menteri kabinet baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Korang boleh tengok senarai individu yang terlibat di website undilah.com.Actually boleh juga korang tengok je video terus dan cam sorang-sorang. Tapi aku pasti tak semua mereka ni kita kenal takpun kita tak perasan.




Aku harap dengan kempen khusus sebegini lebih ramailah rakyat Malaysia terutamanya di kalangan remaja yang dah cukup umur 21 tahun tu untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dan seterusnya mengambil bahagian dalam proses pilihnaraya.Mengundi adalah hak kita dan gunakanlah hak kita ini untuk menentukan pemimpin yang akan memimpin negara kita demi kesejahteraan bersama. So ape tunggu lagi bro? UNDILAH!

Monday, August 22, 2011

Pilihanraya Memang Dah Dekat?

Melihat kepada perkembangan terkini di media dan pergerakan jentera pilihanraya terutamanya dari pihak UMNO dan Barisan Nasional menampakkan tanda-tanda pilihanraya memang sudah dekat. Khabarnya hari ini pun ada mesyuarat khas di Putrajaya bersama jentera penerangan UMNO/BN. Tentunya perbincangan mereka bukannya pasal persiapan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO tahun ini.. Ada juga maklumat yang mendakwa sesetengah Badan Perhubungan BN Negeri telahpun mula merangka manifesto pilihanraya bagi negeri masing-masing. Lobi-melobi calon pulak takyah cerita la.. memang dah lama berlaku.. Malah rasanya hampir kesemua badan perhubungan negeri memang dah ada senarai calon untuk ditapis Dewan Tertinggi BN.

Psywar pulak memang dah lama bermula. Kita tengok sahaja isu-isu yang dimainkan dimedia arus perdana. Hampir kesemuanya mempunyai impak dari sudut politik. Cuma yang menariknya kali ini, aku tengok pihak UMNO/BN turut memanipulasi sepenuhnya media baru seperti blog, youtube dan facebook dalam 'kempen' kali ini walaupun mereka turut punya full access pada media arus perdana. Maklum sajalah, media arus perdana kita hari ini mendapat persepsi yang sangat negatif dan dituduh tidak adil serta telus dari aspek politik. Kita tak dapat menolak hakikat bahawa sebilangan besar masyarakat kita hari ini  terutamanya di bandar lebih mempercayai berita atau maklumat yang disebarkan di internet walaupun tidak semuanya tepat dan benar. Jadi aku rasa dalam pilihanraya kali ini pertempuran yang lebih hebat bakal berlaku di alam siber. 




Kempen mengundi dulu-dulu

Bagi sesiapa yang tak daftar-daftar lagi mengundi tu walaupun dah layak cepat-cepatlah daftar. Mana la tahu kot-kot masih sempat (tapi honestly aku rasa tak sempat dah.. huhuhu).. Pendapat yang agak popular mengatakan pilihanraya akan diadakan pada bulan 11 sebab nombor 11 tu nombor bertuah PM kita. Ntahlah la aku pun tak tahu betul ke tak. Apapun sebagai rakyat Malaysia, kita kena jalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah. Pilihlah pemimpin yang tepat dan boleh mentadbir negara kita ini dengan penuh amanah, adil dan saksama.Mengundi ni bukan hal main-main. Ia melibatkan masa depan dan halatuju negara serta kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini..

Friday, January 28, 2011

PRK Tenang: Mampukah PAS Membuat Kejutan?

Nampaknya musim pilihanraya datang lagi. Ahad ini pengundi di DUN Tenang di Johor akan menunaikan tanggungjawab masing-masing. Selepas  itu pilihanraya akan diadakan pula di DUN Merlimau Melaka cuma tarikhnya belum ditentukan SPR. Satu lagi PRK yang mungkin berlaku adalah di DUN Pelabuhan Klang, Selangor. Berbeza dengan DUN Tenang dan Merlimau yang mana PRK diadakan kerana kematian ADUNnya, di Pelabuhan Klang kerusi DUN diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN Selangor ekoran kegagalan ADUN hadir ke sidang DUN melebihi 6 bulan tanpa sebab munasabah. Notis kekosongan kerusi telah dihantar oleh Speaker DUN kepada SPR tetapi SPR belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. YB Badrulhisham pula selaku ADUN Pelabuhan Klang mencabar keputusan Speaker melalui proses mahkamah. Berdasarkan kes yang hampir sama yang berlaku di DUN Kota Seputeh, Kedah, aku yakin kes DUN Pelabuhan Klang ini juga akan turut tergantung. Mungkin pengundi akan dapat ADUN baru selepas pilihanraya ke 13 nanti. Itulah yang akan berlaku apabila kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan tidak dihormati.



