Monday, September 6, 2010

Sahabat Istimewa Dari Belanda

Assalamualaikum wbt..

Kita kini berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan yang mana di antaranya adalah Lailatul Qadar. Al Bukhary ada meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a. yang mana mafhumnya, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Hakikatnya hanya insan bertuah yang dipilih Allah sahaja yang akan bertemu dengan Malam Al Qadar namun ia seharusnya tidak menghalang kita berusaha meningkatkan amal ibadah agar kita terpilih untuk bertemu dengannya sekaligus mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Dr.Bart, Aku dan Dakmie

Sebelum Ramadhan ini, saya dan teman-teman dari Nasyeed.Com berkenalan dengan salah seorang sahabat datang jauh dari negara Belanda. Beliau pada mulanya bertemu Dakmie secara tidak sengaja di tapak Karnival Sambutan Ulang Tahun Radio IKIM.fm ketika Pertandingan Nasyid Piala Rabbani. Ketika Konsert Mahabbah Gaza, beliau turut hadir menyaksikan konsert tersebut. Rentetan daripada itu, Dakmie telah menjemput beliau hadir ke pejabat urusan Nasyeed.Com. Kebetulan pada hari khamis minggu tersebut kami menjadi tuan rumah  bagi majlis usrah munsyid. Majlis usrah ni sebenarnya aktiviti berkala yang diusahakan oleh para penggiat nasyid sebagai untuk kami mendalami ilmu agama disamping mendekatkan sialturahim. Alhamdulillah tersebut telah berlangsung meriah dengan kehadiran teman-teman daripada pelbagai kumpulan nasyid.

Bacaan yasin oleh para munsyidin

Sewaktu majlis usrah itulah saya kali petama bertemu Dr. Bart A. Barendregt ini. Beliau adalah seorang professor di Universiti Laiden dalam bidang antropologi dan juga sains sosial. Apa yang membuatkan dia istimewa pada pandangan mata saya ialah dia sedang menyiapkan satu tesis berkenaan dengan perkembangan irama nasyid di nusantara khususnya di Malaysia.

Tazkirah oleh Ustaz Amal

Apabila ditanya mengapa nasyid dipilih sebagai subjek tesisnya, beliau menjelaskan beliau mula meminati nasyid ketika berada di Indonesia sekitar lewat 90-an dan beliau mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang irama nasyid malah adakalanya maklumat yang beliau ada tidak diketahui oleh para penasyid seperti saya sendiri. Setelah memeluk Islam minat beliau kepada nasyid bertambah subur sehinggalah timbul idea untuk melaksanakan tesis yang dibuatnya sekarang. Beliau berada di Malaysia selama 6 minggu  untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada penggiat nasyid di sini.Menurut Dr Bart, nasyid ini punya kekuatan dan keunikan yang tersendiri kerana ia bukan hanya sekadar nyanyian tapi ia punya roh yang mampu mendidik jiwa.

Bergambar kenangan

Terkedu saya mendengar kata-katanya. Mengenali Dr Bart menyebabkan saya terfikir mengapa para ilmuan kita di sini tidak terfikir untuk melakukan perkara yang sama sedangkan masyarakat dunia  mengiktiraf kita sebagai the home of comtemporary nasyid? Malah jika kita melihat fakta, kita mungkin tidak pernah terfikir artis Malaysia boleh mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di negara-negara seperti Bahamas, Ivory Coast, Rusia dan sebagainya. Mungkin artis-artis pop, rock atau mainstream yang lain belum diberi peluang namun artis nasyid Malaysia telahpun melakukannya!

Inilah masalah sebilangan besar masyarakat kita di Malaysia. Kita terlalu memandang tinggi budaya luar terutamanya daripada negara barat yang kita sifatkan sebagai high class dan maju. Namun kita tidak sedar bahawa kita juga punya budaya dan warisan yang tinggi nilainya serta turut dihargai oleh masyarakat antarabangsa. Sempena sambunta kemerdekaan dan bulan Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita belajar menghargai apa yang kita ada. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...