Masih ramai penyokong-penyokong Brazil dan Argentina tidak dapat menerima hakikat bahawa pasukan mereka tidaklah sekuat yang disangka. Kalau yang kaki judi tu dah tentu rugi besar. Dulu tahi-tahi judi pernah mengalami kerugian besar kira-kira 8 tahun lepas apabila Italy tumbang di tangan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002. Malah dengar cerita ada yang sampai bunuh diri sebab rugi besar. Itulah dah tahu judi tu Allah larang hang pi main pasai apa? Kali ni pun aku rasa situasi sama pun berlaku terutamanya yang bet untuk Brazil. Aku pasti majoriti peminat bola tak sangka Brazil boleh tumbang di tangan Belanda. Masa aku tengok game kat Kafe Mini Stadium Shah Alam pun, penyokong Brazil lebih ramai. Yang sokong Belanda ada la 2-3 kerat termasuk aku, hehehe..
Arjen Robben: Tonggak kekuatan Belanda
Argentina lagi sedih. Memang aku rasa peluang Argentina apabila bertemu German ni 50-50 tapi kalau dah kalah sampai 0-4, itu boleh disifatkan sebagai kekalahan yang melampau.Kalau tak takdelah Maradona keluar statement ianya adalah saat yang paling memalukan dalam hidupnya. Aku tengok kekalahan Argentina dan Brazil ni banyak berpunca daripada strategi mereka yang banyak bergantung kepada skill individu berbanding taktikal berpasukan. Apabila key player dah kena kunci, diorang dah macam hilang idea. Apatah lagi jika mental pemain juga tak kuat. Tengok saja Brazil, apabila Belanda menyamakan kedudukan pun mereka dah jadi macam tak tentu hala.Tambah pulak lepas kena 2-1, terus dah tak main bola.
Mesut Ozil: Bintang German dalam pembikinan
Aku daripada awal lagi dah predict Belanda dan German boleh pergi jauh dalam World Cup kali ni. Kalau korang tengok kat status FB aku pun memang Oranje dan Deuctshland menjadi pilihan. Aku rasa mereka akan bertemu di peringkat akhir. Kita tengok saja nanti. :)
No comments:
Post a Comment