Berbalik kita ke PRK Tenang. Johor adalah negeri kubu kuat Umno-BN yang amat sukar ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Buat masa ini PAS hanya punya 2 wakil di DUN Johor selepas PRU-12 dan kalau tak silap aku inilah kali pertama mereka berjaya menghantar wakil ke DUN Johor sejak sekian lama melalui kemenangan secara merit. Kewujudan kawasan Felda yang boleh dikatakan fix deposit UMNO serta mempunyai lebih 20 peratus pengundi menyukarkan lagi usaha PAS untuk menawan DUN Tenang. Apapun jentera PAS tidak harus mudah menyerah kalah. Bak kata Leftenan Adnan dalam peristiwa Bukit Chandu, "Mereka mungkin akan menang tapi bukan kerana kita tidak melawan!"



Dari sudut isu, PAS mendapat manfaat awal apabila Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mempertikaikan tindakan calon PAS yang tidak bersalam dengan kaum lelaki. Tindakan beliau ini sama sekali merugikan UMNO-BN. Malah beliau turut dikritik oleh tokoh-tokoh masyarakat termasuklah Mufti Perak yang dilihat mesra UMNO sebelum ini. Soi Lek sebenarnya tersilap langkah (atau mungkinkah dia sengaja?) kerana tindakannya seolah-olah mengiyakan dakwaan PAS bahawa UMNO tidak pernah cuma memberi kefahaman kepada rakan sekutunya tentang keluhuran Islam.Akhirnya Tan Sri Muhyidin selaku TPM turut menasihati Soi Lek agar menghentikan isu itu. PAS dilihat menang untuk round pertama.



PAS kemudiannya mengeluarkan pula isu tentang keterlibatan calon UMNO-BN dalam skandal lelongan tanah milik seorang individu ketika menjawat jawatan penolong pegawai daerah sehingga  disaman oleh mangsa. PAS harus berhati-hati apabila membawa isu bersifat peribadi seperti ini kerana jika dimanipulasi secara berlebihan boleh mengakibatkan timbul rasa simpati di kalangan pengundi terhadap calon BN. Apapun pertempuran masih berlangsung dan perang belum berakhir maka belum tentu siapa yang menang dan siapa pula yang kalah. Masih ada 3 hari untuk membuat perhitungan.



Aku harap kedua-dua pihak berkempenlah dengan cara yang betul dan bijaksana. Janganlah menggunakan cara samseng dan di luar batas undang-undang. Aku mengimpikan satu suasana kempen pilihanraya yang bukan sahaja bersih malah diisi dengan nilai-nilai positif. Masing-masing membentangkan tawaran kepada rakyat dengan hujah yang bersifat ilmiah dan rasional. Rakyat pula bebas membuat pilihan tanpa sebarang tekanan dan mampu menggunakan kuasa mereka dengan sempurna. Tiada lagi ugutan atau ancaman yang timbul. Rakyat berhak memilih melalui sistem pilihanraya yang berintegriti dan telus.

Monday, January 10, 2011

"Nasi Tambah" Harakahdaily

Pagi tadi aku nak tergelak bila baca laporan Harakahdaily berkenaan dengan Majlis Solat Hajat Perdana anjuran AJK Pas Pusat di Stadium Melawati semalam. Tajuk artikelnya ialah Solat Hajat Penuh Sesak di Stadium Melawati. Tajuknya tak salah sebab kalau dah semua bigshot Pakatan Rakyat turun berceramah di situ memang stadium selalunya kalau tak penuh pun 3/4 confirm penuh. Cuma bila laporan tu menyebut 30 ribu orang yang hadir, aku rasa itu adalah dakwaan yang bukan sahaja keterlaluan malah tak masuk akal.

