Ketika artikel ini ditulis, aku tengah menonton Anugerah Bintang Popular kat rumah. Ramai juga di kalangan artis yang menang mendedikasikan anugerah yang dimenangi buat Allahyarham. Maklumlah, baru 2 hari beliau pergi meninggalkan kita. Yang paling terkesan tentunya Pak Nil (Aznil Nawawi) yang hampir setiap hari ditemani Allahyarham Din Beramboi di konti Radio Era. Aku tak dapat bayangkan macam mana dia akan masuk konti untuk Riuh Pagi di Era. Mungkin riuhnya dah hilang bersama hilangnya Din Beramboi dari pandangan kita. Tiada lagi gelak ketawa drama sebabak mahupun sawancara. Pasti ramai yang merindui celoteh merapu Din Beramboi setiap pagi ketika menuju ke pejabat.
Antara sketsa Din Beramboi yang paling aku suka
Nama Din Beramboi ni mula muncul dalam hidup aku ketika aku di Sains Dungun. Masa tu aku selalu follow Majalah Ujang dan Apo. Cuma aku sampai sekarang tak pasti adakah watak Din Beramboi tu, adalah orang yang sama atau tidak. Tapi waktu tu aku tak ambik port sangat pasal Din Beramboi nih. Aku mula jadi peminat Din Beramboi ni bila dia mula involve dalam sitcom yang aku gemari iaitu AH-HA. Memang aku akui, pada mulanya rasa menyampah pun ada atas kemerapuan dia tapi lama-lama aku boleh gak terima dan akhirnya aku boleh masuk ngan lawak-lawak dia sampai la dia takde. Antara watak dia yang paling popular dalam AH-HA tentunya Ah Long Bukit Beruntung bersama Afdlin Shauki. Malah Afdlin nak angkat watak tu jadi sebuah filem. Tak pasti pulak filem tu sempat siap ke tak.
The legend of Along Bukit Beruntung
Menurut kawan-kawan rapat allahyarham, di sebalik kemerapuan dia, Din Beramboi ni merupakan seorang yang tak pernah tinggal solat. Malah dia pernah meluahkan rasa jealous kat Hj Mat Noor Sulaiman TV3 sebab Haji Mat Noor berpeluang buat program-program agama tapi dia tidak dapat peluang itu. Apapun Allah dah jemput dia pergi. Kita yang hidup ni hendaklah mendoakan kesejahteraan ke atas roh Allahyarham. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Al fatihah..
No comments:
Post a Comment