Aku rasa masih ramai di kalangan masyarakat kita yang ambil mudah berkenaan
soal harta intelek ini. Malah diorang tak tahupun ape ke bendanye tu. Mungkin kerana harta inteletek bukanlah harta yang bersifat
'tangible' atau wujud secara fizikal tetapi ianya bersifat 'intangible' seperti
idea, kemahiran atau pengalaman. Kalau harta sperti wang, hartanah atau
kenderaan yang kita boleh sentuh dan rasa tentunya semua orang bukan sahaja
akan ambil kisah malah mungkin cuba memilikinya dengan pelbagai cara. Sedar
atau tidak, harta intelek juga mempunyai nilai yang tinggi dan juga harus
dilindungi daripada “dicuri” oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Setahu aku dia antara orang yang memperoleh pendapatan yang paling banyak melalui royalti karya-karyanya |
Dalam konteks industri nasyid dan muzik seluruhnya, harta
intelek biasanya merujuk kepada hakcipta produksi album, lirik, lagu, videoklip
dan sebagainya. Alhamdulillah kami punya 3 entiti atau badan yang menjaga
kepentingan harta intelek kami penggiat industri muzik iaitu MACP yang menjaga
harta intelek penulis lirik dan komposer, PRISM yang menjaga kepentingan
penyanyi dan pemuzik, dan akhir sekali PPM yang menjaga kepentingan harta
intelek syraikat rakaman. Badan-badan ini bertanggungjawab untuk membuat kutipan
royalti daripada pihak yang menggunakan harta intelek tersebut untuk
kepentingan mereka khususnya bagi mendapatkan keuntungan perniagaan. Ia
termasuklah stesen-stesen TV dan radio, syarikat telekomunikasi, kompleks
membeli belah, penganjur acara dan sebagainya. Mereka pula kemudiannya akan
mengagihkan kutipan tersebut kepada semua ahli yang berdaftar.
Aku dengar dia ni hampir pengsan sebab terkejut bila melihat angka yang tertera pada cek pertama yang dia terima hasil daripada karyanya yang meletup |
Baru-baru ini aku sempat menghadiri bengkel yang dibuat
oleh pihak PPM ( Public Performance Malaysia) tentang pengagihan royalti
khususnya untuk ahli RIM ( Persatuan Industri Rakaman Malaysia). Mengikut
laporan terkini, sumber pendapatan yang dijana melalui kutipan royalti untuk
tahun 2009 sahaja melebihi RM20 juta. Ini menunjukkan bahawa sekiranya kita
bertindak untuk menjaga harta intelek kita, ianya mampu menjana pendapatan
kepada kita bukan sehari dua tetapi untuk bertahun-tahun lamanya. Malangnya di
kalangan kami penggiat seni pun masih ramai yang tidak ambil peduli tentang
semua ini. Daripada puluhan ribu penggiat seni di Malaysia,tidak sampai separuh
yang mendaftar sebagai ahli badan-badan ini sekaligus menjaga kepentingan karya
seni mereka. Aku yakin dalam bidang-bidang lain juga terdapat badan-badan
sebegini yang melindungi kepentingan harta intelek.
Korang tak nak ke, setiap tahun duduk kat rumah tunggu sampai cek RMxxxxx.xx sambil goyang kaki. Tapi ken amake sure la korang punya karya tu berkualiti dan mendapat sambutan. Lagi banyak ia disiarkan atau diguna pakai, lagi banyak la korang dapat. Itu yang sebahagian artis or komposer, takde show ngan album pun boleh hidup mewah. Album tak jual takpe, janji lagu main kat radio.. Fikir-fikirkan dan selamat berpuasa!
No comments:
Post a Comment