Gambar Solat Hajat Perdana oleh Harakahdaily
Stadium Melawati mempunyai kapasiti maksima tempat duduk untuk 12 ribu orang. Ia ada 4 wing yang mana setiap satu mampu menampung kurang lebih 3000 orang. Di kawasan arena ( tempat yang solat hajat dibuat tu boleh memuatkan sekitar 1500 - 2000 orang jika menggunakan kerusi. Apabila ceramah sebegini diadakan selalunya wing yang membelakangi pentas ceramah akan ditutup menjadikan kapasiti maksimum berkurangan kepada 9 ribu. Maka dengan itu secara logiknya jika dicampur dengan penonton yang berdiri di ruang-ruang tertentu dalam stadium pun, jumlah hadirin hanya mampu meningkat sekitar 2000 orang. Maka dengan itu jumlah maksimum kehadiran hanyalah sekitar 12 ribu orang. Andai semua wing dibuka pun akan jadi 15 ribu. Maka untuk mendakwa kehadiran mencecah 30 ribu orang adalah satu penipuan besar. Sebagai portal berita rasmi sebuah gerakan Islam terbesar di Malaysia, Harakahdaily harus lebih berhati-hati dalam laporan mereka. Apatah lagi PAS dan Pakatan Rakyat sering mengkritik media arus perdana yang dikatakan membuat laporan yang menyeleweng dan tidak tepat. Kalau nak buat psy-war pun agak-agak la. So harapnya Harakahdaily akan lebih berhati-hati dalam laporan mereka selepas ini.

Friday, December 31, 2010

Rogol Amah: Jerung juga wajib dipukat!

Pemerhati dan aktivis politik Malaysia seminggu dua ini sedang memperkatakan tentang kes rogol seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan seorang menteri kabinet Malaysia. Kes ini menjadi gempar setelah Wikileaks telah mendedahkan dokumen laporan siasatan kes tersebut yang dibuat oleh Migrant Care iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para pekerja Indonesia di luar negara. Memang benar kredibiliti Wikileaks juga boleh dipertikaikan namun dalam soal menjaga imej negara, sekiranya tuduhan ini satu fitnah maka tindakan undang-undang harus diambil terhadap mereka. Dalam masa yang sama sisatan juga harus dilakukan di atas dakwaan ini, sekiranya benar menteri tersebut bersalah dan terdapat bukti kukuh untuk mendakwa beliau maka ambillah tindakan yang sewajarnya. Janganlah kita hanya berani memukat anak bilis tapi sebaliknya jerung dibiar bebas.

Dalam sesetengah blog atau web, nama menteri ni dah terang-terang disebut. Tapi aku tak naklah sebut sebab ianya masih bersifat dakwaan. Khabarnya laporan kejadian yang berlaku sekitar tahun 2007 ini pernah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri ketika itu namun tindakan belum ada respon yang jelas sehingga kini. Kalau sebelum ini Timbalan Perdana Menteri pun boleh dipecat apalah sangat seorang menteri kabinet.  Itupun kalau dia betul-betul bersalah la.Kalau nak bagi hukuman ringan sebab dia ni banyak jasa ke ape, gugurkanlah dia dari kabinet dan berilah jawatan lain ( tapi aku rasa pasti ramai tak setuju dengan langkah ini). Rakyat Malaysia tentunya tak mahu seorang perogol  menjadi seorang menteri kabinet Malaysia. Sesungguhnya yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Maruah seorang manusia adalah sama tidak kira dia menteri atau rakyat biasa.Fikir-fikirkan.. 

p/s: Di bawah ini aku lampiran salinan dokumen yang aku ambil daripada blog bigdogdotcom :





Wahai Politikus, Please Stay Away From Our Harimau Malaya!

Kalau orang politik tu, politik jugak. Semua benda nak dipolitikkan. Kejayaan Harimau Malaya merangkul gelaran Juara Piala Suzuki AFF telah mencetuskan satu fenomena di kalangan rakyat Malaysia seluruhnya. Alhamdulillah, pimpinan negara dan negeri juga turut memberi hadiah kepada rakyat dengan mengisytiharkan cuti umum. Dato Najib mengisytiharkan cuti umum pada hari jumaat (31 Disember) diikuti oleh Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azizan yang mengumumkan cuti pada Isnin ( 2 Januari ). Keputusan ini diambil oleh kerajaan negeri Kelantan dan Kedah kerana hari jumaat sememangnya merupakan hari cuti bagi kedua-dua negeri berkenaan. Sebagai rakyat tentunya kami berterima kasih kepada mereka.

Please stay away from my boys! We did it for Malaysia not politics!

