Sunday, February 6, 2011

Baik-Baik Jalan Basah Tu..

Tahun ni aku tak balik kampung time cuti raya Cina macam orang lain. Sebabnya Zul (Nasyeed.Com) punya majlis resepsi  dibuat pada raya kedua so aku balik la minggu sebelumnya. Alhamdulillah majlis kelmarin berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai. Sempat juga aku menyanyi selagu dua dengan grup Amrain bagi menghiburkan tetamu. Sesekali dapat peluang nyanyi ngan live band ni memang best. 

Aku bertolak pulang ke Machang pada hari Sabtu 29 Jan 2011 kiranya hari-hari awal Ops Sikap. Lepas aku ambik Kak Ya kat Putrajaya, kami terus bergerak pulang ke kampung. Jalan agak sesak sekitar Ampang menuju ke Plaza Tol Gombak pada tengahari tu. Tak sangka juga ramai juga warga kota yang mengambil kesempatan untuk balik kampung sempena cuti hari Wilayah. Keadaan cuaca yang agak basah menyebabkan ramai pemandu yang memandu ada kelajuan yang minima tapi ada juga yang tak ambik kisah. Hujan ke, basah ke, diorang tetap berpecutan di lebuhraya.

Inilah kereta mangsa
Sedang aku leka memandu melepasi RnR Genting Sempah, aku perasan sebuah kereta Mercedes dipandu dengan sangat  laju memotong kereta aku dan dua buah lagi kereta lain dihadapan aku. Kawasan tu sebenarnya jalan yang menuruni bukit dan memang ada amaran supaya pemandu menggunakan gear yang rendah ketika melaluinya. Tiba-tiba aku dapat tengok dengan jelas pada jarak lebih kurang 10 meter kereta Mercedes tadi berpusing dan terbabas menghentam pembahagi jalan sebelum melantun kembali ke tengah lebuh raya. Nasib baik juga kereta-kereta lain agak jauh kalau tak tentunya kemalangan tu akan melibatkan lebih dari sebuah kereta.

Bila aku memandu melepasi kereta tersebut, aku nampak ada seorang pemandu dan seorang penumpang di sebelahnya. Kedua-duanya lelaki kelihatan ok dan sedar. Aku dan 2 buah kereta lain di hadapan berhenti di tepi jalan bergegas ke tempat mangsa untuk menghulurkan bantuan. Aku bertindak mengawal lalulintas dan 2 orang lagi cuba membuka pintu kereta untuk membantu mangsa keluar. Aku nampak kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luaran cuma pemandunya kelihatan sangat trauma dengan apa yang berlaku. Kejap menangis, kejap ok. Mulanya sampai lemah kaki nak berjalan. Tapi tak peliklah sebab aku rasa kalau bukan kereta Mercedes memang dah arwah dah kedua-duanya. Paling kurang pun cedera parah. Itulah bagusnya kereta mahal ni, ciri-ciri keselamatannya memang bagus. 

Bantuan dah sampai
"Dah call peronda belum?", tanya aku pada 2 lagi remaja lelaki yang turut sama menolong."Belum lagi bang!" Kami bertiga kemudiannya disertai oleh seorang lagi brother bermotosikal yang dalam perjalanan balik ke Bentong dari tempat kerja di Wangsa Maju. Yang 2 orang tadi pulak rupanya nak balik ke Machang jugak macam aku. Diorang rupanya pelajar Maktab Bahasa. Mangsa dua orang tu, tak pulak aku tanya. Yelah malas nak ganggu diorang yang tengah trauma tu. Janji diorang semuanya cukuplah.

Oleh sebab aku takde nombor Peronda MTD Prime, aku terus call 999. Seorang operator wanita yang angkat. Selepas bagi maklumat yang diminta panggilan aku disambung ke pihak polis (tak silap aku IPD Bentong). Alhamdulillah lebih kurang dalam tempoh 5 minit selepas panggilan, peronda MTD Prime terus sampai di lokasi. Bila dah semua nampak ok, aku dan 3 orang brother tadi terus bersalaman sesama sendiri dan dengan mangsa memohon diri. Maklumlah jauh lagi perjalanan kami. Buat pemandu-pemandu yang balik kampung tu, memandulah dengan berhati-hati. Jalan basah dan licin jadi tak usahlah bawak laju-laju ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...