Malangnya ada ura-ura arahan 'pihak atasan' yang mahu memanipulasikan kejayaan skuad negara untuk kempen PRK Dun Tenang tidak lama lagi. Khabarnya satu majlis sambutan khas melibatkan skuad negara dirancang untuk diadakan di sebuah kawasan Felda dalam DUN tersebut. Namun ketua jurulatih negara, K.Rajagopal telah bertindak tegas melindungi anak-anak buahnya daripada permainan politik. Dengan tegas beliau berkata, 

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja." ( berita penuh di sini )

Rajagopal juga dikatakan tidak teragak-teragak untuk meletak jawatan sekiranya anak buahnya dipaksa berbuat demikian. Tahniah diucapkan kepada Rajagopal atas sikap professional beliau. Harimau Malaya adalah untuk semua rakyat Malaysia. Ia bukan hakmilik UMNO mahupun PAS dan tidak juga kepunyaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Hari ini juga aku terbaca laporan akhbar tentang permintaan seorang ahli politik Sabah yang ingin menukarkan gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Kononnya ramai belia di Sabah yang tersinggung dengan penggunaan perkataan 'Malaya' kerana ianya tidak melambangkan Sabah dan Sarawak. Sorry to say la.. ini seorang lagi ahli politik yang bangang (sorry lah aku rasa inilah perkataan yang paling sesuai untuk digunakan walaupun kasar). Aku rasa dia tak pernah pun ambik 'port' pasal bolasepak Malaysia sebelum ini. Bila skuad bolasepak negara jadi bualan rakyat maka dia cuba tunjuk pandai.

Hai takkan nama saya pun nak ditukar kot

Untuk pengetahuan YB yang bijak, term "Harimau Malaya" adalah nama khusus yang merujuk kepada spesis harimau yang wujud di Semenanjung Malaysia dan bukanlah satu nama rekaan. Spesis harimau ini dijadikan macam maskot atau lambang kepada skuad negara sejak puluhan tahun. Ketangkasan dan kegagahan "Harimau Malaya" menjadi inspirasi kepada skuad negara beraksi di padang sekaligus skuad bolasepak negara juga digelar "Harimau Malaya". Dah nama harimau tu macam tu, nak tukar macam mana? Sebelum ni pemain-pemain bolasepak dari Sabah macam James Wong, Hassan Sani atau Matlan Marjan sekalipun tak pernah mempertikaikan gelaran "Harimau Malaya" kepada pasukan Malaysia yang diwakili mereka. Aku rasa  penyokong dari Malaysia Timur pun tak kisah.Aku tertenya-tanya agaknya siapa la belia Sabah  yang kecik hati tu seperti didakwa. Tolonglah YB-YB sekalian don't drag our heroes into your games! This is football not politics!

p/s: Teringat pula kata-kata seorang budayawan tempatan terkenal, "Saya tidak percaya kepada ahli politik. Mereka tidak pernah ikhlas"

Friday, October 22, 2010

PRK Galas: Dr.Zu calon PAS

Malam tadi Pakatan Rakyat telah mengumumkan calon yang bakal mewakili mereka dalam PRK Galas 4 November ini dalam satu majlis perhimpunan yang diadakan di Dataran Ilmu Gua Musang yang turut dihadiri oleh pimpinan  PR di peringkat negeri dan pusat seperti Dato Sri Anwar Ibrahim, Dato Seri TG Abd Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Ngeh Koo Ham ( DAP) dan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz selaku pemimpin utama PAS Kelantan. TG Nik Aziz sendiri membuat pengumuman  mengenai pencalonan Dr Zulkefli Mohamad sekitar pukul 11.50 malam. Dr. Zu dikatakan calon popular dan memang telah dijangka oleh banyak pihak walaupun beliau pernah tewas kepada Ku Li untuk kerusi Parlimen Gua Musang dalam PRU 2004 dan 2008. Beliau juga adalah anak kepada bekas Adun Guchil pada 1974-78 iaitu Ustaz Mohamad Awang dan mempunyai kerjaya professional sebagai doktor perubatan. Kini di peringkat parti beliau menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Gua Musang. 

Sementara itu di kem UMNO dan Barisan Nasional, calon bagi PRK Galas masih belum dimuktamadkan. Dengar khabarnya ada sedikit 'pertelingkahan dalaman' berlaku di kalangan pemimpin UMNO tempatan yang masing-masing ingin melobi orang mereka sebagai calon. Ketua Pemuda dan Wanita UMNO Gua Musang dikatakan tidak sebulu dengan Ku Li. Begitu juga dengan bekas ADUN Galas iaitu Saufi Deraman. Sekiranya 
Tuntutan tidak dipenuhi, mungkin akan berlaku 'cah keting' sesama sendiri. Budaya 'cah keting' ini memang dah lama menjadi penyakit orang UMNO Kelantan. Kalau beginilah gayanya, tak payah mimpilah nak tawan Dun Galas apatah lagi negeri Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...